Apa yang aku nak dalam hidup? Kau? Apa yang kau nak?
Kecik-kecik kita disuruh disuruh pergi sekolah. Buat apa? Untuk apa pergi sekolah? Belajar pemahaman. karangan. sains. matematik dan bahasa inggeris. Untuk sijil UPSR?
Sekarang dah ada sijil UPSR. Sudah literate. Menguasai skill 3M. Disuruh masuk ke sekolah menengah. Untuk apa? Sekolah harian ke, kerajaan ke, asrama ke, sains ke, maahad ke. Untuk apa masuk? Belajar 10,11, 17 subjek. Untuk apa? Supaya dapat sijil SPM?
Sekarang dah dapat sijil SPM. Boleh buat 2 benda. Boleh sambung belajar. Boleh minta kerja kerani. Buat apa sambung belajar? Nak belajar apa pula kali ni? Apa motif enrol ke kursus-kursus ijazah di universiti? Pasal orang lain masuk universiti. Pasal mak ayah suruh. Pasal kerajaan mau bilangan graduate ditambah. Pasal demand kerja baik sekarang sekurang-kurangnya kena ada ijazah.
Sekarang masuk belajar buat degree. Ambil medic. Ambil kejuruteraan. Ambil sains politik, law, teknologi perikanan, teknologi perabot, linguitic, tesl. Universiti awam, swasta. Bayar sendiri, atau scholarship. Cash atau pinjaman. Dalam atau luar negeri. Exam paper atau Assignment paper. Buat apa belajar semua ni? Untuk dapatkan sekeping kertas.
Lalu sekarang dapat sudah ijazah. Boleh minta kerja. Tapi, beribu lagi menganggur walau ada ijazah. Ijazah 3rd class kata orang. Menganggur, terdesak. Dicemuh orang. Bodoh. Melayu pemalas. Dah besar panjang duduk rumah mak bapak. Tak tau berdikari. Lalu, tekanan. Hisap gam. Hisap dadah. Merempit. Lalu, tak ada wang. Maka, Fraud bisnes. Rompak 7eleven. Ragut beg tangan. Untuk apa ragut beg tangan? Untuk duit. Kertas dalam dompet. Warna ungu, merah, hijau. Biru. Gambar kepala agung.
Lalu sudah ragut, dapat duit. Untuk apa duit? Untuk apa wang ni? Susah payah disuruh belajar dari kecil untuk dapat kerja bagus untuk dapat wang untuk menjamin kehidupan. Ajaran mana wang menjamin kehidupan? Ajaran mana kata perlu kepada ringgit, dolar atau pound? Kitab Veda ada cakap? Bible? Quran? Rasulullah ada cakap?
Masyarakat sekarang. Bunuh kerana sekeping kertas. Mencuri, meragut kerana sekeping kertas. Leka pada keluarga dan anak kerana sekeping kertas. Berjimak dengan dosa kerana sekeping kertas. Kertas tu, mana nilainya? Ringgit, pound, dollar, yen, rupiah. Mana nilainya?
Manusia sama nilainya. Tapi kenapa memburuh diMalaysia 8 jam dan memburuh diIndonesia 8 jam, lain upahnya? Peluh orang Malaysia lagi mulia? lalu bayaran lebih. Kenapa lembu diBritain dan lembu diMalaysia lain harganya. Apa lembu Britain berdaging lebih manis daripada lembu Malaysia?
Fungsi wang mengikut Islam adalah sebagai medium pertukaran yang tak bertukar nilainya. Kalau upah memburuh 8jam hari ini dapat membeli seekor lembu. Maka lagi 5 tahun juga ia akan dapat membeli seekor lembu, sepatutnya! The value will not deplete. This is the sunnah money. Gold, Silver and commodities as stated in the Quran and authentic Hadith.
And yet, we humans, muslims particularly struggle in this 'man-made' system to seek for wealth in terms of worthless papers on hand or numbers in bank account and take loans with interest to buy houses and cars or even to further tertiary education.
It is funny how we are set up that by the time we were born. We were already fixed to work hard to achieve what the system wants us to want, and that is money and worldly wealth. Or not, why do we have to care so much to own big houses, big cars, big salaries from excellent jobs.
Rasulullah saw said, there will come a time when spotting Riba' in daily business is like trying to search for a black ant, on a black stone in the middle of a dark night.
*Now, do you have the light (Nur) to search for the ant?
Selamat
Purpose of this life?
ReplyDeleteHidup mencari keredhaan-Nya.
E: Niat betul dah. Cara mencari keredhaan Allah tu, betulkah cara kita ni? Mengikut Islam yang diajar oleh Muhammad saw dan Quran?
ReplyDeletehye. lame x ziarah. hehe
ReplyDeletemembina!! perangsang akal untuk berfikir!! thanks reverie
ReplyDeletedLa: hallo. Lama tak nampak kat sini.
ReplyDeletehannah: Sama-sama jah.
bagus2
ReplyDeletenie la msanya kte nk reflect religions as the tools for emancipation of the system,bkn sbgai bnda yg akan bwat kte lg going backward.
muzikri: Religion as a tool for emanticipation of the system. Aku suka term dan idea tu.
ReplyDeletesorry baru komen..boleh tak tahu sumber hadis tu?
ReplyDelete