Sunday, May 02, 2010

Kapalkawan dan member-member

Dalam hidup aku sedar, banyak benda yang aku akan lalui. Sedang2 aku belajar di sini, banyak juga benda yang aku pelajari. Benda yang mana-mana buku teks KBSR/KBSM tak akan dapat ajar aku. Tentang kehidupan yang tidak akan selalu adil untuk aku. Serta perlunya keputusan bijak secara spontan di tengah2 kesibukan dalam masa yang suntuk. Semua ini, aku belajar sedikit-sedikit.

Selain daripada keluarga yang selalu ada di belakang. Aku juga ada kawan-kawan. Member2 ni pelik-pelik. Mereka boleh jadi orang paling best dan juga orang paling annoying. The closer you are, the harder to juggle the relationship. Mesti hati-hati, takut jatuh dan pecah. Luka. Relationship, hubungan adalah treasure. Bukan seperti kata pepatah bisnes is bisnes. Relationship bukan bisnes. Bisnes hanya membantu kau waktu saham menaik. Waktu produk laku. Tapi member tolong setiap masa. Banyak benda dari yang kecil ke yang besar. Biarpun tak banyak dan tak besar, kecil mana pun member2 akan tolong.

Dalam pada masa susah juga baru kita nampak, kita toleh kiri toleh kanan. Yang mana satu member as in member. Dan yang mana satu member as in kawan. Yang mana satu betul2 steady. Yang mana satu setakat ada bila kita senyum. Yang mana satu friends dan mana satu setakat acquintances. Ini semua pelajaran yang tak ada menteri pendidikan malaysia akan dapat didik dalam syllabus kita. Semua pelajaran yang kena belajar sendiri. ada yang belajar dengan bayaran air mata. Ada dengan bayaran torehan luka sedalam mungkin di hati belah kiri. Ada yang belajar dengan bayaran jatuh terjelepuk. Bermacam cara.

Dan member juga, bermacam perangai. Yang ngam. Yang tak berapa masuk. Yang seinterest. Yang berlainan minat. Semuanya masih member. Aku cuma nak kata di sini, kiri kanan depan belakang, member tak akan dapat yang sejibik sama dengan kita. Biarpun lain, aku akan terus jalan sebelah kau sambil letak tangan di atas bahu kau. Dan berkata,"I'll support you no matter what you do. Cause you're my friend." dan terus mengenyit mata membuat muka cool ala-ala Tom Cruise waktu usha awek Blonde dalam movie.

*Selagi apa yang kau buat bertepatan dengan agama dan moraliti.
** Happy belated birthday to Miss Charo, may you find happiness in whatever you're doing. ;)

Selamat!

4 comments:

  1. Couldnt agree more.Kadang2,walau macam mana pun gaduh,tarik muka,tarik rambut(eh tak,tak),kawan tetap kawan.That's the beauty of friendship.

    Eh,entry kau ni menarik. =)

    ReplyDelete
  2. dell: tarik2 rambut? wow. menarik ni. haha. ;p

    ReplyDelete
  3. When friends change, it is called 'variables'.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. suka ngan tajuk entri kali ni...kapalkawan...hahaha

    ReplyDelete

Ideas in words by