Friday, June 25, 2010

Cinta (entri sumbangan member)

Bila bercakap soal cinta. Aku selalu lupa dan berkira.

Cinta pada Tuhan, aku selalu bertanya. Kenapa kau duga aku begini ya Allah? Kenapa takdir ni kau beri pada aku? Aku selalu meminta. Berikan aku hidayah. Nikmat. Panjang umur untuk keluarga. Rezeki. Kesihatan. Apa yang boleh diminta, aku minta.

Cinta pada ibu bapa, aku bertanya. Masak apa hari ni ma? Tak mau makan ayam, nak ikan. Bosan makan ayam. Bila nak belikan motor besar ba? Janji hari tu nak beli.

Cinta pada keluarga. Birthday aku nanti kau kena bagi barang best-best. Ni aku balik ni, kau tak mau belanja aku makan?

Cinta pada kawan-kawan. Bila kau nak payung aku asam pedas claypot? Belikan aku baju nanti kat sana. Jangan lupa pergi jalan tu belikan aku buah tangan beb.

Cinta pada separuh lebih baik. Anniversary kesepuluh ni, takkan teddy bear je u bagi. I nak yang special sikit. Nanti dinner u nak bawa makan mana? Tolong I ni, tolong I tu, Bagi ni, bagi tu.

Tapi, bila bab memberi. Tak berapa nak lengkap aku.

Solat 5 waktu yang wajib kepada Allah, belum campur solat jemaah dan sunat. Selawat untuk rasulullah?

Tolong mak hantar adik sekolah, buat hari-hari boleh? Beri kesenangan pada ibu bapa, tolong buat kerja-kerja rumah. Boleh? Takkkkk, mana boleh beb. Nanti nak lepak dengan member lagi, mana ada masa nak tolong mak lipat baju.

Bantu adik, bantu abang, kakak. Susah senang. Boleh bantu, tapi merungut tak tinggal punya.
Kawan-kawan, kita memberi?
Separuh lebih baik? yang diminta dengan yang diberi. Mana lebih?

Sometimes I can't get enough of me, nor enough of you and everyone else. Must keep getting and getting. Until I forget about giving, when the time comes, it's too late.

*Menjadi yang lebih baik balik ini.

Selamat

6 comments:

  1. ole ole utk dla ade x? :P

    ReplyDelete
  2. slmt balik ke msia faiez.
    have fun!
    ohh so jealous of u..haha

    ReplyDelete
  3. dLa: hahaha. doa yang tulus ikhlas dari hati. aci tak? :p

    Att: haha. tak ada apa pun kat Malaysia. Cuma ada makanan yang best-best, keluarga tersayang dan rakan-rakan untuk beraktiviti je. hhaha

    ReplyDelete
  4. akU RndU familI AKu

    bLA akU BAce poSt kaU

    AKu...dA lmA X BALik tgK DYorG

    huHU..

    ReplyDelete
  5. tqa: calling-calling la. nanti balik, jumpa. ;)

    ReplyDelete
  6. dkt msia ke? wowwii!

    *nk LIKE post ni. hehe

    ReplyDelete

Ideas in words by