Wednesday, May 19, 2010

Kita tengah berperang?

Peperangan. Aku belajar sejarah dunia sikit-sikit sendirian berhad. Membaca mana yang termampu dari sumber-sumber yang diyakini. Perang bukan saja bila pedang, pistol, meriam, missile terbabit. Tetapi perang juga terdapat dari segi ekonomi. Contoh bila Cold War antara Soviet dan Kuasa Allied. Terdapat tekanan ekonomi keatas Soviet Union untuk melumpuhkan gerakan ketenteraan Soviet. Juga bagaimana tekanan ekonomi dikenakan keatas Amerika apabila King Faisal mengenakan sekatan minyak pada tahun 1973 untuk memberi tekanan kepada penubuhan negara yahudi Israel tetapi gagal setelah Zulfiqar Ali-Bhutto pencetus revolusi dibunuh. Ini semua peperangan. Perang psikologi juga wujud dalam sejarah dunia. Bagaimana propaganda dimainkan oleh negara-negara untuk mempengaruhi dunia supaya menyebelahi mereka.

Jadi adakah kita tak sedar, yang perang keatas umat Muhammad saw oleh musuh-musuh Allah sudah dilancarkan sejak sekian lama? Bukan perang di palestin atau afghan atau Iraq sahaja. Bukan bila Israel lancar peluru berpandu pada kanak-kanak Muslim diPalestin sahaja. Tapi diseluruh dunia. Semua negara dalam dunia.

Bagaimana?

Kembali ke ajaran Islam. Cara hidup yang dituntut oleh Allah. Niat perlakuan semata-mata untuk Allah swt. Cuba bayangkan kehidupan mengikut ajaran Islam, Al-quran dan Hadith.

Sekarang reflek balik kehidupan kita. Bagaimana kita sedang berperang sebenarnya. Bukan fisikal, bukan ekonomi. Tapi perang psikologi. Perang emosi dan jiwa. Macam mana bagi laki-laki. Bila buka tv, aku diserang dengan imej, video, perempuan blonde separuh bogel. Menampak lurah dada. Beraksi ghairah.

Macam mana bagi perempuan, lihat di papan-papan iklan kau diserang dengan alat kosmetik, purse burberry, Baju topshop.

Macam mana mentaliti kita diserang dengan pemikiran tentang racism. Tentang kewujudan kaum yang lagi baik dari kaum lain. tentang kaum cina kaum pendatang. Kaum india kaum pendatang. Melayu tu ketuanan.

Macam mana kita disalahfahamkan tentang yang mana ugama dan yang mana adat dalam pergaulan masyarakat kita?

Macam mana kita ditidakkan hak untuk belajar segalanya tentang sunnah dan Al-quran sebaliknya pendidikan awal semua disekularkan oleh sistem. Walhal anak yang baru lahir tu adalah ibarat kain yang putih tak tahu apa-apa. Corak didikanlah yang akan mencoraknya. Lalu kita dijamu dengan didikan sekular.

Macam mana kita dididik untuk menjadikan sistem kehidupan kita sekarang kayu pengukur potensi Ugama. Persepsi kolot jika tak bersolek cantik-cantik apabila keluar padahal kecantikan wanita hanya untuk suaminya. Tapi tak, sistem kehidupan kita sekarang ni mengolotkan ajaran Islam kerana kayu pengukur kehidupan bukan lagi pada Kitab Allah dan Sunnah nabi tetapi pada cara hidup sekular kita.

Macam mana kita dipengaruhi untuk bekerja siang malam untuk membeli rumah yang besar. Walhal rezeki untuk manusia sudah ditulis oleh Allah swt beribu tahun sebelum dunia dicipta.

Dan semua yang berlaku ini bila tanya pada hati kita sendiri, adakah Lillahita'ala?

Selamat

2 comments:

  1. ah,tersentap.

    tapi itu kata hati. kata nafsu. ah, sygnya semua bnda ni.

    kata hati lagi, mungkin belum dapat hidayah.

    atau nafsu kita yang menahan kita dr mendapat hidayah tu?


    sigh..

    ReplyDelete
  2. 'izzat: Kita sama-sama didik hati dengan kalam Allah. InsyaAllah digolongkan dalam golongan mereka yang diberi hidayah.

    ReplyDelete

Ideas in words by