Tuesday, June 29, 2010

Dialog racist.

Fay: Aku ni sebenarnya bukan pure Melayu pun. Atuk aku dua-dua datang dari India. Nenek aku dua-dua anak cina, keluarga melayu pelihara sbg anak angkat dari kecik.

Apiq: Eh sama lah aku. Nenek aku siam. Atuk aku dari India.

Tiba-tiba Ahmad bersuara, sinis. "Hah elok la tu. Aku yang pure Melayu ni pula kau orang Indiakan!"

Lalu ramai-ramai mata yang ada melirik kearah kulitnya dan gelak besar tercetus.

"Alaa, bergurau." Dalam suasana kegelakan itu, suara serak-serak basah menyebut.

Selamat.

Monday, June 28, 2010

Now is better than the end.

The leaves change colours,
Autumn replacing summer,
Stars blooming bigger,
Will then disappear.

Tears will stop and dry,
and flow and dry again,
Dirt will stop to rest,
and fly to new place.

Living and dying what difference does it make?
if we live only to hate,
then die and only love.

Not the weather not the sun,
Nor the moon will always stay,
All the place, all history,
With men will come and go.

More stories waiting to be told,
in the end,
none will hear from none.

Could be happy, or sad ending,
why do we even care?
always we meet, then be apart,
heart shall learn to love and smile,

or not.

Friday, June 25, 2010

Cinta (entri sumbangan member)

Bila bercakap soal cinta. Aku selalu lupa dan berkira.

Cinta pada Tuhan, aku selalu bertanya. Kenapa kau duga aku begini ya Allah? Kenapa takdir ni kau beri pada aku? Aku selalu meminta. Berikan aku hidayah. Nikmat. Panjang umur untuk keluarga. Rezeki. Kesihatan. Apa yang boleh diminta, aku minta.

Cinta pada ibu bapa, aku bertanya. Masak apa hari ni ma? Tak mau makan ayam, nak ikan. Bosan makan ayam. Bila nak belikan motor besar ba? Janji hari tu nak beli.

Cinta pada keluarga. Birthday aku nanti kau kena bagi barang best-best. Ni aku balik ni, kau tak mau belanja aku makan?

Cinta pada kawan-kawan. Bila kau nak payung aku asam pedas claypot? Belikan aku baju nanti kat sana. Jangan lupa pergi jalan tu belikan aku buah tangan beb.

Cinta pada separuh lebih baik. Anniversary kesepuluh ni, takkan teddy bear je u bagi. I nak yang special sikit. Nanti dinner u nak bawa makan mana? Tolong I ni, tolong I tu, Bagi ni, bagi tu.

Tapi, bila bab memberi. Tak berapa nak lengkap aku.

Solat 5 waktu yang wajib kepada Allah, belum campur solat jemaah dan sunat. Selawat untuk rasulullah?

Tolong mak hantar adik sekolah, buat hari-hari boleh? Beri kesenangan pada ibu bapa, tolong buat kerja-kerja rumah. Boleh? Takkkkk, mana boleh beb. Nanti nak lepak dengan member lagi, mana ada masa nak tolong mak lipat baju.

Bantu adik, bantu abang, kakak. Susah senang. Boleh bantu, tapi merungut tak tinggal punya.
Kawan-kawan, kita memberi?
Separuh lebih baik? yang diminta dengan yang diberi. Mana lebih?

Sometimes I can't get enough of me, nor enough of you and everyone else. Must keep getting and getting. Until I forget about giving, when the time comes, it's too late.

*Menjadi yang lebih baik balik ini.

Selamat

Tuesday, June 22, 2010

Toe(math-rock) - Velvet blanc


Betapa kompelikated dunia sekompelikated velvet blanc.
Baiknya kalau kita ibarat tali-tali gitar dan tong-tong drum yang
diketuk, menyenangkan orang lain.

*post-rock/instrumental/math-rock
Enjoy!

Dr Zakir denied entrance into the UK

Dr. Zakir Naik is denied entry into the UK by the British government. He is now unable to attend his Peace Conference Tour around UK (25th to 27th of June). Following to this ban by the British government, here is what Dr Zakir Naik said:

"Following on from the recent malicious and specious reports in the British media about my work, I am disappointed to learn the British Government has decided to exclude me from coming to UK to conduct a Peace Conference Tour between 25th-27th June 2010. Despite this I intend to continue my work of interfaith dialogue; Coming together upon common terms with other people and faith groups to promote a greater understanding of the binding strands existing between the faiths, whilst dispelling fears, suspicions and misconceptions about the beautiful faith of Islam, that have been created by a media frenzy of Islamophobia. I encourage all Muslims to serve their country with dignity and honour and my message to vulnerable young British Muslims is that terrorism and violent extremism, is totally unacceptable and has no place in Islamic life. I would urge the British Government not to exclude me from visiting the UK but to assist in the promotion of Peace and social harmony, whilst upholding the values of freedom and justice." - Dr Zakir Naik - 17th June 2010

The exclusive interview regarding this issue can be found here.

*Dr Zakir Naik is the president of Islamic Research Foundation (IRF) based in Mumbai.
**This is a senseless and biased call by the British government! Hope they would unlift the ban and show to the world how democratic they are.

Sunday, June 20, 2010

Many worlds in this one world

Click 'play' then read ;). Buddhiston(emo) - Skid song



For the world to be a better place.

There are many worlds in this world we live in. The world for the rich and famous. World of starvation. World filled with hatred and love. World with families, betrayal and misses. World where people die everyday. World with education or without. World where we care or we don't. World of unheard voices not caring whether they're bumis or not. World of millionaires and billionaires. World of glamorousity. World of loneliness. World of boxed advertisement or telenovela. Fakeness or purity.

It's ironic, we live in different worlds although we breath in one world. These worlds can't combine. Ever, can't. Never. Cause we care much about differences.

It's time for me, we and us. Start taking one small step. Changes within oneself is the best. We can heal one teared soul. Let's not wait for others. Our hands, lips or hearts.

Whichever way we can. For the world to be a better place.

Videos taken from here whom linked it from here.
Lyrics, here.

Cheers, selamat, salam or whatever way you greet people. It doesn't really matter.

Hakikat paling dekat dengan kita

Selamat sejahtera kepada semua.

Yang paling dekat dengan kita adalah kematian. Tak tahu bila. Bagaimana. Mengapa. Semua persoalan tentang mati kita tak akan jumpa jawapan, kecuali pada saat kematian tu sendiri.

Macam-macam persoalan didunia ni. Mengapa injustice meliar. Mengapa peperangan terus berlaku. Mengapa tak boleh manusia cinta-mencinta. Dimana tuhan dalam semua ini.

Semua persoalan ini akan terjawab tatkala mati nanti. Masing-masing dengan kepercayaan masing-masing. Aku selalu berdoa agar ditetap iman dijalan yang benar kerana hati yang lemah ini bila-bila masa mudah diuji.

Yang paling nyata betapa kita semua dalam perlakuan hari-hari kita sebenarnya lebih banyak lari dari cuba menjawab persoalan tentang mati. Ada yang kata hidup didunia, buat apa mau fikir akhirat. Ada yang tenggelam dalam burberry, topshop, iphone dan bagai. Ada yang terus stoned dalam candu-candu tangible masing-masing.

Macam mana kita cuba lari pun, kita tetap akan hadapi hakikat kematian. Dan memang yang paling dekat dengan kita adalah kematian.

*World cup, world cup juga. zionis palestin dan zionis malaysia jangan lupa!

Selamat.

Saturday, June 19, 2010

Culture, ekonomi & vuvuzela (delayed)

Salam.

1) Ini kelakar.

2) Ini pun world cup juga. ;)

Heated betul discussion pasal hak bumiputera beberapa hari lepas. jangan risau, pendapat aku yang tak seberapa ni bukannya boleh ubah polisi pun. Aku hanya serangga. haha.

Mari tengok isu culture dan ekonomi berdasarkan world cup ini.

Ramai yang marah pada vuvuzela. ada juga yang bantah jabulani. Alasannya banyak team hebat seri atau tak menonjol atau world cup punya mood sudah dirosakkan. Aku tak pernah tengok lagi world cup matches. Nafsu aku tak terbuka lagi untuk tengok world cup yang banyak ditaja oleh corporation-corporation yang sama menyebabkan ramai umat islam turun ke jalan raya kerana isu yahudi-palestin.

Begitu juga isu rumah puak susah disoweto yang diruntuhkan. kehidupan tak dijamin oleh kerajaan tapi sanggup bina stadium 440 million usd. Eh, macam sama je? JPA dimansuh. GST diperkenal. Mau bina parlimen 800 juta. Tapi jangan risau. Di soweto puak susah disana tak terjaga kerana mereka tak ada hak bumiputera. Kita melayu ada hak bumiputera. insyaAllah model ekonomi baru ke-248 nanti dapat capai status melayu senang 100%.

Pokok kat sini pasal vuvuzela. pokok kedua jabulani. Orang kata world cup africa tak best pasal team hebat tak menyerlah. Ditekan. Mungkin tak dengar sebab kebisingan vuvuzela. Ada yang salahkan bola bila kalah.

Pendapat aku pula, team hebat ni tak hebat sangat dah la kalau tak score. Mungkin mereka hebat sekadar di negara masing-masing atau negara2 sejuk atau selain drpd africa. Africa ni bukan tempat mereka yang hebat2 ni untuk express kehebatan la macam tu. Salahkan vuvuzela buat apa? america vs england. dua lawan bawah suasana vuvuzela dan bola yang sama.

Semua team lawan bawah suasana vuvuzela dan bola sebiji yang sama. Jadi adil bagi aku. Kalau tak mau vuvuzela maukan god save the queen, buat world cup di england la. ataupun kalau maukan gendang cina, buat world cup di china. Ini dah sign tender dengan south africa, kena terima budaya la beb. Betul? Kalau asyik team hebat je nak menang, bila mereka kalah, salahkan satu dunia, asalkan bukan salah mereka sebab mereka kan hebat. Ini bola sepak mende?

Algeria steady je kasi seri. Serbia pun steady. Argentina baru betul steady dan konsisten. Main tengah2 vuvuzela guna bola sama juga.

Kalau dulu africans dipaksa hujung senapang untuk dijadikan hamba oleh perniagaan elitist. Sekarang dunia tunduk dihujung vuvuzela saja. hahahahahaha. Aku konfem juga yang tiup vuvuzela tu bukan semuanya africans, satu dunia yang pergi tengok kat sana mesti teringin nak tiup. Kalau aku pergi pun aku mau tiup beb!

BBBBBZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ!!!


*Learn to celebrate the differences. Go vuvuzela, ignore the whiners! Show them your culture.

Friday, June 18, 2010

Kesengsaraan dan ekonomi, Emo: Mineral - unfinished

Selamat sejahtera keatas kamu,

Makin lama makin banyak yang dipelajari. Satu hari berjuta huruf ditelaah dan masuk dalam kepala otak. Ajaibnya otak ni tak pecah-pecah walau bergantang-gantang ilmu dicurahkan masuk. Nikmat Allah nak bagi, syukur kepada Allah.

Semakin lama aku makin memahami kenapa manusia ni sengsara. Sejak dulu sampai sekarang. Kenapa walau ada puak yang senang, mengapa lebih ramai lagi yang melarat. Mengapa wujudnya musik-musik, puak-puak anti establishment. Mengapa jarang-jarang orang berpuas hati dengan apa yang ada. mengapa konsep kerajaan dipertengahkan. Apa maksud indie yang dilaung-laungkan oleh brader umur 14 tahun pakai baju kotak-kotak rambut sikat tepi ala noh hujan.

Kalau ikut ugama, dikatakan ini semua sebab iblis yang menghasut manusia untuk berbalah dan tak bersyukur pada Allah. Aku tak nafikan. Aku bersetuju.

Tapi dari segi yang lebih tangible, aku faham yang semua kesengsaraan adalah kerana ekonomi. Dunia sekian lama digerakkan atas dasar ekonomi. Manusia hidup sekarang dipengaruhi ekonomi. berapa ramai yang akan bunuh diri jika tiba-tiba bangun tidur dan dapati diri dia muflis tak ada apa? Sudah ramai.

Kita dibodohkan atas dasar ekonomi. Duit. Branding. Semua perbezaan dibuat melalui kekuatan ekonomi. Elitist mesti kaya. Raja mesti kaya. Jutawan bertambah kaya. Marhaen hidup bersaing untuk material. Mahukan material perlukan duit. Tapi apa bezanya material zara Rm120 dengan material made in china Rm5.90? Kenapa berperang, bermati-matian untuk lebih kemewahan walhal yang mau ditutup tetap badan yang dalam isinya sama. Beza kemudahan dan kemewahan perlu kita gariskan sekarang. Kita kena tau, sebab untuk perlakuan kita.

Kawan aku kata, "Aku ikut fesyen, tapi bukan hamba branding." Sekurang-kurangnya tidak bermati-matian mau memerah keringat untuk berzara atau berburbery tapi tetap stylo walau tak makan durian (nak juga masuk)

Dan paling teruk sekali bila kita dalam tak langsung, sedang bermewah-mewah atas kesengsaraan orang lain. Siapa pandai dia cemerlang. Siapa cepat dia dapat. Yang tak dapat macam mana? mau dibunuh?

Apa yang kita perlukan bukan satu sistem sama daripada segala macam ideologi dan fahaman. Tapi apa yang kita perlukan adalah semangat berkongsi. Segala yang ada, kongsi. Biar lihat pada keperluan dan kemudahan. bukannya kemewahan yang perlu diTuhankan.

Biar ada apa ugama sekalipun, kita percaya apa yang kita percaya. aku percaya pada tuhan yang satu, Allah dan Muhammad rasulnya. Itu kepercayaan aku. Kau percaya apa? dia percaya apa? Dan semua kepercayaan itu memang berbeza. Yang satukan adalah semangat berkongsi kita. Dalam hidup, yang kita perlukan adalah teman dan kasih sayang. Ekonomi perlu dipaksikan pada kecukupan, keperluan dan kemudahan. Nescaya mudahlah dunia. Nescaya terpaksilah apa yang benar seperti diceritakan selama ini.

Tapi seperti yang aku kata dalam entri sebelum ni. "My heart is always raging to escape. To find this infinite theory of escape."

We can't never escape with sense of mutualness, as we can never achieve it with all these different ideologies and our biggest enemy. Yet, it's never too late to be fulfilled with sense of mutualness within ourselves. Start small.

*If you got what I mean, this song is for you,



I wish you could put your ear up to my heart
And hear how much I love you
I still dream of December
Dancing together with rings on our fingers
And the two shall becom
e

Selamat.

The Last Paper Syndrome, post-rock Mogwai: Helicon 1



Nota: baring dibawah bintang dan dengar lagu ini sambil mula lelapkan diri. ;)

As ourselves are draining. Body getting tired. and hope is at the last bit of the bites. then our eyes catch the glimpse of scintillating lights. We stop, and take few deep breaths. It's like getting hold to the lifeline in the midst of raging currents. Drained body, energized. Weaken legs, forced. A sudden driving weight kicking from behind. Adrenaline rushes.

Slower step, faster. Hands reaching. Heartbeats excessing.

Envisions in mind. Cool air. Deeper breath not of stinks. Greenery. Warm dirt of earth. Cats and other beings. Smiles.

yet, heart is still raging to escape. To find this infinite theory of escape.

This is the Last Paper Syndrome(term quoted from a friend of mine)

Thursday, June 17, 2010

Post-rock: The Only Moment We Were Alone (EiTS)



too brokenhearted,
too weak to mobilize,
too much hatred in the world,
too vague to understand.

Sunday, June 13, 2010

Sampler : Purpose of us?

video

youtube

Fakta

1) Sampler lagu yang direkod sendiri (tanpa drum dan bass) : Purpose of us?
2) Video dicetak rompak daripada keratan-keratan youtube dan image google.
3) Kita berpijak di atas bumi, mimpikan langit dan awan, lalu bumi terus dihenyak.
4) Dogma-dogma banyak membataskan.

Selamat

Friday, June 11, 2010

Modernity and progressive

Salam

Persoalan yang popular sekarang ni, adalah sejauh mana modennya malaysia. Untuk kemajuan, bangsa manusia perlu progresif dan terus berubah untuk adaptasi dengan persekitaran. Rujuk sini. Tulisan tentang malaysia, kemajuan dan progresif. Boleh baca dan nilai sendiri.

Aku bersetuju dengan tulisan tersebut yang untuk maju kita perlu progresif. Kalau diam tak berubah macam mana nak kedepan. Deh?

Tapi aku nak pusing ke belakang sikit dan daripada tengok pada progresifness tu, kita tengok istilah modern tu sendiri. Nak moden kena progresif. Tapi masalah bagi aku adalah, apa itu moden? Apa yang diistilahkan sebagai moden? Apa yang kita faham tentang moden? Kewujudan bangunan berkembar tertinggi disetiap negeri dalam Malaysia = moden? Atau anak muda berpakaian mengikut fesyen aptudet = moden? Atau dengar lagu seks,alcohol, dadah dan glamerism = moden? atau mungkin rajin bekerja weekdays dan weekend digunakan untuk berparti dan berlibur = moden? Atau GDP yang semakin meningkat walau hutang bertambah =moden? ataupun kadar hutang yang sedikit = moden? Ataupun mungkin kewujudan satu rumah banglo 2 juta ditengah-tengah perkampungan yang rata-rata penduduk hanya mampu makan nasi putih dan ikan kering = moden?

Untuk faham istilah progresif, kita kena tau maksud moden. Untuk tau arah tuju kemana nak bergerak, kita kena ada destinasi. Betul? Jadi, aku cuma nak pertikaikan apa itu moden untuk Malaysia?

Pasti ada yang berpendapat moden itu adalah negara-negara industri yang berGDP tinggi. Dalam konteks ni, Malaysia boleh belah kemodenannya.
Ada juga yang mendefinisikan moden sebagai memiliki tokoh-tokoh ilmuwan, pemikir antarabangsa dan jutawan yang mampu bersaing diperingkat dunia. Dalam konteks ni, malaysia kira boleh belah jugalah kemodenannya. Ramai tokoh malaysia yang dijemput bagi talk dinegara-negara luar.Yang jutawan ikut usd pun boleh tahan juga.

Tapi bagi aku, moden tu bukan pada bentuk fisikal saja. Kerana moden fisikal itu membunuh masyarakat. Satu pembunuh masyarakat yang membuat hati dan akal masyarakat mati. Mari tengok Amerika. Negara moden, polis dunia. Apa jenis anak muda generasi baru yang mereka lahirkan? DiBritain ni, anak muda mereka lebih tau tentang botol-botol alkohol daripada isu semasa dunia. Ini semua ifek daripada plastic modernity. Menternak anak muda untuk menjadi plastik juga. Cantik diluar, tapi dalam?

Bagi aku, moden tu adalah pembangunan dua-dua fisikal dan rohani. Untuk bangun dua-dua kita tak boleh ekstrim pada mana-mana satu pun. Ini yang Islam tuntut bagaimana yang aku faham. moden = masyarakat yang sentiasa dahagakan ilmu dan membaca. anak muda yang buka mata. bukannya kaki ikut. Bila tengok anak muda malaysia, mana tempat mereka berlibur dan apa aktiviti mereka? Selain drpd berkaraoke, bergig goyang-goyang peluh, berrealiti tv, berkedai mamak. Mana lagi pusat mereka?

Moden fisikal tu akan menyebabkan kita semua berasa selesa. Berasa bertuah dan beruntung. Dan berasa puas dan cukup. Rasa-rasa ini semua adalah rasa-rasa yang mematikan diri kita. Jangan beri diri kita rasa puas atau rasa selesa. Kita perlu selalu tak cukup, baru akan ada instinct dalam diri yang push kita ketahap yang lain. Bila mula rasa sakit dada baru rasa mau bersenam dan sihat tu akan datang. Tapi bila dah rasa sedap baring, sampai bila baru kita bangun.

Aku juga sudah 22 tahun diternak dalam sistem 'moden' dan mula merasa puas dan selesa. Tapi semua ini memalaskan kita. Mematikan daya fikir akal. Jadi, sama-sama anak muda perlu sentiasa berasa tidak puas dalam hidup. Baru dengan ini kita akan lebih daya untuk berusaha. Tapi biar benda-benda yang baik-baik dan mendatangkan manfaat serta tak memudaratkan. Tak puas solat, maka akan sentiasa mau perbaiki solat. Tak puas bersedekah, mencari lebih harta untuk lebih byk sedekah. Tak puas dengan ilmu yang ada, sentiasa cari ilmu-ilmu baru. Dan akhirnya kita akan berasa bersyukur kepada Allah kerana memberikan kita rasa tidak puas tu yang membuatkan diri kita lebih baik.

Biar kita membangun dari segi architecture dan infrastructure pun, kalau anak muda makin lama makin gemar clubbing dan lebih kenal dengan johnny walker daripada tau siapa itu hasan al-banna atau marx. Satu masa nanti infrastruktur yang sedia ada dan membangun tu tak akan ada gunanya kerana masyarakat yang diternak akan mati akal dan hati mereka.

Jadi persoalannya, apa definisi moden bagi kau?

Thursday, June 10, 2010

Falsafah manusia memang zahirnya berbeza

Salam

Walau aku sepatutnya didalam 'mood' exam. Kepala otak aku tidak boleh terus-menerus menerima kehadiran insan-insan seperti chomsky, lado, skinner, vygotsky, Labov, krashen dan sebagainya. Setiap hari semakin banyak yang aku perhati dan fikir. Bila tak luah, makin serabut kepala otak aku. Baru aku nampak betapa blog ni berfungsi sebagai tempat meluahkan idea dan pandangan aku. Boleh kata blog aku ni sebagai antara candu untuk aku juga la, jika diolah dari kata-kata Marx"Agama sebagai candu manusia".

Aku perhati dan nampak, betapa kita manusia walau terdiri daripada elemen2 yang sama. Darah yang sama merah. Ketahanan badan yang sama-sama boleh terjejas, tetap mempunyai pelbagai ideologi dan pemikiran. Ambil contoh satu perkara, musik. Sesetengah orang kata musik itu haram. Menjejaskan dan mendatangkan mudarat. Sesetengah lagi berkata musik itu boleh tapi biar berpada. Bagi orang lain musik itu candu mereka. Satu simbol kebebasan pada diri mereka. Betapa musik membolehkan akal kita melayang jauh ke angkasa sedangkan kaki kita berpijak dibumi. Dan terdapat juga orang yang bagi mereka musik adalah wajib.

Aku perhati ideologi-ideologi yang tercipta dari manusia boleh dikatakan bertujuan untuk memberikan definisi kepada hidup kita. Betapa Skinner dalam behaviourist berkata manusia belajar daripada imitation dan sanctions kerana dia mahu memahami bagaimana fungsi manusia. Betapa vygotsky pula berkata manusia bukan saja belajar dari input dan proses dalam kepala otak, tetapi juga melalui interaksi dengan alam sekitar. Semua ini fahaman berusaha untuk menginterpretasikan manusia.

Begitu juga dalam politik. Betapa pernah manusia fikir perlunya raja dan sultan untuk menjadi pemerintah agar keamanan dan kesentosaan terjamin. Dan ada juga yang berpendapat manusia perlukan demokrasi untuk diberi satu sistem pemerintahan yang masih berjiwa rakyat. Dan terdapat juga golongan yang menolak pemerintahan dan berpendapat manusia tidak perlukan pemerintahan sebaliknya boleh hidup dgn lebih aman tanpa ketua. Ini semua ideologi untuk memahami konsep manusia hidup secara berkelompok atau sendirian. Dependent atau tidak kepada sistem.

Begitu juga berbezanya ugama-ugama dan puak-puak dalam ugama. Bagaimana bezanya definisi moksha dalam hindu dengan alim dalam Islam, christianity dan judaism. Bagaimana bezanya konsep pemakanan vegetarian, halal dan haram. Consumation of wine dan alcohol dalam ugama-ugama. Berbezanya pendapat tentang spiritual beings yang muslim label sebagai makhluk ghaib, jin dan orang melayu atau uncle seeker panggil sebagai hantu. Semua ini adalah representasi untuk cuba memahami kitab-kitab ugama masing-masing yang bertujuan untuk memahami cara terbaik untuk manusia hidup. Maka adalah satu benda fikrah untuk manusia mempunyai berlainan pendapat. Semua ni normal.

Dan untuk kita muslim, ingat. Allah ada berfirman dalam Quran. Tiada paksaan untuk ugama(al-baqarah) Aku dengan kefahamanku. Engkau dengan kefahaman kau. Tak akan aku mengikut fahaman kau dan kau tak akan mengikut fahamanku(al-kafirun)

Cara terbaik berdakwah bukannya dengan mengacu senapang atau carutan. tetapi biar dengan perlakuan kita sendiri yang baik mencontohi contoh yang bagi kita adalah terbaik, Muhammad saw.
Dan jihad yang baik bukan saja jihad-jihad mengacu senapang, tetapi jihad dalam menenteramkan hati kita sendiri daripada pemikiran yang tidak elok. Tak perlu mengkafirkan orang. Cukup sekadar mendekati yang lebih baik dan berdoa agar diberi hidayah kepada semua.

Semuanya abstrak. Filosofi memang dilahirkan untuk tidak mempunyai jawapan yang nyata sehinggalah suatu masa yang mana jawapannya akan muncul. Bagi aku, falsafah dan kefahamanku adalah Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad saw pesuruh terakhir Allah. dan bagi kau, kefahaman kau. Walau berbeza, kita harus tetap boleh hidup bersama kerana pada zahirnya, kita masih lahir dan dihasilkan dari setitis mani dan matinya kembali ketanah.

*Perubahan dalam hati dan perlakuan sendiri adalah yang terbaik dalam semua perubahan.

Selamat. ;)

Tuesday, June 08, 2010

Notis MC

Salam.

Exam sudah dekat. Kena lebih tumpuan. Maka, ambil cuti sekejap dari blogspot.

Nah, baca ini untuk pengetahuan surface tentang liberalisasi ekonomi, dan ekonomi menurut Islam.

Dan ini untuk pengetahuan first-hand daripada anak kapal yang diserang Komando Israel tempohari.

Selamat.

Friday, June 04, 2010

Untuk Anak Muda

Bacalah,
Anak muda, bacalah.
Biar penuh dada dengan ilmu,
Bukan perut dengan makan,
Bukan hati dengan nafsu.

Bacalah,
Anak muda, bacalah.
Biar tahu sekeliling,
Bukan sekadar mahu menuding,
Tapi kita yang bangun membimbing.

Bacalah dan kau ketahui,
Setiap gagasan di dunia,
Tubuhnya oleh minda anak muda,
Setiap penyatuan, ilham dari anak muda,
Jiwa-jiwa masyarakat adalah anak muda.

Mati kau hari ini, mati anak muda akan datang.
Mati hati kita hari ini, mati hati anak muda akan datang.
Mati pembacaan kita hari ini, apa yang kita mau berikan nanti?

Bacalah,
Anak muda, masih belum terlambat,
Untuk kita, anak muda sendiri berdiri,
dan mencekak sipendusta,
penjual masyarakat dan berkata,
"Hei kau! Bukan ini yang anak muda mahukan!"

Tapi, bagaimana,
Bila anak muda itu sendiri bodoh,
Berpuas nafsu dengan material.
Dan terus dibodohkan dengan mengikut yang bodoh.

Selamat.

Thursday, June 03, 2010

Jawapan: Kenapa kerajaan Arab terus diam diri tentang Palestin?

Salam sejahtera.

Ramai orang yang mempersoalkan kerajaan-kerajaan 'Islam' middle east yang terus sekadar memberi 'kecaman keras' kepada Israel atau sekadar berdiam diri disaat saudara Palestin dinoda. Mereka mempersoalkan kenapa dah kaya minyak, ada kekuatan tentera, kenapa tak bersatu semua negara Islam dan serang Israel yang terang-terang merogol tanah Palestin disiang hari? Nak tahu jawapan kepada persoalan ni, kita kena rujuk balik sejarah kejatuhan Empayar Khalifah Turki Uthmaniyah dalam perang dunia pertama.

Sewaktu perang dunia pertama, kerajaan khalifah turki uthmaniyah(ottoman) merupakan antara kuasa besar yang menyertai peperangan. Sebagai simbol kuasa besar Islam pada waktu itu, perang dunia pertama juga menyaksikan hancurnya pemerintahan khalifah dan lupusnya institusi khalifah (One Muslim Leader for One Ummah) menyebabkan umat Islam pecah kepada banyak fraction yang ada sekarang ini.

Kalau kita tengok balik WW1, Ottoman pegang kekuasaan keatas banyak negara Arab termasuk haramain (tanah suci mekah dan madinah). Haramain ini adalah simbol kekuasaan khalifah, dan dalam sejarah khalifah Islam. Tak ada mana-mana khalifah yang dapat mengisytiharkan diri sebagai khalifah tanpa penguasaan keatas haramain. Tak dapat jadi khalifah tanpa ba'iah kesetiaan daripada penduduk haramain. Jadi disini, British yang waktu tu berperang psikologi dgn Ottoman tahu kepentingan Haramain.

Haramain waktu itu diperintah oleh syarif al-Hussain yang dilantik oleh khalifah Ottoman. Dan ketika peperangan berlaku antara Ottoman dan British, al-hussain telah dipengaruhi untuk rebel dan claim authority over Haramain. Dengan alasan, kenapa perlu mekah dan madinah dipegang oleh orang Ottoman padahal ianya tanah arab(Nasionalisme dihasut menyebabkan perpecahan perpaduan ONE ummah of Islam), maka turki hilang kuasa atas haramain menyebabkannya semakin lumpuh dan parah. Bait-bait nasionalisme, perpaduan bangsa dan perkauman telah menembusi semangat umat Islam ditanah-tanah Arab. Maka menyebabkan mereka menjalankan 'Arab Revolt'.

Dalam masa yang sama, bait perkauman Ottoman juga semakin berkumpul menyebabkan kaum turki muda dan sekular diketuai mustaffa Kemal atartuk mula mahu menjauhkan diri drpd pemerintahan khalifah dan mendirikan pemerintahan republik bebas daripada pengaruh khalifah. Ini semua dijalankan dgn bantuan British. Di Egypt juga pada waktu itu dihantar pegawai British T.E Lawrence untuk membantu pergerakan nationalisme kenegaraan dalam usaha negara Arab membebaskan diri dari Empayar Ottoman. Semua ini penting kerana British tau jika Ottoman jatuh, tak ada lagi penyatuan negara arab dan umat islam yang akan menjadi ancaman kepada agenda mereka yang seterusnya.

Bermacam usahasama 'murni' antara Arab dan British dalam menjatuhkan Ottoman cthnya Arab menyediakan kekuatan manusia dan british menyediakan bantuan senjata. Mereka bersama menyerang Hejaz Railway' yang penting pada waktu tu untuk menghubungkan empayar ottoman dengan Madinah(haramain) kerana British tau, tanpa railway ini, Ottoman empire akan hilang kepercayaan dan influence terhadap haramain.

Sehinggalah kepada penaklukan Jerusalem yang diketuai oleh Allenby, seorang pegawai British dengan bantuan tentera-tentera Arab. Maka, tanah suci taklukan Salahudin Al-ayubi, dipijak oleh Allenby dengan kata-kata 'the crusade is now over'. Dan Arab-arab bergembira kerana telah 'merdeka' dari Ottoman tetapi tanpa sedar telah membantu dalam komplot antara British dgn pemimpin arab dalam membunuh sistem khalifah islam.

Lepas tu, Syarif al-hussain yang telah menguasai haramain membuat proclaim baru iaitu, dialah khalifah baru bagi umat Islam memerintah dari tanah Mekah dan madinah. British yang memang pada niat asal mereka mau bunuh institusi khalifah tak gemar dengan dakwaan hussain ini kerana British bukan mahukan kejatuhan empayar ottoman sahaja, tetapi kejatuhan seluruh empayah kekhalifahan umat Islam. Maka, sebarang attempt seperti oleh syarif hussain ini untuk merevivekan kembali khalifah adalah tak digalakkan. Maka British membuat perjanjian dengan Abd Aziz Ibnu Saud untuk membantu abd aziz ni menjadi King Abd Aziz, King of the Arab Saudi dengan menewaskan Hussain. Jadi, penewasan syarif al-husain ini jelas menunjukkan yang british bukan mahu membantu Arab menuntut kemerdekaan dari Ottoman, tetapi mahukan kejatuhan empayah ottoman, khalifah umat Islam demi melaksanakan agenda mereka yang seterusnya iaitu penaklukan Jerusalem untuk pemodal-pemodal british iaitu Yahudi untuk membina penempatan di Jerusalem atau Israel.

yahudi yang menaja perang dunia pertama memang mahukan Jerusalem. Ini dapat dilihat dalam surat oleh Yahudi kepada khalifah Mehmed V (Khalifah Ottomen ketika perang dunia pertama) yang menulis bahawa yahudi akan memberi bantuan kewangan dan membayar hutang-hutang Ottoman dengan syarat yahudi diberikan kebenaran untuk menetap di Jerusalem. Namun Mehmed V bertindak menolak permintaan surat ini dan mengisytiharkan jihad Islam terhadap pakatan Allies dalam perang dunia pertama dengan menjawab, Selagi beta hidup dibumi ini, tanah jerusalem akan beta jaga sebagai amanah umat Islam." Namun jihad ini dihancurkan dengan bantuan orang Arab - muslim sendiri atas alasan semangat nasionalisme.

Jadi, dah tau sejarah ni. Maka tak peliklah kenapa king saudi dan beberapa kerajaan middle east lain terus berdiam diri dalam kes israel dan palestin. Tak ada yang isytiharkan jihad. Jawapannya adalah kerana mereka ni semua tak mau melawan tauke. Tauke dah bantu kaum kerabat mereka dapat kuasa memerintah negara. Takkan mereka mau lawan.

Selepas ni, kita anak muda kena tau. Pemimpin yang sebenar untuk memimpin negara adalah anak muda, adalah rakyat sendiri. Maka, kita kena lengkap diri dengan ilmu dan sebarkan pengetahuan ni. InsyaAllah jika kita mula dari sekarang. Maka tak mustahil lagi 1 atau dua generasi, akan lahir generasi yang tidak buta sebelah mata (one-eyed) dan hanya melihat berdasarkan satu belah ja. InsyaAllah akan lahir generasi yang bebas dari segala penipuan dan cover up stories of our history dan terus berani untuk berjihad dan menegakkan yang benar. Akan lahir lebih ramai pejuang Hamas yang menegakkan kebenaran walaupun dengan sekadar batu melawan missile serta terbentuk satu perpaduan ummat islam. Ikhwanul muslimin yang lebih kukuh dan tidak beragenda selain daripada kebenaran. Maka, sedar. Yang kita tak boleh harapkan king-king talibarut yahudi. Kita hanya boleh mengharapkan diri sendiri dan anak muda kerana anak mudalah yang bakal menggegarkan dunia.

*Isu yang sama juga sedang berlaku diMalaysia dan anak mudalah yang harus sedar daripada penipuan oleh mereka-mereka yang telah tua dan korrupted.

insyaAllah.

Wednesday, June 02, 2010

Zionist laknat, atau kita?

Sampai, sampaikan kisah sedih gaza.
Sampaikan laknat Allah kepada zionist.
Muslim, semua sampaikan.
Tapi ada bangsaku, melayu, dan islam katanya.
Terus menyumpah yahudi, tetapi minum di starbuck.
Terus melaknati yahudi, sedar tak sedar membiayai stun gun dan bom asap yang jatuh di Mavi Marmara.
Terus membenci Israel, sedangkan dialah pemodal peluru yang menembusi ayah kepada anak kecil.
Muslimin? muslimat? Kita Ummah Muhammad?
Alasan?
Tiada, tiada alasan untuk tidak peduli.
Kecuali sombong, atau bodoh.
Dan, setiap kata malas dan kata pasrah kita itu.
sedang diganti dengan titis-titis darah saudara Palestin.

Reminder: In this rage of us upon Israel, we still need to remember. It is not the whole jews to be blamed. It is the Zionist jews. There are still jews out there who believe in Allah as the Most Merciful one and only god. Learn the fact before hating.

*It's okay. We can start by taking one step at a time. but, the slower you get. The merrier the killers gonna be.

Tuesday, June 01, 2010

Why do Israel attack the GAZA flotilla?

The commando attacks on GAZA freedom flotilla is a CLEAR warning sign to the whole world from israel. It's like the zionist is saying,"Hey you people, we(israel) are the superpower of the world now. And we will do what we like."

Accept it or not, we have come to time where the state of Israel is already established. And their power, is undeniably strong. No one dare to stop them now. There are lots of cursing of the zionists now. All the referandum and memorandum. and the demonstrations. The best we can do(physically) is throw stones to israel's embassy (e.g. in Turkey) but still the government will ask police forces to stop these demonstrations. The commandoes of zionist did the killing and raping. And the mess is left to be cleaned up by all the other governments, police and military while Netanyahu only expressed his 'regret' over the death of civilians on the flotilla.

But forget not. This is also a call. To us, all muslims. To stop dreaming and start lighting up the fire. The spirit of Islam. Towards a ONE islam. Towards the unity of the ummah. One ummah, the ummah of Muhammad saw. Not different sects of Islam. But the unity of ONE islam by ONE ummah under ONE leader.

We need to remember as said in the Quran. As promised by our beloved prophet saw. The time will come where al-hajj(killing) will be rampant. The time will come where all government will be led by military power. Also, the time will come where one of my(the prophet) descendent with the name of Muhammad(Imam Mahdi) will come and receive knowledge from Allah. He will be the rightly guided Khalifah to establish the last caliphate according to sunnah and Quran and bring together all illuminated mankind towards ONE ummah with ONE islam to fight against the armies of the antichrist laknatullah.

It is now up to us to decide. Do we want to be among those who fought hard and get ready for the coming of Imam Mahdi. Get ready not only physically but most importantly mentally. OR, do we want to be among those who are ignorant and proud to deny the coming of this long awaited Imam despite all the clear signals said in the Quran and by Muhammad saw that came true. OR, do we want to be among those not grateful to just sit, wait and watch like the people watching movies and eating popcorns.

What can we do? Prepare ourselves mentally to the coming of Mahdi. Educate ourselves about this leader of us. The signs of him. Where, how, when and all sort of questions. Study the Quran and sunnah for the truth. Seek knowledge so that we know what is Islam. And prepare ourselves physically, perform the fardu ain. Perform the sunnah. Educate our family. Our friends of this essential information that are never mentioned in any TV station. Let as many people know, we are at the brink of this last age and we need to gather as much resources (knowledge and faith) as we need to be ready.

Remember, we are not human beings on a spiritual journey. We are spiritual beings on a human journey. and this journey of us now, is just a tiny part of the whole episode.

*If divide and conquer is the motto of the zionist to separate us. Than the answer to this is by being ONE. ONE ummah. ONE Islam. Time to reflect and not just babble unintelligibly.