Wednesday, July 22, 2009

Lelaki versus Wanita (Pemandu Arah)

Aku telah menurunkan diri untuk bertanyakan arah jalan(tempat yang sama):

Kepada seorang gadis yang jawabnya:
Oh situ. Jalan terus. nanti ada dewan, jangan masuk situ. Terus lagi. Padang sebelah kanan. Jalan tu terus tapi sebelum hujung. Err, ada kafe dekat atas tapi bukan dekat kafe itu. Jalan nanti ada masuk kiri dekat padang yang sebelah kanan. Err, Bangunan tu dekat hujung kiri dia. Kena u-turn nanti untuk keluar. Err, haa tu lah dia. (Aku: pejam mata tiga puluh lapankali. Kelu)

Kepada seorang lelaki yang jawabnya:
Oh. Senang je. Jalan terus sampai jumpa koperasi, masuk kiri. Bangunan dekat hujung jalan belah kiri.

(Dalam hati aku): Ah, lebih senang bertanyakan arah jalan kepada seorang lelaki daripada seorang perempuan.

Terima kasih,

Yang haru,
-reveriemalaya-

Monday, July 20, 2009

Public Enemies inspired me

Tengok Public Enemies tadi. It was awesome! Itupun masih belum cukup puji.
John Dilinger sangat bergaya. Heroic dan semua yang baik2. Every details about him were positive. Cool. Macam selebriti. Aduh, cakap tak cukup. Kena tengok sendiri. What I remember the most was his saying.

'They(the rich people) only care about where the people came from. But what's important for them is where they are going'
-John Dilinger-

'John Dilinger was really inspiring. He was heroic. Infamous, yet in a very good manner'
-ReverieMalaya-

Yang rasa kauorang rugi jika tak tengok filem ni,
-ReveriE-


(Rushed update)

Hari ini saya budak muda kampung ala-ala rusdi anak wayang nak memohon masuk bandar Key Ell. Nak tengok wayang. 'Public Enemies'.

Maka cuba nak meng'urban'kan diri selama beberapa hari ini. Semoga berjaya.

Terima kasih.

=)
Yang teruja,
-reveriemalaya-

Deepset, KC and Spartak!

I went to Allunan Symphony. There were 4 bands.
Deepset, Killeur Calculateur, Citizens of Ice Cream and Spartak.

First band was Deepset.
I was late! only managed to enjoy 1 and a half song from them. They did a one hour set. I entered during the last 15 minutes i think. Rugi nak mampos! It was kind of epic! That's the least i could say. Besides the drummer whom as always looked as nervous he could be. The others were confident in their performance. (Drumer itu memang muka cemas selalu. tapi main best juga)

2nd band was Killeur Calculateur
Energetic as usual. The drummer was tight. powerful. But most of the crowd was static. Only a few of them yang angguk2 kepala layan. Still they were satisfying. Oh, it was my first time watching this band live and their first impression was first-classed!

3rd band was citizens of ice cream. (I'm not sure whether the name is right =p)
They were monotonous, dull and lame. Tried to be unique by NOT using a real drummer. I think that was the biggest mistake. The trumpet(i think so) did not blend well into the atmosphere of their sounds. They did not gel well as a band. Some conflicts aroused. haha. I like the last song though and they're going to play in Taiwan as they said. I'm pretty sure they still have many rooms to touch up and holes to be filled before being 'qualified' to go there.

4th band was Spartak. (Foreigners)
They were different. I can't say that everybody enjoyed their music ,still, i did and I did well. Their materials were very much different. in fact, the first of its kind I ever listened to. It was tensed. Strangulating my emotions. Kejang tangan sepanjang set itu.
The drummer even made sounds from a plastic bottle and many other unnameable things. The guitarist was only using a squire fender telecaster. but he too produced unique sounds. He even attached an earphone to his guitar and played using it. Oh, thrilling. It was something. Very satisfying.

The gig wearies me. I felt tired. Physically and emotionally.
Hah, Sepatutnya set Deepset tu tukar dengan Citizens of Ice cream! Ice cream tengah2 jadi cairlah. haha.

In spite of everything, i enjoyed the evening. Thanks to Suehanna. =)

Yang kepenatan,
-reveriemalaya-

Sunday, July 19, 2009

Entri boastful

Tujuan entri ini adalah semata-mata untuk mempromokan blog yang agak indah nukilan seorang jejaka separa tampan (jika dibanding dengan ketampanan aku)
Rujuk -----> http://hidemichimomo.blogspot.com/2009/

*Boleh belanja makan lepas ni bro!

dan daripada itu untuk memberitahu. Makan ikan goreng sweet sour. ketam bakar. kerang rebus. pahat kuah masam. udang butter. kepah kuah sweet sour. Sotong grg tepung. di
GERAI IKAN BAKAR ANJUNG BATU MELAKA

*Siapa datang Melaka tak lawat ni, rugi weh!

Terima kasih.

Yang mewah,
-reveriemalaya-

Wednesday, July 15, 2009

Permainan cop-cop iklan - Vintage beb!

Hari-hari sebelum ini banyak betul kisah2 mengancam dan menggugat keamanan. Menimbulkan kontroversi. Menaikkan darah. Menambahkan ketegangan. Silap2 kisah2 ni semua boleh kena tangkap masuk ISA.

Maka hari ini aku tulis sesuatu yang tak akan tambahkan ketegangan langsung. Apa-apa ketegangan pun tak akan ditambah. Serius! rujuk - apa2.

Dahulu waktu kecil aku kurang entertainment. Komputer ada. First beli tahun 1995. Tapi hanya boleh buka weekend saja. Itu pun 2 jam saja. PS2? huh. Kira bertuahlah kalau dapat ambil bau. Pernah dapat gaming console main Mario. Pakcik bagi kerana abang aku sunat. Tak sampai beberapa hari ibu aku pulangkan balik. Tak kasi kami main. Waktu tu memang aku menyirap. Dah dapat game, buat apa nak pulang? Nak beli bukan murah. Tapi sekarang baru aku faham kenapa dipulangkannya.

Maka pendek kata aku kekurangan entertainment. Paling menghiburkan pun aku akan main chess dengan adik2 aku. tengok siapa lebih handal. Waktu dulu memang adik aku tak boleh makan aku lah. Handal semacam ja aku ni. Tapi sejak dua menjak ni, adik aku yang form 1 tu pun tercungap-cungap aku nak kalahkan. Sebab aku kurang handal kah atau dia bertambah handal? Aku rasa yang kedua itulah. =p

Disebabkan kekurangan entertainment, aku dan adik2 akan buat game baru. Antara game-game yang dibuat ini semuanya bersifat:-
1) Mudah dimainkan. Tak perlu buku tutorial.
2) Jimat kos. Kadang2 tiada kos langsung.

Jadi contoh2 game yang kami main adalah seperti berikut:-
1) Sepit kungfu
2) Cop-cop iklan

Hari ini aku nak elaborate tentang yang kedua itu. Permainan ini senang saja. Sebab dicipta adalah untuk:
- Menguji kepantasan
- Mendapat sesuatu yang agak mustahil untuk didapati waktu itu
- Berlagak kepada adik2 lain

Aturcara permainan.
- waktu tengok cerita. Contohnya dulu cerita Dragonball pukul 9 pagi hari Sabtu.
- Sewaktu iklan bermula kami akan standby dihadapan kaca tv.
- Keluar saja iklan maka kami akan cepat2 cop. Siapa cepat cop, dia dapat.
- Bila dapat boleh berlagak. Contohnya dahulu tengah top 'solero shot'/ Gila top lah benda ni. Bila keluar iklan, siapa dapat cop. mesti buat2 makan depan yang lain dengan berlagaknya.

Tapi ada juga iklan2 yang kami tak akan cop. Bila keluar, buat bodoh seperti iklan ni tak wujud pun. Contohnya iklan2 daripada Jabatan Filem Negara. Memang haram nak cop. Iklan cerita2 drama cina. dan banyak lagi lainlah.

Haa maka dengan game itu, suasana bertambah ceria. Aku tak kisah langsung bila kawan2 cerita main game Mario ke Hugo ke. atau keluar main boling dengan keluarga. Bagi aku game aku dengan adik beradik ni lagi vintage! hahaha.

Bila besar sikit. Mula main cop-cop model iklan. Buat apa? jangan tanya! =D

Terima kasih.

Yang terkenangkan kisah lama,
-Reveriemalaya-

Sunday, July 05, 2009

Selamat sejahtera.

Mood jiwa aku hiba. Mungkin sebab dengar lagu We are not alone - Michael Jackson berulang-ulang kali di blog oh sara (http://afroaddict.blogspot.com/2009/07/past-present-future.html) - maaf saya tak tahu buat link. pernah buat tapi lupa. sekadar sifat manusia.

tapi bukan hiba kerana MJ sudah tamat kehidupannya. Cuma sebab aku pun banyak baca blog-blog lain. Ada kisah-kisah menyentuh hati yang kadang-kadang kita tak boleh alami tapi tak sangka orang lain dapat alami. Benda-benda susah yang mereka alami. Belum tentu kau atau aku boleh harungi. Betul? Memang betul lah ayat yang aku dengar dan ingat sampai sekarang 'Allah tak akan turunkan cubaan kalau Dia tahu kita tak akan mampu harunginya'
Contohnya kisah macam ini -> (http://waterlilysicksadcity.blogspot.com/2009/07/cerita-bahasa-dan-sekeping-sijil-yang.html)

Aku masih tak siap-siap lagi dengan kerja aku tu. Susah betul. Kadang-kadang buka je laptop mengeluh depan mata beberapa kali. Macam mana nak mulakan dan habiskan ni. Tak pernah aku buat benda macam ini. Tapi ini orang kata process of learning and improving. The time to expand my reality. Daripada seorang yang tak mampu, menjadi seorang yang berkemampuan melakukannya.

Buat MJ. lagu you're not alone itu memang menyentuh jiwa. Tapi sekarang ni anda sudah alone pun. Jika benar anda muslim, sedekah al-fatihah.

Aku nak sambung kerja. terima kasih kepada semua yang kekal berkomunikasi bersama aku. =)

Yang tersentuh,
-reverie malaya-