Sunday, July 04, 2010

Review World cup Brazil kalah versi islamik

Bayu angin bertiup lembut, daun-daun pohon mangga Melaka delight melambai-lambai bak lambaian kain ditangan siti Nurhaliza sewaktu zaman-zaman top menyanyi untuk kategori etnik kreatif Juara Lagu. Di dalam, galak berborak 2 saudara kandung bersama seorang pemuda.

Ngah: Kau kelas ustaz Rahim, pergi lagi?
Akak: Pergi, sekarang aku ustaz Najib pun aku ikut. Bagus dia ajar. bab solat semua.

Pemuda sekadar mendengar, tak mahu masuk campur perbualan orang-orang tua. Biadap namanya.

Ngah: Eh aku cukup jaki Brazil kalah ni. Macam mana boleh kalah. Habis.
Akak: Itu le. Jaki aku tengok dia main. Dah gol sebiji terus main pas situ, pas sini, pas situ. Sakit hati aku tengok. Patut le kalah.

Pemuda terlopong mendegar perbualan tentang world cup itu. Mata terkebil-kebil. Betul ke apa yang dia dengar ni? Sekaligus Ngah menyergah,"Hei aku ni tengok bola pun tahajjud tak tinggal kau tau tak!"

Selamat

No comments:

Post a Comment

Ideas in words by