Tuesday, November 17, 2009

Rumahku, syurga makanku.

Waktu aku kecil, masa makan aku amat terjaga. Bangun pagi, subuh2. Mama akan kejut dengan suara bak halilintar memecah bumi. Pada aku, tiada 'alarm clock' yang akan dapat menandingi suara mama. Sekali sebut, 'Eish'. Terus aku bangun tak tidur2.
Bangun ja aku akan mandi. Habis mandi salin baju dan solat subuh. Lepas itu makan. Selalunya makan roti sapu jem. Air sama ada susu atau milo. Kadang2 waktu best dapat minum air koko. Syok oh! Makan kalau waktu heaven, dapat la merasa burger dan nugget ayam. Peh, meleleh kalau dapat merasa dua benda ni untuk sarapan. Kemudian mama sediakan bekal juga.

Pergi sekolah, duit sekolah aku tak banyak mana. Tapi tak ada hal kerana aku ada bekal dah. Cukup2 duit itu untuk beli satu item. Kalau beli aiskrim walls lime memang pastu tak dapat beli apa. Jika beli hot dog dan roti, juga sama. Maka dengan ini, mama telah berjaya memupuk aku untuk belajar berbelanja dengan bijak. Tahniah mama.

Balik dari sekolah, akan siap terhidang makanan di rumah. Aku ni, wlaupun tak ada video game, tak ada but bola sepak, tak ada pakaian quiksilver, tak ada kasut kulit, tak ada seluar jeans Levi's atau BUM, tak ada kasut Converse, tak ada boxer, tak ada kamera digital sendiri, tak ada telefon bimbit nokia canggih, tak ada jam Polo dan tak ada baju-baju funky kotak2 mahupun seluar skinny mahal. Makan aku sentiasa mewah di rumah. Tak ada ikan, aku makan ayam. Tak ada ayam, aku makan daging. Tak ada daging, aku makan ayam dan ikan. Sama ada kari, bistik, masak lemak dan sup. Semua ada. Dan seminggu sekali mama akan masak sama ada nasi lemak ataupun nasi ayam. Selalunya masakan ini dimasak pada hari Jumaat. Kenapa hari jumaat? jangan tanya aku. Tanya mama. Tambahan pula laksa Johor yang memang sah lagi sedap daripada laksa Penang. Uh, terliur.

Bila petang pula, akan ada minum petang. Paling stylo jika mama buat karipap sendiri. Ini memang heaven. Siap goreng, mama panggil semua turun makan sambil tengok al-kuliyah atau rancangan petang.
"Seorang tiga." kata mama.
"3 je?" Kata aku dalam hati. Dalam hati je.
Walaupun tiga. Yang tiga itu lah yang nikmat. Sikit2 makan. Mula2 makan keliling dulu. bahagian tepung yang dikelim. Kemudian baru habiskan bahagian dalam. Nak habis 3 ambik masa setengah jam. itu baru nikmat.
Air waktu petang selalunya air teh kosong. Ini air fevret aku. Kopi tak boleh minum. Mama kata kalau budak kecik minum kopi nanti jadi lembab. Tak tau la relevan ke tidak kata2 itu. Aku percaya je.

Jika tidak ada karipap, hidangan 2nd heaven adalah biskut potong dengan teh boh. Ini ialah Peh! Kalau dapat kat aku, satu bungkus biskut dengan satu koleh air teh. Habis, sekali adap.

Apabila malam, masakan tengahari akan dipanaskan semula untuk dimakan. Kadang2 mama akan goreng telur dadar. Jarang2 nasi yang lebih akan mama buat 'nasi kicap butter'. Dan 'nasi kicap butter' ini adalah TERBAIK! Memang konfem habis kalau mama buat. Selalunya yang beruntung, yang tak dapat makan. Contoh aku belajar kuat. Lambat turun makan. Lauk habis. Lalu mama akan masakkan nasi kicap butter. terbaik!
Kadang2 jika beruntung, baba akan ajak makan di luar. Jika dapat makan tomyam kat luar, memang syok gila ah. Lagi2 tomyam Hajah Norliyah. Memang terbaik. Dulu la. sekarang ni tak sedap lagi da. Yang bestnya, bila makan tomyam. Order la berapa banyak. Makan la berapa banyak pinggan. Selalu aku akan makan 3 pinggan nasi kosong dgn tomyam. Cuma yang kurang bestnya, jarang2 baba akan benarkan kami minum air sejuk. Selalunya air panas saja. Ini untuk fitness, kata Baba.

Sekarang, aku di negara orang. Tak ada dah mama nak masakkan. Tak ada juga baba nak belanja makan kat luar. Yang ada cuma aku dan kawan2. Dan untuk seminggu ini kami akan makan 'nasi goreng budget'.

*Hari itu call mama dan baba, mereka kata, abang fahmi baru belanja makan ikan bakar. Ah, tu semua saja nak bakar nafsu makan aku la tu! haha.

Selamat.

8 comments:

  1. owh...enaknya makanan malaysia..huhuu

    so reverie,bila nk wat open room mkn2 ni??

    bestnyaa kalo ada =p

    ReplyDelete
  2. masakan emak, mama, ibu, ummi, mummy...(memasing)
    semuanya terbaik dan terhebat!

    ReplyDelete
  3. Kau homesick

    mereka reveriesick

    ReplyDelete
  4. masakan aku kurang hebat.. huhu.. maaflah yee..

    ReplyDelete
  5. kat sana lu cari ikan mackeral. buat ikan bakar. sedap weh!!

    ReplyDelete
  6. konfirm balik mesia nnt ko bedal semua bnda..hihihi..

    ReplyDelete
  7. miss d: erk. buat open room makan nasi goreng sos. nak? kami tak pandai masak. kamu la buat. :p

    Hidemichi: rasanya dalam 4.78 kilo dah hilang selama sebulan kat sini. kurang zat.

    Shemmi: yeah! shemmi betul! aku setuju!

    Luna: Aku agak homesick kot. dan mereka pastinya reveriesick. haha.

    Dodu: Tunggu kau masak char kuay tiow je.

    Ben: Mackarel. Haa. ok. Memang ada planning nak buat ikan bakar. thanks bro.

    zack: Konfem aku bedal! konfem!

    ReplyDelete

Ideas in words by