Sunday, January 09, 2011

Malay, Islam & The other side of history

Salam.

Sejak sesi penjajahan dijalankan oleh Kuasa Barat keseluruh dunia, dunia sebenarnya dilanda satu suasana yang berbeza. Jika sebelum itu, kekuasaan boleh dikatakan secara generalnya diletak pada agama. Selepas ekspedisi penjajahan seluruh dunia dan perang psikologi di sekitar Middle East, kekuasaan diletakkan kepada Nasionalisme.

Jika diMiddle East, kejatuhan kerajaan Islam Turki Uthmaniyah berlaku sejajar dengan pemberontakan kabilah-kabilah Arab mengikut tempat masing-masing sehingga mewujudkan negara-negara Arab serpihan daripada kerajaan Khalifah Islam. Begitu juga apa didalam kitab-kitab sejarah Tanah Melayu tulisan 'mainstream' yang mana disurahkan kepada masyarakat majoriti bahawa penentangan Tokoh-tokoh waktu itu akibat daripada penentangan penjajah yang cuba menakluk 'tanah air' mereka.

Disini terdapat satu ilmu yang sungguh penting bagi kita. Apabila kita dibasuh bahawa tokoh-tokoh ini menentang penjajah kerana 'kedudukan' dan 'kuasa' mereka tergugat, maka kita akan mendapat pandangan yang berbeza daripada sekiranya sejarah mengisahkan bahawa tokoh-tokoh ini sebenarnya adalah barisan para Ulama' Islam yang menentang penjajah kerana tidak mahu daulat Islam dicabul.

Sedarkah kita bahawa terdapat satu lagi versi sejarah yang rapat mengaitkan penghuni 'Tanah Melayu' dengan Islam? Tahukah kita yang terdapat catitan-catitan sejarah lain yang menyatakan betapa tokoh-tokoh Islam ini berjuang bukan kerana 'kaum', 'tanah' atau 'kuasa setempat', tetapi kerana mempertahankan daulat Islam. Pernahkah kita terdengar surahan sejarah lama dimana migrasi penghuni dari nusantara ke 'Tanah Melayu' ini adalah kerana panggilan Jihad melawan tindasan Barat yang cuba memijak Islam?

Frasa-frasa 'Tanah Melayu', 'Tokoh Setempat', 'Semangat Nasionalisme' yang kerap diulang tayang didalam kelas-kelas sejarah seakan menjadi bekas kedalam minda-minda kita. Jika kita lihat situasi diMalaysia hari ini. Yang mana sering dilaungkan? Adakah perjuangan Islam ataupun perjuangan Melayu? Jika kita lihat simbol 'songkok', apakah kita akan terbayang melayu atau Islam?

Penyatuan atas dasar nasionalisme adalah antara agenda untuk mematikan pergerakan kesatuan Islam kerana apabila masyarakat bersatu atas nama bangsa dan bersikap 'assabiyah', maka masyarakat tidak akan sedar akan kesatuan atas nama Islam yang lebih besar dan bermakna. Sedangkan antara cabang perjuangan Rasulullah adalah penyatuan puak-puak dan kabilah-kabilah atas nama Islam, tetapi kini kita pula lari daripada penyatuan Islam kepada penyatuan kaum?

Kerana bagi aku rata-rata puak Melayu hari ini tidak sedari, apakah sebenarnya nilai seorang Melayu? Jika melayu itu berdiri tanpa sisipan kemurnian Islam. Begitu juga persoalan apakah nilainya seorang Arab, sekiranya berdiri tanpa sisipan ilmu Islam?

Tiadanya tamadun yang 'berjaya' tanpa arah tuju berlandaskan Islam. Kita perlu faham yang fahaman manusia ini berbeza-beza dan meluas. Ambil contoh definisi 'moden' itu akan berbeza daripada pandangan lain-lain. Moden mungkin apabila banyak bangunan tinggi. Moden mungkin bermaksud tiada orang susah. Moden mungkin bermaksud masyarakat berpendapatan tinggi. Moden juga mungkin bermaksud masyarakat yang kurang berlaku masalah sosial dan jenayah. Kerana sesuatu definisi itu gagal mendapat pengertian yang sebenar sekiranya tidak dilandaskan dengan pandangan Islam.

Yang nyata persoalan untuk hari ini, apakah melayu kita yang kian menebal ataupun Islam itu sendiri yang makin menipis?

Selamat.

2 comments:

  1. Brainwashed brainwashed. siapa yang perlu ubah sistem?
    sudah tentu remaja zaman skrg. tapi apa sudah jadi pada remaja zaman sekarang? semua dah rosak, pandai org barat.

    Generasi akan datang kenalah berfikiran optimis, futuristik.
    perlu ubah sistem pendidikan. supaya generasi lagi satu faham apa perpaduan sebenar.

    Kalau negara maju disebabkan bnyk pusat hiburan, bar2 baik takpayah.
    betul dak?

    btw, nice entry bro. lama tak singgah blog nih.

    ReplyDelete
  2. Fontonk: Thanks bro. Lama tak nampak ang sini. Benar, mari didik diri sendiri dan kemudian mendidik orang lain kearah mencipta masyarakat mengikut ajaran Islam. ;)

    ReplyDelete

Ideas in words by