Wednesday, July 07, 2010

Manusia dan bunga

Batuk atuk semakin kuat. Parah. Tak tau apa dia nak buatkan. Puas sudah diajak atuk untuk kerumah sakit, Doktor Halim pun sudah berapa kali berpesan. Agar terus dibawa kerumah sakit, baru mudah menjaga atuk. Tapi biasalah, orang tua mana yang aman bila mau dimasukkan ke rumah sakit.

"Kau jangan bimbang, selagi aku hidup, aku hidup. Kalau jumpa doktor, nak mati, mati." Atuk batuk lagi. Tangannya mengurut-urut dada atuk.
"Tapi atuk, masuk rumah sakit boleh berubat. Ikhtiar. Kemudian tawakkal."
"Sekarang kau jaga aku pun ikhtiar. Cukuplah, tak usah dicakap lagi. Hulurkan air suam kemari."

Zaim menghulurkan air yang dijerang tadi. Sayang pada atuk usah disebut. Bukan seperti ayat-ayat cinta pasangan kekasih. Sayang pada atuk usah disebut, hati sama hati masing-masing tahu. Biar yang berderai bukan air dimata, tetapi air dihati yang lebih bermakna. Sayang pada atuk, ah! Kerana atuklah dia menjadi zaim sekarang ini.

"Bunga hitam, bunga putih,
Bunga mekar lalu gugur,
Bunga hitam bunga putih,
Bunga mekar bunga baru.

Cuma kita manusia, bukannya bunga. Kau ingat tu."

Nafas atuk tersekat-sekat melafazkan bibit-bibit itu. Berkali-kali didengarinya. Mulanya tak diambil peduli, tetapi teringat waktu kecil disaat opahnya sakit. Tatkala itu umurnya baru setahun jagung, masih tak memahami bezanya warna kulit. Tapi selalu atuknya melafazkan bibit-bibit itu berulangkali. Kini bila sakit atuk makin parah, kedengaran bibit pantun itu lagi.

Tapi semua itu disaat nafas atuk masih ada, dada atuk masih turun dan naik. Sekarang bulan sudah puas berganti bulan. Jejak kaki zaim dikubur opah. Dibacakan ayat-ayat cinta untuk opah, dengan harapan cintanya kesampaian keopah dan opah terus dicintai lagi oleh yang menciptakan cinta. Mata menoleh kekubur atuk. bersemadi atuk disebelah opah. Apa ini yang ramai pasangan manusia bercinta maukan? Mati bersama kubur bersebelahan. Jika benar, apa maknanya? Tiada siapa yang hidup dapat memberi jawapan. Lantas ayat-ayat cinta untuk atuknya dilafazkan satu-persatu. Tertib. Dengan harap sampainya cinta dia keatuk dan atuk terus dicintai lagi oleh yang menciptakan cinta.

"Bunga hitam bunga putih,
Bunga mekar lalu gugur,
Bunga hitam bunga putih,
Bunga mekar bunga baru."

Air mata menitik perlahan. Air jiwa usah dikata. Disebalik zikir-zikir cinta untuk atuk, baru dia sedar dalam ertinya bibit-bibit yang atuk sering lafazkan. Mengangguk kepala zaim, iya tuk, kita bukan bunga kita manusia. Tangan menggenggam, pasti azam barunya untuk menjadi bunga baru semekar atuk tatkala masih hidup.

Selamat

5 comments:

  1. rev, nice story..

    tapi tak berapa faham la.. =D

    maksudnya apa?

    ReplyDelete
  2. Att: :)

    wanita mustanir: bunga baru ganti bunga gugur, tetap bunga sama. tapi kita manusia, bukannya bunga. sejauh mana mekarnya yang baru-baru ini untuk menggantikan yang gugur.

    ReplyDelete
  3. nice story... sweet tapi mendalam...

    ReplyDelete
  4. .....: utk orang-orang yang memahami. :)

    ReplyDelete

Ideas in words by