Monday, February 15, 2010

Lelaki suka sepah?

Untuk effect,aku dapat good bargain weh kat ebay. haha. sempoi. dah dapat nanti aku update gambar-gambar.

Cuti seminggu, reading week. Reading week = cuti bagi aku. Masa untuk update nota, baca mana-mana tinggal. Tapi tetap tight schedule, ada praktis hampir setiap malam, Warwick Malaysian Night makin dekat. Tinggal 2 minggu saja lagi. Cepat-cepat habis, boleh rehat dah. Aku tak sabar nak balik Malaysia. Rindu environment Malaysia. Bagi aku, Malaysia beratus kali ganda lagi best dari UK. Dari banyak segi. kecuali barang2 la. Sini ori dan murah2. Semua barang murah. Tapi dari segi food, environment, social life. Malaysia terbaik. UK tak habis party je depa ni. Malam minggu je mabuk. Tak ada aktiviti yang lain2 yang best2.

Kemas bilik tadi. Sikit-sikit la. Dah makin semak. Barang makin banyak, bilik jadi makin sempit. Nak sembang sikit pasal kepelikan aku bila orang kata bilik lelaki selalunya sepah. Memang sangat aku tak setuju. Perempuan pun bukannya bersih sangat. Bersih ke sepah ke, tak tertakluk pada jantina. Tetapi lebih kepada individu bagi aku. Ada je perempuan sini yang tak tau jaga kebersihan. Makan, masak tinggal je dalam sinki. Ada. True real life story. Lelaki? Bilik member aku bukan main wangi. Tandas siap carpeted lagi. Sendiri. Floor siap vacuum. Dan dia seorang lelaki, bukan perempuan. Member lain pun ada je bersih juga. It's more to individual choices and not the gender. ;)

Dan bila orang kata lelaki barang sepah. Memang sangat tak betul la bagi aku. Kau tanya aku mana aku letak barang, semua barang aku, aku tahu kat mana. Nota yang bercelaru tu aku tahu yang mana satu nota socio, mana nota culture dan mana nota oracy. Mana aku letak spectrum gitar, aku tau. Hanset kat mana, aku tahu. Spray deodorant, aku tahu. Semua benda aku tahu sebab benda aku dan aku tahu aku letak mana. Tapi kau masuklah bilik aku dan kemas. Semua masuk dalam rak-rak dan laci. Hampeh, memang aku tak tau lagi dah mana barang2 aku. Nampak kemas, tapi berserabut sebenarnya. Faham tak? Itu la sebenarnya yang berlaku. Biar nampak serabut tapi aku tau mana letaknya barang aku. Daripada meja bersih, tapi bila nak pakai barang, melilau cari. Lagipun atas meja apa gunanya kalau tak letak barang. Tak gitu? hehe.

Elaun dah masuk. Cuma beberapa orang member je lagi tak masuk termasuk aku. Mungkin esok masuk la kot. Lambat proses sikit. Tak apa, dah banyak hari tak makan daging. Biasa dah. Terima kasih sebab mengajar aku erti kepayahan dan kesabaran. Bila lapar, lagi senang otak nak berfungsi dan fikir, lagi banyak idea keluar. Tapi kalau boleh jangan la masuk elaun tipu-tipu lagi. Boleh botak kepala kalau selalu-selalu macam ni.

Selamat tahun baru cina kepada semua rakyat Malaysia dan selamat hari kekasih kepada yang bercinta.

p/s: Kekasih patut disambut setiap hari dan bukannya hari kekasih saja. Begitu juga orang patutnya dihargai setiap hari dan bukannya harijadi saja. ;)

11 comments:

  1. Hargailah aku sekarang!!!! masakkan aku koeytiaow goreng!!!

    ReplyDelete
  2. dodu: nak hargai kau kena masak kueytiaw goreng je ke? haha.

    najah: sama la kita. serupa.

    ReplyDelete
  3. elaun aku pun tak masuk g..huwaaaa T___T

    eyh,aku suke isi2 pada 4th paragraph anda..sepah2 but still we know where we put all our things. (eh,apsal 'we'?)hahah~ dtg mood mengemas,mmg best.pastu tah mane ntah brg cari tak jumpe.kahkahkah~

    ReplyDelete
  4. yep!!!!!!!!!!!!!!!
    setuju sgt.kebersihan n kekemasan tu tidak tertakluk,sy ulangi yang berhormat, tidak tertakluk pada jantina,tp pada individu.(wah,rindunya nk berbahas mcm tu lagi.=P)

    ada je lelaki yang lagi kemas n lagi cantik drp perempuan,begitu jugak sebaliknya.sumenya,tahap kesedaran setiap individu.hihi.
    btw,kebersihan itu separuh daripada iman.so,amalkanlah selalu.digalakkan sgt2.

    owh,sy tumpang bersedih buat kamu semua yang belum dpt elaun.semoga kamu sume tabah.ingat,Allah xpernah berhenti menguji.anggapla itu ujian dr Nya.
    =)
    cheers!

    ReplyDelete
  5. huhu
    btl tu gender x memainkan peranan samaada seseorg tu bersih ke x..
    tp, slalunye kaum adam ni susah sket kot mengemas..huhu
    selerak je..
    :P
    tp kalau yg pembersih, pengemas tu, kdg2 girls pun kalah..tu mmg xdinafikan la..
    pnjg lak comment.huhu

    ReplyDelete
  6. dell: elaun aku pun. haha. tak tau apa nak jadi la. haa paragraf 4 tu memang macam tu. kenyataan. haha.

    yazid: haha. lama dah tak bahas eh. baik. ujian. memang sedang bersabar pun ni. maybe esok kot masuk elaun tu. Bank lambat proses agaknya. ;)

    ReplyDelete
  7. blissful heart: amboi sedapnya nama. haha. tapi ramai je girl kat sini tak kemas mana pun. ;p

    ReplyDelete
  8. 1. Aku setuju dgn ps kau :)

    2. Ha'ah, aku ikut mood, kalau tyme kena possess dengan cleaning demon, berkilat lantai. Kalo time malas tuh... hahaha!

    ReplyDelete
  9. Luna: hehe. sama la kita. masa rajin, kemas. masa tak rajin... haha. ;)

    ReplyDelete
  10. biasanya yang bersepah2 ni artistik punya org...yg kemas2 ni mmg dominan kat otak kiri..

    ReplyDelete

Ideas in words by