Tuesday, November 03, 2009

Entri khas buat Baba

Ayah aku seorang yang kuat. Ayah aku gagah. Ayah aku membawa perwatakan sentiasa perwira sepanjang aku mengenalinya sejak kecil. Ayah aku seorang bekas guru. Ayah aku mempunyai hati yang amat murni. Selalu membantu. Kerap memberi pertolongan sesiapa yang meminta. Ayah aku seorang atlet. Memenangi Liga Divisyen. Memenangi perlumbaan dan acara balapan lain. Berlari sebaris dengan pelari Negara pada waktu ayah aku muda. Ayah aku kacak dan menarik. Menjadi idaman para gadis. Pernah ketika aku melepak minum di kedai mamak bersama ayah aku, aku korek cerita daripadanya. Jumlah teman wanitanya cukup ramai. Dengan yang itu, yang ini. Tidak boleh cerita detail. Takut Mama cemburu ;p

Dulu waktu aku kecil, bila hari Guru. Rumah aku penuh dengan hadiah daripada murid ayahku. Dalam rumah aku itu, 1/3 barang pelajarnya beri. Jam dinding saja dah ada tiga empat. Meja kaki ikan 'Feng-Shui' kuat import daripada China juga hasil pemberian orang.

Dulu malam-malam ayah aku selalu dapat call. Cikgu tu, cikgu ni, semua minta tolong. Kena transfer, nak transfer sana, nak transfer sini. Ayah aku tolong satu-satu. Tak lesu menghulurkan bantuan. Aku kagum dengan ayah aku.

Sekarang bila dah bersara, tak ramai dah yang cari. Tak ada call lagi minta tolong. Tak ada call lagi nak tanya khabar lalu minta tolong guna bantu sikit2. Hadiah pun dah kurang. Hari guru tak ada limau atau epal2 free lagi. Jam dinding pun kena beli sendiri. Siapa dulu? Siapa dulu yang selalu menelefon. membodek. Senyum simpul yang palsu!

Tapi tak apa baba. Mereka semua tak perlu ada. Kerna ayah aku tahu, Ayah aku ada Mama. Ada 5 orang lagi anak laki-laki. Itu sahaja sudah cukup. Kami selalu dibelakang masing-masing. Siapa ganggu, minta simpang. Kena pijak, diam-diam.

Ayah aku tahu sekarang, ayah aku tidak perlukan apa lagi. Selain keluarga ini. Dan aku, seorang anak laki-laki. Aku pun tahu. Aku tidak mahu ayah yang lain.

Selamat Hari Jadi Baba. Semoga Baba diberi kesihatan. Diberi kemuliaan. Diberi kesejahteraan bersama dengan Mama untuk hidup lama. dan lama. Sehingga kami beradik kahwin. Sehingga memperoleh anak yakni cucu ayah ku. Dan sehingga ayah ku sendiri seronok dan puas dengan kehidupan.

*Ini kerana aku tahu, aku akan bergenang jika sesuatu menimpa keluarga tersayang ini.
Ba, maaf lambat wish. Saya pergi ke Nottingham minggu lepas.

8 comments:

  1. entri yang paling ikhlas dr reverie..

    sob sob sob..

    selamat hari jadi encik ...(baba) dari shemmi..


    *hargailah kesempatan yg ada utk mengucap kata sayang, menyemai sayang, mencintai, membelai ibu dan bapa masing2..

    ReplyDelete
  2. Selamat Hri Jadi pak cik.....!!
    Semoga dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang berpanjangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat...

    Tentang mereka2 itu...
    Itu suatu kebiasaan, lumrah kehidupan...
    Tapi kita yg berpendirian takkan di bawa arus kenormalan...
    Kerana kita insan yang unik, istimewa...
    Yang cekal hidup atas dunia yang penuh dengan pancaroba...

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday En Ali

    Aku selalu gaduh dengan ma n abah.

    Bikin aku rindu saja post hang ni.

    ReplyDelete
  4. wah jarang jumpe org panggil ayah baba jugak. XD

    ReplyDelete
  5. Shemmi: Entri paling ikhlas ye? entri saya semua ikhlas. ;p
    saya ingat pesan itu.

    PbW: Amin amin amin. kabullah permintaan itu. :)

    Luna: awh, maaf! Saya tidak sengaja.

    Aten chan: Oh, sama la kita panggil baba. :)

    ReplyDelete
  6. Selamat hari jadi,cikgu Mohd Ali cikgu sejarah aku dulu masa form 1 1997.first time dia ajar budak2 menengah rendah,memang pening kepala dia,dah la ramai cikgu yg ckp budak2 form 1 1997 memang perangai the worst ever haha.pernah sekali dia geram dgn perangai kitaorg sampai seminggu dia 'boikot' kelas.kitaorg kena pergi 'pujuk' n mintak maaf haha..aku akn sentiasa ingat kata2 dia ni,"jgn jadi melayu bodoh,jgn jadi Melayu belacan!" haha..

    ReplyDelete

Ideas in words by