Tuesday, August 10, 2010

Projek Kalsom 16

Projek Kalsom 16 dan Dokong tak dapat dipisahkan

Some of the Student-Volunteers

Silat Pulut - Tari

Menumbuk emping

Masjid Terapung after Subuh

Fakta Projek Kalsom 16:
1) Diberi keluarga angkat di Kampung Langkap

2) Bertujuan memotivasikan seramai lebih 200 pelajar sederhana sekitar Daerah Setiu, Terengganu agar berkeyakinan untuk menjadi whole-rounded students

3) Tak akan lapar kerana kerap disogok makanan oleh keluarga angkat yang ramah-tamah dan baik-hati.

4) Kg. Langkap adalah kawasan Barisan Nasional

5) Volunteer terdiri daripada 63 pelajar Malaysia yang belajar di UK atau Ireland


Ramai antara kita yang selalu bercakap tentang permasalahan negara. Tentang kepincangan anak bangsa dan mengapa mereka sukar untuk berjaya. Tak kurang juga yang bukan saja membincangkan malah mengutuk dasar-dasar yang dilaksanakan kerajaan kerana dikatakan sebagai short-sighted dan membazir. Aku juga merupakan salah seorang yang sering mempertikaikan banyak perkara yang aku pandang sebagai tidak betul dan salah. Untuk apa pun sebab, kita sering menggelengkan kepala kepada satu-satu perkara yang diusul. Ini adalah perlu kerana membolehkan kita berfikir dan muhasabah diri. Yang mana betul dan yang mana salah. Di mana kelebihan sesuatu keputusan dan dimana kepincangan.

Tetapi projek kalsom telah mengajar aku sesuatu yang lebih dari itu. Melihatkan dan bercampur gaul dengan golongan rakyat marhaen susah dari Kg. Langkap yang mana rata-rata mereka bekerja sebagai penoreh getah dan pengangkut kelapa sawit. Mak angkat aku sendiri adalah seorang penoreh getah. Bercampur dan berbual dengan mereka telah menyebabkan aku faham sesuatu perkara. Ramai kita bercakap tentang kesusahan rakyat marhaen, keperitan mereka tapi sejauh mana kita sebenarnya faham dan apa yang kita lakukan untuk menghulurkan tangan meringankan beban selain daripada sekadar bercakap dan menyalahkan segala-galanya dibahu kerajaan. Aku menulis sebagai neutral.

Pengalaman bercampur gaul bersama pelajar melayu ting. 4 yang ayah-ayah mereka ramai yang bekerja susah, dengan pergaulan sekeliling yang tidak memotivasikan mereka untuk menjadi berjaya telah membuka mata aku untuk sedar, banyak lagi yang perlu kita lakukan selain daripada hanya bercakap. Aku belajar dari Projek Kalsom, yang anak-anak muda ini ramai yang lemah dalam bahasa inggeris dan malu untuk bercakap dalam bi kerana sebaik saja mereka membuka mulut, kawan mereka akan mengejek, "tangan bau budu, ada hati nak cakap English." mentaliti masyarakat kita terutama mereka dikampung masih tertutup dan perlu dikembangkan.

Projek Kalsom ini adalah projek yang pertama untuk aku, dan aku hampir2 untuk tak hadir kerana tengah-tengah roadtrip aku terpaksa membatalkan projek jalan-jalan aku untuk ke Terengganu berprojek Kalsom. Namun aku akan amat menyesali jika aku tidak hadir ke projek kalsom kerana pengalaman yang dialami begitu berharga. Makanan kampung darat, ikan masak singgang. Buah-buahan yang tak pernah putus dengan keramahan oleh seluruh penduduk kampung amat menyentuh hati. Ini semua dapat aku saksikan disaat perpisahan dimana ramai daripada kami dan orang kampung yang bergenang air mata. Betapa tersentuh hati aku bila pakcik yang selalu sama-sama bermakmum dengan aku dimasjid pada hari itu melagukan selawat mengiringi pemergian kami dengan suara yang tersekat-sekat dan mata yang kian merah. Siapa sangka pertemuan selama 4 hari mampu menyentuh hati sebegini?

Untuk menceritakan projek kalsom tidak akan lengkap bagaimanapun tanpa kau alami sendiri. Perkenalan dengan muka baru yang walau sejenak perkenalan, terasa seperti keluarga yang sering mengusik dan menjaga satu sama lain. Paling aku tidak akan lupa, sakit aku diziarahi oleh seluruh kampung dan dihantar keklinik yang agak jauh ke luar kampung. Dijaga dengan baik sebaik mungkin. Semua ini jagaan dari mereka-mereka yang bukannya orang-orang senang. Semua ini menunjukkan, tidak perlu menjadi senang untuk menjadi seorang manusia. hatiperut tidak memerlukan harta.

Semua aktiviti yang kami jalankan untuk anak-anak muda terengganu diKalsom, dengan harapan membuat mereka sedar akan realiti hidup yang memang tidak adil. Seperti yang aku katakan kepada mereka, hidup ini tidak adil. Siapa yang bijak akan diutamakan, yang tidak akan tersisih. Hidup ini tidak adil, mereka yang bekerja dengan keringat menitis dibayar sedikit tetapi mereka yang bekerja dengan berfikir yang terus diraih. Aku ingatkan satu-persatu, betapa hidup tidak adil. Tapi selain daripada terus mencemuh sistem yang tidak adil, aku belajar untuk menjadi sesuatu yang dapat memberikan balik kepada masyarakat dan aku belajar ini di projek Kalsom.

Yang menyedihkan aku belajar disini, terdapat dua masjid. Satu masjid kampung dan satu lagi masjid untuk PAS. Ini semua adalah kebodohan. Politik tak perlu memisahkan kita. Pembangkan bukan untuk berperang dengan kerajaan dan sebaliknya. Biar kita berpolitik tetapi sebaik tamat p/raya biar kita sama-sama bekerja untuk negara dan untuk masyarakat. Untuk berpisah kerana politik akan memudahkan negara untuk runtuh. Perbalahan sesama kita tak akan memanfaatkan mana-mana pihak pun. Sudah cukup aku rasa, politik tak perlu menjadi seperti majalah mastika yang menceritakan perkara sensasi saja. Biar anak muda sekarang dapat belajar daripada senario politik sekarang agar kelak bila kita mengganti mereka yang ada sekarang masalah yang sama tidak berulang.

InsyaAllah projek Kalsom dijadikan pengalaman dan tempat pertama aku untuk menjadi seseorang yang berguna dan memberi kembali kepada masyarakat. Kerana diprojek kalsom juga aku sedar, betapa anak muda Malaysia adalah harapan kita dimasa hadapan kelak.

*Credits for photos go to volunteer photographers Muhsin and Cindy.

Selamat.

9 comments:

  1. aku setuju betul dengan projek2 yang macam ni.projek2 camnilah yang boleh memajukan rakyat msia.nice job.

    ReplyDelete
  2. kalsom nama cantik
    mesti cun

    kah kah kah

    selamat berlapar esok

    ReplyDelete
  3. dr: Nanti kau grad, lagi banyak orang kau tolong pis. hehe. Aku belajar dari kau je. ;)

    Dari Jalan Kopi: Kalsom was the first person yang mendapat bantuan daripada projek ini oleh itu nama diberi projek Kalsom. selamat berlapar juga beb! lapar perut dan nafsu insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Yang menyedihkan aku belajar disini, terdapat dua masjid. Satu masjid kampung dan satu lagi masjid untuk PAS. Ini semua adalah kebodohan. Politik tak perlu memisahkan kita. Pembangkan bukan untuk berperang dengan kerajaan dan sebaliknya. Biar kita berpolitik tetapi sebaik tamat p/raya biar kita sama-sama bekerja untuk negara dan untuk masyarakat. Untuk berpisah kerana politik akan memudahkan negara untuk runtuh.

    Ayat orang yg optimistik. good job.
    SELAMAT BERPUASA GENG

    ReplyDelete
  5. hm, apa makna disebalik KALSOM? maksud saya,ada yang tersirat,atau pendekan perkataan,hehe

    selamat menyambut bulan ramadhan :)

    ReplyDelete
  6. kat mana2 penjuru sekolah, rata2 di kelantan atau terengganu mengalami masalah sama. Ayah mak masyarakat susah. motivasi tiada namun kalau diteliti baik2 setiap mereka ada potensi. bila dekatkan diri, setiap mereka ada azam utk merubah diri sendiri, merubah keluarga tapi faktor2 luar rakan sebaya, masyarakat memandang lekeh, kurang kasih syg dan tumpuan, ramai yg terLiar, introvert, malu mencari ilmu. Sentiasa perlu ada orang utk push diorang. Tahniah Kalsom~ by reading your piece, i believe you guys had able to instill some positive spirit into them.its a responsibility of each one of us to change our future generation into a better one regardless of with or without platforms (kalsom etc) setiap mereka adalah investment pada masa depan. keep up

    -mr. dale

    ReplyDelete
  7. squesha: oh i forgot to terangkan why is the name kalsom. Kalsom itu adalah makcik pertama yang menerima bantuan oleh projek ini. So to honour her, the project was named Projek Kalsom. Boleh baca lebih disini, http://projek-kalsom.com/?page_id=2

    Mr. Dale: You, as a part-time teacher di sekolah di kelantan pun help a lot to the students. Aku harap next kalsom kita boleh sama-sama pergi dan tolong whatever we can. Thanks for the kind words. Together we work to a better future for our younger generations. ;)

    ReplyDelete
  8. hellioz: yeah, mentality bro.

    ReplyDelete

Ideas in words by