Wednesday, December 29, 2010

HarimauMalaya, Ahli Politik dan Kebencian

Skuad HarimauMalaya baru memenangi Piala AFF selepas menang aggregat menghadapi Indonesia.

Twitter aku ada mengikuti tokoh-tokoh politik Malaysia dari kerajaan dan juga pembangkang. Mukhriz, KJ, Nik Nazmi, Chegubard dan lain-lain lagi. Sepanjang aku mengikuti twitter-twitter ini, selalunya setiap hari dapat membaca twitter-twitter cemuhan dari satu pihak ke pihak yang lain. Namun sepanjang perlawanan antara HarimauMalaya dengan Skuad Garuda, aku dapat lihat tak ada cemuhan-cemuhan dilontarkan oleh mana-mana pihak. Semua yang keluar adalah kata-kata sokongan buat HarimauMalaya.

Maka aku akan ingat, waktu dimana ahli-ahli politik kita berhenti seketika daripada mencemuh antara satu sama lain adalah bila HarimauMalaya memenangi Piala AFF. Cuma persoalannya, sampai bila?

Tak sampai beberapa minit selepas tu, aku nampak seorang tokoh politik pembangkang dah memulakan 'hate twit' semula. Dan kembali ke keadaan sediakala.

Sambil-sambil itu mau promosi event untuk malam ini di Warwick University. Seperti didalam flyers dibawah. ;)


Selamat.

5 comments:

  1. Untuk talk malam ini oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang, waktu bermula United Kingdom adalah 7.30pm. Dan Malaysia 3.30am. Boleh tonton secara online di http://www.ustream.tv/channel/channel-seronok-giler

    Jemput turut serta dan sebarkan kepada semua! ;)

    ReplyDelete
  2. Thank you sir.Looking forward to watch the talk online later this morning. =)

    ReplyDelete
  3. dish: insyaAllah, berdoa supaya tiada masalah atau gangguan sepanjang talk nanti. ;)

    ReplyDelete
  4. Wah, Tuan Guru Haji Hadi pula sampai ke Warwick. Tahniah!

    ReplyDelete
  5. YB Nik: Alhamdulillah, kami berkesempatan bertemu dengan beliau. ;)

    ReplyDelete

Ideas in words by