Saturday, January 16, 2010

Implikasi wang hantaran

Salam.

Bercakap pasal wang hantaran. Hantaran ni lebih kurang macam umur juga. Umur naik tak turun-turun. Hantaran pun aku tengok makin lama naik, tak turun-turun. haha. Setuju tak?

Kita semua tahu hukum memberi mas kahwin dalam Islam adalah wajib diberikan kepada isteri. Pemberian kepada isteri mengikut kemampuan suami. Sama ada tunai atau hutang. Tapi itu cerita lain.

Apa pula kes dengan wang hantaran ni? Yang sebenarnya daripada pemahaman aku, wang hantaran adalah duit yang diberi kepada ibu bapa bini dengan seikhlas hati lelaki dengan tujuan untuk membantu belanja kahwin. Ikut yang aku fahamlah. Secara puratanya juga wang hantaran bagi keluarga 'biasa-biasa' sahaja sekarang ni atau keluarga rakyat marhaen adalah lebih kurang Rm8ribu - Rm10ribu. Dan ada juga keluarga-keluarga luar biasa yang mana meminta sehingga Rm15000, atau melebih-lebih dengan alasan anak mereka berpendidikan tinggi. Ada dokumen yang bergelar ijazah. Oh begitu gamaknya bagi mereka ini.

Aku nak membincangkan implikasi wang hantaran yang semakin lama semakin menaik ni. Pertama aku rasa rata-rata gadis mesti mahu berkahwin dalam usia agak awal. Lebih kurang 25 tahun begitu kira usia yang cantik-cantik untuk gadis-gadis. Ada juga yang lebih awal, usia 21 tahun sudah berkahwin. Yang berkahwin usia 16 tahun tu dan dalam keadaan membuncit, kita faham-fahamlah kenapa. Tetapi ada juga golongan wanita-wanita korporat yang sehingga berumur 30 tahun pun masih belum kahwin dengan macam-macam alasan seperti tiada masa, tiada lelaki setanding dengan apa yang dia mahu dan sebagainya. Tapi pendek kata, rata2 gadis mahu berkahwin dalam pertengahan 20an.

Apabila gadis mahu kahwin dalam usia sebegitu, lelakinya yang mungkin sama umur, atau tua setahun dua. juga baru berusia pertengahan 20 an. Mungkin baru masuk alam pekerjaan. Mungkin baru-baru mula nak merasa memberi duit kepada ibubapa, membalas jasa. Yang jahil tu, baru2 nak merasa belanja kawan-kawan clubbing. baru mula merancang nak beli rumah, kereta dan sebagai. Gamaknya duit gaji bulan2 kita ambil yang stended gomen. Rm1600 tambah elaun2 setempat Rm2000. Kumpul lima bulan sambil makan pasir barulah cukup nak bayar buat hantaran. Itu kalau kumpul 5 bulan sambil2 makan pasir, kalau makan meggi dah lain sikit belanja. Kena tolak beberapa duit untuk beli meggi. Kalau jenis badan gedabak, nafsu kerbau, nak makan udang je. Berapa bulan agaknya kena kumpul tu? Maka dari sini kita tengok benda ni tak selari dengan konsep perempuan nak kahwin awal, tetapi lelaki tak ada duit nak kahwin awal2 untuk bayar hantaran.

Itu kalau yang bergaji stended gomen lepasan ijazah. Bagaimana dengan mereka-mereka yang bergaji lebih ciput daripada gaji itu? Kan ke menyeksakan mereka?

Selain itu, hantaran yang mahal2 ini tidak menggalakkan lelaki untuk kahwin cepat2. Mahal nau nak bayar. Maka terhasillah situasi-situasi seperti duduk sebumbung tanpa ikatan perkahwinan dan anak luar nikah.

Kemudian keluar pernyataan seperti, aih diorang ni nak jual anak ke. Tak ke memberi impresi yang buruk kepada keluarga itu. Ibarat seperti nak menjual anak dibandingkannya. Perghhh. pedas, pedas.
Kemudian keluar juga pernyataan seperti, kalau tak mampu bayar hantaran banyak tu, macam mana nak kata lelaki tu mampu jaga anak aku sepanjang hayat. Hantaran Rm10000 pun liat nak bayar. Erm, logikal juga pernyataan ini. 10ribu tak mampu bayar, macam mana mampu jaga sepanjang hidup kan? Baik! aku kata macam ni. Rata-rata boleh bayar Rm10ribu. Tapi nanti bini jangan minta shopping nak beli macam2. Makan bila dah kahwin, sukat. Sehari makan 2 suap je. Sebab duit habis dah buat hantaran. Tak yah beli kereta, mana ada duit nak buat downpayment. Pergi kerja naik bas. "Sofa-sofa mahal bagaimana pula?" Kata isteri lagi. Jangan diimpikan buat masa sekarang ni, balas suaminya. Hurm, honeymoon kahwin kita? isteri terus bertanya. Jom kita pergi town tidur kat rumah tumpangan Ah Sam, itu ja abang mampu. Jangan pasang impian mahu ke Bali atau Bandung atau Hawaii. Dapat Pulau Pangkor pun kira bersyukur.

Dan nisbah lelaki dan perempuan sekarang semakin lama semakin besar. Kita tengok tanda2 akhir zaman perempuan melebihi lelaki. Walaupun tengok sekarang perempuan cuma melebihi lelaki 0.68% sahaja mengikut perkiraan CIA amerika pada tahun 2007, tetapi aku rasa memang perempuan sudah lama melebihi lelaki. tengok sahaja di universiti2, siapa lebih ramai? Purata student perempuan semakin tinggi. Lelaki-lelaki lebih ramai masuk uniserenti, unipenjara dan sebagainya. Kira yang gangster2. Kira yang hisap gam. Kira yang merempit. Gadis2 nak ke kahwin dengan mereka2 ni? Nak kahwin dengan mat gam? atau mat rempit? atau mat gian? atau mat ragut? Mana gadis nak kahwin dengan lelaki macam ni sila angkat tangan, aku nak tahu. Tetapi makin tahun makin ramai lelaki-lelaki yang menjadi semakin tak berguna. Gadis2 mestilah nak kahwin dengan lelaki berguna, baru terjamin masa depan. Betul tak? Walapun ramai gadis2 yang kurang bijak terperdaya dengan lelaki2 yang mula2 nampak alim tetapi sebenarnya liar, aku tetap pasti tak akan ada gadis mahu berkahwin dengan lelaki tak berguna.

jadi mengikut perkiraan aku, nisbah lelaki berguna untuk menjadi suami dan nisbah wanita untuk dikahwini semakin sedikit. Makin lama-makin sedikit lelaki2 berguna. Jadi sepatutnya, lelaki2 berguna disanjung lebih tinggi. Janganlah minta hantaran mahal2, nanti lelaki berguna tak mahu kahwin dengan anak kamu. Siapa nak kahwin dengan anak kamu? Silap haribulan anak kamu mendapat duda atau mat-mat seperti di atas. Kan ke naya.

Jadi hantaran patutnya tidak terlalu melebihi kemampuan kerana diibaratkan seperti menjual anak. Namun tidak sepatutnya terlalu murah kerana rata2 mesti tak nak malu dengan jiran tetangga bila ditanyakan berapa hantaran, lalu dijawab RmXXXX je. Cik Kiah jiran tetangga terus sahaja menyahut, "Ek eh, kau minta banyak tu je untuk dia kahwin dengan Saloma anak kau?" Bercakap pasal cik kiah jiran tetangga, orang2 macam cik kiah lah juga yang menyebabkan hantaran semakin mahal. Sikap bersaing. Aku tahu, berdaya saing itu memang bagus. Tapi janganlah sampai salah tafsir berdaya saing. berdaya saing tu mempunyai kelebihan untuk bersaing dan bukannya membuat sebarang persaingan seperti berlawan membeli sofa atau berlawan harga hantaran siapa lebih mahal.

Bagaimana nak atasi masalah hantaran ni? Untuk gadis2, carilah balak2 yang tua sekurang-kurangnya 5 tahun dari anda. Paling tidak bila usia kau menjejak 25 tahun, dia berusia 30 tahun dan bersedia untuk mendirikan rumah tangga.
Untuk lelaki, buat janji dengan bakal isteri. "Mak you minta i Rm18,181 duit hantaran. Kita cutting 50-50 ok? Kalau tak, i tak cukup duit lagi nak kahwin dengan u sekarang. Terpaksalah you tunggu tahun depan baru i cukup duit." Bila saja dengar perkataan tunggu daripada lelaki, gadis2 mesti sanggup punya. lagipun sharing is caring kan? Seperti orang kata, kalau sayang takkan tak sanggup bayar hantaran tu? Katakan juga kepada gadis, kalau sayang you mesti sanggup kongsi 50-50 dengan i kan?
Bila kau agak2 dia cuak sikit, kau tekan lah 80 percent daripada dia. Baru kapitalis. haha. Lagipun ajaran hantaran mahal-mahal ini pun memang selari dalam memuaskan nafsu materialistik dan seterusnya bertepatan dengan konsep kapitalis.

*Tapi kalau dah sayang sangat, sanggup je lelaki tu bayar kan? Cuma, sanggup ke gadis-gadis itu tunggu? ;)

Ini Entri beregu bersama blog ini <-- klik sini.

Selamat


21 comments:

  1. halamak bro!! nie entry menyentap jiwa neh!! boleh print pastu kasik mak mertua baca.. kompem dpt discount!!

    ReplyDelete
  2. asyraf: haha. boleh. percent bagi kat aku sikit.

    ReplyDelete
  3. terbaik ah.. sangat detail penerangan.. kalau ade jugak nak counter point ko neyh, memang saje je ar.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. aku suke ni....
    tapi mak bpk dieorang xkesah...jnji hantaran dpt hantaran byk..

    ReplyDelete
  5. dah lama aku nak tulis pasal benda ni tp ko buat dulu kan...aku nanti dulu ah...haha...

    mmg betul. mak bapak skang buat anak pompuan macam komoditi lak. ada degree, mesti lebih 10k. tak hairan la banyak kes rogol, 3gp blur apa suma..

    btw, cadangan ko x bole blah! haha...nanti aku ckp kat bakal bini aku...

    ReplyDelete
  6. eh, umur kau berapa? ada lebih 5 tahun dari aku tak? (Bulan, saya gurau saja ;p)

    Teringat aku short film pipipayong: terpaksa merompak untuk kawin. hahaha! rompak bakal mertua sendiri plak tu. hahaha!

    ReplyDelete
  7. Dodu: kalau ada yang kaunter, aku jawab!! hahaha.

    naqib: Memang betul. Rata-ratanya. Dah jadi macam satu adat, tapi adat yang menuju ke arah materialistik.

    avid: cadangan aku tu bernas untuk kita, lelaki. hahaha.

    Luna: haha. eh, apa judul short story tu? nak tgk juga.

    ReplyDelete
  8. xtau kenapa bab duit hantaran, aku rse aku xmo menyusahkan pihak lelaki bg byk2..setakat yg mampu sudah...
    good post btw

    ReplyDelete
  9. Att: Untung sapa dapat kau att. haha.

    ReplyDelete
  10. gila..baru je ckp2 dlm telefon, tros post..pantas ye anda..haha!!

    ReplyDelete
  11. haha..info yg sangat bagus.
    nak2 bende nie mmg selalu terjadi la nie.
    mintak beribu2..takut ader yg terdesak smpi pinjam ceti.
    tue yg patut dielakkan.

    ReplyDelete
  12. Hantaran takkan jadi masalah. Kalau dah sayang, anything pun sanggup kan. Nothing will stop u.

    ReplyDelete
  13. bintang: bab2 ni saya pantas. ;)

    qistina: betul3x. pinjam mak ayah pun tak patut sebenarnya.

    bulan: ok, kita 50-50 k? kalau dah sayang. ;p

    ReplyDelete
  14. hantaran aku tak mahal pun..
    10 ribu jek..
    *tercekik*

    ReplyDelete
  15. Aku merayu.. jangan lah seksa aku minta banyak-banyak...

    Aku orang susah..

    ReplyDelete
  16. masalahnya sekarang bukan jumlah populasi lelaki tak ramai. malah lebih kurang je.

    tp jumlah lelaki yg berkulaiti yg boleh dibuat laki yg semakin berkurangan.

    lagi2 pulak sekarang ni bukan sahaja perempuan perlu bersaing dgn perempuan yg lain nak dapatkan seoarang lelaki berkualiti, ttp kena juga kena bersaing dgn lelaki lain nak rebut lelaki..haha

    mungkin kerajaan perlu bagi insentif dan menghargai lelaki2 begini? hahaha

    lama tak dtg blog ni. kau study apa kat UK? InsyaAllah aku akan ke sana tahun depan.

    ReplyDelete
  17. aku dah lupa la dude~ haeh. hari tu kat maskara ada tayang, cuba cari kat blog dia.

    ReplyDelete
  18. 50-50? Okie. 10x ok kan?? Hehe ;p

    ReplyDelete
  19. zack: 10ribu? erk. kenapa 10ribu? Minta la Rm2500 ke, Rm3500 ke. Jimat sikit.

    Dodu: Orang senang pun tercekik kalau minta banyak2. haha.

    Basuh baju: haa. tu la yang aku cuba nak cakapkan. mungkin akan sampai satu hari mana, perempuan bayar hantaran pada lelaki pula. haha. aku buat kursus tesl dekat uk.

    Bulan: 50-50 tu ok. hehe.

    Johan: thanks. baru lepas baca. aku tak ada apa-apa against budaya duit sumbang tu. Budaya yang baik dan merapatkan hubungan sesama, menggalakkan bantu-mambantu. Tapi bila adaptasinya disalahguna, jadilah salah. Akhirnya, bergantung kepada macam mana kita view culture itu dan orang2 yang melaksanakan culture itu juga.

    ReplyDelete
  20. im getting married to a wonderful person. i know he is capable of forking out 10k for hantaran or maybe more. but i think my parents have enough money for my side's reception, so my fiance spend the 10k for our honeymoon and insya-Allah w more money saving up, d/payment for our future house ;)

    ReplyDelete

Ideas in words by