Monday, May 31, 2010

Rasionaliti dan logik (akal dan nafsu)

Rasionaliti dan logik (akal dan nafsu)
Bila kita bercakap pasal rasionaliti dan logik, kita selalunya bercakap berdasarkan dua benda iaitu Akal dan nafsu. Dua benda ni memang sedia ada dalam diri kita manusia. Jadi selalunya bila bercakap tentang logik dan rasionaliti akal, akal dan nafsulah yang akan paling mempengaruhi kita.

Contoh, logiknya bila ada satu pasang laki dan perempuan yang tertarik antara satu sama lain bersendirian di satu tempat sunyi, mereka akan tertarik untuk bersetubuh. Ini ikut logik akal dan nafsu. This is human behaviour like what many people said.

Contoh lagi, logiknya kita manusia bila marah pada seseorang. Logiknya adalah kita pukul dia. Cedera kan dia. Supaya dia tau akibatnya buat kita marah.

Nak bercakap pasal logik dan akal, tak senang. Apa yang logiknya, apa yang berdasarkan akalnya? Mungkin juga logik itu sudah tak berapa logik pasal dipengaruhi nafsu. Logik pada nafsu kita, logik pada akal kita tapi tak logik pada pada pandangan umum.

Kerana itu, untuk membahaskan ugama berdasarkan logik dan akal adalah susah sama sekali. Ambil contoh pertama tadi, logiknya kita bersetubuh bila bersendirian berdua. Tapi sekiranya bersetubuh sesuka hati maka samalah seperti haiwan. Main-main, tinggal. Main-main, tinggal yang membawa kepada impak yang lagi besar(sebar penyakit berjangkit, anak lahir tak terjaga dll) Jadi, kat sini hadirnya ugama, dalam bab ni, Islam, sebagai satu mushaf mengandungi kata-kata oleh Allah untuk memastikan manusia bertindak bukan saja berdasarkan 'human behaviourism' tetapi juga untuk hidup dalam satu sistem yang membawa keadilan dan keharmonian kepada semua. Dalam kes ini, sistem pemerintahan Islam.

Contoh seperti diatas, tak suka maka logiknya kita pukul dia sampai berdarah. kerana buat kita sakit hati. Tapi kalau ikut rasional, adil ke perbuatan ni? Kalau dikira logik macam ni, habis semua pukul memukul sesama masing-masing, Bila tak suka terus hentak. Sampai bila nak habis? Jadi macam serigala lah macam ni sebab semua mau ikut behaviour. Serigala tak suka terus dia gigit. Manusia macam tu juga?

Kerana tu kita perlu fahami, peranan ugama yang sebenarnya. Orang kata ugama tu dijadikan alat ekonomi. Dijadikan alat untuk menyebarkan propaganda. Itu cara pembawakan ugama sepertimana kau baca dalam sejarah dan buku falsafah tulisan manusia. Tapi definisi ugama itu sendiri apa? Bagi aku, Islam adalah sebagai sistem cara hidup untuk umat dunia agar semua dapat hidup aman dan sentosa kerana sistem yang diperkenal Islam adalah bersifat menyeluruh(syumul) dan menjaga bukan saja dari segi makro spt pemerintahan, ekonomi, undang2 malah hingga ke peringkat mikro (cara istinjak, adab masuk tandas dll). Jadi, kita dah baca pandangan dan pendapat manusia-manusia tentang apa itu ugama. Kononnya alat ekonomi, alat politik. Apa kata, kita baca pula dalam kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah. Apa itu ugama dalam zabur, taurat, injil. Paling penting, apa itu ugama dalam Al-quran? Lepas kita dah tahu apa yang manusia definisikan tentang ugama, dan apa yang Tuhan definisikan tentang ugama, barulah fahaman kita boleh menyeluruh dan baru boleh buat kesimpulan mengikut logik hujah-hujahnya.

Dan bila manusia tu mendefinisikan ugama sebagai alat ekonomi dan politik, kau boleh tengok sendiri dalam buku sejarah macam mana Portugis pegang pada falsafah Gold, Glory and Gospel waktu menjajah melaka dulu. Yang salah anggapkan ugama sebagai alat politik ni adalah manusia dulu-kala, lalu sampai ke sekarang ramai yang beranggapan begitu. Walhal konsep ugama itu sendiri sudah disalahbawakan oleh orang dulu. Maka, apa itu erti ugama yang sebenarnya? Kalau kau nak tafsir ikut kitab sejarah-sejarah lama, kitab falsafah manusia, maka apa yang kau dapat adalah agama sebagai alat politik dan ekonomi untuk membodohkan masyarakat. Walhal kalau kau pelajari Al-Quran, Islam itu sendiri jauh daripada semua tuduhan-tuduhan itu. Islam Quran dan Islam sunnah tak semuanya sama dengan Islam dalam buku sejarah dunia.

Jadi logiknya hari ni adalah majoriti lelaki tertarik sama betis perempuan. Tapi ada juga lelaki tertarik sama lelaki dan perempuan sama perempuan. Dan ada juga lelaki yang tertarik sama jubur kambing dan lembu. Maka yang mana satu logiknya kat sini? Jadi fahamlah, hadirnya agama adalah untuk membataskan logik nafsu yang akan membinasakan manusia jika terus dituruti kerana pasti akan ada hasutan nafsu dan tipu daya syaitan dalam mempengaruhi logik akal kita ni apabila mahu membuat keputusan. Dan sesungguhnya rasul-rasul sebelum kita sudah memberi peringatan tentang perihal syaitan yang sentiasa mahu menyesatkan. Jadi kalau kita ni masih mahu ikut logik dan rasionaliti yang memang akan dipengaruhi nafsu, mau ikut human behaviourism yang ala-ala animal behaviourism, maka rugilah kita kerana gagal memahami konsep sebenar ugama Islam. Dan bertambah rugi sekiranya fahaman kita terhadap ugama hanya berdasarkan pembacaan kitab-kitab dunia tulisan manusia dan bukannya kitab suci diturunkan oleh Allah swt.

*Kalau nak tahu, betul ke kitab suci Al-Quran ni diturunkan oleh Allah swt. Nak tak nak kita kena belajar pasal kitab ni la. Bukan setakat membaca. Tapi memahami. Bukan setakat baca translation dalam bahasa inggeris tetapi membaca tafsir sahih yang ditulis ilmuwan. Dan dari pelbagai source terutama jika kita ni tak tau bahasa Arab. Kalau tetap juga tak mau belajar, dan berpegang pada kitab-kitab dunia tulisan manusia, maka terserahlah. Kerana setakat yang aku lihat, semakin orang belajar tentang kitab ini, semakin banyak ditunjukkan kebesaran Allah dan keistimewaan yang kita tak akan dapat lihat dalam kitab-kitab dunia. Logiknya? Nak obsoletekan sesuatu fahaman, kita kena betul-betul memahami fahaman tu lah. Ye tak?

Selamat.

6 comments:

  1. betul. Dulu salah konsep jugak..ingat cukup bila baca Al-Quran..rupanya bila faham, baru terasa indahnya Islam tu sendiri...

    ReplyDelete
  2. Att: nikmat kefahaman Allah bagi, alhamdulillah. Kalau tak bagi, sampai bila kita tak faham. ;)

    ReplyDelete
  3. secara logiknya,Islam itu mudah sebenarnya.

    btw,tulisan yg bagus rev.

    ReplyDelete
  4. Besi karat: jika ambil masa untuk pelajari, macam-macam yang kita akan tahu lagi. terima kasih, besi. best betul nama kau. haha.

    ReplyDelete
  5. salam.

    dem gua baru draft a post pasal the same issue. tapi lu punya agak in-depth. gua suka.

    gua suka baca blog orang-orang liberal. dia nampak cool bila mereka jadi black sheeps dalam kaum tipikal meleis. kadang-kadang orang macam ni banyak brilliant ideas sebab diorang punya general knowledge tu boleh buat diorang menang bila berbahas peringkat parliment. heh!

    tapi most of the time, gua tak setuju jugak bila mereka hentam orang yang argue menggunakan dalil, hadith, dan ayat-ayat al-Qur'an. pada gua, ini tidak cool. walaupun being cool is totally not the main point here.

    what i mean is, bila orang suruh kita dalami al-Qur'an sebab dalam tu ada byk jawapan untuk segala persoalan yang manusia pikir dalam otak ni (yang kadang-kadang boleh buat kita syirik dan murtad). cuma kene kaji. kene terima dgn hati terbuka untuk terima, yang kitab-kitab suci Allah ada jawapannya.

    why else kitab-kitab Allah tersenarai dalam rukun iman? betul tak?

    gua suka orang fikir out of this world, atau fikir out of the box DAN memahami apa yang ada dalam box tu, tapi gua rasa, sebagai orang Islam, liberalism ni kene ade limit jugak.

    wallahualam.

    PS: this is an awesome article for someone yang boleh terima dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  6. J. Love: Salam. That's the point of this article. To remind myself and others, whatever it is. We need to study from both sides of the arguments then baru boleh decide. And personally for me, we human beings have limitations. I accept this fact that we have limitations in many sense especially thinking and the best we can do is research and develop our mind. I agree too, bila kitab tu dibaca oleh jutaan orang satu hari. ada dalam rukun iman. Dan diclaim sebagai tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. mesti ada something special. If we don't agree, we should take our own initiatives to study and find faulty if there's any. and not look at it as wrong without knowing what's really wrong in it.

    Selamat.

    ReplyDelete

Ideas in words by