Saturday, April 24, 2010

Kontra Hulu Selangor dan UK.

Sedang Hulu Selangor hiruk pikuk dengan kempen dan ceramah sempena p/raya kecil parlimennya. Situasi di UK ni lebih hingar bingar. Bukan sebab St. George's day saja yang mana simbol salib bendera England iaitu lambang st george merata-rata di jual di semua ceruk pekan Coventry ini. Saint pun diniagakan dalam sistem ekonomi kapitalis. Sebagaimana bunga popi dijual sempena mengingati perajurit yang dihantar perang dan mati. Tapi hiruk pikuk disini juga disebabkan oleh general election UK yang tengah dalam proses yang mana penamaan calon sudah pun ditutup 4 hari lepas. Nak tau lagi banyak fakta general boleh usha-usha di Wikipedia. 1 click away from knowledge.

Di Uk ni bukan seperti di Malaysia. Aku tak maksudkan politikusnya sahaja. Tapi parti politiknya juga berbeza. Kalau di Malaysia, parti lebih mewakili kaum. Atau PAS mewakili ugama. Cuma DAP yang aku anggap parti socialist lebih kurang sama dengan corak parti di UK. Namun kita boleh nampak, orang malaysia rata2 lebih suka kepada parti2 mengikut kaum. DAP yang socialist juga akhirnya lebih cenderung menerima keahlian Cina. Jadi situasi ini amat berbeza dengan UK. Yang mana UK tak ada parti perkauman. Yang ada parti Labour - yang tujuan asal mewakili suara golongan bekerja. Parti conservatives atau Tories, nama yang tepat untuk parti old skool dan antara parti paling lama di UK malah eropah mungkin. Parti yang lebih ranggi namanya iaitu Liberal Democrats, mengarah kearah perjuangan yang lebih liberal dan menyeluruh. Di samping itu, ada juga parti2 nasional seperti Scottish National Party. Yang kau boleh bayangkan kalau ada kat Malaysia. COntohnya ore kelate buak parti kelate, the red warriors. Khas untuk bertanding di Kelantan. Bersifat tempatan dan assabiyah lebih sikit. Ada juga parti2 radikal tahap melampau seperti British National Party yang mana mengatakan England untuk orang putih saja dengan memperkenalkan Whites only policy. Tak masuk akal. Cuba bayang kalau UMNO buat Malay only policy di Malaysia. Tak boleh belah.

Itu sikit sebanyak parti2 yang menarik perhatian aku. Ada banyak lagi parti lain, boleh google kalau berminat nak tau. Parti ala-ala semangat 46 yang pudar semangatnya lepas ditawarkan kemasukan semula ke UMNO tak ada pula dijumpai kat sini.

Jadi Gordon Brown iaitu orang yang menggantikan Tony Blair yang dicemuh rata2 rakyat malaysia anti-zionist dan anti perang Iraq adalah berasal dari parti Labour. Nama yang cukup catchy. Ala-ala kalau ada parti nama Parti Buruh di Malaysia. Gordon Brown yang gantikan Blair pada 2007 lepas Blair letak jawatan, tak pernah mengepalai jentera labour untuk p/raya. Begitu juga ketua tories, David Cameron yang umur baru 43 tahun tak pernah mengepalai jentera tories menghadapi p/raya. Nick Clegg yang sama umur dgn David. Juga ta pernah mengepalai Lib Dem dalam menghadapi p/raya. Sudah pasti our beloved Mahathir Mohamad ada lagi banyak pengalaman setelah bertahun-tahun pegang malaysia dgn Majoriti 2/3 yang akhirnya dipecah oleh Pak Lah. Syabas kerana bawa demokrasi kedalam p/raya malaysia pak lah. keh keh keh.

Ini setakat sikit2 background information saja. Nak tau lagi banyak boleh akses website BBC di http://news.bbc.co.uk/. atau buka saja wikipedia. InsyaAllah kalau aku rajin aku update lagi. Tunggu 3rd debate keluar 29 april ni. Cerita best pasal ekonomi.

Selamat.

3 comments:

  1. good read. thanks for the info.

    ReplyDelete
  2. Gua sebenarnya penyokong TUSC - Trade Union and Socialist Coalition.Kat Walthamstow calon TUSC adalah anak kepada member komrad aku masa aku kat UK.

    Gua mungkin menyokong TUSC - tapi tau takde harapan - macam nak harap Wigan menang Premier League.So,aku sokong Lib Dem atau hung government.

    ReplyDelete

Ideas in words by