Friday, July 15, 2011

Peranan Belia dan NGO dalam sistem pendidikan Malaysia

1. Sistem akademik di Malaysia berpandu kepada peperiksaan ataupun 'exam-oriented'

2. Rata-rata kita terutamanya remaja dan anak muda tidak bersetuju dengan sistem yang sedia ada.

3. Mereka memberikan alasan pelajar ditekan untuk belajar dan hasilnya adalah pelajar umpama 'robot' yang hanya cemerlang dibidang akademik tetapi lemah dari segi lain.

4. Ada juga yang mengatakan bahawa sistem yang ada tidak menguntungkan para pelajar yang lemah dari segi akademik lalu mereka terus tersisih.

5. Saya setuju dengan kesemua kenyataan diatas tetapi bagi saya buat masa ini sistem yang sedia ada sudah cukup memadai untuk pendidikan dinegara kita.

6. Tetapi peranan guru dan NGO perlu dipertingkat dan diperluaskan lagi.

7. Selain daripada mengajar ilmu dikelas, para guru juga perlu memerhati, menilai dan cuba mencungkil bakat para pelajar serta mengarahkan perjalanan mereka kearah yang mereka mahir.

8. Saya ambil contoh seorang rakan yang merupakan guru berpengalaman bercerita kisah pelajarnya yang pemalu didalam kelas tetapi setelah dinilai dan diperhati sebenarnya dia mempunyai bakat tersendiri dari segi penghasilan video, montaj dan media artwork. Lalu bakat pelajar tersebut dicungkil apabila dia diarah membantu produksi teater dari segi media, video dan montaj. Ternyata bakatnya hebat sehinggakan video montaj yang dihasilkannya masih digunakan di SMK Munshi Abdullah sehingga masa kini. Dia sekarang menuntut di universiti di bidang yang diminati dan dia mahir.

9. Seterusnya peranan NGO terutamanya belia patut diperluaskan. Ambil contoh Projek Kalsom dan Teach for Malaysia.

10. Projek Kalsom ataupun kem motivasi pelajar yang disertakan dengan bengkel kerjaya, maklumat bidang-bidang ijazah dan pemantapan bahasa inggeris diterapkan dikalangan pelajar-pelajar susah. Projek ini merupakan gerakan dan inisiatif daripada pelajar universiti sendiri.

11. Begitu juga Teach for Malaysia dimana mahasiswa-mahasiswa dari luar negara pelbagai bidang boleh diserap masuk untuk program mengajar disekolah-sekolah kerajaan selama dua tahun.

12. Selain itu, pemantapan dan bengkel kemahiran seperti silap mata, teater, seni lukis serta musik boleh dijalankan dan dibantu oleh mereka-mereka yang berkemahiran dan diberikan secara percuma buat adik-adik dari keluarga susah.

13. Sekiranya NGO, belia dan guru-guru dapat memainkan peranan ini nescaya lompong-lompong didalam sistem pendidikan kita dapat diisi.

14. Lalu anda bagaimana? Apakah yang telah anda lakukan untuk menyumbang kepada sistem pendidikan dan anak bangsa kita?

15. Atau anda sekadar bercakap dan menuding jari tanpa melakukan apa-apa inisiatif secara sendiri?

16. "Some people want it to happen, some people wish it would happen, others make it happen" (Michael Jordan)

Salam dan selamat,
Reverie Malaya ;)

(Tak salah kalau bermimpi)