Monday, May 10, 2010

Rompakan disiang hari

Tanah. Tenaga Buruh.

Dua benda ini sedang dirompak disiang hari. Buta-buta diambil dan diperah dari kita.

Bagaimana?

Tanah Malaysia. untuk siapa? Untuk menteri, atau orang kaya kejar tender atau untuk rakyat yang mengusahakan tanah?
Tanah yang dibuat lebuh raya, untuk kekayaan puak-puak glc atau untuk keselesaan rakyat? selesa apa kalau nak guna perlu korek duit poket? Sini, Britain, lebuh raya free of charge. Cuma di few places ada tol tapi yang lain semuanya bebas untuk digunakan. Kenapa kerajaan kita tak boleh buat begitu? Malah kenaikan harga tol jadi ibarat rutin tahunan. Why?

It is not fair for some people to use the privilige of his power untuk sain kontrak 'membangunkan' hasil tanah dan tanah dan claim komisen daripada benda tu. Tanah milik semua. Milik rakyat. Hasil sepatutnya dikembalikan kepada rakyat. Tapi tak, kita, rakyat marhaen malah dikenakan cukai. Semuanya dicukai. Rumah, tanah, harta malah pendapatan hasil kita mencanguk kerja macam nak mati. Adil?

Buruh, nilai duit Malaysia bukan saja letak pada jualan hasil tanah. Setiap keringat buruh kita ada harga. Capitalism adalah menggunakan tenaga buruh sekering mungkin tanpa pulangan berpatutan untuk menjana keuntungan maksima bukan bagi negara, bukan bagi kerajaan tetapi untuk syarikat. Untuk anak beranak pemilik syarikat. Dan tengok keliling kita. Nilai harga buruh, harga tenaga rakyat kita? Tesco datang, jual barang CCL, cas rakyat kita sendiri untuk membeli barang tapi bayar tenaga buruh rakyat kita sendiri dengan harga yang murah.

Kenapa kerajaan tak menetapkan kadar gaji minima berpatutan kepada syarikat-syarikat multinasional ini untuk memberi kekayaan sedikit kepada rakyat tapi terus biarkan anak beranak syarikat ini terus kaya mereka-mereka dengan merompak tenaga-tenaga rakyat kita?

*Dan yang meluluskan rompakan ini tak lain tak bukan, anak kelahiran tanah ini sendiri.

10 comments:

  1. haha.. orang2 kedudukan tinggi.. bodoh sombong.. bila orang kritik, kata kita tak cukup pandai tak reti ekonomi. Yang diorang penat-penat belajar ekonomi, tapi bab kira2 plak terbodoh sikit.. tapi tulaaa..

    Biar bodoh tapi sedar.. ini bodoh sombong~

    ReplyDelete
  2. Dodu: Yang pegang kuasa buat keputusan kadang-kadang bukannya pakar dalam bidang tu pun. Kejap pegang pelajaran. kejap belia dan sukan. Macam mana.

    ReplyDelete
  3. salam

    smuanya sebb takutkn MNC lari kalo ade mgaji minumum.

    kita terlalu takut hilang pelaburan dn smpai skrg tenaga buruh kita dibayar rendah. ada MNC hanya amik foreigner sebb gaji lebih rendah.

    tgk sj kilang2 IT di PJ, ptg2 yg berjalan keluar hampir majoriti warga asing

    ReplyDelete
  4. antara masalah melayu. cepat dengki.
    potong hasil kerja orang lain.
    timbul fitnah untuk jatuhkan sama sendiri.
    haih, bangsaku.

    ReplyDelete
  5. kita suka meniru.
    tapi gagal untuk meniru yang baik.
    dulu tiru margareth treacher (eja aku tak pandai)
    tapi - tol warga brit tak bayar.

    kita semua bayar.
    akhirnya - rakyat yang mampos
    bila pilihanraya - dicanang - kita dah berjaya - kita dah bina pembangunan.

    orang kampung melopong tgk tol da putrajaya.

    ReplyDelete
  6. yusuf: boleh dikaitkan dengan polisi dan pelaksanaan semua ni. Isu warga asing boleh diatasi tapi perlukan perbincangan dari skop yang lebih luas.

    anon: Bukan bangsa melayu saja yang berperangai begitu. Bangsa-bangsa lain ada yang lagi teruk. Cuma melayu diMalaysia kini dalam comfort zone yang merosakkan. Tambah lagi ketua yang rosak. Susah.

    djk: Shakespeare yang diagung-agungkan juga adalah raja plagiat terbesar seni penulisan. Karya-karya dia banyak yang diplagiat daripada karya2 klasik. Betul cakap kau, kita tak dapat meniru dengan baik.

    ReplyDelete
  7. tanah ialah 'state matter', ada disebut dalam 'national land code' tak silap aku.

    Jadi jika ada sebarang isu mengenai tanah semua perlu dipersalahkan kepada kerajaan negeri tersebut lah.

    Pembinaan jalan baru kebiasaannya adalah perkara yang perlu dielak sekali dalam pembinaan kerana ianya macam membazir berikutan tanah ini terhad,

    Jadi syarikat bukan kerajaan lagi suka nak buat, mereka ambil keuntungan dari itu.

    Sebab tu ada tol lah, kira kalau kau nak guna, kau bayar lah. sbb dia(private) dah bagi kemudahan.

    Kalau kerajaan yang sediakan, mereka tak mintak, kalau tak, semua public park, macam taman tasik tu semua kau kena bayar nak masuk.

    Dan bagi aku,
    Kalau tenaga kerja kita mahal, mungkin takkan ada perindustrian di Malaysia ini, sebab banyak lagi negara yang mempunyai tenaga kerja yang murah dan boleh buat hasil yang sama.

    Jadi, sekurang-kurangnya orang Malaysia ini semua boleh makan, ekonomi berjalan kerana duit flow ke tangan setiap orang.

    begini logiknya,
    Walaupun anak beranak syarikat yang ambil keuntungan, tapi akhirnya mereka spend duit ke arah mana?

    Mereka pastinya akan beli kuih dekat kedai makcik-makcik, duduk homestay di kampung-kampung dan pelbagai lagi kan?

    Jadi akhirnya duit keuntungan juta-juta itu akan dibahagikan secara tak perasan dan tak lansung, sebab itu kita digalakkan islam untuk bukak bisnes, kecik pon takpe. Sebab dengan cara itu kau akan ambil faedah dari untung orang lain.


    um..
    maaf jika point aku agak serabut sikit.

    ReplyDelete
  8. aku ada baca yang shakespears adalah peniru karya klasik dari parsi

    parsi banyak melahirkan penyair dan penyajak agung dunia.

    tapi akhirnya shakespears diberi penghormatan kerana meniru yang akhirnya berjaya membawa pembaharuan dan kebaikan.

    ReplyDelete
  9. Akukopi:
    Itu yang aku persoalkan. Kenapa perlu masukkan syarikat luar dalam pembinaan lebuh raya negara sampai kena tolkan lebuh raya tu.

    Dan mereka yang ambil wang juta-juta ni pergi shopping kat Harrods. Tak tengok harga barang lagi. Main sebut ja apa mereka mau, macam duit keluar bila berak.

    Aku bukan minta mahalkan harga buruh. Cuma aku kata, biar terbela harga tenaga mereka dibayar. Macam mana nak kata adil kalau kerja 12 jam, bayaran Rm450 walhal harga barang terus-terusan naik.

    DJK:
    Cuma Shakespeare pandai, dia plagiat dan improvise. Lepas tu marketing strategy dia baek.Jom mula tiru shakepeare balik la macam ni.

    ReplyDelete
  10. saya suka la ngan abg reverie ni..
    nak kenal boleh?
    saya duda anak 5..

    ReplyDelete

Ideas in words by