Sunday, June 05, 2011

Jenama Islam: Ayam KFC atau Ayam Radix?

Lupakan jenama. Aku naik muak dengan senario jemaah Islam di Malaysia termasuk bagi komuniti Malaysia di United Kingdom. Ilmu berkaitan Islam aku cetek, ya. Tapi secara rasionalnya apa yang berlaku boleh memberikan tanggapan buruk orang terhadap Islam itu sendiri.

Muslim mana yang tak mahukan pelaksanaan Negara Islam mengikut utopia idaman semua Muslim dimana keadilan, kebajikan terjaga. Serta mudah untuk menjaga iman. Itu yang paling dimahukan dengan sistem Islam kerana sistem yang ada sekarang ini amat sukar bagi seseorang Muslim untuk menjaga imannya. Tapi kita perlu realistik.

Baru aku terpanggil untuk membaca satu status berkaitan isu 'daurah islamiyah' di newsfeed facebook aku. Dan status itu telah menunjukkan aku kepada status asal oleh seorang pemimpin gerakan Islam diMalaysia, gerakan yang agak popular dikalangan mahasiswa UK juga. Antara artikel yang diisukan adalah artikel oleh Dr. Asri berkaitan isu terma Daulah islamiyah yang disiarkan di MalaysiaKini. Klik sini untuk artikel.

Rasa terkilan pula bila tengok seorang Ustaz, pemimpin gerakan Islam diMalaysia mempertikaikan kewibawaan Dr Asri dengan ungkapan yang tak melambangkan tahap intellektual beliau. Ungkapan "Boleh pakai ke dia tu?" aku boleh bayang mana-mana Mat Rempit guna untuk chia-chia yang mereka bualkan bersama, tapi tak sangka seorang Ustaz, pemimpin besar macam tu pun turut sama mengistilahkan ungkapan sedemikian tanpa justifikasi yang memuaskan nafsu akal aku.

Tak ada masalah dalam mempertikaikan kewibawaan seseorang. Kalau tak tahu, tak setuju, tanya dan pertikaikanlah. Tapi at least kena bagi justifikasi mengapa. Baru betul, baru adil. Tak boleh juga nak kritik masakan orang, kata tak sedap. Bila orang tanya kenapa tak sedap, cakap la, kurang gula ke, terlalu pedas ke, baru tukang masaknya boleh perbaiki. Setakat nak kondem, budak baru belajar cakap pun boleh, ye dok mung?

Dan lepas tu perbalah soal istilah daurah islamiyah. Apa ke benda nya itu? Biar aku beri analogi, ayam KFC, biarpun ditukar nama menjadi Ayam Radix, bila orang rasa, mereka tetap tau itu Ayam KFC kerana rasanya. Begitu juga soal negara Islam. Letaklah Malaysia sebagai negara Islam contoh didunia contohnya, pasti akan ada orang mempertikaikan Malaysia kerana ciri-ciri yang ada di Malaysia langsung tak menunjukkan ciri Islamik.

Maka, daripada ustaz-ustaz dok berbalah soal terma daurah islamiyah atau negara Islam atau negara berkebajikan dihadapan khalayak ramai via facebook, perutusan rasmi, video dan lain-lain lagi sehingga mengelirukan golongan yang kurang arif tentang agama seperti aku ni sampaikan ada yang hilang kepercayaan dan berasa kecewa dengan kepimpinan ustaz-ustaz seperti ini, bukankah lebh baik diperdebatkan dan dihuraikan soal pelaksanaan negara Islam, ciri-ciri, contoh yang ada, kekurangan mana yang boleh diperbaiki dan seumpamanya. Seterusnya dikupaskan kepada orang muda seperti aku. Pasti ramai yang tertarik. Kemudian boleh juga buka soal jawab intelektual, baru bercambah ilmu. Jangan pula kata, kata-kata ustaz tak boleh dipersoalkan.

Janganlah sampai orang naik muak. Balik-balik golongan macam itu yang jadi pemimpin gerakan Islam di Malaysia. Siapa nak sokong kalau bukan yang berpemikiran ortodoks seperti mereka?

Bila buka TED, South Africa pun dah mula cakap soal investment in South Africa, Afghanistan sudah bercakap soal ekonomi di Afghanistan, isu-isu kemanusiaan, kebajikan, kemiskinan, development in technology dan macam-maca lagi. Tapi kat Malaysia, orang Islam dok berbalah soal nak buh nama produk ayam KFC atau ayam Radix?

Mati akal,
Reverie Malaya

2 comments:

  1. Damn it my Bahasa has deteriorated pretty badly.

    I was speaking to an Imam here during my University's Islamic Awareness Week and we got into a real good conversation about the problems with creating discourse among Muslims and non-Muslims to gain better insight into the workings of one another, and I think the crux of our conversation can apply to your grievances as well. The problem with building an Islamic democracy is the inherent nature of Islam, which is that it is a religion. And with all religions there are aspects that you cannot and must not question under any circumstances lest you wish to apostate yourself. This unassailable sovereignty of the religion has undoubtedly been 'borrowed' by the leaders to blanket themselves with the security of never having to justify or qualify their words or actions. This nature is vehemently against the very fabric of democracy which not only encourages, but requires its members to ask pointed questions. Leaders have to be held accountable for their words and actions. This problem is exacerbated when the leaders in question claim to be doing God's work; after all, how dare one question God's work without inviting His wrath, especially when one is an outsider to the religion (like myself), or not within the echelon of power that makes decisions (like yourself). Interestingly, the Imam concluded that what is required is a new breed of Muslims that not only question everything, but stand up and question the leaders themselves. Too long have the leaders enjoyed the illusion of infallibility, and it is the younger generations of Muslims that have to grow into their ranks and make themselves heard. At this point, I agree with the Imam.

    ReplyDelete

Ideas in words by