Saturday, January 08, 2011

Remaja Muslim Liberal (Permulaan)

Catitan pengalaman seorang remaja muslim didikan liberal tentang jauhnya diri daripada didikan Islam yang sebenar dan perjuangan kearah merevolusi dirinya. Semoga mendapat kekuatan istiqamah dan terus berubah kearah kebaikan.

Tiada lain yang diharap selain mendapat keredhaan Allah swt dan menyentuh hati-hati yang lain dengan penulisan ini. Perancangan menjauhkan Islam daripada kehidupan oleh musuh-musuh Islam perlu ditentang, agar lebih ramai anak muda Islam dapat keluar daripada fitnah ini. InsyaAllah.


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,

Aku adalah seorang anak muda yang mana lahir kedalam turutan keluarga yang mengamalkan Islam. Alhamdulillah, didikan Islam dari kecil yang diterapkan dalam diri oleh ahli keluarga terutamanya bonda tercinta dapat sedikit sebanyak menjadi pegangan dalam mengharungi kehidupan sehari-hari.

Tetapi harus diingat bahawa aku, dan juga ribuan anak muda lain diluar sana adalah hasil didikan sistem yang liberal. Sejak kecil aku diajar ilmu pendidikan disekolah dan ilmu-ilmu Islam hanya terbatas di sekolah petang agama, kelas pendidikan Islam, dan didikan-didikan informal yang diberikan oleh keluarga. Jadi sejak sekian lama tak salah sekiranya aku katakan yang aku di'basuh' untuk melihat dunia melalui dua kaca mata. Kaca mata sosial dunia dan kaca mata Islam. Dan yang penting, kaca mata Islam ini hanya tertakluk kepada kelas-kelas agama, surau dan sekolah agama petang yang aku ikuti.

Tak pernah aku menerima ajaran secara terus berkaitan dengan hukum perundangan Islam, apa yang aku tau selaku remaja muslim didikan liberal selama ini bahawa hukum hudud itu tertakluk kepada pencuri dipotong tangan dan penzina direjam.

Bagi aku kita hidup dalam dunia yang 'civilized', apa perlu potong tangan? Apa relevannya hukuman rejam? Ini semua ortodoks, ekstremis. Tak ada tempat bagi hukuman-hukuman seperti ini dalam dunia yang kian moden.

Lalu apabila orang bertanya kepada aku, apa itu moden? Pandangan liberal kemodenan adalah berkaitan ketinggian dan banyaknya bangunan pencakar langit, indeks GDP dan purata pendapatan. Apa ada erti lain bagi moden?

Seterusnya aku masih mengikuti kelas-kelas agama dimasjid-masjid dan surau-surau, mengikut keluarga. Aku diajar untuk mengamalkan bacaan yasin setiap malam jumaat. Membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun pada setiap penghujung zulhijjah dan awal muharram. Aku diajar untuk mengaminkan doa-doa yang dibaca oleh tok-tok imam.

Didalam kelas-kelas agama aku disurahkan mengenai nikmat syurga dan azab neraka. Aku diajar cara-cara untuk solat. Apa itu rukun iman, dan kewajipan rukun Islam. Aku diajar berkaitan kewajipan puasa, zakat, dam bagi yang meninggalkan. Aku diajar mengenai hukum-hukum agama yang pada pandangan aku tidak boleh digunapakai dalam aplikasi kehidupan sehari-hari. Bagaimana kau nak masukkan ilmu-ilmu agama ini dengan matematik? Ekonomi? Bahasa? Atau Sains?

Lalu aku terus keluar daripada persekolahan dengan keputusan yang Alhamdulillah, separa cemerlang. Tanpa arah tuju, tanpa sebarang visi bagi masa depan. Sebelas tahun aku dididik dalam sistem pendidikan sekolah, sekeluarnya aku, aku masih tak tahu apa yang patut aku lakukan.

Alhamdulillah, mungkin hasil berkat doa bonda tercinta, aku diterima masuk kedalam kursus yang aku sedang ikuti, terus melanjutkan pelajaran diIpoh. Bertemu dengan lebih ramai manusia, bermacam ragam dan perangai.

Disitu aku didedahkan tentang usrah. "Ah apa ini?" Dah habis sekolah, buat apa susah-susah lagi mau paksa diri ke surau? Kalau dulu disekolah bolehlah. Kalau tak pergi surau, ustaz bantai nanti. Tapi sekarang kan dah besar, apa guna usrah-usrah ni? Ceramah agama dimasjid tak cukup lagi? Lagipun dah 11 tahun ikuti pengajian Islam disekolah, 2 jam sekali matapelajaran. takkan tak cukup lagi?

Darah muda, mudah amarah. Waktu itu aku cukup pantang diajak ke surau secara paksa, lagi-lagi bila ada terdengar ura-ura mau diwajibkan turun ke surau. Kacau betul, maghrib-maghrib ni masa untuk keluar makan, nanti pukul 10 pintu guard tutup. Bila mendapat sindiran-sindiran aku berontak, Diorang ni macam alim sangat, apa kalau pakai tudung labuh dia saja masuk syurga?

Cuma pernah sekali saja aku jejakkan kaki disurau untuk usrah, itupun sebab apa aku dah lupa. Selain daripada tu, tak pernah aku turut serta dengan islamic circle diIpoh. Solat berjemaah, jarang-jarang disurau.

Jangan salahkan aku, tak pernah aku diajar pengertian moden dalam Islam apabila aku menuntut ilmu agama dikelas-kelas agama. Tak pernah aku ditunjukkan aplikasi Islam dalam kehidupan sekarang ini. Ustaz-ustaz semua cerita berkaitan kisah-kisah para sahabat, tapi apa relevannya dalam kehidupan kita? Aku yang baru nak menjejak angka 20 waktu tu gagal melihat rasionalnya kisah-kisah ini. Tak pernah kelas agama menceritakan kisah kehebatan pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab sehinggakan tiada orang susah sewaktu pemerintahan beliau. Yang ada sekadar cerita beliau yang lantang memusuhi Islam, menjadi orang yang lantang membela Islam. Dan kisah bagaimana beraninya Umar sehingga berhijrah disiang-siang hari.

Tak pernah syllabus pendidikan Islam disekolah mengisahkan tentang hadis Nabi berkaitan jenis-jenis pemerintahan yang akan datang selepas waktu Baginda sehinggalah tertubuhnya semula pemerintahan Khalifah pimpinan Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S. Yang ada dalam buku pendidikan Islam adalah pengertian iman, pengertian riddah, 10 perkara yang membatalkan iman yang mana semuanya dihafal sebiji-biji dan diluahkan semula kedalam kertas peperiksaan untuk mendapat gred yang baik.

Jadi jangan salahkan aku! Atau ribuan anak muda lain yang rata-ratanya gagal melihat keindahan wanita apabila mereka menutup aurat. Tiada dalam pengajian Islam berkaitan perkara ini. Yang ada hanyalah, apa itu aurat, bagi lelaki dan wanita. Jangan salahkan aku apabila gagal mencontohi kehebatan para sahabat kerana yang ada dalam buku-buku yang disajikan hanyalah fakta-fakta sejarah mereka. Bagaimana dengan ulasan, pemahaman dan aplikasi dalam dunia realiti? 11 tahun menuntut mata pelajaran Islam bukanlah satu jangka masa yang pendek, tetapi apa kesan yang ada daripada sistem pendidikan sekular ini?

Sehinggalah aku menjejakkan kaki dibumi United Kingdom ini. Siapa sangka tanah yang apabila aku dikhabarkan berita gembira aku bakal melangkah ketanah ini untuk menimba ilmu, kata-kata yang aku terima daripada rakan-rakan aku adalah "Wah syoklah kau, kawan mat salleh. Boleh cari girlfriend seorang." "UK bebas, nak buat apa pun boleh. Tak ada JAIM. Dah lah semua kuat parti je.", siapa sangka tanah yang dipunyai oleh masyarakat kafir ini sebenarnya menjadi jejak pertama aku terhadap sebenar-benar kefahaman Islam.

Aku yang tak pernah memasang impian mau belajar oversea. Aku yang tak pernah tahu wujudnya pengertian istilah ikhwanul muslimin, tarbiyah Islamiyyah. Aku yang selama ini, hanya sekadar mahukan segulung ijazah supaya nanti boleh bekerja makan gaji. Beli rumah, kereta, kahwin dan dapat 3 orang anak. Terus terpukul oleh pelbagai realiti dan ilmu sepanjang menjejakkan kaki dibumi United Kingdom ini.

Memang benar seperti kata-kata Allah,
"... boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Al-Baqarah (2/216)

Tapi apa sebenarnya yang berlaku diUnited Kingdom ini? InsyaAllah akan dikisahkan dalam entri yang lain.

...bersambung.

12 comments:

  1. Aslmualaikum

    Cerita seorang sahabat suatu ketika dulu non muslim. Tinggal bertahun2 di malaysia. 12 hari beliau ke US, beliau menemui hidayah.
    katanya,

    "Aku melihat muslim di Malaysia tapi tidak Islam. Aku tak nampak muslim di Amerika tapi aku lihat Islam di sini"

    wallahualam


    nice entry btw

    ReplyDelete
  2. yusuf: Kata-kata yang cantik oleh sahabat itu. Alhamdulillah, hidayah Allah hadir buat sesiapa yang dikehendaki dalam apa jua cara sekalipun. Terima kasih untuk perkongsian.

    ReplyDelete
  3. keep it up,tu la,pengalaman byk ajar kita,
    saja nk berkongsi,try cari buku nie,thesis psal sayyid qutb,tjuk,"sayyid qutb,a study of his tafisr" by Dr Badmas Lanre Yusuf.
    dlm buku nie,clearly ur problem now being defined as he himself is trying to find the most suitable and holistic approach of education,at that time.
    n yes,smpai skrang,the problem still prevailed in our society,in searching for the best education method to ensure the true preaches of Islamic teaching to penetrate the society.
    good luck in finding one!

    ReplyDelete
  4. muzikri: Salam bro. Lama tak dengar cerita daripada kau. Thanks for the book suggestion, sounds interesting. Aku akan usha nanti kalau ada kesempatan, insyaAllah. ;)

    ReplyDelete
  5. I saw my stories in yours. Some of them. :)

    ReplyDelete
  6. Nazri Awang: I can safely say that most youths do experience such thing. Thanks for sharing bro. ;)

    ReplyDelete
  7. i've left my comment i guess. tapi entah mana dia menyorok. nothing much to say but wanna share an inspiring quote,

    "every righteous person has a past, every sinner has a future"--anonymous

    all the very best to you, friend.

    doakan untuk yg lain juga,ya?

    ReplyDelete
  8. *Terharu*

    Assalamualaikum wbt..

    Faiez, setiap fasa hidup yang kita lalui mengajar dan mendewasakan kita. terutama pengalaman semasa zaman remaja. kita akan menghadapi konflik dalam mencari identiti diri yang sebenar. Siapakah kita sebenarnya? Untuk apa kita dijadikan? Adakah hidup ini perlu dilalui macam orang lain saja? Setakat penuhi keperluan diri dan bina famili. Bila dah tua, meninggal dan pergi menghadapNya? Lepas tu?

    Hidup ini memerlukan kita untuk bertindak lebih daripada itu. Selain untuk beribadah, tujuan kita dihidupkan juga untuk menjadi khalifah. Menjadi generasi penerus risalah kenabian. tautkan ukhwah. kencangkan dakwah. Agar hukum Islam ini tertegak di muka bumi ini dan Islam sahaja yang memerintah.

    beri peluang kepada diri Faiez untuk berubah ke arah yang lebih baik. beri hak kepada diri untuk merasai manisnya hidup dalam Islam. seterusnya pada famili yang faiez sayang, sahabat-sahabat dan ummat keseluruhannya. Kemudian istiqamahlah. itulah yang sebaik-baiknya. InsyaAllah.

    Fikiran kena selalu positif. Kesalahan lalu adalah peringatan hari esok. Bukan hanya untuk diri Faiez tetapi juga untuk sahabat-sahabat yang lain. jangan pandang pengalaman lalu sebagai sesuatu yang menyakitkan atau buruk. ia sebenarnya satu wasilah yang Faiez boleh gunakan untuk motivate orang lain yang setiap manusia ni ada hak untuk berubah. Dan seseorang itu tidak dilihat bagaimana dia bermula, tetapi bagaimana pengakhiran hidupnya?

    nak share satu hadis:

    "Khabarkan kepada mereka, sesungguhnya syurga adalah tanah yang subur, airnya jernih lagi nyaman. Ia kosong dan lapang. Tanamannya ialah:
    Subhanallah, walhamdulillah, walailahaillallah, Allahu Akbar." (Hadis riwayat at-Tirmizi).

    Sesungguhnya, seperti yang dikatakan dalam hadis di atas, syurga itu dikhabarkan hanyalah tanah yang lapang. kosong. amalan kitalah yang akan menghias tempat tinggal kita kelak. tentu kita tak nak kita hanya ada sebatang pokok manakala orang sebelah kita siap dah ada mahligai kat syurga kan? jom tingkatkan amalan dan design syurga kita. insyaAllah selagi mana nyawa di kandung badan, peluang masih terbuka.

    perlu bersedia dalam mentarbiyyah untuk ditarbiyyah dan memimpin untuk dipimpin~

    salam perjuangan keranaNya.

    ReplyDelete
  9. dell: A nice popular quote. Pernah dengar sebelum ni. Thanks for sharing. InsyaAllah sentiasa doa-mendoakan. ;)

    iluvgreenish: Salam. Thanks for the kind words and inspirations. Design syurga, satu motivasi yang menarik. insyaAllah sama2 ingat-mengingatkan dan saling melengkapi. ;)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum...
    penulisan yg sgt2 hebat..
    alhamdulillah..
    Hidayah tu milik Allah..
    smga terus-terusan istiqamah..
    =)

    ReplyDelete
  11. Noor Haszwani: Salam. Thanks for the kind words. Amin. ;)

    ReplyDelete
  12. Salam,. Subhanallah,.. Penulisan yang sangat baik,. Thanks for sharing,. Di bumi asing beroleh hidayah,. Moga terus istiqamah,.. =)

    ReplyDelete

Ideas in words by