Friday, April 30, 2010

Waktu dulu-dulu jadi imam.

Dahulu waktu sekolah rendah, aku masuk sekolah ugama waktu petang. Jadual yang memang tight. Waktu pagi pergi sekolah harian, dan waktu petang aku pergi sekolah ugama. bersongkok, berbaju hijau dan samping hijau. comel. Macam2 benda aku belajar di sekolah ugama. Tentang tanggungjawab, berkawan, ilmu islam dan sebagainya. Bercakap benda ni aku teringat satu tragedi yang mana pada ketika itu aku darjah 5 kalau tak silap. Aku dilantik oleh ustazah-ustazah sebagai salah seorang imam. Seorang lagi member aku, nama dia Pian. Mungkin sebab bacaan merdu dan lantang kami ditambah lagi dengan leadership terbaekk! maka kami dipilih. Lalu waktu solat asar yang masuk lepas sekolah start 4.30pm, kami bergilir2 menjadi imam untuk seluruh darjah kami.

Ada sekali tu, aku jadi imam. Punyalah khusyuk, terkumat-kamit baca surah al-ikhlas dalam rakaat pertama. Ruku'. Sujud. Naik, takbir. Dan bila transition rakaat kedua ke rakaat ketiga, aku terus saja naik. Terlupa duduk tahiyyat awal. Aku tak perasan. Tapi aku terdengar beberapa gelak tersembur (gelak jenis sembur sikit-sikit sebab nak tahan gelak) lalu hilang konsentrasi aku. Notis: darjah 5 waktu itu. Lalu kerana curiosity melampau kenapa mereka ini gelak, aku toleh sikit ke belakang. Lalu aku nampak member aku, selaku imam satu lagi iaitu Pian duduk tahiyyat awal sambil menjeling-jeling kearah aku dengan muka menahan gelak. Sudah seperti anak tapir aku tenguk bila double chin dia waktu itu menggigil-gigil menahan gelak.

Terus berderau darah aku teringat, aku sudah lupa tahiyyat awal. Waktu itu ustazah belum ajar aku lagi pasal apa perlu buat bila lupa tahiyyat awal. Ustazah faridah baru sampai pengajaran bahawa ainun itu mata. Maka aku selaku budak2, belum baligh, suci dan murni tentunya kaget. Aku gelabah sikit-sikit. Tapi selaku imam aku tak cepat panik. Aku terus sahaja usha line. Kiri dan kanan. Ustazah tiada. Line clear. Lalu aku terus capai mike dan kata,"Siapa nak teruskan solat, boleh teruskan sendiri-sendiri. Terima kasih."

Tak salahkan?

*p/s: errr, aku capai mike dan berkata demikian setelah tersembur gelak.Shhhh! ;p

10 comments:

  1. ohh...sangat innocent...
    kah3...

    ReplyDelete
  2. BWAHAHAHAHHAHAHAHHA!
    i know why i can comment now.. cse im using wifi mcD. T_T

    ReplyDelete
  3. ko dulu memang cam ustad. nak makan je dah spulo kali baca doa baru makan.haha

    ReplyDelete
  4. Sharil: saya mmg innocent. kih kih kih

    nako: kenangan lama-lama. ;)

    shinawawa: ;)

    Charo: at last! hahaha. well done!

    the dr: sekarang pun ustad apa, pis. haha.

    ReplyDelete
  5. mmg penat nak gi sekolah agama n sekolah akaddemik kan...ape2 pun tahniah ustaz :)

    ReplyDelete
  6. sempat capai mike takleh blah. hahahaha!

    ReplyDelete
  7. segalanya saya: ;)

    cikgu siti hazreen: tak qualify lagi jadi ustaz. haha.

    aten chan: kena la tenangkan keadaan. betul tak? ;p

    ReplyDelete

Ideas in words by