Thursday, August 12, 2010

Ulasan: Mahasiswa tidak sesuai berpolitik

KUALA LUMPUR: Cadangan membabitkan golongan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang politik mendapat reaksi negatif daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mahu mempertimbangkan untuk membenarkan mahasiswa di IPTA terbabit dalam parti politik. Katanya, kini masyarakat terutama ibu bapa perlu memperuntukkan dan membayar wang bagi membolehkan mahasiswa menimba ilmu.


“Mereka (mahasiswa) sepatutnya menggunakan kesempatan yang ada itu untuk menuntut ilmu, sebaliknya jika terbabit dalam politik, itu boleh dianggap perbuatan tidak bertanggungjawab. “Malah, mereka akan mempunyai banyak masa untuk terbabit dalam politik sebaik menamatkan pengajian. Apabila mereka sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, itulah masa yang sesuai,” katanya selepas Syarahan Umum mengenai Kesan Teknologi Kepada Masa Depan Pendidikan Tinggi anjuran Open University Malaysia (OUM) di sini, semalam...


Berita dipetik dari harian metro, secara jujurnya aku rasa artikel ini adalah tidak lengkap dan punyai argument yang tak kukuh. Kalau mahasiswa tak sesuai berpolitik, golongan mana yang sesuai? Mahasiswa membentuk purata besar daripada anak muda berkualiti negara. Jika semua anak muda negara berstatus mahasiswa tak boleh berpolitik, jadi mau biarkan siapa berpolitik? Pelapis mana yang kita mau cari? Aku percaya mahasiswa bakal mengganti tampuk kepimpinan negara. Kalau bukan anak muda mahasiswa yang kita harapkan, tak akan kita mau harapkan anak muda rempit? Atau anak muda yang hisap gam? atau mat dadah? Pelapis mana yang kita nak groom dan bentuk kalau bukan dari mahasiswa?

Jika benarpun mahasiswa tak sesuai berpolitik, atas sebab apa? Atas sebab ibu bapa dan kerajaan keluar banyak duit untuk kita belajar? maka adakah berpolitik merupakan perbuatan yang tak bertanggungjawab kerana banyak duit dikeluarkan untuk kita? Come on, you can give us better reason than this. Lagi banyak duit dikeluarkan, the more reasons there are for mahasiswa untuk menjadi mahasiswa bukan setakat belajar untuk ijazah but become a whole-rounder. Baik dari bermacam segi, salah satu politik. Dan belajar tentang politik diperingkat mahasiswa boleh mematangkan mahasiswa dan bersedia untuk cabaran sebenar bila mau bergerak secara serius dalam politik kelak.

Tetapi kita jangan lupa. Yang lebih penting bukan persoalan mahasiswa terlibat dalam politik atau tidak. Aku rasa yang lagi penting adalah what kind of examples are the politicians and adults showing to us. Apa contoh yang ada untuk mahasiswa ikuti? Kerana apa yang aku nampak rata-ratanya sekarang ni adalah political scene in malaysia dah hampir menjadi seperti majalah mastika. Polluted with many sensational stories and bad examples which in the end is not helping in developing the country at all. Cuba bayang p/raya keluar cerita pasal calon yb minum arak merata tempat. What kind of examples are shown? begitu juga pembangkang, kes hubungan sulit yang lebih dihighlightkan. What kind of good values are there for our mahasiswa to learn?

Terus-terusan begini nanti tak payah susah-susah nak interview dengan metro cakap yang mahasiswa tak sesuai berpolitik dah. Anak muda kita sendiri akan lose interest in our political scene because what we can see is adults and political people using all means to fight for place, power and money dan bukannya semata-mata untuk kesejahteraan bangsa malaysia. Sampai waktu tu, mahasiswa yang berkualiti sendiri tak akan berminat dengan politik diMalaysia.

*Selagi hati suci, kita mahu percayakan malaysia mempunyai political scene yang sepatutnya suci dengan political figures yang memang berjiwa rakyat. In anyway I look I want to believe in that, purity and honesty have some place in our political scene.

Selamat.


5 comments:

  1. politic buat kita berpecah.
    cuba fikir sedalam2nya mengenai politik.
    lebih bagus jika mahasiswa tumpu kepada ilmu duniawi dan akhirat dari melibatkan diri dgn aktiviti y boleh memecah belahkan umat?
    saya sudah lama tawar hati dgn politik.
    y betul2 berkhidmat berapa kerat sahaja.
    yg gila kuasa berkerat2.
    yg semangat tolong rakyat tu ada. cuma kalau satu penggal ada 4,5 tahun. satu tahun je semangat.
    manusia.
    pemimpin sebenar2nya yang layak memimpin, siapa? saya tak yakin dengan pemimpin yang dipilih manusia. sedangkan pemilihan khalifah dulu pun ada perbalahan kan?
    sedih. biarkan mereka bodoh bergaduh.
    kita sebagai para belia, seharusnya jgn meneruskan kebodohan mereka.
    kita berjuang cara kita. bersatu.
    bawah panji Islam.
    kalau musuh Islam boleh bersedia beribu tahun nak tunggu ketibaan 'saviour' mereka, mengapa tidak kita sama2 bersedia menerima ketibaan pemimpin utama kita di akhir zaman ni, Al-Mahdi. ini politik sebenar.
    hanya dengan cara Islam sahaja kita mampu berpolitik dgn baik. maaf kalau lari dari tajuk. huhu.

    *bg saya, saya tidak setuju mahasiswa dan politik di satukan. biarlah kita sama2 belajar dahulu kesalahan org atas sana. 4,5 tahun sahaja kita belajar. jangan lah tak sabar sgt kalau nak berpolitik pun. kan?

    ReplyDelete
  2. muslim: sebab tu aku ada kata, what kind of examples are they showing us? Mahasiswa patut dibenarkan bercampur dengan politik tapi sebab examples yang ada dah banyak yang negatif maka it's more damaging to our mahasiswa than really helping in shaping them to become better individuals. Contoh plg besar sebab politik sampai ada 2 masjid dalam 1 kawasan. 1 untuk PAS dan 1 untuk government. Ini baru BS. Kalau examples ni yang ada dan mahasiswa tak diajar dan belajar untuk elak dari benda ni semua maka akan lahir the next generation of leaders yang sama macam yang lama.

    Whatever it is I respect your pov dan memang lagi kukuh daripada argument "mahasiswa dibayar duit untuk belajar dan politik maknanya pecah tanggungjawab."

    ReplyDelete
  3. mahasiswa perigkat degree patut diberi peluang dlm politik. kalau dploma masih awl. Mahasiswa perlu belajar mentadbir lebih awal.
    kalau pasal pemimpin tu, memang susah nak cari pemimpin yg betul2 boleh memimpin.

    ReplyDelete
  4. oh...pasal isu mahasiswa berpolitik ni..
    try ke blog ini
    http://cikguaziz.blogspot.com

    ReplyDelete

Ideas in words by