Wednesday, January 05, 2011

Aku banyak dosa, taubat aku diterima ke?

Salam.

Antara persoalan berkaitan Islam yang selalu berlegar dikepala aku adalah, banyaknya dosa aku ni, macam mana nak bertaubat. Diterimakah taubat aku sedangkan aku mempunyai kesalahan yang banyak? Dan aku sangat khuatir yang setelah bertaubat aku mungkin akan mengulangi kesalahan aku semula menjadikan taubat aku ni seolah-olah permainan dengan Allah. Nauzubillah minta dijauhkan dan dipelihara Allah.

Dan kemudian aku ditakdirkan bertemu denga video tazkirah di blog ini.

Baru aku sedar. Yang selama ini, tatkala aku nak bertaubat, syaitan mendatangkan perasaan was-was dalam diri aku. Pemikiran negatif berkaitan sama ada taubat aku akan diterima oleh Allah atau tidak sering menjadi 'demotivator' untuk diri ini bertaubat. Walhal sudah disebut dengan jelas dan nyata dalam Al-Quran bahawa Allah menyukai hamba-hambaNya yang selalu bertaubat.

Mengambil contoh Rasulullah saw yang maksum. Walaupun mendapat perlindungan first class oleh Allah daripada melakukan dosa, maksiat dan kesalahan tetapi Rasulullah bertaubat lebih 70 kali sehari. Jadi aku ni, manusia biasa, yang sudah memang pasti akan melakukan banyak dosa dan kesalahan, mengapa susah sangat mahu bertaubat?

Sebenarnya aku rasa, rata-rata kita ada salah tanggapan berkaitan taubat, terutamanya aku. Aku selalu beranggap bahawa taubat ni untuk apabila aku dah buat dosa-dosa besar a.k.a. kesalahan ultimate. Tapi sekarang baru aku tahu dan Alhamdulillah dapat melihat taubat sebagai salah satu method ibadah untuk 1)Lebih dekatkan diri dengan Allah dan 2)Lebih menjaga diri sendiri daripada melakukan dosa-dosa lagi.

Jadi marilah kita sama-sama bertaubat kepada Allah setiap hari. Buangkan perasaan was-was dalam diri kerana kalau kita tak bertaubat sekarang, bila lagi kan? Kot mati kejap lagi, rugi kita.

Selamat.

9 comments:

  1. huhuhu...aku pun bnyak dosa gak...mudah2an kita x diganggu syaitan bila nk bertaubat...nauzubillah...

    ReplyDelete
  2. kalau taubat kita tu bersungguh-sungguh dan diterima(yakni sangat2 menyesal akan perbuatan lepas dan berazam sepenuh hati xkan mengulangi perkara itu), chances untuk mengulangi balik dosa2 lepas sangat lh kurang

    ReplyDelete
  3. Anonymous: ditambah dengan istiqamah dalam perbuatan. InsyaAllah akan lebih terpelihara dikemudian hari. ;)

    ReplyDelete
  4. Allah maha pengampun.. bertaubat selagi kita masih hidup,kalau dah nazak bru nk bertaubat,kita akan menyesal..

    ReplyDelete
  5. Ermalina: InsyaAllah, terima kasih untuk peringatan. ;)

    ReplyDelete
  6. setuju sangat apa yang di sampaikan.

    ReplyDelete

Ideas in words by