Friday, May 07, 2010

Ini cerita KELAKAR!!!



Ini Wakil Rakyat kau yang beragama Islam.
Bawah ni dia bercakap.

Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek memohon agar lesen judi HALAL dikeluarkan oleh kerajaan agar rakyat jelata boleh berjudi secara sah kerana khuatir rakyat jelata akan berjudi secara haram sekiranya lesen tak diberi. Lepas ini, mungkin lesen pelacuran halal juga akan dikeluarkan untuk mengelak rakyat berzina secara haram. Artikel akhbar disertakan:

Berita Harian:
Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan Piala Dunia


2010/05/06

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram)."






*Amacam? Kelakar tak 'Datuk Dr' ni?
**Yang lagi kelakarnya, entah ketua mana la yang suruh dia buat kenyataan ni.

Salam 1Malaysia!

15 comments:

  1. Biaq pi laa kat dia~~ kaan.nak buat mcm mana~. dia nak sangat bjudi, biaq pi kat dia~~

    ReplyDelete
  2. boleh malu dgn Kerajaan Brunei mcm ni!

    ReplyDelete
  3. ini cerita KELAKAR

    paling orang xda akal. nda logic langsung. today politicians can even halal-lise the harams. whoa. --> shake head. speechless.

    sekian

    -on behalf of miss Charo-

    ReplyDelete
  4. Dodu: Dia nak berjudi tak ada masalah. La ni pasai apa dia mau babitkan 1Malaysia sama-sama kasi dosa pada taxpayers? huhu.

    Hidemichi: Dah londeh baru nak malu.

    Charo: *geleng kepala juga* Apa nak jadi ni kannn.

    ReplyDelete
  5. Mana dia geng perkasa songkok melangit berbaju melayu tuuuu.takde yg komen pun pasal berita ni..
    kah kah malaysia oh malaysia.

    ReplyDelete
  6. Besi Karat: Berita ni tak ada lawan sama sultan-sultan. Lantas tak menikam susuk kemelayuan mereka. haha.

    ReplyDelete
  7. rupanya geng perkasa songkok melangit berbaju melayu tuh Sultan-sultan.. hehehe..

    Memang sangatlah KELAKAR.

    Lor nih lesen judi HALAL, pastuh lesen berzina HALAL.. Akhir sekali, ALLAH SWT pun menghalalkan azab ke ataz bumi 1Malaysia ini..

    Nauzubillah..

    ReplyDelete
  8. bile orang dah pandai- pandai nak jatuhkan hukum, itulah jadinya...
    akidah sendiri pun boleh silap esok- esok..
    nauzubillah...

    ReplyDelete
  9. Salam

    Nauzubillah...semoga kenyataan Wanita Mustanir tak menjadi kenyataan..

    Sye hairan dengan mereka ni sumer...
    Tak cukup ilmu atau hanya memikirkan keuntungan semata-mata...

    Tak kira la apa pun alasan, tak cukup ilmu..
    Allah dah wajibkan kter utk mencari ilmu..
    Maybe...ignorance kot?

    Semoga diberikan petunjuk...dan biarlah Allah tidak mengabulkan rancangan mereka..
    Tak mahu kerosakkan terus berlaku kat Malaysia..

    Rev...Ingat saya lagi?

    ReplyDelete
  10. WM:
    Amin. Minta-minta dijauhkan.

    Att:
    Bila gila kuasa, wang dan wanita.

    Widad Jannati:
    Amin semoga tak ditimpa bencana dan azab keatas kita.
    Salam. Maaf saya tak berapa ingat la pula. Tak pernah ada kawan nama Widad Jannati ikut dalam ic sebenar.

    ReplyDelete
  11. MEMANG BODOH NAK MAMPOS.PEGI MAMPOS LA DENGAN DATUK DR TU.BODO BERKILO2.MACAM MANE BLEH DAPAT DEGREE DENGAN OTAK YANG BODOH MACAM TU AKU PUN XTAU.BODOH GILER........

    ReplyDelete
  12. Salam...

    Memang Widad Jannati bukan nama sebenar...
    Nama tak benar yang baru...
    Sebelum ini dikenali sebagai Pampered By Words,pBw...
    Recall tak?

    p/s: Kalo kenal...rindu tak? Huhuhuhu ;p

    ReplyDelete
  13. pis: aku pun tak faham sebenarnya apa motif dia. tgk mcm mana reaksi ulama nanti.

    Widad Jannati: haa. pbw. Apa khabar? sihat? lama tak dengar cerita. Makin gembira sekarang? ;)

    ReplyDelete
  14. hahaha....
    org Islam sndri plak tu yg nk halal2kn judi..
    kalo da tau ni,bru la bleh tax2 skit..
    pastu bleh la gne2 sumbangkn pde glongan2 miskin,
    pastu share plak sesama kawan2....
    tu la kalo dwet da haram...
    hhahahaha....

    ReplyDelete
  15. Hehehe...happy Rev igt sye lagi...
    Makin happy? Biasa2 jer...makin byk aral melintang..
    Tapi tak pggl life la kalo dull jer... ;p
    Sye byk baca post Rev...semakin serious...
    Tak mcm dulu...(kadang2 tak tahu nak comment apa..)
    Hehehe, but then its ok...
    Malaysia ni memang memerlukan pemikir dan penggerak...
    Jangan senyap and angguk kepala jer sumer..

    BTW...getting married this coming 6th June..

    ReplyDelete

Ideas in words by