Wednesday, August 11, 2010

Aku sering lupa, Selamat Ramadhan bulan mulia.

Aku selalu melangkah atas dunia dengan senyuman dan fikiran tentang hari esok. Apa yang ingin aku lakukan lagi dalam dunia ini selagi nafas masih ada. Tapi aku sering terlupa yang kelak apabila dibangunkan sekali lagi, hanya amalan takwa yang dikira sebagai harta. Saham akhirat yang tetap bernilai harga dan segalanya tentang dunia hanya menjadi bahan tinggalan. Aku selalu juga lupa yang diwaktu Ramadhan segala amal dimudahkan dengan pintu neraka yang tertutup, syaitan dan iblis yang terikat. Hanya tinggal nafsu untuk dijinakkan. Aku sering terlupa juga dibulan ini terdapatnya hari raya para Malaikat, lailatulQadar yang telah dijanjikan pahala tak akan putus oleh Allah swt. Betapa aku kerap membaca tentang azab Allah dan siksaanNya sehinggakan aku lupa yang syafaat, pengampunan dan kasih sayangNya melebihi segala amarah Allah swt.

Semoga dengan hadirnya Ramadhan ini aku belajar menjinakkan nafsu dan menjadi seorang manusia yang lebih ikhlas dalam beribadat kerana pada akhir hari semuanya akan tertakluk pada kalimah Lillahita'ala. Entah esok lusa kita padam siapa yang tau. Mati mengejar tak mengira tua atau muda.

Puasa usah dijadikan adat,
biar dijadikan amal,
puasa usah sekadar berlapar perut,
biar berlapar nafsu,
puasa usah kerana kesihatan,
biar diperbetulkan niat,
puasa usah ditangguh-tangguh,
entah tahun depan menjenguk lagi.

Selamat berpuasa, berterawih, beribadah sunat dan mengejar Lailatulqadar.

Salam,
ReverieMalaya

6 comments:

  1. selamaT MNyambuT RAMADHAN BULAn Mulia


    =)

    ReplyDelete
  2. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

    ReplyDelete
  3. emh...puasa ku agak tersalah niat..(nak mengempiskan perut)...Ya Tuhan...ampunn...moga belum tersasar..

    Selamat Mengimarahkan Ramadhan..Moga Ramadhan kali ini..ada rezeki utk kita mndpt ramadhan yg terbaik!

    ReplyDelete
  4. tQa: Selamat juga kamu. ;)

    Hidemichi: Selamat juga bro. Siap2 cari duit nak bagi duit raya kat fahim nanti. haha.

    Shemmi: nanti kempis la perut tu. haha. Semoga mendapat keikhlasan dari Allah. lillahita'ala. Selamat juga shemmi. ;)

    ReplyDelete
  5. aku pun selalu baca azab Allah, takut. tapi masih taknak cari peluang.
    Harap aku dapat kejar lailatul Qadar. amiin.
    sama sama kita

    ReplyDelete
  6. Fontonk: kita takkan terlepas daripada melakukan dosa dan berniat tidak betul. Cuma perlu rajin meminta maaf dan petunjuk. insyAllah diberi hidayah. Sama-sama kita. amin.

    ReplyDelete

Ideas in words by