Thursday, June 30, 2011

Konsep politik di Malaysia

Salam.

Daripada apa yang aku amati, politik di Malaysia kadang-kadangnya terlalu kearah kepartian. Yang mana terdapat golongan-golongan yang terlalu taksub terhadap parti masing-masing. Kalau tak, takkan lah sampai keluar isu masjid hijau dan masjid merah. Bagi yang hijau, ada yang mengatakan merah kafir. Bagi yang merah, ada yang mengatakan hijau sesat.

Daripada yang aku fahami, perselisihan pendapat dan salah faham adalah lumrah manusia. Boleh baca entri ini. Walaupun ada antara perkara lalu yang pernah disebutkan penulis yang mana aku tak setujui. Tetapi bagi aku entri yang ditulis ini amat bermakna dan berkesan.

Manusia tak boleh lari dari berselisih pendapat. Sedangkan antara sahabar besar Rasulullah saw, Ali as dan Muawiyah as juga pernah berselisih faham sehingga terjadinya episod peperangan yang diratapi oleh semua Muslim. Tetapi tetap tidak hilang hormat antara kedua sahabat besar Rasulullah itu.

Lalu apa yang boleh kita pelajari daripada peperangan antara Ali as dan Muawiyah as itu? Iaitu perbezaan pendapat adalah perkara lumrah tetapi ia juga merupakan ujian bagi kita. Sama ada kita mahu mengambil kebaikan ataupun keburukan daripada perselisihan pendapat itu.

Konflik dan berlainan pendapat merupakan satu petanda yang baik dimana idea yang ada mungkin dapat diperbaiki akibat daripada teguran orang lain. Hari ini, kita kena faham negara ditadbir oleh manusia dan manusia takkan lari daripada kesilapan. Justeru, memang terdapat kepincangan dalam pentadbiran negara. Dan disinilah terletaknya peranan parti-parti lain tak kiralah sama ada parti komponen atau perti pembangkang, untuk menasihati dan menunjukkan salah dan silap itu.

Tapi yang aku tengok lain, jika dia berbaju merah, cerita-cerita yang keluar pasti berkaitan keburukan hijau. Malah ada yang sampai keji mengkeji dan menghina ulama. Tak kurang juga yang berbaju hijau. Bila tengok ulama bercakap dipihak kerajaan terus dilabel ulama merah. Begitu juga ulama dan golongan professional. Kadang-kadang aku naik pening bila keluar statement-statement yang bercanggah antara satu sama lain daripada dua golongan yang tak kurang hebat ilmu agama masing-masing.

Bagi aku bila berpolitik biarlah berpaksi kepada keadilan dan perkara yang benar. Yang merah pasti ada kekurangan, tak kurang juga yang hijau. Maka baiki-memperbaiki antara satu sama lain.

Mungkin aku delusional, tetapi aku impikan satu keadaan dimana hijau dan merah boleh bekerjasama demi memartabatkan pelaksanaan Islam dan menaikkan reputasi Malaysia di peringkat dunia.

Dan janganlah kita lupa, syaitan selalu bersedia untuk mencari peluang membangkitkan permusuhan daripada salah faham sesama Muslim. Maka yang terbaik bagi aku ialah apabila kita dapat duduk sama berdebat berkenaan masalah dan sama-sama mencari penyelesaian.

Begitu juga dalam soal melabel puak masing-masing. Hari ini, janganlah kerana satu kelemahan, ditutup semua kebaikan yang dilaksanakan oleh sesuatu individu atau puak itu. Dan janganlah sentiasa beranggapan yang satu puak ni selalu betul saja.

Utamakan perpaduan, tolak ketaksuban politik kepartian. (Boleh jadi tagline political speech tak? ;p)

Selamat.

*Nak promote dua bacaan ni yang mana aku rasa bermesej dan berkesan juga: Blog A dan Blog B

5 comments:

  1. salam faiez,
    sungguh, kita ini terlampau bersikap partisan, itu terlampau jelas dalam setipa percaturan.
    kerna itu kita perlu yakin, ruang ketiga perlu diberi tempat, intelektual, budayawan, ilmuan. perlu diberi tempat untuk melontar dan melantun kata sihat, baru kita upaya mengerti. tiada entiti lain yang mampu, parti politik bisa tolak ideologi, tapi susuk diri tidak mampu menipu diri.
    mungkin saudara boleh cuba mencari buku "minda tertawan' oleh raja ahmad aminullah, mungkin bisa beri erti luas pada kita untuk bicara lebih lanjut perihal ini.

    ReplyDelete
  2. Muzikri: Buku yang dengarnya menarik. Banyak betul bro membaca. Bagus, jadikan budaya. InsyAllah aku cari. Sekarang aku ada di Kuala Lumpur, kotaraya seribu satu mimpi dan tragedi. Harap boleh jumpa lepak anytime.

    ReplyDelete
  3. kalau hang bercakap pasal politik aku mmg suka dgr :)

    ReplyDelete
  4. pakcik: hehe thanks ah pakcik. ang memang sempoi! insyAllah nanti aku cari ang bila free.

    kainpelikat: thank you bro.

    ReplyDelete

Ideas in words by