Sunday, April 11, 2010

Bila semangat remaja memerintah!!!

Aku sekarang sedang berusaha keras untuk membayangkan, bagaimanakah caranya nanti apabila suatu hari nanti, anak-anak muda sekarang memegang tampuk kepimpinan negara. Bukan lagi pemimpin-pemimpin sekarang yang rata-ratanya sudah beruban.

Aku terfikir, apakah akan jadi kalau satu masa nanti lelaki yang bertanding untuk kerusi parlimen di Selangor misalnya adalah seorang kaki gig. Atau mungkin juga satu hari nanti apabila yang bertanding selaku calon bebas di mana-mana kerusi DUN adalah seorang drummer kumpulan hardcore yang popular di peringkat tempatan. Akan jadi apakah apabila seorang pengikut Grunge hardcore yang selalu menyuarakan pendapat anti-establishment, memegang jawatan tertinggi di jabatan perdana menteri.

Jika ini semua berlaku, adakah mereka-mereka ini akan bertanding di bawah tiket APCOUMNO eh, UMNO atau PKR? Yang mana satu akan jadi pilihan remaja? Mungkin juga mereka bertanding atas tiket BEBAS. Atau adakah possible sekiranya suatu hari nanti barisan remaja yang mula muak dengan mainan politik hancing warga-warga beruban ini akan menubuhkan parti sendiri, Liberal Party of Teenage Force. Sekadar untuk menggulingkan personaliti-personaliti memerintah yang ada di tampuk.

Hey remaja! Kita mampu melakukan semua ni! Hey pak tua! Kami mampu melakukan semua ini.

Aku nak tengok juga apa akan jadi bila remaja-remaja underground ini memegang jawatan penting negara. Apakah akan terbela nasib warga-warga Felda yang terjual tanah mereka? Apakah akan tercapai hasrat integriti Malaysia? Apakah akan terbanteras kegiatan pak polisi mencari makan seorang diri di tengah-tengah malam?

Dan aku tak akan perkecilkan seorang Grunge yang anti-establishment sekiranya dia mahu bertanding jawatan penting kerana mungkin falsafah dirinya mampu memberi yang terbaik untuk masyarakat.

Ada siapa-siapa boleh jawab?

8 comments:

  1. aku tak dapat bayang..
    tunggu dan lihat

    ReplyDelete
  2. mungkin pm sekarang pun penah pi konsert woodstock

    ReplyDelete
  3. remaja sekarang ramai yg muak dgn pak beruban, tapi masih ramai yang akan tersogok dgn wang ringgit untuk mengikut idealisma pak tua. dan, jangan risau. pak polisi masih bolih cari makan di malam hari kalau remaja grunge juga melihat dalam sisi gelap. pffft. jadi, cuci diri dulu, baru boleh cuci org lain, kan?

    ReplyDelete
  4. aku tak rasa undergrounders akan pegang jawatan penting dlm negara.siapa mau duduk dalam kubikel hawa dingin,bila masih boleh pegang alat muzik dan mainkan muzik?siapa mau pakai kemeja linen lengan panjang seluar slack,bila masih boleh pakai jeans & baju band?siapa mau pakai kasut kulit kiwi hari2,bila masih boleh pakai converse atau vans?

    jaie silkhannaz masih di nebiula nya,aru & fathul masih di CM.

    pada sisi pandangan aku,anak muda hanya mahukan suara & pandangan mereka diterima ramai,dan sedikit ruang kebebasan.bukannya dipinggirkan,dibobrokkan dengan isu bodoh.tak kiranya siapa pemimpinnya.

    ReplyDelete
  5. zack; tak dapat huh? aku pun samar-samar je dapat ni.

    ben: kerat jari dia pernah?? tak tau lak kan. kalau baca biografi dia, tak mungkin dia tulis kan. haha.

    balqissy: cuci diri dulu baru boleh cuci orang lain. Betul sangat lah tu. tapi nak cuci diri jadi bersih. yang bersih tu bersih mana benchmark dia? bersih tahap pak polisi ke. bersih tahap grunge ke?

    Besi Karat: mungkin juga bila undergrounders pegang jawatan, tak ada lagi pakai kemeja linen lengan panjang dan seluar slack. mungkin juga setiap hari khamis minggu pertama digalakkan memakai converse.

    *Mungkin juga perlu adanya undergrounders memegang jawatan untuk menyampaikan dan melaksanakan suara mereka? Mungkin.

    ReplyDelete
  6. aku rasa seorang mat grunge yang anti establishment tu takkan pegang jawatan tertinggi di jabatan perdana menteri kerana mamat tu secara dasarnya - menentang "negara".

    bukan barisan nasional atau umno yang ditentang,tetapi sistem dan konsep bernegara - konsep bersempadan dan pemisahan manusia seluruh dunia - itu yang ditentang.

    alangkah baiknya kalau mat grunge tersebut cuma hidup sama seperti orang lain - tetapi tiada aristokrasi dan kelas masyarakat.

    aku langsung tidak setuju dengan pemborjoisan bebudak underground - menjadi borjois adalah menjadi pak tua.

    ReplyDelete
  7. Aku rasa, tak mustahil utk remaja mcm ni memegang tampuk pemerintahan negara..

    Kalau takde remaja yg volunteer mcm dorang nnt, takkan pak2 tua still nak duk di atas?

    lagipun, at that time, mat2 grunge nih mesti sedikit sebanyak akan berubah kehidupan mereka demi kepentingan rakyat..

    ReplyDelete
  8. tapi undergrounders cuma sebilangan saja. Lebih ramai lagi golongan pelapis pak tua yang sudah dilatih bertahun2 menipu, menjilat dan berlakon.

    ReplyDelete

Ideas in words by