Thursday, January 14, 2010

Terima kasih

Sebelum aku tiba di UK, aku banyak buang masa di rumah. waktu2 cuti antara Mei hingga 4 Oktober tahun lepas memang aku isi sejahil-jahilnya. 4/5 bulan cuti, aku penuhkan dengan benda-benda yang tak berfaedah untuk masa depan. Aku main game puas-puas. Siang dan malam. Aku melepak dengan kawan-kawan aku. Apa-apa bahan baca seperti buku-buku, majalah-majalah mahupun suratkhabar utusan meloya eh, melayu memang aku langsung tak sentuh. Dilengkapkan lagi dengan aktiviti keluarga, main boling sehingga seminggu 3/4 kali. Hampir semua abang aku payung. haha. Sayang lebih sama abang aku. Ditambah lagi dengan kawan-kawan ada datang lepak Melaka lalu aku bawa jalan-jalan pusing-pusing Melaka. Makan? ah tak usah cerita. Apa yang aku tak makan sepanjang aku cuti itu. Cuma yang haram saja aku tak sental. Lain semua selamat masuk, selamat keluar. Dalam cuti itu juga sesekali terbuka hati aku mengikut mama pergi ke masjid, dengan ajaran ustaz Fuad al-maliki. Memang sempoi ustaz ni. Penuh orang datang dengar ajaran beliau. Macam2 ilmu. aku sukakan pendekatannya yang lain daripada ustaz2 lain. Ustaz2 lain rujuk buku dan membosankan. Bila aku dengar, aku mengantuk. Aku jadi khayal. Aku jadi tak berminat. Tapi bila ustaz Fuad, gaya beliau memang cun habis. Tambahan pula ada nasi beriani lauk kambing bila habis kelas dia. Berduyun-duyun orang berebut ambik makanan. Dengar ceramah agama angguk-angguk, tapi tang makan, ada juga yang berebut-rebut. Tak faham, tak faham. Kalau kelas-kelas agama, tak ada sesi makan-makan lepas tu. Agak-agak masih ramai orang atau tidak? Wallahualam.

Aku juga mengambil ketika untuk membantu abang aku dengan projek2 nya. Sekadar mana yang aku mampu tolong. Bagusnya bila ikut abang aku ni, macam2 aku belajar. Macam2 jenis orang aku jumpa. Macam2 pengalaman pelik2. Aku beramah mesra bersama nenek aku. Hampir2 sebaya Dr Mahathir nenek aku tetapi masih sihat walafit. Masih gagah menaiki tangga masjid ketika ramadhan lalu untuk bersolat tarawikh. Bercakap pasal ramadhan, aku tak lepas tarawikh. Alhamdulillah. Walaupun ketika di Ipoh tahun2 lepas, aku kerap kali tewas. Tapi yang lalu aku tidak. Sampai sepuluh malam terakhir, aku gagah kan diri juga untuk mengikuti mama pergi qiamullail. Imam arab nya pukul 12 malam ke 1 pagi aku tak follow. Lama sangat jika dia baca. Aku ikut imam masjid negeri yang pukul 3. Laju je. sempoi untuk anak-anak muda seperti aku. Yang masih berdarah muda, mau laju je. Tapi walaupun laju, bacaan imam tu sangat lunak, sedap, lancar dan clear. Aku sayang imam tu lebih.

Bila raya, havoc. Semua ada. Sedara belajar jauh2 semua balik. Sempat tengok semua. Ambil gambar. Daripada india punya, indonesia punya. Semua buat medic. Gempak2 sedara mara aku nih. Padahal waktu kecik2 mandi bogel sama2, sekarang dah buat medic kat india dgn indon. haha. Aku saja buat bahasa. Tapi nasiblah, senang sikit belajar bila buat bahasa ni, nak banding dengan medic.

Sampailah ketika aku hampir2 terbang ke sini, aku mula bershopping membeli barang2 keperluan. Makcik sana hulur sikit, makcik sini hulur sikit. Memang tradisi, anak mana nak sambung belajar, makcik2 akan hulur seorang sedikit bagi senang belanja ibu bapa. Ikatan kekeluargaan masih kuat. Alhamdulillah. Aku akan berusaha untuk teruskan tradisi keluarga ini bersama sedara mara yang lain.

Sampailah ke sini, aku dah tak melepak dah. Makan tak sedap2 dah. Buat kerja berlambak2. Sejuk2 belaka cuaca. Game yang aku biasa main siang malam pun aku dah berhenti dah. Lebih banyak masa aku habiskan dengan membaca. Macam2 buku kena baca. Yang bersangkut paut dengan pelajaran dan juga yang bersangkut paut dengan kehidupan. Daripada buku, aku juga banyak membaca di blog2. Blog2 di blog list sebelah tu rata2nya berguna dan banyak info2. Baik yang baik2 mahupun yang jahat2 mahupun yang Baeekkkk punya! semua ada. Fuh, aku harap aku boleh terus keep up dengan apa yang aku buat sekarang.

Pendek kata, terima kasih pada semua yang terus berinteraksi dengan aku di laman siber ini. Berkongsi segala input dan pandangan dan kritikan dan lemparan tahi. ;p

*Eh, follower aku dah lagi ramai daripada follower kat blog ni (klik sini), apa kata korang pergi blog ni dan follow. Bagi khatam habis. Aku jamin banyak benda baru kau akan jumpa.

Selamat

11 comments:

  1. tengah pulun habiskan satu novel english ni..
    target before fly nak khatam..
    tekad!

    ReplyDelete
  2. aku dgr mona nk ke uk nnt. au nk ikut. jln2. muahaha!

    ReplyDelete
  3. terbaik punya apa yang kau dah tapau nak bawa as bekal tu;
    moga selamat2!

    ReplyDelete
  4. zack: lagi sebulan nak fly. cepat cepat habiskan. hehe.

    coraline: ;)

    mamma: ye ke? banyak eh duit mona nak datang sini. haha. datang ah, boleh saja.

    pisey: memang terbaik. terkenang-kenang. terima kasih. selamat juga.

    ReplyDelete
  5. bagus aish maknenya ko dah makin matang.teruskan peningkatan mutu hidup ko tu.famili doakan ko dari belakang.backup besar jgn risau.haha

    ReplyDelete
  6. pis: hehe. backup besar tu. thanks.

    alierostam: peh, km melaka komen blog aku. haha.

    ReplyDelete
  7. seems like u hv all de time in de world..just like u bulan girl,i suppose..hidup melaya!

    maybe u two should open up an online newspaper..with dat combined skills of writing..u two can go far.. =)

    just an opinion btw..

    ReplyDelete
  8. muhammad: online newspaper seems too big for me to carry. but thanks niway. haha. ;)

    ReplyDelete
  9. haha anak buah rashid le katakan.haha

    ReplyDelete

Ideas in words by