Monday, May 17, 2010

Tribute khas: Mama dan Baba.

Terima kasih kepada kedua-dua ibu ayah aku yang merupakan ibu dan ayah terbaik yang aku boleh dapat. Tak perlukan mother's day atau father's day untuk khabarkan pada ibuayah.

Dari kecil, baba kerja dan mama akan uruskan welfare anak-anak. Baba waktu sibuk kerja selalu juga tak ada kat rumah. Outstation. Thailand, India, entah mana-mana lagi baba pergi atas banyak sebab. Untuk KPPK la. Pegawai pendidikan la. Pergi Germany pun ada. Baba tak ada tak apa. Bila balik baba bawa balik buah tangan berlambak-lambak. Biar tak ada simpanan duit. Tapi segala buah tangan. baju baru. Perhiasan yang baba belikan sampai penuh rumah semua sudah cukup untuk aku. Didikan baba sampai tak pernah umur aku rasa duit tu tak cukup waktu sekolah. Tak pernah aku inginkan henfon sabun ke, daun ke, n-gage ke. Nokia 3310 pun aku tak pernah umur mau cuba pakai waktu sekolah dulu. Tak pernah juga aku minta ps2 ke. Benda-benda mahal. Tak ada. Baba dah cukup pandai melabur duit untuk anaknya. Belikan basikal Rm3ratus lebih untuk aku. Encyclopedia ada 2 set penuh kat rumah aku. Apollo punya satu. Lagi satu aku lupa apa tah. Encyclopedia kanak-kanak lagi la. Dari kecik aku diajar untuk tak maukan sangat benda materialistik. Bila ejen kapur jenis buka tudung dan kesat tu datang sekolah buat promosi, aku tak berminat langsung mau beli. Setiap pagi isnin atau malam ahad aku dah terbiasa kapur kasut guna kapur yang ada batang tu. Pelan-pelan kayuh. Bila member gila tamagochi. Aku tak minta ayah aku. Tapi aku simpan duit makan sikit-sikit dan main tikam sampai dapat. Haha. Bila kantoi mama tak sampai hati pula nak buang pasal aku dah simpan duit makan. Kereta control ada satu abang aku punya. kereta control tu lah aku, adik aku main. Turun temurun. Bila waktu sekolah nak buka, aku tak ada minta baju baru, beg baru dari parents pasal aku tau baju lama masih boleh pakai.

Dan mama. Kering tak kering, kerja pukul aku je. Salah sikit kena libas. Cubaan ponteng mengaji, kena sebat dengan hanger. Cubaan ponteng sekolah alasan demam, kena libas. Korek tabung adik buat beli peluru belerang pistol, kena sebat. Buli adik, kena sebat. Balik lepas azan maghrib, kena sebat. Tak sembahyang? Huh, separuh mati kena kerja. Setakat hanger tu benda biasa. Dah jadi adat. Tahap gaban sikit kena tali pinggang, berbirat. Batang penyapu. Getah paip. Apa saja yang boleh capai. Tapi mama pandai. Bila sebat, mama tau nak sebat kat mana. Biar berbirat badan, peha. Mama pandai target. Muka, leher, tengah2 dada, tengah2 ehem-ehem semua dielakkan. Dan mamalah wanita yang kuat bangun setiap pagi, siapkan makan minum setiap hari, hantar sekolah, ambil balik, hantar tusyen yang jauh bandar ke Klebang. Ambil balik. Ajar mengaji. Jaga malam tengok kitorang buat homework setiap malam. Tak fail langsung. Tak pernah mama tak buatkan makan minum pagi-pagi. Tak pernah juga mama kata, malas nak hantar pergi sekolah. Pergilah jalan kaki. Mama jugalah yang bawa pergi kelas ugama. Ustaz Ahmad. Ustaz Rahim. Ustaz Fuad Al-maliki. Ustaz apa lagi? Tersohor juga nama nenek dan mama dikalangan ustaz-ustaz ni.

Mama pernah pasang impian untuk aku masuk tahfiz, ambil ugama. Jadi ustaz. Aku tak mau. Apa barang sekolah pondok. Aku ingat sekolah pondok kena mandi guna perigi. Tak belajar sains. Kena sebat dengan ustaz siang malam. Sekadar belajar ugama. Aku tolak bulat-bulat. Aku mau belajar sains. Sekarang, kalau aku dapat peluang. Nak juga aku belajar ugama tinggi-tinggi. Penuhkan ilmu didada. Pasal dah termaktub, antara amalan yang ada untuk kita bila meninggalkan dunia adalah doa anak yang soleh.

Pokoknya, biarpun dulu aku pernah rasa geram, tak adil sebab kena sebat dengan mak ayah aku. Biarpun satu masa dulu aku pernah benci mereka sebab kena belasah bila buli adik aku. Dulu, aku pelih kenapa tak boleh tengok tv, kartun hari-hari. Kenapa nak kena mengaji pula hari-hari. Kenapa kena sebat bila ponteng puasa. Kenapa kalau result teruk kena penyepak. Bila menjawab dengan orang tua kena pelempang sulung. Sekarang aku faham dah. Semua perlakuan mama baba pada aku dulu-dulu. Semuanya bersebab. Aku lebih rela disepak, lempang,dan belasah kecil-kecil supaya bila besar aku tau adab. Aku tau duduknya aku. Biar aku diterajang kerana aku akan ingat mana silap, mana salah. Daripada aku dimanja-manja dan akhirnya membesar jadi seorang yang tak tau adab. Kurang ajar pada orang tua.

Aku nak ucapkan terima kasih kat sini pada mama dan baba kerana besarkan aku cukup dengan makan dan minum yang mewah. Utamakan aku untuk mendapat pelajaran tinggi sehingga sekarang belajar di England. Beri aku peluang belajar ugama Islam. Dan menjadi tempat bergantung waktu-waktu susah.

Dalam pada 1000 orang yang dipilih, 999 adalah penghuni neraka. Allah, berikan rahmah dan hidayah mu agar aku, ahli keluarga dan rakan-rakan tergolong dalam golongan yang 1 itu.

Ameen

*Anak-anak aku nanti aku nak sepak terajang juga bagi beradab sikit. hahahah ;p

9 comments:

  1. aku pun terima naseb yang sama, di takdirkan pulak aku anak tunggal, so yang kena timang aku, yang kena balun kaw2 pn aku... kah kah kah! getah air, hanger, tali pinggang mmg sahabat yang paling rapat dgn aku, dan pengajaran paling baik yang pernah aku rasa.....tulisan dan ingatan yang baik!

    ReplyDelete
  2. anak yang soleh.. :)
    nanti anak2 nak sepak terajang juga? errr

    -bulan-

    ReplyDelete
  3. salam..
    ya Allah, suka sangat post ni...
    betul2 dekat kat hati haha..
    dulu kecik2 libas melibas ni mmg common..
    betul, skrg baru sedar kenapa kena sebat. supaya bila besar boleh jadi contoh pada adik2...


    amin..mudah- mudahan family kita semua tergolong dalam golongan orang yang beriman..

    ReplyDelete
  4. aku lagi terok aish, dengan semua mak2 sedara ngn bapak sedara aku dah merasa kena libas dah.takat dengan mak aku ngn mama xyah cakap le.memang langganan.haha.kecik2 memang xbleh kasi muka kat budak2 nanti dah besar xjadi orang nanti.

    ReplyDelete
  5. bangunberdiri: pengajaran yang baik. memang. untuk aku pun. ;)

    bulan: kena sebat kalau tak dengar cakap. buat salah, bila dah masuk sekolah.

    Att:Kena libas juga? haha. Ameen.

    Apis: Kau punya horror. Belum kena sebat lagi dah menjerit 'Allahuakbar' Ngah punya garang bukan main lagi. haha.

    ReplyDelete
  6. Reverie,

    good entry! U must be a good son to your parents.

    Alhamdulillah :)

    saya aminkan doa itu.

    ReplyDelete
  7. Kuey-san:
    Not the best son they could have. I'll try to be one. Thanks. ;)

    ReplyDelete
  8. ameen... mari kite same2 doa kite sume jadi anak2 yg soleh dan berjaye kt sini dan akhirat nnt....=))

    ReplyDelete

Ideas in words by