Salam
Persoalan yang popular sekarang ni, adalah sejauh mana modennya malaysia. Untuk kemajuan, bangsa manusia perlu progresif dan terus berubah untuk adaptasi dengan persekitaran. Rujuk sini. Tulisan tentang malaysia, kemajuan dan progresif. Boleh baca dan nilai sendiri.
Aku bersetuju dengan tulisan tersebut yang untuk maju kita perlu progresif. Kalau diam tak berubah macam mana nak kedepan. Deh?
Tapi aku nak pusing ke belakang sikit dan daripada tengok pada progresifness tu, kita tengok istilah modern tu sendiri. Nak moden kena progresif. Tapi masalah bagi aku adalah, apa itu moden? Apa yang diistilahkan sebagai moden? Apa yang kita faham tentang moden? Kewujudan bangunan berkembar tertinggi disetiap negeri dalam Malaysia = moden? Atau anak muda berpakaian mengikut fesyen aptudet = moden? Atau dengar lagu seks,alcohol, dadah dan glamerism = moden? atau mungkin rajin bekerja weekdays dan weekend digunakan untuk berparti dan berlibur = moden? Atau GDP yang semakin meningkat walau hutang bertambah =moden? ataupun kadar hutang yang sedikit = moden? Ataupun mungkin kewujudan satu rumah banglo 2 juta ditengah-tengah perkampungan yang rata-rata penduduk hanya mampu makan nasi putih dan ikan kering = moden?
Untuk faham istilah progresif, kita kena tau maksud moden. Untuk tau arah tuju kemana nak bergerak, kita kena ada destinasi. Betul? Jadi, aku cuma nak pertikaikan apa itu moden untuk Malaysia?
Pasti ada yang berpendapat moden itu adalah negara-negara industri yang berGDP tinggi. Dalam konteks ni, Malaysia boleh belah kemodenannya.
Ada juga yang mendefinisikan moden sebagai memiliki tokoh-tokoh ilmuwan, pemikir antarabangsa dan jutawan yang mampu bersaing diperingkat dunia. Dalam konteks ni, malaysia kira boleh belah jugalah kemodenannya. Ramai tokoh malaysia yang dijemput bagi talk dinegara-negara luar.Yang jutawan ikut usd pun boleh tahan juga.
Tapi bagi aku, moden tu bukan pada bentuk fisikal saja. Kerana moden fisikal itu membunuh masyarakat. Satu pembunuh masyarakat yang membuat hati dan akal masyarakat mati. Mari tengok Amerika. Negara moden, polis dunia. Apa jenis anak muda generasi baru yang mereka lahirkan? DiBritain ni, anak muda mereka lebih tau tentang botol-botol alkohol daripada isu semasa dunia. Ini semua ifek daripada plastic modernity. Menternak anak muda untuk menjadi plastik juga. Cantik diluar, tapi dalam?
Bagi aku, moden tu adalah pembangunan dua-dua fisikal dan rohani. Untuk bangun dua-dua kita tak boleh ekstrim pada mana-mana satu pun. Ini yang Islam tuntut bagaimana yang aku faham. moden = masyarakat yang sentiasa dahagakan ilmu dan membaca. anak muda yang buka mata. bukannya kaki ikut. Bila tengok anak muda malaysia, mana tempat mereka berlibur dan apa aktiviti mereka? Selain drpd berkaraoke, bergig goyang-goyang peluh, berrealiti tv, berkedai mamak. Mana lagi pusat mereka?
Moden fisikal tu akan menyebabkan kita semua berasa selesa. Berasa bertuah dan beruntung. Dan berasa puas dan cukup. Rasa-rasa ini semua adalah rasa-rasa yang mematikan diri kita. Jangan beri diri kita rasa puas atau rasa selesa. Kita perlu selalu tak cukup, baru akan ada instinct dalam diri yang push kita ketahap yang lain. Bila mula rasa sakit dada baru rasa mau bersenam dan sihat tu akan datang. Tapi bila dah rasa sedap baring, sampai bila baru kita bangun.
Aku juga sudah 22 tahun diternak dalam sistem 'moden' dan mula merasa puas dan selesa. Tapi semua ini memalaskan kita. Mematikan daya fikir akal. Jadi, sama-sama anak muda perlu sentiasa berasa tidak puas dalam hidup. Baru dengan ini kita akan lebih daya untuk berusaha. Tapi biar benda-benda yang baik-baik dan mendatangkan manfaat serta tak memudaratkan. Tak puas solat, maka akan sentiasa mau perbaiki solat. Tak puas bersedekah, mencari lebih harta untuk lebih byk sedekah. Tak puas dengan ilmu yang ada, sentiasa cari ilmu-ilmu baru. Dan akhirnya kita akan berasa bersyukur kepada Allah kerana memberikan kita rasa tidak puas tu yang membuatkan diri kita lebih baik.
Biar kita membangun dari segi architecture dan infrastructure pun, kalau anak muda makin lama makin gemar clubbing dan lebih kenal dengan johnny walker daripada tau siapa itu hasan al-banna atau marx. Satu masa nanti infrastruktur yang sedia ada dan membangun tu tak akan ada gunanya kerana masyarakat yang diternak akan mati akal dan hati mereka.
Jadi persoalannya, apa definisi moden bagi kau?
pakcik i stay dekat singapura , dia cakap bila jalan jalan dekat m'sia ni. mcm zaman 70'an dekat s'pura. haha (:
ReplyDeletewah..best..aku suka!!
ReplyDeletemardhiah: 70 an? haha. tak pe. Malaysia besar lagi dari s/pore. Tak yah bangun byk2 bangunan pun tak pe. Baik fokus bangunkan anak muda dan kebajikan. ;)
ReplyDeleteminimalas: nama kau best la. haha.
oRg snGAPOre
ReplyDeletemoDEn
tP adaB KUReNG
LAGi2 klaU DKt atS JLAN RAYa (bese kaT JHr)
buanG SMPh merata
knOn naK BLAS DndM SBb KAt sngapoRE XBley WAT
walaU MOden mCM MANa puN
PKARA plG PNTNg
adaB DAn nilaI MASYARAkat
malaYSIA lG bgUS dR SPUra
>bukaN BERPHAk pD sbELAH PHk sajE
AK adE Je sdara KAt sgpuRA
TERTINDAS,NAk maTI puN PAYAH.
PApe puN..MALAysia PUn diamBANg kesuKARan
kitA NAk moDEN
Tp, PERPaDUAn ant. kaUM SMKn TERuK
apA GUNAnya ModeN KLAu masyaRAkaT SNDRi smkN HANyuT?
bangunan tinggi2 pun bukan kita yang punya.kita cuma menumpang nama dan bangga saja.itu pun dah rasa selesa.
ReplyDeletetqa elric: Adab orang malaysia dan adab orang singapura lebih kurang je. Sebab kalau yang kita tengok tu good samaritans, kat mana-mana diorang duduk dan dari mana asal pun akan buat baik. Kalau yang kita tengok tu tak boleh pakai, kalau asal dari tanah Mekah pun kerja buat jahat je.
ReplyDeletethe dr: Betul,betul. Kadang-kadang kita lupa.
makin mantap la entri ko...suka aku baca...tahniah!
ReplyDeleteaku x tau la mcmne nk definisi moden bg malaysia...walopun infrastruktur negara dh maju mmbngun, pikiran rakyat kita still kat takuk lama...nak kta tradisional x gak...ye la, bla ada selisih pndpat ke ape ke, riuh satu kampung, riuh satu negara...bkannya nak bersdang elok2....
manusia mana2 pun semua sama je...malaysian,arab, singaporean etc xde beza sbnrnya..kalo xde adab tu hampeh gak la...
wankrai: riuh separlimen pun ada. yang berhormat- yang berhormat semua makin menjadi-jadi. haha. kita sama-sama develop diri sendiri menjadi lebih baik setiap hari. itu pun dah cukup. ;)
ReplyDeletemodernity,comes with the absentee of poverty,
ReplyDeleteso what is poverty actually?that is the actual answer for modernity for me,
to be able to understand modernity,is to first tackle the poverty in all means(intellectualism brain drain,human right mismanagement,etc)
and to differentiate between materialism and non materialism poverty and modernity,although they do have the salient symbiotic relationship between them..
neway,nice article,gud2...haha
muzikri: absentee of poverty, a good definition of modernity tu. Now kena define poverty pula.
ReplyDeletebagi aku, bila cara negara kita mebangun selaras dengan apa yang rakyat mahu, dan baik untuk semua bangsa dan agama.. dan bebas dari sebarang pengaruh luar.. cara memerintah yang tersendiri.. yang authentic. baru aku kata itu moden~
ReplyDeleteDodu: maka malaysia ni dikira maju atau tak?
ReplyDeleteTAK..mayasia sedang membangun, tapi bukan ke arah modenisasi... malaysia hanya membangun ke arah menjadi satu lg negara capitalist.
ReplyDeletedeveloping country la ni. negara kapitalis eh. macam mana agaknya rupa malaysia maju secara kapitalis nanti ye.
ReplyDelete