Tuesday, August 24, 2010

Kelemahan peniaga kraftangan Melaka

Aku pernah kerja dikedai kraftangan sebagai part timer sales. Dari pagi pukul 10 aku buka kedai dan meniaga sampai ke malam 11pm. Upah, ye aku tak panggil gaji. Kerana terlalu sedikit nilai wang yang diberikan untuk digelar gaji, cuma Rm15 siap dengan duit makan Rm5. Maka total Rm20 untuk kerja selama 13 jam dibawah hujan, panas, matahari, mendung dan sebagainya. Aku bukannya peduli sangat duit tu tetapi aku bekerja kerana keseronokan berniaga dan tawar-menawar disamping melepak bersama kawan-kawan.

Waktu aku bekerja itu sekitar tahun 2006. Jika waktu itu ada set keychain Melaka yang baru aku dapat jual dengan harga Rm18, paling tidak pun Rm13-Rm15. Jika tourist asing akan aku ketuk kaw-kaw. Kerana aku tahu duit mereka besar nilainya.

Beberapa hari lepas aku bawa lecturer Korea aku berjalan diMelaka dan aku singgah di area kraftangan. keychain yang sama yang aku jual dengan harga Rm18 itu sekarang harga bukanya hanya Rm7. Perlu tahu beza harga buka dengan harga jual. Harga buka adalah harga yang kita mula-mula buka kepada pengunjung. Kerana kita tahu, kita buka Rm25, pengunjung akan tawar dan selalunya harga akan turun lalu kita jual dengan harga Rm15 paling rendah. Kiranya Rm15 itu adalah harga terakhir. Jika nak tawar lagi, boleh jalan cari kedai lain. Sesungguhnya aku amat hairan macam mana harga barang-barang lain makin lama makin menaik tetapi harga kraftangan makin lama makin menurun. Contoh set keychain ini, dari Rm18 ke Rm7, sudah jatuh Rm11. Ini lebih daripada 50%. Soalnya kenapa?

Jawapan aku senang saja. Tamak.

Market kraftangan melaka rata-rata mereka yang meniaga kenal antara satu sama lain. Tapi akibat tamak, bila barang baru masuk dibuka dengan harga Rm25, kedai sebelah akan buka dengan harga Rm23 pula, dan kemudian sebelah dengan harga Rm20 dan seterusnya harga makin merudum akibat persaingan yang bagi aku adalah persaingan yang bodoh.

Apabila berniaga paling penting adalah kesatuan. Ambil contoh peniaga-peniaga kraftangan melaka yang rata-ratanya berkaum melayu. Jika aku, aku akan mengadakan kesatuan peniaga kraftangan. Dan disemua tempat yang menjual kraftangan, aku akan mengadakan mesyuarat dan bersetuju bersama semua untuk bersama-sama memonopoli harga pasaran barangan kraftangan. Ini kerana pengunjung akan mahukan barangan kraftangan untuk kenangan. Dan peniaga ada barangan itu. Apabila harga sudah disetkan tahap minimumnya, maka dimana-mana pun pengunjung tak akan dapat yang lebih murah dari yang lain. Mahu atau tidak, nak beli kena beli juga. Jika ini ditetapkan dan diusahasamakan, set keychain yang harga modalnya lebih kurang Rm4 itu boleh dijual dengan harga Rm15 dan tak perlu dimurahkan sehingga Rm7 saja dengan keuntungan sekadar Rm3. Rm3 ini belum tolak duit minyak pergi ambil barang dari pengeluar dan duit sewa tapak meniaga dan bil api air. Jika ini diamalkan, maka tak perlu bimbang. Barang terjual, untung tetap tinggi walau barang terjual dalam kuantiti yang sedikit. Tetapi manusia, cemburu melihat kedai sebelah dapat lebih pelanggan maka harga pasaran dimainkan lebih rendah. Bagi aku ini adalah tanda kebodohan.

Berniaga perlukan kesatuan dan give and take. Hari ini aku dapat pelanggan, esok hari kau dapat pelanggan dan sama-sama untung. Baru sama-sama naik.

Selamat.

6 comments:

  1. desperate 4 money, worthless effort.

    Mr.D

    ReplyDelete
  2. sangat setuju. Kalau cina, sbg contoh kat pertama. diorang monopoli kwsan tu. aku rasa dlm pertama tu semua geng2 dia. cuba melayu buat macam tu. mesti takda yang rugi, tiada yang untung lebih. sama rata je.

    ReplyDelete
  3. D: definitely not a worthless effort if they try. chinese buat je benda ni.

    lily: yeah.

    Fontonk: melayu pun ada kongsi gelap beb. melayu banyak jebat. kah kah kah.

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. setuju sepatut masing2 ada kesatuan dan ditetapkan harga minimum

    ReplyDelete
  5. cuba jual dalam komuniti www.keriswarisan.com

    ReplyDelete

Ideas in words by