Sunday, April 18, 2010

Kisah Elfi.

Derap tapak kaki Elfi memecah keheningan malam. Selow-selow dia menapak. Salehudin, Jebat dan Chong tangkas mengikut di belakang. "Mau pigi mana?" Chong bertanya sambil membetul-betul spek. Dia makin tak nampak sejak baru-baru ni. Mungkin kadar silau di spek dia semakin bertambah. Terutama sejak mula belajar mengintai Anisa, anak Pak Husin si warden tempohari. Semuanya Elfi yang ajar.

"Ala, kau diam-diam ikut la Chong. Korang kata panaskan? Meh ikut aku. Aku ada port baekk punya." Elfi berkata tanpa menoleh kebelakang. Hujung mata dia sekali-sekala melirik ke kiri dan kanan, cover line.

"Kau perati belakang Bat, takut-takut tak pasal Pak Husin ada pulak macam hari tu. Sepoil planning." Suara Elfi agak keras memberi amaran, Jebat sekadar mengangguk dan berdehem tanda setuju.

Diorang jalan ramai-ramai melepasi kantin. "Aku bau kari la. Korang bau tak?" Hidung Salehud terjengket-jengket menghidu. Hampir-hampir menyerupai seekor Rottwailer lagaknya.

"A'ah la. Ni kari tadi ni. Kari ayam tadi ni. Apa kata kita pekena dulu?" Jebat berhenti dan cuba memberi cadangan. Sambil mata dia menjeling ke arah Elfi menunggu respon. Elfi toleh dan menjeling Jebat. tajam selama 5 saat. Cukup lama untuk memahamkan Jebat supaya berdiam diri. Semua senyap. Malam kembali hening.

"Dah la. Jom, kita gerak. Lambat jap lagi si Lingam turun ronda pulak." Kata-kata Elfi menyeabkan mereka kembali bergerak laju. Tak mahu mereka kalau Lingam turun ronda. Sia-sia kantoi kena tangkap dengan jaga yang kuat mengadu dekat Pak Husin tu. Serta-merta Salehud memegang daging punggung dia belah hujung dekat buah pinggang kanan dan teringat kes kena sebat dengan Pak Husin. Semuanya sebab Lingam mengadu yang dia nampak Salehud bersidai di koridor waktu semua orang lain turun sembahyang Isya'. Tak paham Kasim kenapa Lingam yang beragama Hindu itu kental mahu mencari budak-budak yang tak turun sembahyang kat surau.

"Okeh. Dah tiba." Elfi tersenyum lebar dan menunjuk pada tangga besi tinggi berwarna merah dihadapan mereka. Chong terkebil-kebil tengok.

"Nak panjat ke fi?" Salehud bertanya selenga. Tanpa menjawab, Elfi terus mula memanjat tangga itu dengan pantas dan diikuti semua yang lain. Patuh.

Sampai diatas, Elfi buka baju dan seluar lalu terjun ke dalam tangki air sekolah mereka itu. Jebat turut terjun setelah dia menolak Chong ke dalam tangki. Kasim 50-50. Rasa bersalah meliar dalam hati. Teringat mak di rumah. Namun bila tengok senyuman dan keriangan teman-teman lain yang syiok bermandi manda, kassim berfikir. Ala, mak kata suruh datang sini belajar. Tak kata tak boleh mandi tangki air. Lantas Kassim turut tersenyum dan terjun.

Seminggu kemudian, seluruh warga penduduk SBP Kerian Hulu(bukan nama sebenar) kena cirit birit dan Elfi bertanya kepada Salehud, Jebat dan Chong.

"Kau agak-agak kenapa ramai sangat cirit birit ni?"

-tamat-

*Idea asal: Authentic daripada seorang kawan.

Selamat.

5 comments:

  1. hahaha..cirit semua orang! lol

    ReplyDelete
  2. dodu: haha pak husin juga kena.

    nako: mau tak cirit. haha.

    ReplyDelete
  3. pak hussin, sbp, panjat tangki. seperti di sekolah lama saya. . .

    ReplyDelete
  4. anonymous: pernah kena lempang dengan pak usin ke?

    ReplyDelete

Ideas in words by