Thursday, June 18, 2009

Review - Batam di hari pertama

Apa khabar? Agak lewat ni. Tapi aku terasa nak online dan berblogging.

Aku duduk di I Hotel. Simple sungguh nama hotel dia. Boleh tahan selesa dan mengancam. Harga pun affordable. Cuma Lobby berbau hapak sedikit. Sedikit ja.

Pemerhatian aku di Batam:

- Orang Malaysia selalunya dilayan seperti dewa. Ye lah, tukar Rm380 je pun dah jadi jutawan kat sini. Gila aku dah jadi orang kaya. Jutawan!

- Traffic kat sini sungguh prihatin. Aku naik toyota avanza yang dipandu oleh pak Rudy. Lintas jalan lalu je. Kereta2 lain akan tunggu. Tak ada macam Malaysia, dimana akan keluar ayat2 seperti, "Kau ingat jalan bapak kau?" atau "Buto la. Jalan la weh!" dan lain2.

- Pak Rudy ni badannya sasa. Selalu minum susu beruang. Iye! Bear Brand. Susu beruang. Cuma perutnya buncit sedikit. Tak sempat aku tanya kenapa.

- Makan disini kering. Jarang2 berkuah. Tapi sedap! Tengok kedai lah. Aku dinner makan kepiting(ketam), udang butter, baby sotong, dan siput sedut. Fuh. Ketam dia, mengancam. Baby sotong dia sebesar jari kelingking aku je. Tapi rangup dan lemak berkrim. Semua menarik selera. Cuma, kering sikit ja.

- Di tengah2 bandar yang banyak hotel2 besar dan resort, ada juga banyak squatters. Inilah Batam. Warung tolak tepi jalan jual beer pun banyak betul. Bebas kat sini.

- Batam ialah satu bandar pelancongan yang agak terkemuka. Ramai pelancong asing. Ada pantai2. Pusat makanan tepi laut. Singapore dollar lebih laku di sini daripada US dollar.

- Ramai jawa. Kacukan Belanda tak berapa ramai kat sini. Diulangi, jawa ramai.

- Sim card yang aku beli ialah simPATI = sim Pendatang Asing Tanpa Izin. haha. Harga 15000. Topup 50000. Satu msg ke Malaysia lebih kurang 5 - 6 ratus.

- Aku penat dah ni. Nak tidur la pula. Esok nak pergi Nagoya. Berjalan2. Best betul bila jadi jutawan ni.

- Kalau kau jahat, boleh cari syurga dunia di sini. Syurga dunia je lah.

Selamat malam. Kalau senang aku review lagi esok ya! Selamat malam bapak2 dan ibu2 semua. Tidak lupa juga buat nona2 cantik diluar sana. =)

14 comments:

  1. ahaks. menarik gile rupanya indon ini. bunyi seronok saja. Aku pun kalau berkesempatan mahu melancong tapi tengah pokai. Nagoya??? bunyi can Jepuuunnn saje.

    ReplyDelete
  2. aku kepingin nona manes kacok belanda. kahkahkah.

    ReplyDelete
  3. haha berjaya gak ko menapak ke negarakedua aku ni eh. tapi jgn ko layan syurga dunia kat situ dahle. memang senang gler nak dapat tapi xyahle. satu lagi kalo bleh ko rajin2le tgk tv sini.skang ni rgh panas hubungan msia indonesia. tv asik provoke je rakyat supaya benci msia.even skang ni ade beberapa demo anti msia.kat kedutaan kat jakarta tu pun dah 2-3 kali org demokan.satu lagi jage2 penipu.

    ReplyDelete
  4. Eh, dah boleh masuk syurga?:P

    ReplyDelete
  5. hehehe.. careful there faiez...

    aku mao ko bwk pulang souvenier + teh kotak yahh!! sedap amat neh!

    ReplyDelete
  6. best la tu kt batam eh?
    my mum pun rse die jutawan bile gi indon(bkn kt batam lah)..

    ReplyDelete
  7. Hai Bapak jutawan!

    hahaha!

    Take care ok!

    ReplyDelete
  8. buah tangan jgn lupa ya!

    aku janji bg resepi baru kat kao.

    haha =p

    ReplyDelete
  9. Nagoya jepun ke...nagoya kedai kain nagoya?

    ReplyDelete
  10. Gila tak sabar nak pergi Indonesia! Eh bro, kenapa beli sim card sana? Macam duduk terus je. Telco Malaysia kan boleh je guna kan?

    ReplyDelete
  11. faiz!! belanja kain ela1! nak wat baju raye.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Buat anonymous:
    Memang menarik. Agak lain lah daripada sini. Nagoya tu supermarketnya. Murah2 barang. Besar. Kedai makanan pun banyak.

    buat Jalankopi:
    Kacuk Belanda tu nanti dapatlah saing2 yang selalu keluar sinetron tv3. Dalam tu semua lawa2 belaka. Marketable sungguh. haha

    buat apis:
    TV sana iklan dia tak tahan. Kelakar dalam bahasa Indonesia. Ceritaa cina pun ada gak. Kat Batam tak anti Malaysia sangat. Tapi aku dengar yang kes Sultan Kelantan tu dia buat filem. haha. Kecoh betul.

    Buat Hidemichi:
    Ini namanya syurga dunia ya pak. Dimana gadis2 nya cukup molek melayan bapak. haha.

    Buat sha sha:
    Careful apa nya? haha. Teh kotak? tak jumpa pun. Susu Bear Brand ada lah.

    Buat Att Ashburn:
    Batam menyeronokkan. Hehe. Indonesia memang menyeronokkan pun. Currency rendah kan. Belanja sakan la.

    Buat Luna:
    heh he. iya non. Bapak baik2 aja. =)

    buat kayla:
    resepi baru? masakan perak ke? nak nak.

    buat shemmi:
    Nagoya itu pasaraya nya. Shopping centre lah.

    buat Airin A:
    Mahal kalau pakai Malaysia punya. Charge double. Lagipun apa salahnya. Boleh simpan buat kenangan. heh he

    buat mamma mia:
    Baju raya? haha. jauh lagi tu. Berapa bulan lagi.

    ReplyDelete
  13. huish..
    cm best je.....
    bleh jdi jtawan aku dok sne....
    best2,siap ade syurga.....
    dpat aku byangkn....
    huhuhu....

    ReplyDelete
  14. Ingatkan Nagoya Textiles..hehe..

    nak juga gi sana..mcm best la sgt..

    awak kata makanan yang awak makan kering2 kan..yelah, di darat mana ada air..so keringlah..ahaks..(just kidding!)

    ReplyDelete

Ideas in words by