Sunday, August 01, 2010

26/7/09: Perak ke Kedah

Anak arnab susuan
Nasi Kandar Beratur (jam:12.30 pagi)
Air terjun Sedim
Baek punya!
Masjid Zahir Aloq Setaq

Savvy kuat meluncur laju dilebuhraya Utara-Selatan mengarah ke exit Sungai Petani selatan. Di SP seorang member sedang menanti. Dadanya bidang-bidang dan tatkala tiba di Nasmir sebelah Central Square yang merupakan satu-satunya tempat lepak diSP, rakan itu tiba. He tried to fake smiles but his eyes told us that he's a broken man. Aku ajak dia join roadtrip ke Kelantan, parahnya hati hanya dapat diubati dengan kegembiraan disulam masa yang berlalu membuatkan akal agar lebih merajai hati kerana kita semua patut tahu, hati selalunya membunuh. Kerna hati itu selalunya nafsu.

Maka rakan ini membawa kami menuju ke gerai tepi jalan berpapan tanda, Nasi Tomato Ayam Rempah (lebih kurang la, aku lupa) yang mana sajian utama adalah nasi tomato dan ayam goreng rempah. Sebelah itu ada stall Char Kuay Teow. Melepak dan berborak sambil-sambil azan berkumandang. Berbagai perkara yang kami borakkan dari racism ke isu-isu menyeronokkan juga menyedihkan. Sambil-sambil itu hati aku mempengaruhi akal untuk mengingatkan memori yang menceriakan di SP di tahun-tahun lepas, tatkala bulan masih belum mengambang diNew Zealand. Semua tu aku sembunyi, layan sorang-sorang sudah. Rakan kami yang patah hati memulakan cerita sedihnya yang memang aku sudah lama jangkakan. Perempuan, amat mudah untuk membunuh semangat lelaki sebagaimana senangnya laki-laki membunuh kepercayaan perempuan. Ini semua lumrah, siapa yang bodoh, dia akan diguna-gunakan. Tapi tabah hai rakan, ini adalah pelajaran yang mahal untuk kau pelajari dan tekadkan dalam hati. Tak semua gadis itu baik, tak semua cinta itu indah dan tak semua hati itu merah. Adakalanya, hati-hati lebih hitam dirajai material-material tangible yang membunuh rohani. Jangan kita layankan hai lelaki jika masih belum punya kita. Dan perempuan, jangan kau layankan lelaki, selagi kau belum punya dia. Aku seorang rakan, tidak aku sanggup untuk memberi berdas-das kata-kata harapan tipu untuk menyedapkan hati kau. Lagi baik aku punahkan hati kau, biar kau menangis sekarang kerana bak apa yang aku kata pada kau, biar kita menangis hari ini agar esoknya kita akan dapat merancang untuk tidak menangis lagi. Setelah bertukar kata-kata dan janji yang entah didengari atau tidak, rakan itu kami tinggalkan dengan harapan agar dia menjadi lelaki yang lebih lelaki dan memiliki kejujuran bertempat.

Sungai Petani yang sekejap, aku lalu dihadapan pondok makan kelapa muda berbumbung hijau, warung dimana hati pertama kali bertemu hati, walau malam tu makanan memang tak sedap tapi ajaibnya cinta mencukupkan segala rasa yang kurang. Ini semua kenangan, yang aku pasang dengan harapan agar dapat terus dikongsi dengan hati yang sama setelah bertahun hidup akan datang. Jika ada ajal, tak salah berangan bukan?

Savvy kuat kemudian terus melajak, meter menyatakan angka lebih 500km yang dilalui. PEN hebat milik ayie nampaknya sudah ketemu seteru. hahaha. Exit ke Alor Setar, kami bersiap sedia untuk mengambil seorang lagi bakal ahli roadtrip yang telah lama berjanji, Shidi di Alor Janggus. Beliau ni merupakan bekas pemain rugby bawah berapa belas tah untuk Malaysia dan kadang-kadang bermain part-time untuk kelab di Kedah. Berbadan tough tetapi dengan hati yang puitis. Baru-baru berjumpa dia, dia sedang menyusukan anak arnab baru lahir yang masih belum boleh buka mata. Petua menjaga arnab menurut beliau adalah untuk asingkan mak dari anak kerana jika tak, anak arnab akan sering mati dipijak oleh ibu arnab yang memang jarang kisah pasal anak mereka. Lebih kurang juga dengan chia-chia murah yang jenis stok pakai buang, bila mengandung buang anak merata-rata. Cuma bezanya arnab tiada akal maka tak dihisab tapi kita manusia diberikan akal maka akan dihisab kelak. Sambil-sambil itu kami singgah bertemu dengan rakan baru yang terasa lama kerana serasi. Berpusing-pusing malam tu selepas makan mi bandung disediakan mak rakan kami. Alor Setar bandar mati dimalam hari cuma dibeberapa tempat dan pasti a200 aku setia mengambil foto detik-detik yang dilalui. Selepas bernyanyi sakan, kami balik untuk bersedia ke destinasi esok hari, Sedim!

Pagi tu singgah makan Nasi Kandar Royale yang ada umph! Dalam ke Sedim singgah sekejap dirumah kelahiran Tun Mahathir Mohammad, alang-alang ternampak papantanda, singgah lah sekejap. Rumah yang biasa-biasa dan tak ada apa-apa yang betul-betul menarik aku berfoto sakan dengan rakan lalu terus ke Sedim. Sedim dekat dengan Kulim, maka kami telefon member yang duduk Kulim, kebetulan dia ada lalu lepak melayan air Mata Kucing ditengah panas dekat dengan UniKL, Kulim. Selepas bergerak, singgah membeli asam dan sampai ke Sedim yang jauhnya suam-suam kuku. Air terjun Sedim yang waktu tu kosong tak ada pengunjung lain memang menyamankan. Puas mandi bergerak ke Kg Pelet untuk Char Kuay Teow spesial disana. Diura-urakan istimewa dan terkenal char kuay teow kg Pelet. Dan aku akui memang menggiurkan. Lepas char kuay teow kami yang dalam perjalanan ke Pulau Pinang lalu didepan restoran Mi Udang Selere Sri Tambang berpakat untuk singgah kejap merasa mi udang yang pernah masuk jalan-jalan cari makan. Udang besar beb, dengan harga modal yang boleh tahan juga. Mi Udangnya biasa-biasa aja bagi aku cuma mungkin istimewa pasal udangnya yang besar. Mi Udang sungai sepetang dalam majalah 3 nampak lagi mengghairahkan bagi aku. Naik ferry ke Penang Island, kami shoot ke Batu Feringghi mencuci mata. Bermacam jualan, makanan dan ragam orang. Yang bawa beca dijalan sempit batu feringghi sampai sesak jalan pun ada. Sekali lagi batu feringghi menggamit kenangan bersiar-siar yang kedua hati pasti ingin ulangi jika mendapat keizinan. Betapa hidup yang singkat selalunya dibazirkan untuk benda yang bukan prioriti. Ah, prioriti kita masing-masing lain bukan? Singgah membeli rantai batu untuk kedua hati dan melepak di Sunset bistro diteman deruan ombak selaku lagu yang setia dengan temponya. Setelah puas melepak kami shoot ke Nasi Kandar Beratur yang buka pukul 9 malam. Waktu itu jam 12.30 am, dan masih ramai yang beratur. Memang kental taukenya buat nama nasi kandar Beratur. Tapi aku lagi rasa yang ramai orang beratur pasal mamak cedok lauk tu sorang ja dan bekerja dengan speed yang agak slow jika dibanding dengan mamak-mamak lain contoh subaidah dan nasmir. Namun kuah kari pekat beraroma rempah menyentap ulu perut memang tak dinafi mampu membuat aku berpeluh ketika makan. Mantap! Sudah selesai kami ke Seberang untuk bernyanyi sakan, menjerit sampai keluar suara bersama rakan. Lalu hari yang memenatkan berakhir, malam itu semua tidur bersedia untuk hari esok dimana Perlis bakal menyusul! Kau nantikan kami, Perlis!

Selamat.

10 comments:

  1. Lalu kedai air kelapa hijau ea.. :)Harap2 nanti balik Malaysia kedai tu ada lagi..

    -bulan-

    ReplyDelete
  2. cter KAu memG TERbaIK!

    JELez akU

    hrAp akU DPt plUANg waT TRip mcm Ni

    laGI SATu

    tak semua cinta itu indah dan tak semua hati itu merah.

    i liKE! =)

    ReplyDelete
  3. bulan: lalu, waktu malam. tutup dah waktu tu. ;)

    tQa: Peluang akan ada jika dicari! Good luck.

    ReplyDelete
  4. masjid zahir le hawau. bab2 masjid fail. hahahah

    ReplyDelete
  5. anon: haha mana aku tau. tour guide kata masjid bukhari. Tak leh pakai tol. thanks for the info.

    ReplyDelete
  6. nasi kandar beratur pukul 12.30am?!

    *gape*

    ReplyDelete
  7. Lisa Farhana: nasi tu buka sampai 2,3 pagi. style kan?

    ReplyDelete
  8. alahai..you make me miss alor star and sungai petani even more. haih

    ReplyDelete
  9. taknak kalah banner BN. hahah
    Confirm2 je senang ye.

    ReplyDelete
  10. dish: that's the point Dish. haha.

    Fontonk: bn menang, kedah senang laa. haha.

    -reveriemalaya-

    ReplyDelete

Ideas in words by