Tuesday, August 17, 2010

Balancing: Dunia dan Akhirat

Adakalanya aku akan duduk termenung sendirian dan berfikir. Apa yang aku ingin lakukan dalam hidup sebenarnya. Aku sukakan musik lalu aku ingin bermain musik. Aku sukakan senikata lalu aku ingin berpuisi. Aku sukakan cerita lalu aku ingin membuat filem. Aku suka membantu orang susah maka pernah aku terfikir untuk menjadi seorang yang berkuasa. Aku juga suka menulis lalu aku ingin menulis buku aku sendiri. Aku juga sayangkan keluarga dan rakan-rakan aku maka kerap kali aku ingin menjadi seorang yang selalu berdoa untuk mereka semuanya. Tetapi kerap kali aku diingatkan dan teringat yang dalam dunia, manusia ini diciptakan untuk beribadat kepada Allah swt. Ia macam berdiri ditengah-tengah jambatan halus yang mana kanannya ais dan kirinya api. Susah untuk aku. Aku tidak boleh menjadi sebaik ulama kerana ianya amat sukar bagi aku. Aku juga tidak mahu menjadi sejahat syaitan kerana aku tidak suka menyusahkan orang lain.

Maka hari ini aku berakad, aku mau berjaya didunia dan akhirat. Mungkin susah untuk aku menjadi seorang yang cemerlang dikedua-duanya kerana dunia dan akhirat saling berlawanan antara satu sama lain. Apa yang biru didunia adalah merah diakhirat. Jadi biarlah aku menjadi seorang yang diatas sederhana untuk kedua-dua alam. Melakukan apa yang aku suka di dunia tanpa menyusahkan diri sendiri diakhirat kelak. Memang susah bila aku punyai kepercayaan tentang akhirat. Tapi sekurang-kurangnya aku diberi peluang untuk percaya kepada sesuatu. Usah sampai peluang itu ditarik balik. Minta dijauhkan.

Aku mahu menulis buku. Sekadar untuk kepuasan agar nanti suatu hari kelak aku boleh tersenyum kepada diri aku sendiri dan berkata, "Hey, kau pernah menulis buku!" Dengan itu aku akan tersenyum didunia dan berharap agar senyuman itu tak akan menyusahkan diri aku diakhirat kelak.

*Anyone who knows how to juggle these 2 different balls at the same time without damaging either one or most importantly yourself, please step up.

Selamat.

5 comments:

  1. iA SAMa spERTi yG AKu rasA

    APe yG KITa sukA di DUNIa

    kDg2 taK MberI MANFAat lGSUNg

    utK DIjdkaN BEKALan waT Kt dI snA


    APa yG BolEH AKu lakUKAn skRG

    akU TETaP LAKUkaN BNDa yG AK skA

    Tp SNTiasA BERJaga2

    Dan beRSEDerhaNA

    SPAYa ap Yg akU LAKUkan kiNI

    XMEMAKan dIRI akU KELak

    ReplyDelete
  2. memang susah nak percaya akhirat.
    sometims ada or cakap percaya, tapi gayanya masih seperti tidak percaya akhirat.
    bersyukur kita deberi petunjunk.

    ReplyDelete
  3. Fontonk: Lagi-lagi hedonist, percaya ugama itu sekadar candu. May we ask to not be deceived.

    ReplyDelete

Ideas in words by