hari ini aku berpuasa dirumah
dirumah aku ada tradisi
setiap kali puasa pertama akan ditanak
nasi ayam dan bandung aiskrim soda
istimewa hari ini
tangan muda ini yang menanak nasi dan melumur ayam
dijamu keseluruh keluarga
yang tersayang
tradisi ini entah akan kekal lagi entah tidak
kita manusia terlalu hidup dengan tradisi
yang pasti satu hari nanti akan perlu kita lepaskan
kerana yang merangkak akan berjalan
yang berjalan akan bertongkat
dan yang bertongkat akan baring sendirian
entah nyaman pembaringan kita, entah kalut menyumpah seranah
atau meminta peluang yang tak akan berkunjung
puasa pertama ini telah aku harungi
dengan harapan semua diredhai Ilahi
dimulai dengan semangat, dihabisi dengan doa
untuk melalui satu hari seterusnya
puasa kedua yang dengan angan-angan
akan terus berjaya aku harungi
dengan mereka yang aku sayang
Selamat semua dunia akhirat.
Selamat berpuasa bersama yang tersayang, rev.. =)
ReplyDeletewanita mustanir: terima kasih. u too. ;)
ReplyDelete