Thursday, December 31, 2009

Let's start the New Year with this.


Make a choice to seek for the truth.
Make a choice to share with your loved ones.
Make a choice to believe or not.
Apart from all these, make that choice after seeing and knowing all.

All episodes 1 - 51 of The Arrivals can be found at:-
http://thewakeupproject.blogspot.com/

Selamat

Wednesday, December 30, 2009

Kitab sejarah dan peringatan didalamnya.

Jika orang kata sejarah itu merugikan masa dan tidak bermanfaat, bagi aku tidak. Daripada sejarah, kita dapat belajar pelbagai perkara. Baba guru sejarah, sejak dari kecil rumah aku dah penuh dengan buku-buku ilmiah. Baba aku cintakan ilmu sehingga baba sanggup menghabiskan duit membuat library mini untuk anak-anaknya. Aku ingat selalu, tak pernah sekali baba beli kereta baru. Biarpun merc, bmw ataupun proton sekalipun. Tetapi baba perhabis duit buatkan library itu, dan selalu berpesan pada kami, "Selalu-selalu baca buku. Knowledge is power". Sampailah bersara baru baba keluar kereta baru, itupun kereta kos rendah savvy.

Daripada banyak2 buku itu, kebanyakannya buku sejarah. Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, tamadun Islam, Islam di Eropah, Tamadun China dan macam-macam lagi. Tak semua aku baca, tapi sikit2 aku sentuh juga bila bosan2 dan tak ada buku dah nak baca. Sikit sebanyak pengetahuan bertambah.

Dulu waktu sekolah menengah aku selalu juga kata, "buat apa nak belajar sejarah entah. Kalau jadi doktor bukan guna pun sejarah." Tapi sekarang baru aku faham, daripada sejarah2 ini kita dapat belajar sikap2 dan perwatakan manusia. Gaya serta culture manusia. Kenapa sekarang malaysia banyak dicemar oleh racism? belajar sejarah, kita boleh tahu. Kenapa Amerika boleh tertubuh sebagai negara kuat? Baca sejarah kita boleh tahu. Kenapa kekuatan Khalifah islam jatuh di turki? Kita boleh tahu dengan sejarah. Daripada ilmu sejarah ni jugalah kita boleh faham, bagaimana islam dijatuhkan di turki, oleh siapa? mengapa? apakah consequence daripada kejatuhan tersebut? Dalam masa berapa tahun akan datang, apa terjadi? apa iktibar yang kita boleh ambil daripada sejarah Turki yang disekularkan? Semua ada dalam sejarah. Cuma perlu baca, faham dan fikir. Kitab2 suci Al-quran untuk umat islam, bible untuk christians, torah untuk jews semuanya juga ditulis berdasarkan sejarah apa2 yang berlaku zaman dahulu. Dalam pada kata2 Tuhan itu, terdapat sejarah2 untuk dijadikan iktibar kepada kita. Jadi, siapa kata sejarah tidak penting?

Daripada sejarah juga kita boleh memahami karakteristik sesuatu bangsa. Kekuatan dan kelemahan. Dah banyak kali kita dengar mat2 poyo menteri bercakap pasal "sejarah tragedi 13 may patut diambil iktibar dan jangan diulangi." Banyak kali. Kurang-kurang mereka tunjuk mereka tahu sejarah. Tapi, apa iktibar yang diambil? apa langkah yang diambil? 1Malaysia diwar-warkan. Di establishkan. Ramai yang menentang. Ramai yang memandang sinis. Kenapa? Sebab sejarah juga dah tunjukkan betapa poyonya ayat2 dan konsep2 yang diketengahkan oleh ssetengah pihak berkepentingan sendiri. Kalau nak satukan malaysia, guna sejarah. Satukan bahasa2 dalam malaysia. Mana negara dalam dunia yang dapat bersatu dengan wujudnya pelbagai bahasa dalam negara tu? Buku sejarah mana tunjukkan? Cuba sebut satu. Negara yang ada macam2 bahasa berlainan digunakan dan penduduknya aman damai sejahtera makmur tanpa apa2 percaturan berbau racism. Mana? United Kingdom ni jika satu masa dahulu tak dikuatkuasakan undang2 melarang bahasa2 scottish gaelic, welsh dan irelandish traditional daripada digunakan, kau ingat mereka boleh duduk dalam satu bumbung sekarang? Itu pun sekarang tak semua daripada mereka mengaku British. Bila aku tanya, mereka tak cakap from UK. Tapi from scotland. From england. Im a welsh.

Namun, nak mansuhkan bahasa2 orang cina dan bahasa2 orang india pula adalah satu ketidakadilan. Bahasa yang pelbagai itu adalah anugerah daripada Tuhan. Tak boleh kita nak persetankan bahasa orang lain sesuka hati. Justeru, apa yang boleh menteri2 ini buat? Baca balik sejarah. Belajar balik. bukan ekonomi saja penting, sejarah juga ada sebut tentang ekonomi. Bangunnya satu tamadun, jatuhnya satu tamadun semua disebut dalam buku-buku sejarah. Jatuhnya kerajaan kerana korupsi, ini fakta. Jatuhnya kerajaan korupsi kepada nationalis pembela nasib rakyat, ini juga fakta. Sentiasa berpecahnya rakyat kerana amalan 'divide and conquer', maka mungkin kerana amalan ini, rakyat malaysia tidak pernah cuba disatukan?

Aku andaikan ini semua dengan graf juga. Daripada sejarah kita boleh melukis graf berpuluh2 tahun yang lepas. Naik, turun, sebab musabab. Maka daripada maklumat2 ini kita juga boleh melakar graf akan datang. Assumptions based on facts. Nak jatuh kah, nak bangun kah, terpulang.

Yet, let's all believe in humanity, in the concept of tolerance to each other. Baru kita semua boleh hidup bersama2 bukan sebagai Malays, bukan sebagai Chinese, bukan sebagai Indians tetapi sebagai Malaysians.

Selamat

Tuesday, December 29, 2009

Atheists, Religions and Science.

Perbalahan atheism and Religions sudah menjangkau usia yang panjang.

Atheists berpegang pada paksi sains. Paksi perkiraan, logikal dan sebab akal.
Atheists kata:
a) Kepercayaan itu membutakan.
b) Seorang atheists mempunyai minda yang sihat dan independent daripada racun agama.
c) Seorang atheists adalah individu yang bebas dan patut berbangga.

Atheists juga rata-rata sudah terapkan nilai "pemberontakan" sebagai nilai yang positif. Mereka memberi gambaran bahawa memberontak itu segala-galanya positif. Siapa yang rebellious adalah berani, independent, tidak dipengaruhi mana-mana pihak dan hebat.

Setelah terma pemberontakan ini didewa-dewakan, hero-hero gelap dan terang pemberontak seluruh dunia ramai diraikan sebagai unsung heroes. Underground scene dinaikkan dan dianggap lebih independent daripada mainstream. Semua ini aku nampak sebagai percaturan politik. Brainwashing methods. Supaya bila kita nampak benda-benda seperti ini, kita akan kata mereka hebat. Dengan ini juga wujudnya punk, skin dan segala macam dark scenes. Dengan pelbagai tujuan tapi pada aku matlamat sebenar mereka satu, untuk menunjukkan yang rebellion itu cool.

Setelah itu rata-rata tokoh atheists akan tulis buku-buku, rencana-rencana dan tulisan-tulisan untuk mempengaruhi masyarakat. Tokoh yang kononnya independent dan bebas pemikirannya tulis perkara-perkara yang rebellious yang menaikkan semangat dan darah orang yang baca. Kononnya masyarakat selama ini terperangkap dalam racun agama. Mereka tidak bebas. Tidak mempunyai hak sendiri.

Dan rata-rata lembu-lembu yang kononnya rebellious. Tanpa berfikir. Dengan hanya membaca daripada satu belah saja, mengangguk. Bersetuju. Dengar daripada satu pihak, daripada satu sumber. Lalu lembu-lembu ini bersetuju dan mengangguk. Katakan, iya tuhan itu tidak wujud. agama itu racun. Sekadar membaca buku Richard Dawkins. atau Christopher Hitchens dan Sam Harris; Barisan unholy trinity.

Atheists yang berpegang pada sains dan logik akal. Cuba taip "Zakir Naik vs William Campbell - Quran and Bible" di youtube. Tengok semua episod. Dengar satu-satu. Mereka berkata tentang Al-Quran, Bible dan Sains. Dengar semuanya satu-satu. Dan tanya, kerana apa semua yang Dr William Campbell kata tentang ilmu sains, embriologi, geologi, oceanologi dan sebagainya, semuanya dapat dijawab oleh Dr. Zakir. Biarpun itu bukan perdebatan atheists dan Muslims, tapi ia tetap berkait dengan sains.

Hah, kau. lembu yang mengangguk. Jangan jadi lembu lagi. Jika tak cukup dengan youtube itu, tengok lah semua tentang Zakir Naik, Ahmad Deedat. Tak cukup lagi, Dr Zakir ada jual kaset2. Belilah. Baca, pertimbangkan. Bukan kamu semua ikut logikal reasoning kah? Lihat kedua belah dan persoalkan.

Atheists are atheists. Yet, they can also be truthseekers. Don't just be atheists. Don't just be Muslims. Or Christians or Hindus or Buddhas. Let's become truthseekers. If we do, insyaAllah we'll find the truth.

*Entri muhasabah diri sendiri juga.

Sunday, December 27, 2009

26/12/2009

They were there.
There was the whistleman. Whistling like a bird.
There was the balloonman. Crowded by littluns.
There was a sausage van. A refreshment stand.
There were many languages spoken.
Many races past by.
Many different styles. Fashions too.
There were families. Couples. And loners.
Laughters, arguments filled the air.
Thrilled child pulling his father.
There were leafless trees. Dead but alive.
Many hugs. Many kisses,
yet also frowns.
It was very cold. Yet it was warm.
There was an old couple.
The man patiently help his wife to walk,
and she's using a stick.
There was a gothic couple.
Music was in the air,
when the red indians rhyme their flutes.
Humans and pigeons and everylife else.
A mom was feeding her baby.
There was the sun,
bright sun.

And there was me,
sitting alone with a can of coke.
Watching, or reading.
There were no books nor any phrases.
It was very cold. Yet very warm.

*I broke my guitar. =(

Saturday, December 26, 2009

Menulis di laman penulis lain.

Aku ada menulis di blog Abdullah Jones.

Jika mahu baca, gunakan akal sekali. Lihat dari perspektif yang lebih besar.

Ini link:

Selamat.

Thursday, December 24, 2009

Now, it's the meaning of life. Right?

The train I'm riding is slipping off its rail. Yet to crush but it's slipping. I can feel. I know it is. I'm seeing it's slipping off. Away from its rail. What is there for me if it slips? and crash?

It's time to take a few deep breaths. Inhale. Exhale. Look around. Watch everything and start learning from life again. We can never have all the things we want. I learned that. It's okay to learn it again.

Not grateful. Not expressing gratitude. Not looking on the bright side. Not everything positive.

In need of you around me. Close to me.

Mood: Homesick. In need of inspiration. Standing in front of a mirror with an unaffordable item.

*Well, it's Christmast and it's winter. Why shouldn't I be. Are you with me?

Wednesday, December 23, 2009

Drama: Return of the Condor Heroes.

Masuk hari ini. Dah 2 hari aku rasa, aku duduk berperap di dalam bilik. Keluar pun bila lapar. Makan meggi mee. Serunding yang mama bagi. Sambil2 itu tengok Return of Condor Heroes. Hampeh betul cerita ini. Dulu aku baca komik dia. Hikayat Wira Penembak Helang. Yang aku tengok drama ini adalah sambungan nya. Kalau dulu cerita pasal Guo Jing, sekarang cerita pasal anak angkat dia. Yang Guo. Haha. Mesti ramai tak berminat nak baca. Tapi aku tengah mood tengok cerita ni. Maaf. Teruskan.

Bagi aku cerita kungfu cina seperti cerita ini, pasti tidak akan lari daripada beberapa perkara seperti berikut:-
1) Semua watak cakap berapi. Hyperbole lebih2. Tak kira watak baik atau jahat. Kuat atau sampah. Pasti akan ada ayat seperti,"Hari ni kau mati di tangan aku." atau "Jangan salahkan aku kalau aku berkasar pada kau."
Ayat2 ini berkesan dan elok diguna oleh watak2 seperti Tabib Huang, Guo Jing atau Zhou Bo Tong kerana mereka memang hebat. Senang nak bunuh orang dengan kungfu mereka. Tapi bila sampah sarap seperti Disciple Jin Lun atau Gong Sun Zhi guna, aku rasa menyampah. Berulang-ulang kali pula tu guna. Padahal bukan hebat mana pun. Exaggeration habis.

2) Setelah lawan2, pasti yang lebih hebat menang. Tapi jika yang baik itu lebih hebat dan dia menang. Pasti akan ending dengan pedangnya diacu kat leher atau badan orang jahat. Lepas tu keluar ayat,"Insaflah kau. Baik kau janji kau akan berubah. Aku akan lepaskan kau." Hak Ptuih. Berlambak gila babak macam ni. Dah dapat, bunuh je la orang jahat tu. Grrrr, geram.

Bila orang jahat pula yang menang dan acukan pedang. Dia akan kata, "Kau patut berbangga kerana dapat mati di tangan aku hari ini. ha ha ha ha ha(Gelak jahat)". Baik2 dia nak hayun pedang tiba2 akan ada orang lain yang selamatkan orang baik tu. Orang yang selamatkan itu pastinya lebih kuat. Jahat tak dapat lawan, dia larikan diri. Ini overused. Sakit hati oh.

3) Pasti ada ayat "Tidak ada orang yang jumpa aku dan lepas itu dapat hidup. Kau adalah orang pertama." Aduh, ayat ini kalau tak ada dalam cerita kungfu cina, jangan panggil itu cerita kungfulah. Ayat ini selalunya digunakan oleh orang jahat yang kuat2.

4) Babak cinta2 dia memang macam haram. Bercinta2, banyak halangan. Orang jahat racun lah. Kena tipulah. Salah faham lah. Bodoh betul. Lepas tu yang wajib ada ayat ini,"Biarlah aku bunuh diri jika kau mati. Biar kita mati bersama2. Lepas itu tak ada orang dapat kacau kita lagi." Tapi, tak bunuh2 pun diri tu. Hampeh.

Lagi hawau jika keluar ayat yang juga wajib keluar, "Jika ada kehidupan yang seterusnya, biarlah aku menjadi pasangan kau."

5) Macam mana kena tala pun, hero dan heroin akan selamat. Akan berjuang. Hero akan kena racun. Diselamatkan oleh orang yang hebat lalu dia belajar kungfu yang lebih hebat. Ini juga mesti ada.

6) Terbang jauh2. Laju2. Tinggi2. Tapi kadang kau tengok nak kejar orang guna kuda. Bila tak dapat kata, kuda dia tu lagi laju. Habis tu, belajar terbang2 buat apa?

7) Hero selalunya anak yatim yang dah kematian ibu bapa. Ibu bapa kena bunuh lalu dia belajar kungfu sebab nak revenge. Hero di sini mesti malang. Mesti ditimpa macam2 musibah tetapi tetap dapat melaluinya.

8) Heroin yang cun melecun (Wajib!)

9) Costume mereka boleh kira sepanjang drama itu. Yang hero mungkin akan tukar pakaian sekali dua. Selalunya pakaian yang sama saja mereka pakai. Heroin pun sama. Tapi pakaian mereka tak kotor2.

10) Tahap awal2 kungfu mereka akan lawan fisikal. Kungfu fisikal. Skill2 kungfu masing2. Tapi tahap tinggi, mereka banyak lawan tenaga dalaman je. Aku perasan ni.

11) Bila lawan one on one. Mereka akan buat rule supaya berlawan secara adil. Tanpa gangguan. Baik nak menang, yang jahat akan guna senjata rahsia beracun. Bila dipertikaikan, dia akan kata. "Kita tak tetap kan pun rule yang tak boleh guna senjata rahsia, kan? ha ha ha ha ha (Gelak jahat)"

Aku jarang suka tengok drama kungfu yang panjang2 sebab selalunya jalan cerita mereka hampir sama. Tapi aku suka tengok drama ini sebab:
a) Sambungan cerita hikayat wira penembak helang yang aku dah khatam lama dulu.
b) Watak yang ramai dan pelbagai.
c) Berjaya buat aku sakit hati dan geram dan tak sabar tengok episod seterusnya.
d) Heroin yang bukan sahaja cun tetapi comel dan innocent. Pehh.

*Mood: Sambung tengok drama ini. Sambung recording lagu. Sambung fikir, bila nak mula buat assignment. Bukan mood keluar bilik. Bukan mood shopping.

Aku prefer cerita Jepun daripada cerita Korea. Kalau cintan, cerita Korea meleleh sangat dan sangat predictable. Jepun punya cerita2 yang luar daripada norma. Dah tengok My Boss My Hero atau Samurai High School? Best oh.

Sunday, December 20, 2009

Perempuan

Perempuan.
Siapa pernah faham perempuan?
Lelaki?
Perempuan sendiri, kau faham perempuan lain?
Aku tak faham.
Aku tak pernah cuba nak faham perempuan.
Janganlah harap untuk aku faham.
Aku kan egois.
Kau perlu fahami aku.
Kau yang perlu.
Bukannya aku.

Kerana egoisnya aku, aku tetap setia.
Kerana egoisnya aku, aku tetap bersedih.
tetap gembira.
Kerana egoisnya aku jugalah, kau tidak pernah tahu semua ini.
Kau fahamilah aku.
Sampai satu ketika nanti,
Aku akan mempelajari kau.
Dan bila saat itu tiba nanti,
Jikapun ia tiba.
Atau mungkin tidak?
Tidak pasti.

Cuma yang pasti,
jika ianya tiba.
Aku akan janjikan kau.
Saat termanis untuk diri kau.
Dan ini janji daripada aku, lelaki.
Kepada kau, perempuan.

Friday, December 18, 2009

List of things for me today

1) Failed to go online to skype with my precious families. Went to send some friends to bus station. They were going away to Portsmouth.

2) Tired. After walking from morning till evening in Birmingham before getting back to Coventry in the evening.

3) Jammed with friends in my room, mini studio. :p

4) Talked Zaki into buying a Jackson with Duncan pickup. Cost him 400 pounds. Balik Portsmouth nanti makan pasir. haha. The guitar is satisfying though.

5) Interest in buying a new electric guitar is arousing. Ah, tempting.

6) It snowed this afternoon in Birmingham. I was in Bullring centre. Just came out from Zara when we saw the snow. It was my first snow and it was superb! =)

7) Played under snow. Took pictures. Although it lasted for only around 20 minutes, it was very meaningful.

8) Checked out holidays package for this winter and got across a reasonable deal to Rome. Yet, still have not make up my mind yet. Waiting.

9) Miss all my beloveds. You know who you are. =D

10) Want to wish all the best to my brothers in Malaysia. Especially to Abg Faris and Linda, may everything goes well and the special day in May 2010 comes true.

Mood: Lighthearted

Thursday, December 17, 2009

Ucapan Maal Hijrah

Selamat Maal Hijrah, mama, baba, abang fahmi, abang faris, kiki, fahim, nenek, ngah dan uncle, aunty yah, apis, acip, ana, dila, mohd dan naim. Tahun ni tak ada mama nak cakap kat aku, "Nanti jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun."

Selamat :)

Wednesday, December 16, 2009

Kalaulah dulu...

Aku rasa salah satu sifat yang agak ketara dalam manusia adalah susah mahu bersyukur. Tak pernah nak puas. Tak akan cukup apa yang ada. Ini bagi aku.

Aku juga begini kadang2. Dah dapat macam2 benda. Benda yang tak dapat juga aku nak. Benda yang dekat dalam kaca kedai sedang display juga aku rengekkan. Benda yang aku sedang pegang langsung aku tak fikirkan.

Rami orang juga begini. Terutamanya kanak2 dan remaja. Ramai antara mereka yang begini belum tahu erti susah. Erti, tiada. Adik aku balik Melaka. Dapat makan makanan rumah masakan mama. Tak nak. Nak makan luar juga. Nak makan dekat asam pedas pokok besar. asam pedas claypot. Nak makan roti nan. Tak nak makan ayam masak kicap yang mama buat di rumah. Kerana apa? kerana tidak bersyukur. Tidak tahu menghargai apa yang ada. Yang di depan mata, tak nampak. Yang di depan mata orang lain juga kita nak.

Macam aku. Tak langsung aku pernah nak cakap "Bestnya panas2 di Malaysia. Matahari ni bestlah. Berpeluh2 aku. Aku suka matahari. Aku suka melekit2 tengah2 bahang kepanasan pukul 1 petang." Tak pernah nak aku puji panas itu enak di Malaysia. Dah sampai ke tempat orang baru aku faham. Kenapa mat salleh dapat pergi teluk cempedak, port dickson, batu feringghi, bukan main berjemur sakan diorang. Dulu aku kata, "Bodoh betul. Panas2 nak berjemur apa." Dah sampai sini baru aku tahu. Baru terdetik hari tu aku berkata,"Aduh nikmatnya kepanasan cahaya matahari."

Macam orang yang kurang ajar dekat mak ayah mereka. Maki sana. Maki sini. Ludah sana. Ada cakap aku-kau dengan mak ayah. Ada yang lari rumah. Setakat lukakan hati mak ayah, perkara biasa. Bila dah tak ada. Bila dah tak boleh jumpa. Bila dah kena yasinkan. Dah kena mandikan. Kena sembahyangkan. Baru menitis air mata. Baru nak bergetar2 bibir tahan sedih. Tahan emosi yang tika itu nak mencurah2. Baru kau tahu, apa ertinya mak dan ayah. Bila nak mengerti? Bila dah tak ada.

Macam orang yang menyesal buang makanan semalam waktu dia tengah kering dan lapar.

Macam orang yang terduduk teringat kekasih lama yang dulu ditinggalkan macam tu saja kini dah pun bertunang.

Macam orang yang kesal tengok kekasih dia bunuh diri akibat ugutan berpisah.

Macam orang yang terkedu lihat pegawai penjara tutup pintu pagar besi depan mata dia dan kuncikan.

Macam orang yang sayu melihat anaknya makan tak cukup akibat dulu diri dia malas nak belajar, tak ada daya nak maju lalu kerja asal boleh saja.

Macam orang yang terkulai melihat kakinya hilang sebelah akibat kemalangan daripada racing semalam.

Macam orang yang menepuk dahi tengok kote nya jadi hitam kerana sifilis akibat terlalu asyik dengan seks bebas.

Macam gadis2 yang kena histeria setelah tahu balak lari bila dengar mereka mengandung 4 bulan.

Macam ayah yang tak terdaya tengok anak yang kurang ajar akibat dulu dia sibuk bekerja lalu lupa nak sekolah agamakan anaknya. Lupa nak mendidik.

Akhirnya semua akan tengadah bila dah terhantuk. Mereka semua akan berkata, "Kalaulah dulu..."

*Biar mereka2 ini menjadi iktibar untuk diri kita.

Selamat.

Monday, December 14, 2009

Cubit peha kiri, peha kanan terasa.

Selalunya di saat-saat kritikal kita sering hilang pertimbangan. Di saat-saat paling penting kita lupa bernafas lalu kita jatuh. Di saat-saat akhir kita tidak sedar apa yang kita buat ini salah. Sehinggalah semuanya sudah berlalu. Baru kita nak perasan apa yang kita buat itu tidak betul.

Kerana ini semualah kita memerlukan keluara dan rakan yang memahami kita. Mereka mampu membuatkan kita berfikir semula. "Yang aku buat ni, betul ke?". Mereka mampu mengingatkan kita untuk bernafas semula secara tenang dan membuat keputusan berdasarkan rasionaliti. Kata-kata daripada mereka jugalah yang memberikan kita pilihan demi pilihan untuk kita pilih.

Kerena ini jugalah aku amat pantang kalau ada orang yang ganggu famili aku. Yang ganggu rakan2 baik aku. Orang yang aku sayangi. Selagi aku boleh aku akan jaga. Macam mereka jaga aku.

Tapi tak selalunya benda macam apa yang kita nak. Tak semuanya mampu kita jaga. Adakala aku rasa tak sampai kuatnya aku nak jaga semuanya. Tapi kalau hari ini tak dapat. Esok lusa aku akan cari balik orang tu.

Dunia sekarang makin tak boleh dipercayai. Semua keliling kita perlu diawasi. Berwaspada. Jangan mudah percaya. Biarpun berkawan, perlu berhati-hati. Sedangkan depan mata aku sendiri, kawan yang dari kecil berkawan bergaduh bila dewasa. Famili bercerai berai. Inikan orang-orang yang kita baru kenali?

Jangan risau. Biar hari ini kalau kita susah. Kita jatuh. Aku percaya semuanya ada maknanya. Kita boleh berwaspada tapi bala kalau nak datang, datang juga. Dah tepis sekali, kali kedua tak kena. Akan jatuh juga kita. Tapi aku tahu, hidup macam roda. Ada kala di bawah. ada kala di atas. Macam mana pun kau tolak aku, kau tolak dia ke bawah. Satu hari nanti kami akan naik semula ke atas. Saat itu kau pula akan merasa. Pandangan seorang yang jatuh dari bawah.

*Dunia ini ramai orang yang bermacam perangai. Kita perlu pandai-pandai jaga diri saja.

Selamat.

Friday, December 11, 2009

Masalah dan permasalahan

Apa khabar? Semua sihat2 belaka? Mari kita ramai2 di sini mendoakan kesihatan satu sama lain. Amin.

Satu pemahaman bagi aku yang masih dalam proses pembelajaran tentang dunia ini, ialah, segalanya yang berlaku pasti ada sebab musababnya. Pasti ada 'kerana' nya. Terutama benda2 yang tidak menyeronokkan. Benda yang membuatkan kita down.

Aku ada seorang rakan yang sedang mengalami masalah dalam grouping dia untuk buat projek dekat Universiti. Budak automotive di Coventry Uni. Masalah tak ngam. Masalah budak group tak buat kerja. Masalah tak ada rasa hormat antara satu sama lain. Masalah tak masuk kepala. Maslaah rasa nak terajang. Ini perkara biasa dalam hidup bagi aku. Ini ujian. Ujian untuk masing2 yang diberikan. Kalau kau lepas ujian ini, kau akan jadi lebih baik. Lebih bagus untuk hari2 yang mendatang atau ujian2 yang lebih besar nanti. Kalau kau tak lepas, kau gagal. Kau mungkin akan belajar dari kesilapan kau dan menjadi lebih matang. Ataupun kau akan teruskan dengan apa yang kau ada tanpa berubah. Jalan ada depan mata, tinggal kau nak pilih je sekarang.

Ada juga yang bermasalah dalam hubungan. Kasih mengasihi. Hei, bercinta jauh-jauh memang susah. Memang payah. Memang menyemakkan. Memang tidak menyelerakan. Tapi itulah padah bercinta jauh. Dah setuju nak bercinta jauh, kena belajar. Kena adapt. Kena tahu yang mana baik, yang mana tidak. Pernah aku bercinta jauh, tahan dua tahun lalu pisah kerana aku belum matang. Aku belum bersedia. Aku ketika itu tak faham konsep graf hubungan lagi. Seterusnya, sekarang ni dah masuk tahun kedua dengan Bulan. Masih bertahan. InsyaAllah, terus bertahan dengan restu bonda dan keluarga di rumah.

Selain itu, ada juga masalah bergaduh rakan2 aku sesama masing2. Salah faham. Cerita belakang. Memang perangai 'Melayu kolot' habis. Kalau dulu cakap belakang. Cakap sambil2 sidai kain baju dengan jiran. Tapi sekarang, cakap dalam facebook saja. Bagi aku, kau tak yah layan orang macam ni. Orang jenis ni, dia masih belum break free dari mentaliti kebudak-budakannya. Orang dewasa SELALUNYA akan hadapi masalah secara berdepan. Jika berhadapan dengan budak2, kita tak yah nak layan. Orang yang kenakan kawan2 nya, satu hari nanti akan rasa juga kesusahannya. Orang yang suka dirinya dibenci, kita tak usah layan. Ini bagi aku. Aku bukannya terlalu baik nak maafkan orang banyak kali. Tak tahulah orang lain.

Ada juga masalah member2 tak dapat rumah nanti untuk next year, bermula daripada summer. Kerana tak ada orang nak duduk dengan mereka. Aku cuma nak kata, pada masa inilah kita tahu. Siapa kita. Bagaimana pandangan orang terhadap kita dan apa akibat daripada perbuatan kita kepada orang. Yang baik dibalas baik, yang buruk dibalas lebih buruk. Ini lumrah alam. Lumrah dunia. Rata-rata masyarakat seluruh dunia sudah menghalalkan konsep ini. Kerana apa? Supaya kita tahu, bagaimana kita nak dilayan, begitulah kita harus melayan orang lain.

Lagi sekali, aku, kau dan semua orang lain tak akan boleh lari daripada masalah. TAK AKAN, ye. Siapa yang cuba lari daripada masalah, hanya akan membuatkan masalahnya menerima 'snowballing effect'. Makin besar, dan besar dan mengejar. Sampai satu masa, dia langgar kau. Kau akan jatuh. Orang selalu kata, jatuh itu tak mengapa. Daripada jatuh, kita belajar untuk berjalan. Kita belajar erti kesakitan. Tapi aku nak tambah, cuma jangan sampai kita jatuh terduduk dihempap lori treler 16 tayar saja. Itu jatuh yang tak akan dapat bangun. Faham konsep ini?

Semua masalah, untuk memberi pengajaran tentang kehidupan. Semua langkah2 yang kita ambil membuatkan kita berfikir. Apa yang kita akan dapat daripada masalah itu? Semuanya berdasarkan daripada diri kita sendiri.

Setiap masalah berlaku bertujuan untuk mengajar dan mengubah kita menjadi lebih baik daripada hari ini. Tetapi sayangnya, tak semua orang yang mahu belajar.

*Kau termasuk dalam orang2 yang macam mana?

Tuesday, December 08, 2009

Graf Hubungan

Hai semua. Amboi amboi amboi.

Hari ini aku nak kongsi sikit pengalaman dan pemerhatian aku. Sedikit pasal hubungan lelaki dan wanita. Seperti beberapa entri lepas, entri ini juga akan berkaitkan perempuan dan lelaki. Tapi secara lebih spesifik.

Aku ingin mempersembahkan satu graf khas yang tidak dipelajari langsung di mana2 sekolah atau institusi pendidikan. Graf hubungan. Graf hubungan ini tidak tertakluk kepada hubungan cinta saja tetapi hampir boleh diguna pakai ke atas semua hubungan bersifat:
1) Bukan muhrim atau tiada pertalian persaudaraan.
2) Neutral, iaitu bukan hubungan yang bersebab. (Contoh kawan dengan Seman sebab ayah dia tauke kaya atau couple dengan Minah kerana ayah dia sekretari kerajaan negeri yang pegang projek. Ini adalah kerana hubungan2 ini sudah ada titik tujuan. Ini juga tertakluk kepada hubungan yang bersifat untuk tujuan seks sahaja.)

Graf selalunya akan mula daripada bawah, titik X = 0. Naik, naik dan naik sehingga ke titik puncak. Tak pernah ada graf kehidupan yang hanya menaik sahaja dan terus naik. Walaupun graf umur, ia akan menaik dan sampai satu tahap, ia akan mati dan tidak bergerak.

Tafsiran graf ini amat mudah, ambil contoh pasangan lelaki dan wanita yang baru berkenalan. Mereka bertemu ketika di restoran, perempuan itu tertumpah air kopi panas ke seluar lelaki. Lelaki mengaduh panas dan perempuan itu meminta maaf dan rasa bersalah. Maka dari situ mereka bertemu. (Cliche nak mati babak pertemuan ni)
Dari kosong, yakni tak mengenali, mereka telah mengenali satu sama lain. Graf makin menaik kian hari. Makin mengenali. Makin menyukai. Graf terus menaik. Sambil itu hubungan mereka terus berjalan. Dari kawan sehingga berjanji utk setia. Bahagia. Oh, best nya hidup. Waktu ni lah kentut pun wangi. Taik pun cantik.
Sehinggalah ke satu titik. Titik ini aku lihat sebagai titik yang menetapkan kemana hala tuju. Titik kritikal.

Graf itu sudah sampai ke titik paling atas. Arah tujunya selepas itu hanya boleh ke bawah, atau mendatar. Selalunya akan ke bawah. Di sini kita boleh lihat, mungkin kerana hubungan lelaki dan wanita itu dah berjalan untuk sesuatu ketika, maka mereka sudah sampai ke satu titik hambar. Di mana mungkin mula berasa bosan. Mungkin berasa tidak ada benda baru lagi dalam hubungan itu. Bak kata omputih, "I've got all of you figured out already."

Selalunya yang merasakan benda ini adalah lelaki. Ini pendapat general aku saja. Bukan pendapat khusus ye. Selalunya yang panik apabila ada di titik ini adalah wanita. SELALUNYA ye.

Mengapa benda ni terjadi? Titik ini tidak dapat dielakkan bagi aku dalam hubungan. Ia perkara biasa yang dianggap luar biasa oleh ramai orang. Dan pada aku, yang menentukan hala tuju titik ini adalah wanita dan lelaki itu sendiri. Perlakuan mereka ketika melalui titik ini.

Ramai yang akan berjaya mengharungi dengan jayanya. Menyebabkan hubungan kekal mendatar di tahap tertinggi atau jika turun pun, sedikit saja. Namun, ramai juga yang gagal mengharungi. Ini adalah kerana ramai yang panik. Terutama wanita.

Ketika mengharungi fasa ini, mereka merasakan yang lelaki mula menjauh. Mula tidak tertarik. Hubungan mula hambar. Mereka panik! dan panik itu adalah antara benda terburuk yang mungkin dilakukan oleh mereka. Kerana apabila panik, akal mereka mungkin berada dalam takat 70 peratus untuk gagal berfungsi. Gagal merancang. Gagal membuat keputusan secara rasional. Apabila panik, mereka akan kerap membuat keputusan2 yang tidak masuk akal malah mungkin mendatangkan kesan buruk kepada hubungan.

Apa contoh keputusan itu? antaranya, mereka mula menjadi seperti parasit2. mengacau lelaki siang malam. Berkatakan sayang itu, sayang ini. I sayang u setiap masa. I rindu u setiap waktu. U rindu i tak setiap kali. U sayang i tak setiap ketika. Dan ini adalah merimaskan bagi SESETENGAH lelaki. bukan semua tapi SESETENGAH. Bagi SESETENGAH lelaki, perkataan2 itu bila kerap kali dilahirkan akan hilang maknanya. Tapi aku faham. Bagi SESETENGAH perempuan pula, tidak lengkap hari dengan kasih sayang jika tidak dilafazkan dengan kata2.

Antara cara lain yang tidak rasional mungkin dilakukan oleh manusia2 panik ialah mula risau dan jeles tak tentu pasal. Ibarat seperti, "Dulu dia hari2 leh layan aku. Sekarang susah dah. Dia ada perempuan lain lah ni agaknya." Ini parah. Kes ni selalu berlaku. Pengakhirannya untuk kes ini, SELALUNYA lelaki itu akan terus padam graf itu, renyuk kertas, pergi thai kuang, beli kertas graf baru dan cari pasangan baru untuk sama2 melukis graf semula(Biarpun aku kenal seorang dua rakan yang masih tabah melayan kerenah awek mereka yang tah hape2 kadang2 aku rasa. Kita tengok sejauh mana treshold level mereka.) Untuk gadis2, tolong jangan berlaku seperti perlakuan tidak masuk akal ini. Jika kaum lelaki mahu menipu kaum wanita, tidak perlu berselindung. Kami pasti akan tetap menipu biarpun kamu sedang makan didepan mata kami, JIKA kami mahu menipu. Ini juga praktikal bagi kaum wanita. ;p

Selain daripada itu, jasad2 panik ini ramai yang akan emo tak tentu pasal. Lambat hantar message, kena marah. Merajuk sampai 2 minggu. Aduh. Ini kes hilang akal. Tolong jangan berlaku begini. Sila sabar. Tanya elok2. Emo tidak akan menyelesaikan masalah.

Aku rasa graf hubungan ini amat praktikal dan memang relevan. Ia bagi aku, PASTI akan berlaku dalam mana2 hubungan. Setiap hubungan akan sampai rasa hambarnya. Di situlah titik kritikalnya hubungan itu. Apabila sampai titik itu, selalunya aku akan relaks. Aku akan biarkan hidup aku terus berjalan tanpa apa2 pressure terhadap hubungan. Aku faham, di titik ini masing2 perlu masa untuk diri masing2. Aku perlu masa untuk diri aku. Kerana di titik inilah mungkin berlakunya adaptation terhadap perhubungan itu. Biarkan semuanya berlalu dan berlaku tanpa mempersoalkan dengan tegas. Pada saat ini cuba anggap pasangan itu, rakan kamu. Aku selalu beranggapan begitu. Seorang rakan yang baik mempunyai lebih banyak keistimewaan untuk kamu berbanding pasangan kamu, melainkan pasangan kamu telah pun menjadi rakan baik kamu. Kerana dalam masa romantis dan menyayangi, kamu telah juga berjaya menerima kekurangan masing2 dan bersedia untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Ini adalah apa yang rakan2 baik selalunya lakukan. Dan di titik kritikal inilah masanya untuk kamu menjadi rakan terbaik untuk pasangan kamu.

Banyak hubungan lepas aku gagal kerana pasangan2 aku berkelakuan seperti di atas yang telah dinyatakan. Payah nak lepas. Namun jika telah lepas fasa kritikal ini. Kamu akan mendapati yang kamu telah bertemu dengan seorang pasangan yang romantis tetapi dalam pada masa yang sama supportive terhadap kamu seperti seorang rakan yang baik. Seorang pasangan yang seperti sesumpah, yang mampu mengubah dan mengadaptasikan perlakuannya dengan keadaan semasa.

*Tetapi nak lepas fasa kritikal ini adalah amat susah bagi aku. Tak ramai yang berjaya melepasinya kali pertama.

Selamat.

Monday, December 07, 2009

Kereta Malaysia

Selamat sejahtera! Kereta Malaysia masuk top gear. gila. gempak. hebat? Mari kita tengok apa review mereka terhadap kereta Malaysia. Kereta2 daripada jenama Proton dan Perodua.

Perodua Kelisa:
A Mini-MPV with the same engine as Kelisa. You don't pay very much, but you get less. Don't be fooled by the price. May be cheap but the cheap is not cheerful here. Not even raising a smile.

Perodua MyVi:
Cheap five-door supermini that we haven't driven yet. And to be honest we don't really want to. We will one day, but not this month. Maybe next, Or maybe not.
Don't be fooled by the word 'affordable'. It is cheap but with good reasons.

Proton Savvy:
Another improbable, unconvincing motor from this Malaysian company. It may be very cheap, but with the quality as bad as this, it's still not cheap enough to warrant buying one. Don't be fooled by the name 'savvy'. Only very dim and totally unsavvy people will buy this car.

Proton Satria Neo:
Not as bad as you expected. Rough engine note aside, it rides OK and motor's reasonably peppy. Dodgy interior styling, though.

Proton Gen-2:
New budget five-door hatchback that's very European in concept, although it's concept is already five years old.

*Gelak guling2 baca review ni. Caiyok Malaysia! Aku tunggu Proton keluarkan prototype sport car pula selain proton Elise. Kau orang pernah dengar proton Elise ke?

Selamat

Saturday, December 05, 2009

Aku seekor penguin.

Sekarang hari sabtu, jam 12.08 tengahari di Coventry, England.

Semalam aku pergi ice-skating. Aku tak pernah mencuba2 untuk berfikir tentang ice-skating. Apatah lagi berdiri di atas ice itu dan meluncur seperti penguin yang bebas. Memang aku tak pernah. Tapi aku cuba juga. Bersama rakan2. Ramai juga yang tak reti dan fist time seperti aku.

Aku jatuh atas ice hampir 50 kali aku rasa. Mula2 aku kira berapa kali. Tapi dah banyak kali aku lost count. Setakat kena gelak tu benda biasa. Sampai ada awek mat salleh datang hulur tangan kata, 'need help?'.

Hasilnya aku dah boleh berjalan sikit2 atas ice. Lagi 3, 4 ratus kali jatuh aku rasa boleh jadi pro lah. Sampai sekarang pinggang aku masih sakit. Semalam jatuh, buat2 cool. Senyum. Bangun tidur pagi tadi baru rasa sakit. Kanninnawe tol.
Aku juga hilang kunci bilik aku semalam. Hawau tol. Potong stim. Banyak sangat benda hilang atau tak sampai baru2 ni. Kunci yang akan meng'cost' kan aku sebanyak 7o pound untuk replace. Aduh. Tapi apa boleh buat. Nak buat macam mana.

SEmalam juga tengah2 main ice skating dengan kawan2. Seronok2 senyum2. Ada satu group yobs ni yang dah pandai main. Depa dengki kat kami aku rasa. Aku kena langgar 4 kali. Sekali tu kaki aku kena sepak. Aduhai. Ini jenis2 yang racist dan minda kolot nya mat salleh. Potong stim lagi. Tapi tak apa juga lah. AKu faham. Mungkin sebab budak2 ni tak pernah kena loceh. Liar. "Bak mai masuk Malaysia, hang pa tau la nasib. Aku tampaq sekor2. Nak aram sungguh." Kata seorang rakan aku yang sedang hangat semalam. Aku sekadar gelak.

Selamat.

Thursday, November 26, 2009

Ucapan selamat Aidil Adha.

Saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada ibupa dan keluarga yang ada di rumah. Termasuk keluarga makcik2 dan pakcik2 dekat. Dengan ucapan selamat menjamu selera dengan lahapnya. Tahun ini saya istimewa. Saya sambut hari raya dengan kelas seminar di kolej.

Yang ikhlas dan kacak,
Reverie Malaya

Tuesday, November 24, 2009

Uk dan Malaysia.

Peratus pendatang di UK ni amat tinggi. Aku tengok kat wikipedia, dia kata 5 juta immigrant ada dalam UK. 5 juta ni lagi ramai daripada penduduk Melaka. haha. Tak tahu la betul ke tak angka tu, tapi yang aku konfem. Berdasarkan research yang aku buat utk subjek Culture aku. 33% penduduk kat belah east london borough (dalam london) adalah bangladeshis. Ini baru pendatang dari Bangladesh. Belum kira indians, singhs, chinese, polish dan termasuklah malaysians.

Tak usah cerita, budak Bangla dekat London siap boleh buat geng kongsi gelap halau pelacur daripada tempat mereka. Sebab bangla sini ramai islam. Malah diorang buat demonstrasi bila skinhead2 putih kacau tempat mereka. Apa ada hal? britain bukan utk mat salleh je pun.

Aku berjalan2 di Coventry ini. Aku lihat banyak kedai makan. Mostly makanan seperti pizza, burger dan lain2 fast food. Hampir semua dibuka oleh orang selain daripada putih. Yakni, coloured people jika merujuk kepada orang putih.

Aku jalan2 lagi, aku tengok pekerja sapu sampah ramai berkulit gelap. Maksudnya disini mereka bukan orang putih. Kemungkinan mereka untuk digelar British amat tipis sekali.

Jalan2 lagi, aku terserempak dengan satu bar Jamaica ala-ala Reggae. Agak2 siapa ramai kat dalam?

Aku teruskan jalan2, aku nampak orang putih kiri aku. orang tak putih kanan aku. orang putih kiri aku, orang tak putih kanan aku.

Aku dah penat jalan2. Balik ke apartment. Terserempah dengan Mbamba. Pak guard asal Afrika dan beragama Islam. Daripapa semua pak guard apartment aku, hanya 5 percent berkulit putih ataupun mat salleh orang kata.

Aku nak kata, orang putih tak ada mana pandai. Rajin? hak ptuih. Hebat? dulu2 mungkin lah. Zaman2 King Henry kelapan mereka bolehlah cerita. Tapi sekarang apa mahu cerita? UK salah satu negara bertamadun tinggi sebab datuk nenek orang putih rajin dan kuat berusaha. Tapi anak2 muda putih ni tak ada macam itu pun.

Kalau asek2 jalan jumpa orang tak putih, mana orang putih pergi?

Haa, nak cari orang putih senang je. Malam2 masuk club, tengok semua mabuk dan semua putih. hampir 90% putih.
Yang mengemis minta2 duit kat aku selama ni semua putih.
dekat bar malam2, main pool ataupun main tikam dekat mesin kuda, semuanya putih.

Oh, hebatnya anak putih sekarang ni? Apa ada hal, sekali lagi aku cakap. Britain bukan utk mat salleh je pun.

Cuba tengok Malaysia pula. Yang kerja sana kerja sini, boleh tengok bangla2 dan indon2 bertambah. Subaidah amek pekerja mana? Tapi yang balik dari club pergi subaidah pula, siapa?

Yang jadi kutu rempit, kutu rayau. Gaduh waktu sekolah. Minum Tai Song. Main E waktu kolej. Hisap batu utk kuruskan badan. Daftar dengan bapa ayam jadi GRO datuk2. semua siapa? Bangla ka? Yang dok keluar masuk pusat. siapa agaknya ya? tambah, yang jadi pelakon utama video 3g murah gambar blur. Bangla juga ka?

Maka comparison Malaysia dan Uk tak jauh lari alignmentnya. Cuma bezanya, UK dah establishkan diri sebagai negara maju. Negara dunia pertama dan advanced dari segala segi. Walaupun mungkin akan telokop lagi 5 generasi, tapi sekurangnya asas negara mereka kuat. Tapi Malaysia, apa ada? Setakat Melaka pegang rekod monopoli perniagaan dunia waktu abad ke 15 dulu.

Monday, November 23, 2009

Post ini khas untuk rakan2 'NZ clan!'

Selamat sejahtera aku ucapkan kepada semua rakan dan taulan.

Aku pernah sekali pergi ke Johor untuk turut serta dalam satu kem untuk orang-orang yang cool. Di kem ni aku kenal ramai orang2 dari seluruh pelusuk Malaysia. Dari perlis sehinggalah ke sabah dan sarawak. Malah, roomate aku pun bertemu dgn cinta hatinya di sini. Byk juga insiden2 menarik berlaku disini.

Tiba2 aku terperasan satu benda ni. Kaler dia oren. Oren yang menyilaukan mata. Dalam satu kumpulan yang agak ramai. Macam semut. Kat belakang mereka tu ada tulis, 'NZ clan'.

Nampak first time dgn kawan2. Aku gelak terbahak2. "Poyo habis," Kata hati kecilku waktu itu. Sebenarnya kem tu tempat student2 yang nak pergi oversea akibat daripada twinning programme. Tapi belum pergi pun lagi. Sebab tu aku kata, mak aih. Semangat lebih diorang ni.

Dalam pada itu, ada seorang daripada semut2 oren itu yang aku terperasan. Macam kenal. Dia tengok aku. Aku tengok dia. Sama2 senyum. Macam dalam cerita hindi tu. Bezanya kami dua2 lelaki. Haha. Beberapa kali benda ni berlaku di beberapa tempat kami terserempak. Macam kenal, aku cakap setiap kali ternampak muka dia. Jambu jugak. Kalau kat sekolah asrama dulu, ni jenis2 jadi bijik senior je ni. haha.

entah macam mana, mamat semut berbaju oren ni aku tegur dan kami jadi kawan. Sebab kebetulan memang aku pernah nampak dia pun. Dia pernah main gig kat Melaka yang mana gig itu aku dan kawan2 aku yang organize. Patut lah macam kenal kan.

Sambung, aku sejak balik tu kadang2 ym dia. Daripada dia juga lah aku kenal seorang gadis ni. Nama dia Nur Bulan binti Hamlet. Yang mana gadis itu sampai sekarang menjadi bulan aku.

Sehinggalah membawa aku ke menginap di 'kolej' mereka. Aku lepak tumpang rumah mamat yang aku macam kenal itu. Oh ya, lupa pula. Nama dia Amar. Amar jambu. haha. Dia ada sewa rumah waktu tu kat luar kolej. Di situlah tempat pertama aku bertandang bila aku pergi ke SP buat pertama kalinya. Lalu, sejak daripada itu aku kalau pergi SP, aku akan tidur kat rumah dia. Tanpa caj. Itu yang best tu.

Bila amar pindah masuk dalam 'kolej' balik. Dia dok hostel. Maka aku pun tukar port. Daripada lepak rumah, aku lepak bilik dia pula, aku kenal lagi kawan2 dia seperti bob, syamel, wan, hakeem, tajol, mat top dan lain2 yg aku tak berapa nak ingat nama.

Seperti daripada nama bob. Apa yang kaorang bayangkan bila nama dia bob? haha. Itulah bob.
Syamel pula, brader 3 line asal kedah. Senjata rahsia dia ialah buat orang gelak sampai guling2.
Wan, ni antara gamers otai. Muka ganas tapi pernah pergi kelas pakai baju kemeja kotak2.
Hakeem, haa ini kes lain sikit. Bagi aku dia seorang kawan yang jujur dan amat pemurah.
Tajol, daripada ganu aku rasa. Pemain bolasepak peringkat daerah Kuala terengganu dulu. Kena buang padang akibat menggigit bibir pemain lawan.
Mat top. bakal pengebom berani mati di Indonesia.

Dan aku menjadi rapat dengan mereka ni. Kira macam versi rakan aku di Sungai Petani lah. Bilik kecil, tidur berempat (Aku, amar, bob dan syamel) bila aku datang lepak SP. Apa ada hal. Cuma kadang2 bila bob terkentut2 itu yang jadi hal. Babi sungguh. Kasihan aku yang biasanya tidur disebelah dia.

Ini berlarutan hampir banyak kali weekend. Dimana aku akan lepak di SP bila weekend dan di Ipoh bila weekdays. Pack kan jadual aku? haha. Sehinggalah mereka tukar luar, sewa rumah dua tingkat. Waktu ini kalau tak silap aku dah habis study kat ipoh. Tapi bila aku datang, lebih banyak ruang disediakan. Yelah, dulu bilik kecil pun mereka sudi. Ini kan rumah besar. Mereka memang berbesar hati utk menerima aku. haha.

Daripada SP juga aku kenal beberapa individu daripada spesis bergelar wanita. nama2 tak boleh didedahkan disini. Mereka ini aku kenal daripada bulan. Rakan2 bulan. Bak kata pepatah lelaki2 romantis. "kawan you, kawan i juga.".

Juga kenal beberapa daripada mereka ini daripada blog. Contoh seperti Mamma mia, zack, Ada, att. walau jika face to face, kami bercakap bahasa isyarat saje menggunakan bibir. Senyum2. Tapi bila kat blog, rancak men'gomen'. haha.

Walaupun ramai yang ada blog mereka ini. Seperti bob, syamel, ammar dan top. Mereka ni bloggers juga. Tapi jenis update satu post. Tunggu bulu tumbuh cukur balik 3, 4 kali lepas tu baru update lagi 1 post. haha.

Jadi hari ini aku nak ucapkan tahniah kat semua 'budak2 pakai baju oren' waktu kat Johor. Tahniah kerana aku dengar cerita semua lulus final. Sekarang cuti sampai januari kan. Lepas tu terbang lah kaorang. Boleh aku datang lepak New Zealand pula. hmm tapi kali ni, nak lepak rumah siapa pula? haha.

Tuesday, November 17, 2009

Rumahku, syurga makanku.

Waktu aku kecil, masa makan aku amat terjaga. Bangun pagi, subuh2. Mama akan kejut dengan suara bak halilintar memecah bumi. Pada aku, tiada 'alarm clock' yang akan dapat menandingi suara mama. Sekali sebut, 'Eish'. Terus aku bangun tak tidur2.
Bangun ja aku akan mandi. Habis mandi salin baju dan solat subuh. Lepas itu makan. Selalunya makan roti sapu jem. Air sama ada susu atau milo. Kadang2 waktu best dapat minum air koko. Syok oh! Makan kalau waktu heaven, dapat la merasa burger dan nugget ayam. Peh, meleleh kalau dapat merasa dua benda ni untuk sarapan. Kemudian mama sediakan bekal juga.

Pergi sekolah, duit sekolah aku tak banyak mana. Tapi tak ada hal kerana aku ada bekal dah. Cukup2 duit itu untuk beli satu item. Kalau beli aiskrim walls lime memang pastu tak dapat beli apa. Jika beli hot dog dan roti, juga sama. Maka dengan ini, mama telah berjaya memupuk aku untuk belajar berbelanja dengan bijak. Tahniah mama.

Balik dari sekolah, akan siap terhidang makanan di rumah. Aku ni, wlaupun tak ada video game, tak ada but bola sepak, tak ada pakaian quiksilver, tak ada kasut kulit, tak ada seluar jeans Levi's atau BUM, tak ada kasut Converse, tak ada boxer, tak ada kamera digital sendiri, tak ada telefon bimbit nokia canggih, tak ada jam Polo dan tak ada baju-baju funky kotak2 mahupun seluar skinny mahal. Makan aku sentiasa mewah di rumah. Tak ada ikan, aku makan ayam. Tak ada ayam, aku makan daging. Tak ada daging, aku makan ayam dan ikan. Sama ada kari, bistik, masak lemak dan sup. Semua ada. Dan seminggu sekali mama akan masak sama ada nasi lemak ataupun nasi ayam. Selalunya masakan ini dimasak pada hari Jumaat. Kenapa hari jumaat? jangan tanya aku. Tanya mama. Tambahan pula laksa Johor yang memang sah lagi sedap daripada laksa Penang. Uh, terliur.

Bila petang pula, akan ada minum petang. Paling stylo jika mama buat karipap sendiri. Ini memang heaven. Siap goreng, mama panggil semua turun makan sambil tengok al-kuliyah atau rancangan petang.
"Seorang tiga." kata mama.
"3 je?" Kata aku dalam hati. Dalam hati je.
Walaupun tiga. Yang tiga itu lah yang nikmat. Sikit2 makan. Mula2 makan keliling dulu. bahagian tepung yang dikelim. Kemudian baru habiskan bahagian dalam. Nak habis 3 ambik masa setengah jam. itu baru nikmat.
Air waktu petang selalunya air teh kosong. Ini air fevret aku. Kopi tak boleh minum. Mama kata kalau budak kecik minum kopi nanti jadi lembab. Tak tau la relevan ke tidak kata2 itu. Aku percaya je.

Jika tidak ada karipap, hidangan 2nd heaven adalah biskut potong dengan teh boh. Ini ialah Peh! Kalau dapat kat aku, satu bungkus biskut dengan satu koleh air teh. Habis, sekali adap.

Apabila malam, masakan tengahari akan dipanaskan semula untuk dimakan. Kadang2 mama akan goreng telur dadar. Jarang2 nasi yang lebih akan mama buat 'nasi kicap butter'. Dan 'nasi kicap butter' ini adalah TERBAIK! Memang konfem habis kalau mama buat. Selalunya yang beruntung, yang tak dapat makan. Contoh aku belajar kuat. Lambat turun makan. Lauk habis. Lalu mama akan masakkan nasi kicap butter. terbaik!
Kadang2 jika beruntung, baba akan ajak makan di luar. Jika dapat makan tomyam kat luar, memang syok gila ah. Lagi2 tomyam Hajah Norliyah. Memang terbaik. Dulu la. sekarang ni tak sedap lagi da. Yang bestnya, bila makan tomyam. Order la berapa banyak. Makan la berapa banyak pinggan. Selalu aku akan makan 3 pinggan nasi kosong dgn tomyam. Cuma yang kurang bestnya, jarang2 baba akan benarkan kami minum air sejuk. Selalunya air panas saja. Ini untuk fitness, kata Baba.

Sekarang, aku di negara orang. Tak ada dah mama nak masakkan. Tak ada juga baba nak belanja makan kat luar. Yang ada cuma aku dan kawan2. Dan untuk seminggu ini kami akan makan 'nasi goreng budget'.

*Hari itu call mama dan baba, mereka kata, abang fahmi baru belanja makan ikan bakar. Ah, tu semua saja nak bakar nafsu makan aku la tu! haha.

Selamat.

Monday, November 16, 2009

Kawasan Riadah Bersimen aku yang cool

Tadi makan nasi budget. Nasi budget = mentega ditumis bawang besar dan putih. tambah sayur kcg panjang, tambah kentang. tambah sos-sos segala macam. tambah telur dua biji dan digaul dgn nasi. Makan, kenyang juga.

Bet dgn kawan sedapur, nak makan nasi budget selama seminggu. So, the bet is on!

Sambung cerita pasal sekolah aku yang masih cool.

Selain daripada ada padang rumput olimpik, sekolah aku ada kawasan riadah bersimen. Di situlah tempat pelajar2 menunjukkan bakat masing2 dalam pelbagai permainan. Antara permainan adalah galah panjang, teng2, cop tiang dan aiskrim soda. Permainan2 lain aku dah lupa. Kawasan riadah bersimen ni menjadi port dikala waktu rehat. Ada 2 gelanggang galah panjang. 2 teng teng. dan sejelajah susur gajah untuk bermain cop tiang. Selalunya ramai2 tukar2 permainan. Galah panjang terbahagi dua kerana selalunya budak2 yang otai2 akan main di gelanggang yang lagi satu. Yang lagi 'up'. Sementara budak baru naik main di yang lagi satu. Siapa yang cukup kick saja dapat main di gelanggang up itu.

Cop tiang permainan yang agak flexible. Tak mengira darjat atau status. Siapa yang mahu boleh main. Tapi selalunya, budak2 baru nak up akan kena buli. Dan, tiada istilah anak keladi.

Teng2 juga ada dua gelanggang. Satu yang berbentuk T. Ini gelanggang basic. Simple.Paling asas. Sama dengan maksud, baru naik. Maka budak2 baru nak belajar, dah lama belajar tapi masih bengap, tak tahu rules. semua main sini.
Gelanggang lagi satu, adalah gelanggang yang besar. lebih elegant. memerlukan lebih energy dan lebih muscle2 bertauliah dan berurat untuk dikuasai. Ini adalah gelanggang 'up'.

Seperti biasa untuk aku yang athletic dan berstamina tinggi ini. Aku budak teng2. Walaupun difikirkan sekarang, kelakar. Tapi dulu, gelanggang teng2 itu adalah tempat pertarungan. Peperangan. ah, susah aku nak describe.
Setiap kali rehat, bermain teng2 adalah satu kemestian. Buah, kami ambik daripada pokok yang ada disitu. Buat baling. Lawan. Kalah keluar. Aku dianugerahkan kebolehan. Ketinggian. Maka, kerap kali aku menang. Bangga.

Dan apabila loceng berbunyi. Semua murid bergegas berlari balik ke bilik darjah. Lalu aku disitu menggenggam buah kemenangan. Dengan azam, esok hari aku akan kembali. Kerana aku ada peperangan untuk dimenangi.

*Siapa mau 'celen' teng2 dgn aku? Ada beran?

Saturday, November 14, 2009

Padang Sekolah terhebat

Dulu-dulu waktu kecil, aku bersekolah di satu sekolah yang sampai sekarang masih sekolah rendah terbaik dan tercool untuk aku. Sekolah rendah aku dulu atas bukit. Mempunyai padang yang besar juga. Ada pokok besar di tepi padang, port budak2 lepak selepas main bola. Sebelah pokok tu ada satu bangunan yang diberi nama bilik persalinan. Aku pun tak tahu apa fungsi bilik persalinan tu kerana budak2 lelaki akan tukar di bawah pokok saja. Siapa yang tukar dalam bilik persalinan tu kira 'gay' la. Ada juga rakan2 aku yang lain, yang cuba cuba mengintai bilik persalinan perempuan itu. Aku tak cubalah, sebab aku tahu perbuatan tu tak bermoral.

Padang sekolah aku tu kalau dipusing, genap 400m. Ada track lagi. Siap di minyakkan oleh cikgu-cikgu PJ aku. Agak2 antara mereka malas, mereka suruh budak2 tolong buat. Agak2 budak2 malas masuk kelas, mereka tolong cikgu2 minyakkan padang.

Tambahan pula, padang aku ada satu pavilion. Lengkap dengan pavilion itu ada bilik setor. Kat bilik setor itu ada macam2 khazanah. Rasa best jika dapat masuk bilik setor tu. Itu yang bila cikgu PJ minta tolong ambil bola, berebut-rebut nak ambil.

Tengah2 padang pula dibahagi dua. Jika satu padang itu dikira sebagai satu padang bola. Tetapi bila dibahagi dua, akan dapat satu padang bola dan sebelah lagi padang hoki. Aku waktu sekolah rendah tak diberi penekanan pun pada aktiviti sukan. Lebih2 lagi sukan bekerjasama seperti bola sepak atau hoki ini. Aku lebih into kepada sukan2 lain yang lebih mencabar skill2 individu. Kepantasan dan kekuatan kaki. Ini nanti kita cakap di lain hari.

Aku dulu ketika di sekolah, rumah Nuri. Nuri adalah rumah terhebat. Sentiasa menang hari sukan. Warna baju warna merah. Rumah2 lain seperti Raja Udang, Punai dan Tiong memang tak boleh nak lawan la. Selalu bila hari sukan, nuri akan menang.

Apabila waktu PJ, selalunya di padang inilah kami akan bertapak. Sama ada main bola sepak atau bola jaring untuk perempuan. Atau main kejar2. Atau pun apa saja, selalunya disini lah. Kecuali bila waktu aku dapat seorang nyah sebagai cikgu PJ aku waktu darjah 2. Nama dia Idris. Tapi aku rasa, dia ingat nama dia Ida agaknya. Namun pelempang beliau ni kuat. Walaupun nyah, tapi kuat. Selalunya bila pj, idris akan suruh buat benda2 yang tak berapa nak best. Jarang2 dapat main bola. Aku amat tidak suka kalau pj dengan Idris.

Ini sajalah disini. Sampai kita bertemu diwaktu yang lain, hari yang lain. Selamat!

Tuesday, November 03, 2009

Entri khas buat Baba

Ayah aku seorang yang kuat. Ayah aku gagah. Ayah aku membawa perwatakan sentiasa perwira sepanjang aku mengenalinya sejak kecil. Ayah aku seorang bekas guru. Ayah aku mempunyai hati yang amat murni. Selalu membantu. Kerap memberi pertolongan sesiapa yang meminta. Ayah aku seorang atlet. Memenangi Liga Divisyen. Memenangi perlumbaan dan acara balapan lain. Berlari sebaris dengan pelari Negara pada waktu ayah aku muda. Ayah aku kacak dan menarik. Menjadi idaman para gadis. Pernah ketika aku melepak minum di kedai mamak bersama ayah aku, aku korek cerita daripadanya. Jumlah teman wanitanya cukup ramai. Dengan yang itu, yang ini. Tidak boleh cerita detail. Takut Mama cemburu ;p

Dulu waktu aku kecil, bila hari Guru. Rumah aku penuh dengan hadiah daripada murid ayahku. Dalam rumah aku itu, 1/3 barang pelajarnya beri. Jam dinding saja dah ada tiga empat. Meja kaki ikan 'Feng-Shui' kuat import daripada China juga hasil pemberian orang.

Dulu malam-malam ayah aku selalu dapat call. Cikgu tu, cikgu ni, semua minta tolong. Kena transfer, nak transfer sana, nak transfer sini. Ayah aku tolong satu-satu. Tak lesu menghulurkan bantuan. Aku kagum dengan ayah aku.

Sekarang bila dah bersara, tak ramai dah yang cari. Tak ada call lagi minta tolong. Tak ada call lagi nak tanya khabar lalu minta tolong guna bantu sikit2. Hadiah pun dah kurang. Hari guru tak ada limau atau epal2 free lagi. Jam dinding pun kena beli sendiri. Siapa dulu? Siapa dulu yang selalu menelefon. membodek. Senyum simpul yang palsu!

Tapi tak apa baba. Mereka semua tak perlu ada. Kerna ayah aku tahu, Ayah aku ada Mama. Ada 5 orang lagi anak laki-laki. Itu sahaja sudah cukup. Kami selalu dibelakang masing-masing. Siapa ganggu, minta simpang. Kena pijak, diam-diam.

Ayah aku tahu sekarang, ayah aku tidak perlukan apa lagi. Selain keluarga ini. Dan aku, seorang anak laki-laki. Aku pun tahu. Aku tidak mahu ayah yang lain.

Selamat Hari Jadi Baba. Semoga Baba diberi kesihatan. Diberi kemuliaan. Diberi kesejahteraan bersama dengan Mama untuk hidup lama. dan lama. Sehingga kami beradik kahwin. Sehingga memperoleh anak yakni cucu ayah ku. Dan sehingga ayah ku sendiri seronok dan puas dengan kehidupan.

*Ini kerana aku tahu, aku akan bergenang jika sesuatu menimpa keluarga tersayang ini.
Ba, maaf lambat wish. Saya pergi ke Nottingham minggu lepas.

Monday, November 02, 2009

Post Nottingham visit

Nottingham was awesome. I would like to express my utmost thanks to Firdaus and co who sponsored our accommodation. Siap memasak untuk kami. Wa caya lu orang! Memang sempoi. Siap teman bawa pergi jalan Castle. Siap bayarkan duit Castle. haha. Nanti ada masa kitorang bayar balik. Tadi terlupa bayar. Kamu di Notts adalah terbaik! Thanks!

Tadi teaser je. Sambung cerita asal.

Aku g Notts, seperti kamu tahu. Aku pergi untuk Notts games. Aku main banyak games kat situ. Game teka2 nama orang yang macam ni,

Orang: eh kau. kat sini jumpa.
Aku: Eh la, kau. Ni errr Abdul?
Orang: Rahman la. dulu masa kat bla bla bla kita jumpa.
Aku: Haa Rahman. Betul la tu. Aku agak dah tadi. Kau sihat lagi? bla bla bla.

Aku main lagi. Main ambil2 gambar candid orang. Contoh macam ni,

Baby D: Weh, tu lawa.
Aku: ok. untuk kau. 'snap'
Baby D: weh, tu lawa gak.
Aku: Ye la ye la. 'snap'
Baby D: Weh...(tanpa sempat menghabiskan)
Aku: (mencelah) ye la ye la. 'snap'

Aku main lagi. Main tepuk2 tangan untuk kawan2. Ada seorang kawan tu aku ambil gambar dia stretching. Nak ambil gambar dia main, tapi dia tak masuk main. ;p

Aku main lagi. Main makan2.
Nasi Lemak, Laksa kari, Laksa Penang, Ayam berempah, Ayam tandoori, kepak ayam, cendol, kuih muih. burp!

Aku main lagi. Main jalan2 dekat Nottingham Castle. Tangkap2 gambar dalam dungeon tempat mereka seksa orang dan simpan tahanan.

Mereka sangkut tahanan dekat dinding dengan rantai besi karat kapal. Mereka bagi makan roti kering. Kencing berak mana2 yang suka dalam dungeon itu. Ada tikus besar lapar gigit kaki tahanan tu. Ada satu pintu terbuka. Tahanan yang tak tahan boleh masuk pintu tu untuk jadi bahan bakar Castle tu. Pintu tu 'burning place'. tempat kayu api untuk masak makanan.

*Orang putih ni tak pandai mana pun.

Selamat.

Saturday, October 31, 2009

What is English?

What is your name?
My name is Reverie.

How old are you?
I am xx xx years old.

What is your hobby?
My hobby is collecting stamps.(typical)

...
...
...
Those are not English.


These are English
SLA 1
SLA 2

Short notice: I'll be going to Nottingham this weekend. No updating blog. Cheers!

Wednesday, October 28, 2009

Memorable experience

Aku melalui satu pengalaman yang agak significant tadi. Yang aku rasa tak ramai rakyat Malaysia melaluinya. Di tempat aku belajar ni, di Coventry UK. Komuniti Malaysia boleh tahan ramai juga. Most of them are Chinese. This is obviously because of the system in our education. Tapi ini bukan poin nya. Teruskan..

Akan datang, pelajar Malaysia nak buat persembahan MNight. Yang mana meliputi persembahan2 seperti dikir barat, sketsa, musik dan lain2 yang berunsurkan Malaysia. Seperti kau tahu, Dikir Barat selalunya orang Kelantan yang perform. Joget2 selalunya orang Melayu negeri masing2 perform. Sketsa berkaitan pembunuhan Hang Jebat, selalunya yang excited lebih jadi main cast adalah pelajar Melayu. SELALUNYA! <--- rujuk

Tapi di sini suasananya amat berbeza. Yang pecah kepala memikirkan aktiviti, pelajar Chinese. Yang mengetuai sesuatu persembahan, Chinese. Tadi aku audition untuk role sebagai drummer dalam persembahan musik. Yang interview aku Chinese. Aku kata okay, aku boleh main musik. Mereka tanya, kompang boleh main? Aku kata boleh juga. Mereka kata rujuk pada 'Jin'. Jin ni seorang chinese dan dialah yang mengetuai pasukan kompang Malaysian Warwick tahun lepas. Kompang tu tradisi siapa? Melayu.

Kemudian tiba2 di celah2 perbincangan dan gelak2 tu ada seorang freshie Chinese tanya, Dikir Barat tu apa? Lalu senior2 yang interview aku ni (Semuanya Chinese) membuat demonstrasi. Dalam bilik itu juga semua buat dikir barat berlagukan 'Ewa buleh'(aku tak tahu nama sebenar lagu die. Maaf aku tak into dikir barat. Cuma layan Cikgu Sulizi saja). Melagukan dengan loghat Kelantan juga. Kemudian seorang daripada mereka kata, 'You should try Dikir Barat.' It's fun. It's very nice. Mula2 I pun tak tahu apa tu dikir barat. But I joined and participate. And it was FUN! Teruskan..

Kemudian seorang mamat MELAYU freshie ditemuduga. Dia kata dia Clarinet player. Okay fine. Mereka tanya, dikir barat minat nak join? Dia yang merupakan seorang Melayu menjawab, 'dikir barat is so lame.' Kemudian dia ditanya lagi, 'What about Kompang? Are you interested?'. And he answered, 'kompang is even worst!'.
Aku macam.. Ugh?!

Poin yang aku cuba nak sampaikan adalah, aku amat tertarik dengan peristiwa ini. Tak pernah aku lalui benda macam ini walau aku hidup di Malaysia selama 20 tahun sebelum ini. Tapi di tanah orang, aku dapat rasa betul2 semangat 1Malaysia itu. Kau faham? Dapat rasa juga? Aku dapat lihat mana tiada langsung semangat perkauman antara Malaysians. Ia berlaku cuma disini.

Persoalan: Mengapa ini boleh terjadi?

Aku bukan penganalisa politik berdaftar. Atau ethnografer yang tersohor. Tapi aku rasa salah satu sebab kenapa tiada isu perkauman sesama Malaysians di tanah orang ini adalah kerana kami semua jauh dari tanah Malaysia itu sendiri. Jauh daripada politikus2 dan sistem nya.

Ah, Kau faham tak apa aku cuba sampaikan ni?

Tuesday, October 27, 2009

Melayu, Cina dan India serta etnik2 lain.

Politik memainkan peranan yang crucial atas sistem edukasi. Setuju?
Sistem edukasi memainkan peranan penting atas beliefs dan attitude masyarakat. Setuju?

Maka, politik menetapkan terdapat perbezaan besar antara sistem pendidikan antara kaum. Sekolah Jenis Cina utk Cina. Jenis India utk India. Dan Kebangsaan yang selalunya untuk semua tapi sebenarnya ramai Melayu saja.

Sistem pendidikan di sekolah2 ini amat berbeza. Tengok benda yang nampak. Infrastruktur sekolah. Kalau Kebangsaan selalunya ada padang bola. Sekolah Cina selalu ada gelanggang bola keranjang. Sekolah India? Aku biasa tgk sama ada padang bola atau tak ada padang dalam sekolah. Selalunya di estet2 baru banyak sekolah Jenis Tamil. Maka sekolah2 ini uzur.

Perkara ini sebenarnya sedikit sebanyak menyumbang kepada 'Race segregation'. Setuju? Maka dengan sebab ini kerajaan kata 'pelajar sekolah hanya boleh didaftarkan ke sekolah2 berdekatan sahaja'. Dari ini kita percaya, sistem mak bapak pilih sekolah akan berjaya dikurangkan. Dengan harapan anak cina dan india akan masuk sekolah kebangsaan juga. Tapi kerajaan tak nampak. Anak melayu ramai di mana? Kampung, bandar. Anak Cina? Bandar. Anak India? estet, bandar. Sekolah cina ada ke di kampung2 dan di estet? Tak ada. Maka pelaksanaan ini gagal sebab tak mencapai matlamat. Kerana purata kewujudan anak2 ni tidak akan sama dekat mana2 tempat.

Perbezaan sekolah ini juga mencerminkan identiti pelajar2. Apa culture yang murid2 tu akan bawa. The fact that in Chinese school(Menurut rakan aku yang sekolah cina), they replace PJ period with other subjects. Meaning that, no PJ for the students. Sometimes, recess period is taken by teachers to teach their subject.
Manakala sekolah melayu pula bila pj SELALUNYA cikgu akan masuk bagi bola dan kata 'main'. Bila belajar pula tak sehardcore sekolah cina.
Perbezaan ini kita boleh lihat, macam mana taraf pencapaian Pelajar Melayu dan Pelajar Cina berbeza. Faham konsep ni?

Aku bukan nak merendahkan mana2 kaum. Bukan nak kata mana2 kaum itu superior. Aku cuma nak kata:
Malaysia= Melayu+Cina+India+Iban dan kaum2 etnik lain.

Maksudnya disini. Malaysia tidak akan boleh jadi 'the next Singapore'. Malaysia juga tidak boleh menjadi gagasan Nusantara. Mahu pun kata yang Indians kat sini belongs to India.
1. Melayu akan bantah kalau malaysia nak jadi mcm singapore.
2. Cina dan India akan bantah kalau Malaysia nak join Nusantara.
3. Republic of China akan terima ke kalau orang cina sini nak pergi sana? Dialek pun berbeza.
4. India akan terima orang india sini masuk sana ke? rakyat mereka pun dah over population.

Maksudnya sekali lagi. Chinese of China tidak sama dengan Chinese of Malaysia. Indians of India tidak sama dengan Indians of Malaysia. Kita Melayu tidak sama dengan Melayu Indonesians. Kerana Malaysians Chinese, Malaysians Indians dan Melayu Malaysia adalah identiti tersendiri negara Malaysia.

Setuju?

Atau tidak? Tolong beritahu kenapa tidak, boleh?

*Nak bangkang itu senang sangat. Cuma geleng kepala. Tapi kalau nak memimpin itu susah. Kena buat keputusan dan terima akibatnya. Betul tak?
*Ayat2 yang ditaip hanyalah bersifat generalisasi. Tidak terkena kepada mereka yang ekstremist.
*Kajian2 ada dijalankan tetapi cuma secara tidak formal.

Tuesday, October 20, 2009

This Will Destroy You (in Birm)

This is for my friends. [Also the pj's community (If they still exist)]


Andrew, Rev and DONO =)

*Wait for what's coming tomorrow eh?!

Friday, October 16, 2009

Blwitter (15th Oct)

Kawan aku beli iPhone. Kawan aku beli N97. Kawan aku nak beli kereta. Kawan aku nak tour europe. Kawan aku nak jalan2 Manchester. Kawan aku nak tengok bola Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Manchester FC.
Kawan aku kata, "Apa ada hal. Duit rakyat."

Kawan aku kata lagi,"Terima kasih rakyat2 untuk duit itu."

Dah. nak tidur.

p/s: rakyat2 yang bayar cukai je la dapat terima kasih tu.

Thursday, October 15, 2009

Blwitter

Selamat sejahtera. Apa khabar? Kalau sihat, tekan lah ads. Lagi sikit lagi boleh cashkan dah. =)

1) Tadi ada budak2 kecik primary school dalam bas. Golongan putih. Macam beruk. Cakap kuat2. Jerit2. Ada yang meniarap dan merangkak dari seat ke seat sehingga ke depan. Kalau kat Msia buat perangai macam tu, aku dah sembur awal2 dah. Tapi ramai orang pesan, datang tempat orang kena pandai bawa diri. Aku sabar sampai ke bus stop.

2) Tadi main bola buat pertama kalinya dalam sejuk. Nasib beli body armour semalam. Maka tak semput. Siap score sebiji dua lagi. (Termasuk own goal) ;D

3) Tadi pasang skrin protector pada phone baru. Lega sikit. Elak calar.

4) Aku rasa kebolehan atau fluency aku dalam english cam haram. I better do something and start speaking fluently. Kadang cakap dgn omputih cam haram nak faham pe dia cakap.

5) Duit makin susut. Gila nye financial planning oleh kementerian. Macam mana nak bayar installment untuk 7 bulan dengan elaun 5 bulan? Tak masuk akal. Perlu mula go on a very tight budget. Or find a part-time job! haha.

6) Contact number in UK ialah : +4407868346508. The +44 is UK's code.

7) Sangat2 mahu berbual panjang dengan insan2 berikut:
- Mama, baba dan nenek.
- Abg Faris dan Fahmi dan adik2 lain Fahim and Kiki.
- My best cousins
Tapi, call to malaysia = 95 p a minit/ almost Rm6.oo a minute. Boleh tahan?

8) Shemmi. Masih rindu belacan. Gila makan takde belacan. Tak rasa apa.

Terima kasih. Solat maghrib. Assalamualaikum. =)

Wednesday, October 14, 2009

Things i noted in Coventry 2

Post yang lepas berbau kerek. Memang sengaja aku post begitu. Mahu tgk reaksi. ;p

Ada beberapa perkara yang aku perasan lagi bila kat sini. Perkara-perkara ini yang aku tidak berapa puas hati. Antaranya ialah:

1) Tandas tanpa paip air atau saluran air. Mungkin ramai yang dah perasan perkara ini kerana kononnya kau serba mengetahui tentang mcm2 perkara padahal kau cuma dengar2 saja tentang benda ni. Ada juga yang konon cerdik pandai mengatakan tandas kering tanpa lantai yang kelecah seperti di Malaysia itu bersih. Mungkin yang kata itu ada musabab sendiri berkata begitu. Tapi bila tgk kencing bersepah dan tiada paip untuk jirus. Buang air nak cuci payah. Maka apa pendapat kau?
Err tandas itu bersih bila yang guna tau supaya tak kencing bersepah. Tau bila buang air pam. Tandas kat sini memang kering. Tapi bila kencing sepah, kotor juga. Aku tensen sebab bila nak buang air besar je, terpaksa balik suite. haih.

2) Bas yang cap 'Travel Coventry' sini lebih kurang ala-ala bas SJ kat kota Kuala Lumpur tercinta. Jalan cilok2. Penumpang pegang kuat2 takut jatuh. Ada pening kepala kena motion sickness. Kotor. Kdg2 ada chewing gum. Sampah. Cuma lebihnya ialah pemandunya tak kurang ajar mcm rata2 pemandu bas Msia dan bas ini tak boleh berdiri. Jika tempat duduk penuh, tidak akan berhenti ambil penumpang. Dan bas hanya akan berhenti di bus stop. Add 1 more! Punctual juga bas2 di sini.

3) Racism teruk. Mereka ingat mereka superior dari Asians. Bangsa Melayu tak de dalam list pun. Bila aku enroll untuk courses dia tanya bangsa apa. Yang ada tulis. Asian Chinese. Asian Indian. Other Asian Natives. Hmm kdg bila cakap dgn mereka. Mereka jawab tak pandang muka kita pun. Kawan aku ada yang kena. Haih. Kurang asam punya mat salleh.

4) Malaysians kat Uni ni ada gak yang kerek. Satu hari aku berjalan didalam Uni. Sebagai seorang Freshie yang innocent lagi comel loteh, jalan2 jumpa minah 2 orang pakai tudung. Mungkin Malaysian, mungkin tak sebab Arab pun ramai sini. Examine minah2 tu lagi. Pendek! Ah, sah Malaysians. ;p
Maka aku pun tegur bila selisih. Assalamualaikum, kata Reverie. Tapi minah dua ekor tu buat bodo jalan. Err, nak kata tak perasan. Memang tak la. Malas aku layan malaysians cam tu. Bak kata eybll, "Mentang2 pergi UK." ;p

5) Beli barang sini kena bungkus sendiri. Hmm contoh. Beli groceries kat market ala2 7eleven / Tesco. Dah letak brang kat kaunter. Kita bayar dan masukkan barang dalam plastik kita sendiri. Banyak DIY la kat sini. Debit card pun semua sendiri bila guna. Cucuk/swipe sendiri. Pandai2 la kau nak hidup kat sini.

6) Ni best. Buat line phone. Pasang kontrak 12/18/24 bulan. Dapat 1 phone free. Kalau kat Malaysia phone percuma mungkin nokia 3315. dan mungkin hanya 10 pelanggan pertama baru dapat nokia 3315 percuma. Tapi kat sini. Phone2 seperti N97, iPhone 3Gs, Blackcerry Storm boleh dapat free. Atau bayar dalam 140 pound untuk phone. Murah dan Bagus betul. Menggalakkan kita meningkatkan taraf hidup.

7) Tiada azan yang berkumandang lagi. Langsung.

Dah habis. Penat fikir. Baru 2 hari mula kelas, kerja dah berlambak. Adui, tak holiday lagi dah. Siapa2, boleh tolong kirimkan belacan ke sini?

Monday, October 12, 2009

Aku anak Melaka di England (1)

Aku tiba di Heathrow airport dalam jam 5 pagi. Turun2 dari flight tu, semua crew cabin macam 'thank you, sir. please come again.' 'I hope you enjoy the flight.' 'Hope u have a good time with us' Buat aku rasa cam anak2'Lord'.

Turun je dari kapalterbang. Jalan nak keluar. Sejuk menusuk. Macam kat Genting Highland. Eh! oh, aku lupa. Aku dah tiba London. Patut ah sejuk semacam. ini sejuk yang diwarwarkan. ek eleh! tak la sejuk sangat pun. Setakat menggigil sikit2, gigi ketar2 dan nafas macam nak fogging nyamuk aedes je. ;p

Aku tukar coat. Tak pakai dah blazer yang ada tulis 'Saya Budak Kementerian(KPM)'. Macam hawau je tag tu. Rasa cam gay pakai ramai2. Ingat boria ke pe kitorang ni? idea bodoh siapa la natang tag2 ni. Sedondon je baju. Ini London, mana main boria2 ni. Boria2 balik Johor menari zapin ah!

Aku tukar pakai sweater 'rock macho' sikit. Tambah kepanasan. Blazer tu tak panas. Sejuk semacam! Berjalan dgn beg sarat2. Mana tak, maksimum 30 kg. beg orang lain lebih pun takat 33 kg, 35 kg. Aku sekali hadap 47.5 kg utk 2 beg! amek kau. Tapi abang aku keluar tag tulis 'Aku Pilot MAS'. Pakai kat dada. Cakap dgn brader kaunter macha tu sambil gosok2 tag sikit. Dapat la lepas. Malaysia la beb. Mana nak lepas kalau tak pakai kabel! Benda ni semua aku belajar dalam textbook subjek "Guna Kabel Masuk Belajar Uitm Lendu untuk Anak2 Orang Kaya" waktu sekolah dulu.

Sambung, turun heathrow, cam anak2 ayam mencari jalan. Entah kemana. Aku buat2 gagah je melangkah paling depan sekali. Macam hebat2. Sampai ke imigresen. Beratur bawah line ada papantanda tulis 'Anak2 ayam First Time belajar Kat UK'. Sorang2 dipanggil. Aku usha2 line sebelah. Tiba2 ada satu team football. England punya aku syak. Bawah 15 agaknya. Semua cakap pekat. Memang lidah kapir. Tebal. Asyik2 memerhati, sampai giliran aku. Berpeluh aku. Tiba2 jadi tak keruan. Mamat kaunter tu cakap apa pun aku tak dengar sangat. Fokus mendengar. Peluh jantan menitis. Nasib dokumen semua lulus. Lepas tu kutip beg dan gerak ke pintu keluar.

Tiba2 ada brader muka ala-ala Malaysia-N cakap kat member aku. "Scholar KPM? pls go this way." Oh, ada guna juga pakai blazer tu. Ada orang tunggu dan cam kita. Tapi aku takpe, cool tanpa blazer tapi tetap berjaya mencari jalan. Berjumpa dengat lecturer aku dua orang. Yang pertama tu lelaki namanya Peter Brown. Kedua perempuan, namanya Joanna kot? Peter ni ala-ala mat salleh murtad. Slang ataupun accent british nya dah hilang. Maka senang nak faham dia cakap. Tetapi Jo ni, aduhai. Tak faham aku. Aku dengar. Kadang2 borak2 dgn dia, tiba2 dia gelak, sukahati. Aku tak faham pe dia cakap, layan gelak je buat2 faham. Bagi la Jo hepi sikit. Nanti markah assignment aku pun dia yang mark. Sambil2 senyum kat Jo yang tiba2 ketawa aku larikan diri jauh2. Tak suka aku berpura2 ketawa.

Keluar dari Heathrow airport pertama kali untuk ke tandas. Fuh, baru dapat rasa kesejukan London. Tadi kat dalam tu bukan sejuk sebenar London lagi tu. Kat luar ni aku terus ha-chih! ha-chih!(bersin dalam bentuk dialog). Ada member sorang, tiba2 hidung jadi merah ala-ala rudolf. haha.

Semua beratur tunggu yang lain2 tiba. Sambil2 tu, ada senior aku dari Uni yang bakal aku belajar kat situ. Dia bagi roti Tuna. Aku sangat terharu. Rasa macam nak cium bulu-bulu kat dagunya yang baru lepas shave itu. Tapi aku belum lagi jadi gay. Ulang! Belum lagi, akan datang siapa tahu? ;p Makan roti tuna dgn seleranya. roti2 kat UK ni tebal2. Lagi2 kulit dia. Tak dapat la cam gardenia. Gardenia lagi sedap. Umpama roti kat sini kalau makan, kunyah2. nak telan kena minum air seteguk baru senang. Tapi dah lapar, layan je. Terima kasih Senior!

Siap checking dan sesi ucapan pembukaan. Ramai2 siap2 naik bas. 2 bas menuju ke warwick. Perjalanan dalam 2 jam. Mengantuk. Highway tak macam kat semenanjung. Semenanjung ada kelapa sawit sepanjang2 lebuhraya plus. Tapi kat uk ada nampak kambing biri2. ada tanah luas. Autumn banyak daun2 gugur. Kalau nasib baik, lucky. Nampak Ladang Cik B. Top kat sini!

Tiba kat Coventry, kami gerak Liberty park. Daftar2 bilik. Mat salleh kat sini hawau. Ada ke patut dia biar kitaorang tunggu tengah2 sejuk. sorang2 dia panggil. Kebetulan nama aku dalam group paling last sekali. Bila sejuk tu, bulu2 tangan mula naik tegak. Memang sejuk waktu itu. Aku ukur guna jangkameter deria sejuk aku, dalam 13 celcius.

Siap2 masuk barang dalam bilik. Alamat aku ialah 814E, Liberty Park, Queens Road, Coventry. Poskod tak ingat, maaf. Siapa2 nak send parcel2 hadiah. tlg btau, nanti aku bagi alamat penuh. Lagi cantik hantarkan pack2 berisi cili kering, daun limau purut, rempah ratus, ayam halal, daging halal. Dalam pada itu, selit2 ah belacan seframe dua. Boleh buat sambal belacan. Payung Ina Lambert makan biar pijau tengkuk dia.

Pergi jalan2 untuk beli duvet, dan kelengkapan lain. Bantal semua tak disediakan. Bilik en suite. Tapi bantal tak de. Hampeh. Telan duit orang 92 pound seminggu. Jalan2 kat IKEA. besar habis. pusing2. Aku sesat 3 kali. Bodo juga arkitek IKEA tu. Mesti bukan orang Malaysia. Menyusahkan orang. Ada lif yang untuk tingkat 5 dan 6 sahaja. Lif lagi satu untuk 1,2,3 dan 4 sahaja. Lepas tu kaunter bayar kat Lvl 1 je. Maka orang2 dari semua lvl akan turun lvl 1 untuk bayar. Tak ke penuh kaunter! waktu beratur, belakang aku ada awek nigga sorang. Bukan kata awek ah. Tapi monster. Semacam je aku tgk. Muka masam. Dapat bagi sedas dua kat tengah2 tulang hidung dia, sedap juga. Muka bukan nak menyenangkan. Tapi bila aku tengok tonggek punggungnya, aku patahkan niat la. Takut tak tahan kalau dia gelek atas aku. Mampus! Tiba2 dia bersuara, "Such a long queue. A waste of time." MasyaAllah. Suara cam jantan. Menakutkan. Aku angguk2 pandai dan bersetuju. Memang bodo sistem IKEA ni. patutla 'awek' nigga ni pun bengkek je. Aku tengok IKEA ada banyak pensil pndek2 D.I.Y(agaknya). AKu tibai sekaup pensel. Puas hati aku kena tunggu.

Tah apa lagi aku buat. Jalan sana, jalan sini. Tapi duvet tak beli pun. Tak tahu kepentingan dia lagi. Balik makan pizza halal. 3 pound sepizza. Rasa cam murah. Ye la, sengal lagi. Tak tahu nilai barang kat England lgi. Malam tu aku tidur beku. Tak de duvet. Nasib baik sempat cilok selimut MAS dari dalam kapalterbang. Hasil petua abang Pilot aku. Dia kata, "Nanti awak ambik je selimut MAS tu. Dia ada bagi kan." Aku balas,"Boleh ambik ke bang? Saya tak biasa ambik barang yang orang tak izinkan ni." Abang aku reply,"Kalau ikutkan tak boleh. Tapi awak ambik je. Buat bekal. Mana tau berguna." Maka aku ni kan lurus. Aku ambil je la selimut tu. Apa2, salahkan abang aku. Lagipun apa ada hal. MAS kan syarikat Multinasional. Kan punkers2 sibuk fuck2 sykt multinasional ni. Walau aku bukan seorang, tapi apa salah aku curi brg sykt Multinasional. Betol tak?

Malam tu tidur beku. Naik, naik. Esok pagi baru turun! haha. =D

*Ini hasil buahfikiran Shemmi yang minta aku tulis diari sal kat sini. Mula dari awal. Tak pe, pelan-pelan kita kayuh. Macam pakcik2 tua nak main dgn bini muda. Pelan2 kayuh, lama2 tersandar gembira juga.

Selamat!

Sunday, October 11, 2009

Yay!

Bought a new acoustic guitar. Cost me around errr? haha.
Tengah belajar recording kat my mac. so, tak de mood nak tulis panjang2. haha.

;p

Thursday, October 08, 2009

List of things I did today

Salam semua.

1) Since my friends insisted, I cooked. Nasi goreng macam2 rasa. haha. All eaten up. Semua kenyang.

2) Went to my personal tutor meeting. The lecturer / Peter said i'm very tall. haha.

3) Walked to cryfield alongside another lecturer / Jo. She said i'm tall since she's tall but i'm taller.

4) Ate at cryfield. Macam2 food. Tapi yang vege's dan fish je boleh makan. Tak Sedap!

5) Went to Societies fair. haha. Met a number of people here. Registered for a numbered of societies. Register je. bukan bagi komitmen.

6) Joined 'Free Hugs Society'. Very nice indeed. haha.

7) Join Photo society. and One World Week society too.

8) Walked to Tarkeet football field. Patutnya main bola. Tapi ada seorang hamba Allah ni yang lupa pulang but aku. Setakat tengok mereka main je.

9) Balik. Sampai suite. Online.

10) Nak makan pula. Masak ayam masak merah.

Selamat! =)

Wednesday, October 07, 2009

Perempuan putih, Quotes!

Two new things today! Aku jumpa pertamanya perempuan putih minta 'spare change' daripada aku. Dan aku juga jumpa perempuan putih tua yang gila cakap sorang2.

I took few photos. Bokeh kot. Cuba tgk di Flickr dan komen? Flickr- Reveriemalaya

Ada many postcards containing nudist pictures. Ala-ala postmodernism arts in the bookshop in my Uni.

Lecturer aku nama dia Peter. Kelakar habis. Yang bestnya, words dia tu yang kelakar.

Some quotes I found in my uni's bookshop's postcard
"I can give up my chocolate, but I'm not a quitter"
"The people who said money can't buy happiness, simply doesn't know where to go shopping."

Ok! That's all folks. We continue tomorrow yah! =)

Tuesday, October 06, 2009

Things I noted in Coventry

Post tergesa-gesa.

One thing new here. When I go and buy stuffs at the market. You pay and put the things in the shopping bag yourself. So, it's kind of not so convenient for me. Especially kalau barang banyak.

Some of the mat sallehs are very judgemental. Asians ni mereka tak layan sangat. Especially guys. Tapi sama je. Macam sesetengah kita memandang serong Indonesians yang ada kat msia kan?

I watched a few mat salleh's. Kerja bawa bus. Bawa lori. Ada sorang tu angkat sampah. Selalunya, mat sallehs always look intelligent. Tapi belajar sini buat saya buka mata. Orang yang pandai dan berwawasan bukan kira bangsa. Tetapi kira daripada kerajinan dan kepandaian mengatur hidup. Agree?

Yang aku perasan lagi kat sini. Moto hidup mat salleh:
-Siang kerja berwawasan. Malam parti berhabis-habisan.

Mereka parti gila kuat. Bila mabuk, senang betul. Peluk cium. haha.

Oh ya. One of my friends, a girl. She was one of the obidient of Islamic society back in Ipoh. Waktu jalan2 kat Fresher's fair. Dia diberi satu pack kondom oleh mat salleh. It's for the party tonight. Haha. terkejut dia. Malam itu memang ada parti habis2an. Fresher's party konon. Entry for 5 pounds siap baju.

Tergesa-gesa. Sebab nak g bilik air!

Cheers! (sekarang semua cheers) haha

Monday, October 05, 2009

2nd day in Coventry

Hallo!

My 2nd day in Coventry. Got up early in the morning. Chatted with her. =)
Went to the university. It was huge! Gigantic! With tons of people. The air chills too, of course. Very refreshing morning.
I went to get my university student card.

Spoke to a frenchwoman while waiting in a line for the student card. She's doing History of Arts. Studying Picasso while he's young and living. Imagine that!

Got a free pizza from Domino's promo. The pizza's my b'fast.

Went around with my new SLR, trying to act pro. Took photos. Uploaded in my other blog. 'fakeoriginality'. Pls, do comment. but don't be harsh. It's my first tie and everyone has their first times too right. =)

Went shopping. Spent around 20 pounds for some milk, orange juice, bread, onions, fries and a set of duvet.

Cooked. haha. my friends did the cooking. Ate rice and some dishes with my other 4 friends. Tambah nasi.

Dah kenyang, mengantuk la. Apa lagi? haha.

That's all for now. Thank you and have a good day.

*Im a first timer using Sony A200 DSLR. Photos at 'fakeoriginality' blog.

Sunday, October 04, 2009

Goodbye Malaysia, Hallo Warwickshire!

I left KLIA at around 11.45pm. I left my souls and loves there waving at me.

Arrived at Heathrow Airport at 6am more or less. It took us 12 hours and 40 minutes of flight time. Many feelings surrounded me. All mixed up. Don't know what is in front of me. Well, no one knows what's waiting for them right.

Don't want to miss out any chances, hopefully.

Took some photos but with my friend's cam. Uploading in the near future. Bought some things at IKEA. IKEA here in Coventry is so damn big. I got lost 2 times. The first trying to find my duvet. Second when trying to check out at the cashier's counter.

Spent 11.95 pounds at IKEA. Another 3 pounds for pizza.

Glad that my mom packed lots and lots and lots of serunding for me. Food here is pricey. Cooking cost us less but I need to settle down first before I can do any cooking.

What I notice here, the 'mat salleh's' cars are all dirty. Dusty. Not looking good in terms of hygiene.

It's the beginning of Autumn now. Temperature at around 12C here. A little bit colder than Genting I guess. I shivered.

Now it's Maghrib at around 6.42. Want to pray, then go out taking pictures with my new cam. =)

Cheers mates!

Monday, September 28, 2009

Words

I lost my touch when my heart flew away from here.

"ReverieMalaya"

Thursday, September 24, 2009

PostRaya post.

This Raya was something. It was complete. All of us(my family was here) Yeah, as it was my last raya before continuing my journey to United Kingdom. There were many things to complete. Couldn't access the net for the past few days.

First raya received a total of 150 Ringgit Malaysia. haha. It seems that the older you are, the meaningless Raya is for you except for the 'family gathering' part. The money doesn't come very much too either.

My phone broke down since the past three days. So, some of my friends who tried to contact me, I'm sorry that you can't reach me. But, life without phone is quite pleasing me.

The pressure is starting to heat up. Towards me of course and also the way I think. It's affected. Things are complicated. With this and that to look onto. It's kind of hard.

IQ and EQ are two different things. You can be the smartest person on earth but still can't control your emotions. Therefore, you won't be the best. I think for now, I can balance myself. At least, hopefully.

The future is unthinkable. Unimaginable. But the right word is Unexpected, I guess so. You can figure out your plan and what to do. Still, the result can hardly be the same as what you expected.

Don't count solely on me for what may happen can be harsh. For the two of us. Don't you think so?

Again, many things to complete. Many promises to fulfill. I still owe Luna her song. haha. Just be patient. =)

Thanks.

-ReverieMalaya-

Sunday, September 20, 2009

Sila Cari Nama anda dibawah (Happy Eidul Fitri)

The best wishes on Happy eidil Fitri to:-

(Keluarga Nukleus)
My dearest mom and dad, not forgetting my one and only left Nenek Asma. Abg fahmi who couldn't be with us this 'first' raya because he has to fly to Sri Lanka. Wish you all the best on your test flight. Abg Fareez, the becoming successful businessman with hopes that you'll give more angpau raya. kekeke. Fikri aka Kiki with hopes you'll realize what is best for you. Fahim aka Adik Kodek with hopes you'll be more successful than your brothers. =)

(Keluarga Besar)
Uncle Malik, Ngah, Hafiz and Hasif. Allahyarham Uncle Mohd Nor(The coolest uncle ever) Auntie Yah, Ana the Banker, Dila hantu cerita Korea, Fakha Ghambut, and Naim. With wishes so that the bond between our family will get stronger each year and also makcik2 dan pakcik bagi la duit raya lebih, nak fly dah ni. kekeke.
Uncle Bakar, Mami Leka, Abg Lan, Abg Sha2 and Kak Anne with their beloved family. Mami Midah, Kak Nomi(Dah lama tak jumpa), Kak Linda, and Kak Ana(Lama tak jumpa juga). All the other Mami's and their family too.

(Rakan merangkap Keluarga)
Abg Mantha, Mubin, Linda, Erafafa, Aiedin, Ayien terkejal walaupun kecik2, Ayong, Angah, Mama, Encik Tamby Chek, Dian dan lain2. Semoga tahun depan jadi lah Linda and Fareez. =)

(Keluarga Belah Kandang)
Pak Long, Mak Long, Kak Mas, Abg taufik, Kak Dayah, Busu rahim dan isteri, Kak Yun, Zaim, Pak Hamid dan keluarga, Ann, Uncle Arsyad, Nadia dan adik. Al-Fatihah untuk Arwah Nek Long.

(Keluarga Belah Johor)
Mak Mah, Abg Mail, Kak Yah, Abg Man, Ishak, Suhaibah, Yaakob, Pak Uda dan keluarga, al-Fatihah untuk Arwah Mak Chu.

(Hawau's friends)
Ayie Beruk aka Tong Sampah aka Kucing, Hamidi aka Katem aka Chowo, Adik beradik Rahman bertiga, Black, geng2 teriakan semuanya(Kalau ada lagi la gagasan ini), Paan Rahim, Ejam, Remy, Wolverine, Ayam Jue,Unn, Member2 Rabiyas <--- Indie band nih, Dan lain2 yang aku gagal nak ingat. Jangan kecik hati ah!

(TesL friends)
Rummate tersayangku Acan dan isteri(Yana) dan keluarga, Epol, Eric, Daus, Anep 'tough kot' Syafiq aka Anonymous, hehe Kamal lemak lembut, Atikah Kisas, farahin, Hafizah, Sue, Arah, Darsh, Pauline, Calin, Vivi, Ezi, Iqa Yam, A'a, Intan, Afini, Eyrin, Dan yang gagal diingati buat masa ini. Jangan Kecik Hati ah!

(Blogger's)
Luna, Ebyll, Kopi, Iffah dan adik2nya, Bro Benludin, Airin comel, BakriHafizHisham, Suehanna cool, CabinCrew, Shemmi. Liz, wanita Mustanir, Sara Zaini, Hidemichi, Pp, razaisyam, Pachilo and the others also. Maaf ingatan tak membenarkan nama kamu diingati.

(My Silent Readers)
=)

Also to all the people yang pernah marah sama aku, tak suka, benci sama aku. Maafkanlah kesalahan.
Adding to all the people yang aku pernah marah, pernah benci, pernah kata carut2 sama kau, Aku maafkan juga semua kamu.

Kita semua 0-0.

*Fuh, Sudah taip baru perasan masi ramai saudara mara yang aku tak ingat nama. Penat ingat nama dan taip. Tapi saving kredit msg aku. hee. =)

Thursday, September 17, 2009

entri politik yang neutral

Entri kali ini bersifat neutral.

Jika kita perhati dan lihat. Ideologi dan perkembangan keadaan politik dalam Malaysia kini sudah amat berbeza dengan dahulu-dahulu. Dahulu tu waktu baru-baru merdeka. Waktu itu belum wujud lagi istilah meng'hadari' kan islam ini. belum pernah terlintas lagi untuk meng'1' kan Malaysia yang ada kini. Belum ada lagi pakatan pembangkang yang agak kukuh kewujudannya.

Semua berbeza dengan kini. Dahulu, semua undi UMNO. undi BN kerana BN lah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu. Semua percaya BN. Undi untuk BN kerana sayangkan BN dan tanahair.

Tapi kini agak lain caranya. jika kita tengok. Kitarannya lebih kurang begini:

Beberapa minggu sebelum p/raya. Sibuk kempen sana, kempen sini. Habis duit buat itu, buat ini. Habis duit lobi sana, lobi sini. Habis semuanya dilobi. Ini satu trend. Nak pilihan raya mula melobi. Untuk sesiapa yang agak lurus, lobi itu samalah dengan rasuah. Hulur duit rasuah bagi pada orang-orang kecil yang menjalankan jentera pilihanraya. Hulurkan duit kepada pengundi-pengundi dari rumah ke rumah. Ini trend. Trend ini berlangsung bila nak p/raya ja. Dan trend ini diguna pakai oleh ramai politikus2. Siapa itu aku tak tahulah.

Bila dah undi, dia menang. Menang sebab dia lobi atau Rasuah banyak. Bila dia menang dia dapat YB. YB adun XXX contohnya. tak nak sebut nama. kekeke. Bila dah menang, projek2 masuk kat dun dia. atau sekarang ni panggil Yang Berhormat la. bila projek masuk. Nak projek, pengusaha kena lobi dia pula. Kalau dulu dia lobi masyarakat setempat sorang seratus dah cukup. Tapi kali ni pengusaha nak lobi dia paling kurang ratus ribu. Siap lobi, siap ada percent lagi. Contohnya bina supermarket besar2, percent 30% nama dia. kekeke. Kaya betol. Sebab itula ada seorang menteri dia India, tapi tak takut pun dah kalah kerana harta dia dekat negara India orang kata boleh beli separuh Melaka. Orang katala, bukan aku kata.

Bila projek banyak masuk, poket YB tebal balik. Dari kering sebab kena lobi masyarakat, jadi tebal balik. tapi tebalnya melimpah ruah sehingga ke anak cucu cicit. Semua tak berkat. kekeke. Itu yang dapat menteri, anak UPSR 3c 2 gagal. kekeke.

Lalu perintah 5 tahun kalau ada ajal. Datang p/raya baru. Mula lobi balik semula. keluarkan duit seratus-seratus pada masyarakat. Menteri ni tak bodoh. Dia keluar untuk masyarakat ibarat seguni beras, tapi pulangannya dia dapat berkelung2 sawah padi. kekeke. Jadi siapa yang bodoh?

Tapi masyarakat ada yang pandai juga, duit dia ambil, Tapi bila pangkah shooting Bulan. kekeke. Maka siapa pula jadi bodoh?

entri ini bertujuan untuk menyedarkan pak YB2 yang seperti diatas. Masyarakat sudah semakin paham permainan tu. YB a lobi seguni beras, Yb b pula bagi 4 lori benih padi. YB a tambah balik 4 tayar lori siap pemandu. kekeke. Last-last, siapa yang rugi, siapa yang untung?

Kalau nak jadi YB lagi, jangan bagi masyarakat kaya dan ada duit bila nak p/raya ja. Tapi bagi naik sama2, senang sama2.

Kalau nak undi, jangan tengok yang mana paling kuat rasuah. Nanti nama dia banyak percent.

Tu, kita tunggu mana Menteri nak keluarkan 'zakat' nak bagi 'derma' bulan Ramadhan ni. Sempena nak raya. Doakan YB2 dan masyarakat yang keluarkan zakat dan derma guna harta sendiri agar sejahtera. Amin.

terima kasih semua, Klik la ads lagi. Dah nak full Rm50 tu. =)
-ReverieMalaya-

Thursday, September 10, 2009

Pilihan

Selamat sejahtera semua. hee. (comel tak?)

Ada banyak pilihan sepanjang Ramadhan ini. Antaranya:

1) Nak beli baju Melayu style Johor ke, style Kedah.
2) Nak meniaga di pasar Ramadhan A ke Bazaar B.
3) Nak beli mercun apa.
4) Nak terawih 8 ke penuh.
5) Nak berbuka makan apa.
6) Nak qiam dekat masjid A ke masjid B.
7) Nak puasa ke tak.
8) Nak balik kampung ke tak.
9) Nak bagi duit raya banyak ke sikit.
10) Nak buat kuih ke nak beli je.
11) huh huh huh. penat. stop dah la.

Maka persoalannya disini. Yang mana satu pilihan kita?

Renung-renungkan dan selamat berpuasa.

Ngee(comel lagi tak?),
-ReverieMalaya-

Monday, September 07, 2009

Aduh.

Aku melayu.
Hilangkah melayu aku jika aku berbahasa inggeris?
Hilangkah melayu aku jika aku menonton filem blockbuster internasional?
Hilangkah melayu aku jika aku belajar di negara orang?
Hilangkah melayu aku jika aku tidak mengerti pengertian kesusateraan kau?
Hilangkah melayu aku jika aku berpakaian kasual ala-ala barat?

Ah kau,
Yang meletakkan nilai Melayu itu hanya pada pemakaian dan bahasa.
Kau lah yang sedang merugikan diri.