Friday, May 07, 2010

Untuk Faris dan Linda (my bro and my sis)

Dulu waktu aku kecil, kakak sedara aku kahwin. Waktu tu aku sekolah rendah lagi. Pergi. Rajin tolong menolong. Sana-sini pergi tolong. Tapi kecil-kecil, susah nak dapat kepercayaan orang lain. Bila aku nak pergi tolong angkat pinggan, tak boleh. Takut pinggan jatuh bersepah. Bila nak tolong bagi telur, takut jatuh pecah. Tolong basuh pinggan mangkuk dan main air lagi la. Itu kerja orang-orang lama je. Angkat dulang lauk? Huh bertuah!

Tapi tiba-tiba makcik aku panggil aku.

"Ish, meh tolong meh. Pengantin nak sampai dah tu. Kau tolong bawakan bunga manggar iring pengantin."

Aku punya semangat. Terus pergi ambik bunga manggar dan tunggu di hujung jalan, tunggu pengantin iaitu akak sedara aku dan suaminya. Waktu berjalan iring pengantin, aku berhati-hati. Step by step. Lebih lembut kalah pengantin. Jaga halaju, supaya jangan jauh tinggalkan pengantin dan jangan dekat sangat dengan pengantin. Sampailah tiba di rumah, berhenti diluar rumah. Aku cukup bangga dapat tolong majlis orang kahwin hari tu.

Aku tulis ni pasal, last weekend abang aku yang nombor 2 naik pelamin dengan gadis pilihannya, Linda. Linda sebaya dengan aku. Satu badge waktu sekolah dulu tapi sekolah lain-lainla. Dan waktu weekend lepas mereka bersanding, aku terkandas di Coventry, United Kingdom. Tak dapat turut serta majlis kahwin itu. Meriah,meriah bila aku tengok gambar balik. Bukan aku saja tak dapat join, sedara rapat aku yang lain juga beberapa orang gagal menghadiri. Seperti Farna yang buat medic di Bangalore. Alem yang buat medic di Indonesia dan Fad yang buat tesl di Australia.

Haih, beberapa tahun lepas kita sama-sama main kejar-kejar waktu tunggu mama datang ambil dari sekolah. Sekarang, kita sudah berada di serata dunia. *Senyum puas*

Sebelum aku datang sini, aku hari-hari lepak dengan famili aku. Dengan abang aku, Linda, Mubin, Kiki, Apai, Era, Dila, Apis pun ada bila dia balik dari Indon. Begitu juga Ana. Aku ingat lagi, aku pergi main bowling hari2 sama mereka. Sudah pasti abang aku belanja. Dua minggu straight kitorang main bowling setiap malam. Abang aku saja ambil cuti seminggu dari kerja sebab mau lepak dengan aku sebelum aku terbang ke negara orang.

This is for you Faris and Linda. I pray to Allah so that He brings happiness and joy into your marriage and gives the best out of the best in anything you want in this unfair life.

Selamat.

3 comments:

  1. Rev, semoga abg and kakak ipar you bahagia hingga akhir hayat.. amenn..

    ReplyDelete
  2. Dan terus diberi rahmat dan petunjuk oleh Allah s.w.t. Amin. terima kasih wm. ;)

    ReplyDelete
  3. amin...
    mintak2 lepas ni xdela melepas lagi kalo ada wedding.rasa galat btol ar.tapi ape bleh buat.

    ReplyDelete

Ideas in words by