Friday, July 15, 2011

Peranan Belia dan NGO dalam sistem pendidikan Malaysia

1. Sistem akademik di Malaysia berpandu kepada peperiksaan ataupun 'exam-oriented'

2. Rata-rata kita terutamanya remaja dan anak muda tidak bersetuju dengan sistem yang sedia ada.

3. Mereka memberikan alasan pelajar ditekan untuk belajar dan hasilnya adalah pelajar umpama 'robot' yang hanya cemerlang dibidang akademik tetapi lemah dari segi lain.

4. Ada juga yang mengatakan bahawa sistem yang ada tidak menguntungkan para pelajar yang lemah dari segi akademik lalu mereka terus tersisih.

5. Saya setuju dengan kesemua kenyataan diatas tetapi bagi saya buat masa ini sistem yang sedia ada sudah cukup memadai untuk pendidikan dinegara kita.

6. Tetapi peranan guru dan NGO perlu dipertingkat dan diperluaskan lagi.

7. Selain daripada mengajar ilmu dikelas, para guru juga perlu memerhati, menilai dan cuba mencungkil bakat para pelajar serta mengarahkan perjalanan mereka kearah yang mereka mahir.

8. Saya ambil contoh seorang rakan yang merupakan guru berpengalaman bercerita kisah pelajarnya yang pemalu didalam kelas tetapi setelah dinilai dan diperhati sebenarnya dia mempunyai bakat tersendiri dari segi penghasilan video, montaj dan media artwork. Lalu bakat pelajar tersebut dicungkil apabila dia diarah membantu produksi teater dari segi media, video dan montaj. Ternyata bakatnya hebat sehinggakan video montaj yang dihasilkannya masih digunakan di SMK Munshi Abdullah sehingga masa kini. Dia sekarang menuntut di universiti di bidang yang diminati dan dia mahir.

9. Seterusnya peranan NGO terutamanya belia patut diperluaskan. Ambil contoh Projek Kalsom dan Teach for Malaysia.

10. Projek Kalsom ataupun kem motivasi pelajar yang disertakan dengan bengkel kerjaya, maklumat bidang-bidang ijazah dan pemantapan bahasa inggeris diterapkan dikalangan pelajar-pelajar susah. Projek ini merupakan gerakan dan inisiatif daripada pelajar universiti sendiri.

11. Begitu juga Teach for Malaysia dimana mahasiswa-mahasiswa dari luar negara pelbagai bidang boleh diserap masuk untuk program mengajar disekolah-sekolah kerajaan selama dua tahun.

12. Selain itu, pemantapan dan bengkel kemahiran seperti silap mata, teater, seni lukis serta musik boleh dijalankan dan dibantu oleh mereka-mereka yang berkemahiran dan diberikan secara percuma buat adik-adik dari keluarga susah.

13. Sekiranya NGO, belia dan guru-guru dapat memainkan peranan ini nescaya lompong-lompong didalam sistem pendidikan kita dapat diisi.

14. Lalu anda bagaimana? Apakah yang telah anda lakukan untuk menyumbang kepada sistem pendidikan dan anak bangsa kita?

15. Atau anda sekadar bercakap dan menuding jari tanpa melakukan apa-apa inisiatif secara sendiri?

16. "Some people want it to happen, some people wish it would happen, others make it happen" (Michael Jordan)

Salam dan selamat,
Reverie Malaya ;)

(Tak salah kalau bermimpi)

5 comments:

  1. Assalamualaikum..
    sangat setuju pada kenyataan sistem pendidikan di malaysia beroreintasikan peperiksaan. di dalam kelas murid diajar ilmu untuk digunakan semasa peperiksaan..tamat peperiksaan maka hilanglah segala ilmu yang telah diajar kerana segalanya telah diluahkan di atas kertas putih bergaris itu. kebanyakannya akan berkata begini " Janji aku dapat a, dah penat2 menghafal nota 2,3 malam tanpa tidur"
    berbeza dgn sistem pendidikan di luar. ilmu dan kemahiran seiring. justeru, dapatlah kita lihat hasilnya bagaimana..sekadar pendapat. wallahualam.

    ReplyDelete
  2. good sentences and well said bro.that is so true that i would say teacher play a really important role in shaping the future.the teacher themselves to some extent are also exam oriented.They are teaching for the sake of passing the exam.knowledge are sometimes limited,they would only teach what is on the textbook,which is bored i would say and they do not relate much to the world,the reality.That is another reason why the students do not seem interest in learning as they dont really see the points of studying all these.I think exposure to the outside world with guidance from the teacher will shape different future for Malaysia importantly.=)

    ReplyDelete
  3. I clicked on the Teach for Malaysia site. I just wanna say 'if only classes in my school is that few in that banner. I can teach happily and i wouldnt mind even if its from 8-5.'

    ReplyDelete
  4. In my opinion, as long as the teachers WANT to perceive the necessity to teach as something more than just a product on a piece of paper, then I would say that there will be many positive changes. And isn't that what we wanted? CHANGES? Regardless of its magnitude? :)

    Thanks for this post. It's very reflective.

    ReplyDelete
  5. Asuransi Kesehatan memberikan perlindungan untuk hidup yang lebih aman dan terjamin. Pelayanan Kesehatan adalah kebutuhan bagi setiap orang. Setiap masyarakat ingin mendapatkan pelayanan yang baik dalam fasilitas pelayanan kesehatan. Dalam Undang Undang Dasar Tahun 1945 Pasal 28 dan Pasal 34 menyatakan bahwa setiap masyarakat Indonesia berhak untuk mendapatkan kehidupan sejahtera, tempat tinggal, kesehatan dan pelayanan kesehatan yang ada di negara kita, tetapi pada kenyataannya sering terjadi penyalahgunaan dalam upaya pemanfaatan pelayanan kesehatan.

    ReplyDelete

Ideas in words by