Don't just seek information, seek knowledge. Don't just seek knowledge, seek education. Don't just seek education, seek liberation.
Sunday, August 29, 2010
Lovers talk
the usual quarrel we had,
tears running down your eyes,
while me, my heart.
It's then time we sit at the window,
I'll get my guitar; and you can make me a cup of tea,
We spend all evening swinging by the melody,
watching the moon replacing resting sun.
I cannot be you, and you're not me,
Let's stop trying,
Cause we are puzzles,
Different in shapes,
but completing each other.
Thursday, August 26, 2010
Budaya mengangguk
Dalam berkawan aku selalunya bersikap kritis. Dalam berkeluarga pun aku selalu bersikap kritis. Jika apa yang disuarakan oleh orang dewasa dalam keluarga aku adalah sesuatu yang pincang pada mata aku, akan aku suarakan. Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah kenalan yang bukan saja tau mengangguk tapi pada masa yang sama boleh membantu kita belajar dari kesilapan dan menunjukkan kesilapan-kesilapan kita. Namun dalam budaya orang melayu secara khususnya selalunya orang melayu akan kerap 'take it as personal' apabila ditegur kesilapan. Ini dah banyak kali aku hadapi dan perhatikan dalam situasi kehidupan.
Budaya ini sebenarnya amat menular dalam politik dimalaysia jika diperhatikan. Dan bagi aku budaya ini membunuh kreativiti. Siapa yang bersuara untuk membetulkan kesilapan dibunuh kariernya dan mereka yang sekadar mengangguk mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk succeed dalam karier mereka. Jadi jika boleh, anak muda perlu faham, menyuarakan bantahan tak semestinya personal attack untuk kita. Kadang lebih elok kita diingatkan daripada jatuh terjelepuk akibat kesilapan.
*Darn, macam karangan bahasa melayu sekolah pula rasa. I'm missing it!
Tuesday, August 24, 2010
Kelemahan peniaga kraftangan Melaka
Waktu aku bekerja itu sekitar tahun 2006. Jika waktu itu ada set keychain Melaka yang baru aku dapat jual dengan harga Rm18, paling tidak pun Rm13-Rm15. Jika tourist asing akan aku ketuk kaw-kaw. Kerana aku tahu duit mereka besar nilainya.
Beberapa hari lepas aku bawa lecturer Korea aku berjalan diMelaka dan aku singgah di area kraftangan. keychain yang sama yang aku jual dengan harga Rm18 itu sekarang harga bukanya hanya Rm7. Perlu tahu beza harga buka dengan harga jual. Harga buka adalah harga yang kita mula-mula buka kepada pengunjung. Kerana kita tahu, kita buka Rm25, pengunjung akan tawar dan selalunya harga akan turun lalu kita jual dengan harga Rm15 paling rendah. Kiranya Rm15 itu adalah harga terakhir. Jika nak tawar lagi, boleh jalan cari kedai lain. Sesungguhnya aku amat hairan macam mana harga barang-barang lain makin lama makin menaik tetapi harga kraftangan makin lama makin menurun. Contoh set keychain ini, dari Rm18 ke Rm7, sudah jatuh Rm11. Ini lebih daripada 50%. Soalnya kenapa?
Jawapan aku senang saja. Tamak.
Market kraftangan melaka rata-rata mereka yang meniaga kenal antara satu sama lain. Tapi akibat tamak, bila barang baru masuk dibuka dengan harga Rm25, kedai sebelah akan buka dengan harga Rm23 pula, dan kemudian sebelah dengan harga Rm20 dan seterusnya harga makin merudum akibat persaingan yang bagi aku adalah persaingan yang bodoh.
Apabila berniaga paling penting adalah kesatuan. Ambil contoh peniaga-peniaga kraftangan melaka yang rata-ratanya berkaum melayu. Jika aku, aku akan mengadakan kesatuan peniaga kraftangan. Dan disemua tempat yang menjual kraftangan, aku akan mengadakan mesyuarat dan bersetuju bersama semua untuk bersama-sama memonopoli harga pasaran barangan kraftangan. Ini kerana pengunjung akan mahukan barangan kraftangan untuk kenangan. Dan peniaga ada barangan itu. Apabila harga sudah disetkan tahap minimumnya, maka dimana-mana pun pengunjung tak akan dapat yang lebih murah dari yang lain. Mahu atau tidak, nak beli kena beli juga. Jika ini ditetapkan dan diusahasamakan, set keychain yang harga modalnya lebih kurang Rm4 itu boleh dijual dengan harga Rm15 dan tak perlu dimurahkan sehingga Rm7 saja dengan keuntungan sekadar Rm3. Rm3 ini belum tolak duit minyak pergi ambil barang dari pengeluar dan duit sewa tapak meniaga dan bil api air. Jika ini diamalkan, maka tak perlu bimbang. Barang terjual, untung tetap tinggi walau barang terjual dalam kuantiti yang sedikit. Tetapi manusia, cemburu melihat kedai sebelah dapat lebih pelanggan maka harga pasaran dimainkan lebih rendah. Bagi aku ini adalah tanda kebodohan.
Berniaga perlukan kesatuan dan give and take. Hari ini aku dapat pelanggan, esok hari kau dapat pelanggan dan sama-sama untung. Baru sama-sama naik.
Selamat.
Tuesday, August 17, 2010
Balancing: Dunia dan Akhirat
Maka hari ini aku berakad, aku mau berjaya didunia dan akhirat. Mungkin susah untuk aku menjadi seorang yang cemerlang dikedua-duanya kerana dunia dan akhirat saling berlawanan antara satu sama lain. Apa yang biru didunia adalah merah diakhirat. Jadi biarlah aku menjadi seorang yang diatas sederhana untuk kedua-dua alam. Melakukan apa yang aku suka di dunia tanpa menyusahkan diri sendiri diakhirat kelak. Memang susah bila aku punyai kepercayaan tentang akhirat. Tapi sekurang-kurangnya aku diberi peluang untuk percaya kepada sesuatu. Usah sampai peluang itu ditarik balik. Minta dijauhkan.
Aku mahu menulis buku. Sekadar untuk kepuasan agar nanti suatu hari kelak aku boleh tersenyum kepada diri aku sendiri dan berkata, "Hey, kau pernah menulis buku!" Dengan itu aku akan tersenyum didunia dan berharap agar senyuman itu tak akan menyusahkan diri aku diakhirat kelak.
*Anyone who knows how to juggle these 2 different balls at the same time without damaging either one or most importantly yourself, please step up.
Selamat.
Monday, August 16, 2010
Three random thoughts and One interpretation
2) If we're bright enough to notice, this world evolves around the same thing like before. In whatever businesses we have, we can learn to live out of the primitives age yet we can't ever take the primitives out of us. The saying is kind of truthful in its meaning.
3) These are ways to interpret life. To show to the mass, how they live life and how they see it. They're beautiful but sometimes scary. Meaningful yet sometimes dull. But the best thing about it is that no one has ever succeeded in showing people what is all about life. That's why it's becoming more of an item that catches interests.
*Love is a word often misinterpreted. For some loving is about kissing, hugging and caressing each others private part tenderly, this is how the term make love was found. For some love is all about taking care of each other and being there for the better half in good and bad times, this is how we learn that men are from mars and women are from venus. I could never define how i understood love, perhaps I've never learn to understand it. The dumb part about this is it's harder for us to see, love is not for only two people.
Selamat.
Thursday, August 12, 2010
Ulasan: Mahasiswa tidak sesuai berpolitik
KUALA LUMPUR: Cadangan membabitkan golongan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang politik mendapat reaksi negatif daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mahu mempertimbangkan untuk membenarkan mahasiswa di IPTA terbabit dalam parti politik. Katanya, kini masyarakat terutama ibu bapa perlu memperuntukkan dan membayar wang bagi membolehkan mahasiswa menimba ilmu.
“Mereka (mahasiswa) sepatutnya menggunakan kesempatan yang ada itu untuk menuntut ilmu, sebaliknya jika terbabit dalam politik, itu boleh dianggap perbuatan tidak bertanggungjawab. “Malah, mereka akan mempunyai banyak masa untuk terbabit dalam politik sebaik menamatkan pengajian. Apabila mereka sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, itulah masa yang sesuai,” katanya selepas Syarahan Umum mengenai Kesan Teknologi Kepada Masa Depan Pendidikan Tinggi anjuran Open University Malaysia (OUM) di sini, semalam...
Berita dipetik dari harian metro, secara jujurnya aku rasa artikel ini adalah tidak lengkap dan punyai argument yang tak kukuh. Kalau mahasiswa tak sesuai berpolitik, golongan mana yang sesuai? Mahasiswa membentuk purata besar daripada anak muda berkualiti negara. Jika semua anak muda negara berstatus mahasiswa tak boleh berpolitik, jadi mau biarkan siapa berpolitik? Pelapis mana yang kita mau cari? Aku percaya mahasiswa bakal mengganti tampuk kepimpinan negara. Kalau bukan anak muda mahasiswa yang kita harapkan, tak akan kita mau harapkan anak muda rempit? Atau anak muda yang hisap gam? atau mat dadah? Pelapis mana yang kita nak groom dan bentuk kalau bukan dari mahasiswa?
Jika benarpun mahasiswa tak sesuai berpolitik, atas sebab apa? Atas sebab ibu bapa dan kerajaan keluar banyak duit untuk kita belajar? maka adakah berpolitik merupakan perbuatan yang tak bertanggungjawab kerana banyak duit dikeluarkan untuk kita? Come on, you can give us better reason than this. Lagi banyak duit dikeluarkan, the more reasons there are for mahasiswa untuk menjadi mahasiswa bukan setakat belajar untuk ijazah but become a whole-rounder. Baik dari bermacam segi, salah satu politik. Dan belajar tentang politik diperingkat mahasiswa boleh mematangkan mahasiswa dan bersedia untuk cabaran sebenar bila mau bergerak secara serius dalam politik kelak.
Tetapi kita jangan lupa. Yang lebih penting bukan persoalan mahasiswa terlibat dalam politik atau tidak. Aku rasa yang lagi penting adalah what kind of examples are the politicians and adults showing to us. Apa contoh yang ada untuk mahasiswa ikuti? Kerana apa yang aku nampak rata-ratanya sekarang ni adalah political scene in malaysia dah hampir menjadi seperti majalah mastika. Polluted with many sensational stories and bad examples which in the end is not helping in developing the country at all. Cuba bayang p/raya keluar cerita pasal calon yb minum arak merata tempat. What kind of examples are shown? begitu juga pembangkang, kes hubungan sulit yang lebih dihighlightkan. What kind of good values are there for our mahasiswa to learn?
Terus-terusan begini nanti tak payah susah-susah nak interview dengan metro cakap yang mahasiswa tak sesuai berpolitik dah. Anak muda kita sendiri akan lose interest in our political scene because what we can see is adults and political people using all means to fight for place, power and money dan bukannya semata-mata untuk kesejahteraan bangsa malaysia. Sampai waktu tu, mahasiswa yang berkualiti sendiri tak akan berminat dengan politik diMalaysia.
*Selagi hati suci, kita mahu percayakan malaysia mempunyai political scene yang sepatutnya suci dengan political figures yang memang berjiwa rakyat. In anyway I look I want to believe in that, purity and honesty have some place in our political scene.
Selamat.
Wednesday, August 11, 2010
Puasa pertama dan tradisi
Aku sering lupa, Selamat Ramadhan bulan mulia.
Semoga dengan hadirnya Ramadhan ini aku belajar menjinakkan nafsu dan menjadi seorang manusia yang lebih ikhlas dalam beribadat kerana pada akhir hari semuanya akan tertakluk pada kalimah Lillahita'ala. Entah esok lusa kita padam siapa yang tau. Mati mengejar tak mengira tua atau muda.
Puasa usah dijadikan adat,
biar dijadikan amal,
puasa usah sekadar berlapar perut,
biar berlapar nafsu,
puasa usah kerana kesihatan,
biar diperbetulkan niat,
puasa usah ditangguh-tangguh,
entah tahun depan menjenguk lagi.
Selamat berpuasa, berterawih, beribadah sunat dan mengejar Lailatulqadar.
Salam,
ReverieMalaya
Tuesday, August 10, 2010
Projek Kalsom 16
1) Diberi keluarga angkat di Kampung Langkap
2) Bertujuan memotivasikan seramai lebih 200 pelajar sederhana sekitar Daerah Setiu, Terengganu agar berkeyakinan untuk menjadi whole-rounded students
3) Tak akan lapar kerana kerap disogok makanan oleh keluarga angkat yang ramah-tamah dan baik-hati.
4) Kg. Langkap adalah kawasan Barisan Nasional
5) Volunteer terdiri daripada 63 pelajar Malaysia yang belajar di UK atau Ireland
Ramai antara kita yang selalu bercakap tentang permasalahan negara. Tentang kepincangan anak bangsa dan mengapa mereka sukar untuk berjaya. Tak kurang juga yang bukan saja membincangkan malah mengutuk dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan kerana dikatakan sebagai short-sighted dan membazir. Aku juga merupakan salah seorang yang sering mempertikaikan banyak perkara yang aku pandang sebagai tidak betul dan salah. Untuk apa pun sebab, kita sering menggelengkan kepala kepada satu-satu perkara yang diusul. Ini adalah perlu kerana membolehkan kita berfikir dan muhasabah diri. Yang mana betul dan yang mana salah. Di mana kelebihan sesuatu keputusan dan dimana kepincangan.
Tetapi projek kalsom telah mengajar aku sesuatu yang lebih dari itu. Melihatkan dan bercampur gaul dengan golongan rakyat marhaen susah dari Kg. Langkap yang mana rata-rata mereka bekerja sebagai penoreh getah dan pengangkut kelapa sawit. Mak angkat aku sendiri adalah seorang penoreh getah. Bercampur dan berbual dengan mereka telah menyebabkan aku faham sesuatu perkara. Ramai kita bercakap tentang kesusahan rakyat marhaen, keperitan mereka tapi sejauh mana kita sebenarnya faham dan apa yang kita lakukan untuk menghulurkan tangan meringankan beban selain daripada sekadar bercakap dan menyalahkan segala-galanya dibahu kerajaan. Aku menulis sebagai neutral.
Pengalaman bercampur gaul bersama pelajar melayu ting. 4 yang ayah-ayah mereka ramai yang bekerja susah, dengan pergaulan sekeliling yang tidak memotivasikan mereka untuk menjadi berjaya telah membuka mata aku untuk sedar, banyak lagi yang perlu kita lakukan selain daripada hanya bercakap. Aku belajar dari Projek Kalsom, yang anak-anak muda ini ramai yang lemah dalam bahasa inggeris dan malu untuk bercakap dalam bi kerana sebaik saja mereka membuka mulut, kawan mereka akan mengejek, "tangan bau budu, ada hati nak cakap English." mentaliti masyarakat kita terutama mereka dikampung masih tertutup dan perlu dikembangkan.
Projek Kalsom ini adalah projek yang pertama untuk aku, dan aku hampir2 untuk tak hadir kerana tengah-tengah roadtrip aku terpaksa membatalkan projek jalan-jalan aku untuk ke Terengganu berprojek Kalsom. Namun aku akan amat menyesali jika aku tidak hadir ke projek kalsom kerana pengalaman yang dialami begitu berharga. Makanan kampung darat, ikan masak singgang. Buah-buahan yang tak pernah putus dengan keramahan oleh seluruh penduduk kampung amat menyentuh hati. Ini semua dapat aku saksikan disaat perpisahan dimana ramai daripada kami dan orang kampung yang bergenang air mata. Betapa tersentuh hati aku bila pakcik yang selalu sama-sama bermakmum dengan aku dimasjid pada hari itu melagukan selawat mengiringi pemergian kami dengan suara yang tersekat-sekat dan mata yang kian merah. Siapa sangka pertemuan selama 4 hari mampu menyentuh hati sebegini?
Untuk menceritakan projek kalsom tidak akan lengkap bagaimanapun tanpa kau alami sendiri. Perkenalan dengan muka baru yang walau sejenak perkenalan, terasa seperti keluarga yang sering mengusik dan menjaga satu sama lain. Paling aku tidak akan lupa, sakit aku diziarahi oleh seluruh kampung dan dihantar keklinik yang agak jauh ke luar kampung. Dijaga dengan baik sebaik mungkin. Semua ini jagaan dari mereka-mereka yang bukannya orang-orang senang. Semua ini menunjukkan, tidak perlu menjadi senang untuk menjadi seorang manusia. hatiperut tidak memerlukan harta.
Semua aktiviti yang kami jalankan untuk anak-anak muda terengganu diKalsom, dengan harapan membuat mereka sedar akan realiti hidup yang memang tidak adil. Seperti yang aku katakan kepada mereka, hidup ini tidak adil. Siapa yang bijak akan diutamakan, yang tidak akan tersisih. Hidup ini tidak adil, mereka yang bekerja dengan keringat menitis dibayar sedikit tetapi mereka yang bekerja dengan berfikir yang terus diraih. Aku ingatkan satu-persatu, betapa hidup tidak adil. Tapi selain daripada terus mencemuh sistem yang tidak adil, aku belajar untuk menjadi sesuatu yang dapat memberikan balik kepada masyarakat dan aku belajar ini di projek Kalsom.
Yang menyedihkan aku belajar disini, terdapat dua masjid. Satu masjid kampung dan satu lagi masjid untuk PAS. Ini semua adalah kebodohan. Politik tak perlu memisahkan kita. Pembangkan bukan untuk berperang dengan kerajaan dan sebaliknya. Biar kita berpolitik tetapi sebaik tamat p/raya biar kita sama-sama bekerja untuk negara dan untuk masyarakat. Untuk berpisah kerana politik akan memudahkan negara untuk runtuh. Perbalahan sesama kita tak akan memanfaatkan mana-mana pihak pun. Sudah cukup aku rasa, politik tak perlu menjadi seperti majalah mastika yang menceritakan perkara sensasi saja. Biar anak muda sekarang dapat belajar daripada senario politik sekarang agar kelak bila kita mengganti mereka yang ada sekarang masalah yang sama tidak berulang.
InsyaAllah projek Kalsom dijadikan pengalaman dan tempat pertama aku untuk menjadi seseorang yang berguna dan memberi kembali kepada masyarakat. Kerana diprojek kalsom juga aku sedar, betapa anak muda Malaysia adalah harapan kita dimasa hadapan kelak.
*Credits for photos go to volunteer photographers Muhsin and Cindy.
Selamat.
Monday, August 09, 2010
28/7/10 - Kedah to Perlis ke Kelantan
Telah berhenti seketika dari 4 ogos ke 8 ogos kerana mengikuti Projek Kalsom 2010 di Terengganu. Maka sekarang aku sambung update pasal Perlis and then Kelantan and then Kalsom.
Perlis was a fine state. Lacking in places of interest other than the famous padang besar, once one of the largest snake farm in southeast asia, we decided to give this tiny state a one day go and ate nasi ayam, pulut ayam, kuih terang bulan (semenanjungers call em apambalik) and kuey teow. That night we went back to Alor Janggus, Alor Setar and prepare to drive to Kelantan.
Kelantan. Negeri budak jahat. Ramai orang kata, budak kelantan bermasalah. Kelantan, negeri mundur, pernah juga aku dengar, kelantan negeri kotor. Sampah bersepah. Dan cakap dialek kelantan adalah busuk dan diprejudiskan oleh ramai orang. Maka dengan ini setelah melepak dikelantan selama 3 hari dibawa oleh tour guide Abe Afiq Misai aku ingin membuat beberapa proclamation.
1. Budak jahat, budak nakal setiap negeri ada. Kalau mata dah prejudis pada orang kelantan, akan sentiasa nampak jahat orang kelantan.
2. Negeri Kelantan memang agak kotor tetapi tidak sekotor Klang yang dipenuhi dengan gagak.
3. Dialek Kelantan adalah culture, tradisi dan simbolism yang penting. Jika tak faham, belajar. Bukan susah pun.
4. Semangat assabiyah kelantan dikatakan lebih kuat dibanding dengan negeri lain dan aku agak bersetuju. Cuma walau begitu mereka tetap sempoi dan rakan-rakan kelantan aku semua ok-ok belaka.
5. Kelantan adalah salah satu negeri yang lengkap dalam malaysia bagi aku kerana ada semua keindahan alam semulajadi cuma kurang satu saja iaitu cinema.
3 hari dikelantan aku telah pergi mandi di air terjun Jeram Linang, laut. Aku telah makan pelbagai makanan. BBQ di Sudara beach resort. nasi haikal. ns kerabu, ns dagang, ns berlauk, buah-buahan dokong, durian, binjai. Antara satu benda yang best tentang wakaf che yeh adalah ada kedai cd dan dikedai cd itu ada televisyen dan vcd player untuk test cd. Setiap kali kitorang lalu pas kedai itu dia akan memainkan cd berupa gadis-gadis yang entah siam entah kelantanese berpakaian dress seksi dan berjoget serta kemudian bernyanyi dalam dialek kelantan. hahaha. Attention seeker habis.
Di Kelantan, kota bharu juga ada satu kedai tepi sungai melepak untuk hisap shisha dan 2 hari berturut kami lepak di situ kerana suasana yang relaxing. Aku juga rasakan yang gadis-gadis kelantan ramai yang comel-comel belaka dan rata-rata pakcik makcik kelantan jika senyum kepada mereka, mereka akan membalas dan mereka juga ramah dan murah senyuman.
Setelah pergi ke kelantan, yang mana satu-satunya negeri yang aku pernah lihat papan tanda bertulisan jawi serta papan disebelah jalanraya bertulis dengan tulisan memuji kebesaran Allah, aku merasakan kelantan telah diberi ketidakadilan dalam liputan-liputan yang mengatakan kelantan itu kotor, mundur dan sebagainya. We need to give it a chance ourselves to know the true nature of it. Dan bagi aku, aku akan kembali ke kelantan jika mendapat peluang. Mungkin selepas ini untuk turut serta belajar sekolah pondok dengan Abe Afiq kerana kali ini tak berjaya akibat drpd kesuntukan masa. Sekadar untuk merasakan pengalaman menjadi pelajar sekolah pondok dan turut mendalami ilmu ugama, insyaAllah.
*Next update is gonna be about Projek Kalsom (motivational programme for form 4 students and also foster family) which has brought big impacts on the way i think.
Selamat.