Friday, February 12, 2010

Diari Hidup dan Musik

4 Hari tak update. Nak tau apsal? Pasal aku agak busy. Pertama sibuk mencari rumah. Alhamdulillah baru tadi konfem booking rumah untuk tahun depan. Rumah yang sempoi dengan sewa yang murah. Dalam paling banyak masuk bil pun 70 pound seminggu, sekarang ni aku bayar dekat 92 pound seminggu. Gila jauh beza harga dia. Siap ada rumah lagi rumah tahun depan. Tumble dryer free. Sekarang nak guna dryer kena 1 pound sekali dry. Hampas tol. Semua duit.

Dan lagi satu. Ifek Marshall jack-hammer JH-1 aku dah sampai. Beberapa hari lepas. Dalam masa yang sama member aku zofu tolong otter gitar kapuk aku menjadi electro-coustic. Daripada kapuk kepada boleh cucuk sambung kat amp dan ifek dan keluarkan bunyi. Dapatla aku main-main dengan JH-1 aku dan juga DD400 (digital delay behringer). Memang behringer je. Tapi jadi la untuk aku yang baru-baru nak mula study ifek gitar ni. Pasal jackhammer tu, aku dapat untuk harga lebih kurang Rm105 je. Murah dan sempoi. Bunyi yang tak kasar dan jahat sangat pun. Tapi cukup kasar untuk tambah sikit berat pada bunyi clean + delay. Puas hati. Distort dan overdrive dua-dua ada.

Dah beberapa video dan buku aku baca tentang ifek ni. Belajar macam mana guna. Setakat ni yang aku berminat nak dapatkan untuk masa depan adalah compressor, reverb dan delay boss punya. Yang lain tak tau lagi. Super-chorus macam menarik gak. Kena lebih banyak membaca dan tengok video pasal ifek ni baru boleh decide.

Dah dua lagu aku buat. Post-rock. Yang bestnya untuk lagu kali ni. Ini adalah antara beberapa lagu yang aku buat sendiri yang aku puas hati. Yang aku rasa aku boleh bangga. Yang aku suka dengar. Serius, aku buat, aku masukkan dalam ipod aku dan dengar. Dah beberapa hari dah dengar lagu-lagu ni. Sambil-sambil layan explosions in the sky, this will destroy you dan creamson. Deepset tak ada pasal tak jumpa nak download kat mana. Siap record suara lagu second ni aku nak upload dalam myspace dah. Puas hati. haha.

Kerja makin berlambak. Setiap malam praktis. Tak theatre, ada kompang dikir barat. Sampai pukul 11. Tapi kompang lagi enjoy la dari theatre praktis. Kompang aku have fun main macam-macam beat. entah beat apa-apa masuk dengan macam-macam jenis lagu. Dikir kali ni memang barat habis. Lagu beyonce pun ada. Lagu hindustan pun ada. Dan yang bestnya semua boleh masuk. Kompang stail main pun dah lain sikit. Siap ada rolling tu yang aku tak tahan. Tekong kami, Jin memang gempak bab buat beat patterns.

Pukul 2.30 sekarang ni. Nak tidur. Sebelum tu aku nak ucap selamat study kat bumi orang untuk sedara aku di australia dan bulan di new zealand. Belajar-belajar juga. Tapi banyak benda lain lagi kat tempat orang yang kita boleh observe dan serapkan dalam diri untuk jadi lagi baik. Belajar tetap belajar, have fun tetap have fun. Kalau ada rezeki, australia dan new zealand dua-dua aku nak pergi.

Selamat.

10 comments:

  1. ok

    have fun have fun juga
    tapi bumi dipijak itu jgn kau lupa..

    ReplyDelete
  2. mahu jejak ke new zealand dan ausie juga!!!

    ReplyDelete
  3. Shemmi: tak lupa bumi malaysia macam mana pun aku disini. Tekak aku tetap tekak sambal belacan, bukannya fish and chips atau salt and vinegar. ;)

    najah: kau g portsmouth je jah. haha.

    Johan: Peh terbaik! terima kasih. Dah download dah. Mogwai aku layan sebelum ni biasa2 je. Sekarang baru mula selalu-selalu dengar. Layan gak. Tapi nak download tak tau kat mana gak la.

    Dodu: Menarik eh? nanti kita buat trip la kalau dapat. hehe.

    ReplyDelete
  4. cuba download soulseek. agak berguna untuk bertukar pendapat.
    :-)

    ReplyDelete
  5. avid: ada myspace. Nanti aku update balik bila dah ready sampler-sampler semua. ;)

    acoi: soulseeker aku try download dah tapi tak dapat create id. tak tau apsal. thanks weh. ;)

    ReplyDelete
  6. waddehel weh!!70 pounds a wekk including all the bills??
    dats sooo effing cheeeeap!!
    perasaan dengki melularluar okay sekarang.haha

    ReplyDelete

Ideas in words by