Saturday, June 20, 2009

New American Classic - Feels so close. Yes, it's close!

I closed my eyes and listened.
All the words were scattered in me.
My lips, they started moving.
I realized I was singing with my heart.

Whispering the meaning.
As it was resonating,
I began to realize
and understood.

You gave me butterflies every time I think of you, yet I still don't know where are we heading from here. You tell me?

*I tried to upload New American Classic by Taking Back Sunday but failed many times. It is a lovely song. The lyrics are something at the moment.

Thursday, June 18, 2009

Review - Batam di hari pertama

Apa khabar? Agak lewat ni. Tapi aku terasa nak online dan berblogging.

Aku duduk di I Hotel. Simple sungguh nama hotel dia. Boleh tahan selesa dan mengancam. Harga pun affordable. Cuma Lobby berbau hapak sedikit. Sedikit ja.

Pemerhatian aku di Batam:

- Orang Malaysia selalunya dilayan seperti dewa. Ye lah, tukar Rm380 je pun dah jadi jutawan kat sini. Gila aku dah jadi orang kaya. Jutawan!

- Traffic kat sini sungguh prihatin. Aku naik toyota avanza yang dipandu oleh pak Rudy. Lintas jalan lalu je. Kereta2 lain akan tunggu. Tak ada macam Malaysia, dimana akan keluar ayat2 seperti, "Kau ingat jalan bapak kau?" atau "Buto la. Jalan la weh!" dan lain2.

- Pak Rudy ni badannya sasa. Selalu minum susu beruang. Iye! Bear Brand. Susu beruang. Cuma perutnya buncit sedikit. Tak sempat aku tanya kenapa.

- Makan disini kering. Jarang2 berkuah. Tapi sedap! Tengok kedai lah. Aku dinner makan kepiting(ketam), udang butter, baby sotong, dan siput sedut. Fuh. Ketam dia, mengancam. Baby sotong dia sebesar jari kelingking aku je. Tapi rangup dan lemak berkrim. Semua menarik selera. Cuma, kering sikit ja.

- Di tengah2 bandar yang banyak hotel2 besar dan resort, ada juga banyak squatters. Inilah Batam. Warung tolak tepi jalan jual beer pun banyak betul. Bebas kat sini.

- Batam ialah satu bandar pelancongan yang agak terkemuka. Ramai pelancong asing. Ada pantai2. Pusat makanan tepi laut. Singapore dollar lebih laku di sini daripada US dollar.

- Ramai jawa. Kacukan Belanda tak berapa ramai kat sini. Diulangi, jawa ramai.

- Sim card yang aku beli ialah simPATI = sim Pendatang Asing Tanpa Izin. haha. Harga 15000. Topup 50000. Satu msg ke Malaysia lebih kurang 5 - 6 ratus.

- Aku penat dah ni. Nak tidur la pula. Esok nak pergi Nagoya. Berjalan2. Best betul bila jadi jutawan ni.

- Kalau kau jahat, boleh cari syurga dunia di sini. Syurga dunia je lah.

Selamat malam. Kalau senang aku review lagi esok ya! Selamat malam bapak2 dan ibu2 semua. Tidak lupa juga buat nona2 cantik diluar sana. =)

Sunday, June 14, 2009

Aku pernah kena halau rumah

Ini Kisah Sedih tapi Benar

Waktu kecil dahulu, aku memang nakal. Nakal yang aku rasa sukar dibayangkan. Tapi tak jahat. Nakal je. heh he. Kenakalan aku ni, family aku jarang2 dapat tahu. Itu namanya nakal pandai. Tak kantoi. haha. Kalau jenis budak lembab sikit, mereka ni selalunya nakal garang. Bila nakal, nak semua orang tahu. Ini tak pandai. Ini menyusahkan diri sendiri.

Kalau kau nak tahu, aku banyak kali kena halau dari rumah. haha. Tak kata banyak as in beratus2 kali. Mungkin setiap tahun sekali dulu. Terutamanya waktu kecil. Family aku strict. Dan bila strict, anak2 mestinya berdisiplin. Kan? Aku ni berdisiplin, cuma kadang2 temptation untuk buat nakal itu datang. Lalu aku surrender kepada temptation itu. Selalunya tak kantoi. Tapi bila kantoi. Kena marah. Paling teruk, kena halau.

"Kau jangan balik rumah lagi! Pergi." Mama berkata dengan intonasi yang amat sharp. Macam spear. Jika disula, pasti merangkak2 nak kenyit mata.
Aku, kiki dan adek. Kelu. Lalu selaku abang, aku bawa mereka. Aku lead mereka berjalan entah kemana2. Tak ada arah tujuan. Tiba di satu tempat construction. Duduk atas bulldozer dengan mereka. Merenung masa depan. apa nak jadi lepas ni. Tiba2 angin inspirasi bertiup. Aku teringat cerita Sudirman, tajuk apa aku tak tahu. Tapi yang dia waktu kecik, susah, lalu kerja dan fight untuk hidupnya. Aku seluk poket. keting3. Aku kira besi berkilauan itu. Lalu dengan bergaya aku berkata,

"Tak apa. Lepas ni beli roti canai pakai duit abang. Kaorang makan. Lepas tu tidur. Esok abang cari kerja." Sungguh dramatis mood waktu tu. Kalau dalam cerekarama, mesti lighting tengah mood solemn dengan warna2 sayu.

Bergerak menuju ke kedai Abang Lan. Nak beli roti canai untuk adik2 aku. Pin2. Sebuah kereta datang dari belakang.

"Naik. Jom balik." Baba aku menjemput balik.

Aku tersenyum dalam hati lalu berkata sendirian, "dah agak dah." grinning.

Balik rumah, makan ayam goreng dengan nasi tambah 3 kali. Ini yang indahnya rumah. Kepada kau kau yang tak tahu menghargai value rumah dan mak ayah, amat rugilah kau itu.

*Apa pun, yang penting adalah kebolehan kita menahan temptation yang datang. Itu pendapat aku, kau?

Saturday, June 13, 2009

Yang salah, kau persoalkan. Yang betul? Bagaimana?

Selamat sejahtera

Kau selalu kutuk. Kau kata, barat itu tidak elok. Barat itu pusat perkembangan budaya kuning. Barat itu segala-gala yang teruk. Free Sex. Weeds. Mabuk. Semuanya. Kau kutuk barat.

Tapi!

Kau tak pandang, kenapa tamadun masyarakat mereka lebih jauh ke depan daripada kita? Kenapa internet dia laju, tapi kita haprak jika dibandingkan. Kenapa ekonomi dunia berteraskan negara mereka? even negara pengeksport minyak besar pun gagal memegang ekonomi dunia. Kenapa matawang perniagaan adalah dolar? Kenapa setiap recession dunia, kerana kegagalan ekonomi negara barat?

Aku nak tanya. Kau persoalkan kejahilan budaya danculture barat. Tetapi mengapa kau tak persoalkan kebaikan dan kelebihan mereka? Mengapa bila kau tengok cerita2 blockbuster hit sepanjang tahun adalah filem Hollywood, kau tak persoalkan kenapa mereka lebih baik? Mengapa bila mereka buat blue film, kau kata mereka mengamalkan free sex? Tapi bila kau nampak mereka membaca ketika menunggu bas, kau tak kata apa-apa?

Bagi aku, budaya membaca mereka yang membawa tamadun mereka ke hadapan. Tunggu bas, baca buku. Tunggu meal di restoran, baca buku. Duduk di tandas memberut juga baca buku. Hah! Kenapa ini tak kau persoalkan? Kenapa kau nak ikut budaya free sex, main weed dan drugs. Kenapa kau nak jadikan anal sex sebagai trend? Kau tak tahu apa itu Syafaat Rasulullah kah?

Kenapa kau tak ikut budaya membaca tetapi sebaliknya kau ikut budaya2 kuning lain lalu salahkan mereka atas kejahilan memilih kau sendiri? Sedangkan kau yang memilih. Iya! Kau dan kau yang memilih.

*Aku tengok cerita Drag me To Hell dua hari lepas. Depan aku ada Mat salleh. Sementara tunggu trailer movie2 dan iklan2 mula, dia membaca dalam panggung itu. Dan pernah juga aku lepak di Stesen bas Medan Gopeng sambil membaca. ketika itu tunggu bas. Orang pandang pelik. yang pandang pelik itu, orang-orang Melayu. Aku ulang, orang-orang Melayu(Plural kat orang itu). Tapi aku tak peduli pun. Kau peduli ke? Atau kau antara saudara-mara orang yang sibuk2 itu?

*Segala pilihan kau hari ini adalah untuk diri kau di masa hadapan.

Tuesday, June 09, 2009

Indie dan BOTB

Dua malam kelmarin bersamaan dgn hari ahad. Aku ada organise satu BOTB. Ada 22 band bertanding. Di Melaka. Tahniah aku nak ucap kepada diri aku kerana aku bangga. Kalau dulu kat Melaka ni, asal BOTB je band2 rock kangkang, rock maut, rock kapak, rock dum-tak yang masuk. Tapi baru2 ini ada lebih kurang 7, 8 indie band. Bagus! placing fourth dan fifth pun dapat dekat Indie band. Aku suka. Bukan diskriminasi musik. Cuma, musik2 baru perlu lebih diketengahkan. Tapi sekarang banyak nya aku tgk sudah salah cara. Asal buat musik baru, indie. Target main Gig. Record, hantar masuk Xfm.

Ini salah bagi aku. Target ada, bagus. Tapi kebanyakan mereka ini kalau event2 macam BOTB ni mereka tak pandang. Mungkin sebab jaga market kot. Jaga imej mereka. Aku tgk ada yang record entah apa2. Bersepah bunyi2 yang keluar. Mastering pun tak. dah hantar masuk Xfm. Lalu keluar lagu2 berlambak kat Xfm, tapi tiada kualiti. Ini tidak elok. Bukan petanda baik untuk scene musik Malaysia. Bila kualiti tak dijaga. Akan timbul banyak band2 baru. Lagu mungkin ada something. Tapi tang recording. Sound mereka tak jaga. lalu kualiti tak ada. Aku jujur tak dengar Xfm sekarang sebab tiada kualiti dah. Siapa2 boleh masuk. Tak ada kuarantin. malah kalau kau recording lagu siap 2 verse, 1 chorus, verse, chorus. Dah boleh masuk radio tu dah. Ini petanda kurang baik.

Persoalannya, apa salahnya jika band2 independent ini test power dekat BOTB? Aku salute band2 itu hari. dari ke budak sekolah sehingga ke yang pertengahan 20-an. main musik mereka sendiri dan tak kisah ketengahkan musik di pentas BOTB.

Tahniah!

Tuesday, June 02, 2009

Entri Ringkas

Ada pepatah bahasa inggeris yang mengatakan...

He who angers you, conquers you

Elizabeth Kenny

Jadi apa kata kita baca dan fahamkan pepatah ini. Aku pernah marah dan megurangpandaikan diri sendiri. Tapi sekarang aku sudah boleh memaafkan diri kerana bertindak sebegitu. Mungkin sampai masa untuk kita memahami kata-kata ni. Boleh?