Thursday, August 26, 2010

Budaya mengangguk

Dalam berkawan kita seringkali mahukan rakan yang supportive. Tetapi satu masalah yang aku perhati dalam budaya masyarakat kita adalah apabila yang kita maukan hanyalah pak angguk. Budaya ini selalunya tertanam dari kecil lagi bila waktu kecil jika cakap kita dibantah oleh rakan maka kita akan take it personal walhal bantahan itu mungkin atas sebab2 yang bernas. Jika dilihat balik, perwatakan kita sewaktu kecil amat mempengaruhi sikap kita setelah dewasa tapi ini tak relevan untuk entri ini.

Dalam berkawan aku selalunya bersikap kritis. Dalam berkeluarga pun aku selalu bersikap kritis. Jika apa yang disuarakan oleh orang dewasa dalam keluarga aku adalah sesuatu yang pincang pada mata aku, akan aku suarakan. Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah kenalan yang bukan saja tau mengangguk tapi pada masa yang sama boleh membantu kita belajar dari kesilapan dan menunjukkan kesilapan-kesilapan kita. Namun dalam budaya orang melayu secara khususnya selalunya orang melayu akan kerap 'take it as personal' apabila ditegur kesilapan. Ini dah banyak kali aku hadapi dan perhatikan dalam situasi kehidupan.

Budaya ini sebenarnya amat menular dalam politik dimalaysia jika diperhatikan. Dan bagi aku budaya ini membunuh kreativiti. Siapa yang bersuara untuk membetulkan kesilapan dibunuh kariernya dan mereka yang sekadar mengangguk mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk succeed dalam karier mereka. Jadi jika boleh, anak muda perlu faham, menyuarakan bantahan tak semestinya personal attack untuk kita. Kadang lebih elok kita diingatkan daripada jatuh terjelepuk akibat kesilapan.

*Darn, macam karangan bahasa melayu sekolah pula rasa. I'm missing it!

9 comments:

  1. daripada budaya ni lahirlah budaya membaca dari satu sumber sahaja, budaya taat kepada manusia secara membabi buta, budaya takut bertanya, budaya membetulkan kesalahan/kemungkaran.

    ReplyDelete
  2. memang majoriti melayu macam tu.suka take it personal bila ditegur atau dibantah.

    tapi,pihak yg membantah atau menegur,kena la tegur beradab sikit ye tak.ini tegur macam nak bergaduh.mana orang tak hangin.

    ReplyDelete
  3. avid: budaya tak membaca pun ada. haha. byk sgt budaya.

    besi karat: yea, itu betul.

    ReplyDelete
  4. owh nampaknya. aku tak blh mengangguk pada karya mr.reverie hari ni. Okay ape budaya mengangguk tu, barulah 1 malaysia. stuju dengan rusty metal. Bertegur, berselisih pendapat pun ada caranya, kena "hikmah" juga. Angguk dulu, kemudian kalau ada idea baru, barulah kemukakan. ke cane? barulah win-win situation.

    Mr.D

    ReplyDelete
  5. Mr. D: still apa yang kau cakap tu bukan buadya mengangguk. masih boleh menegur dan membetulkan. orang mengangguk ni, semua dia angguk kan walau pun salah. itu baru budaya yang aku kata patut diubah.

    ReplyDelete
  6. budaya mengangguk = pak turut?

    ReplyDelete
  7. pak turut, lalang ,
    sould be avoid.

    ntry kali ni ayat memang karangan darjah. hhe

    ReplyDelete
  8. paling sadis, orang yang pung pang tak setuju dengan budaya lalang lah yang pengamal budaya lalang.

    hipokrit.

    parah.

    ReplyDelete
  9. squesha: yeah.

    fontonk: tu la pasal. penyakit apa tah aku ni. haha.

    Kap: personal experience huh?

    ReplyDelete

Ideas in words by