Dalam pada mengemas barang-barang dan bilik, aku buka kedua luggage yang dibawa dari Malaysia. Terlihat semuanya tersusun rapi didalam luggage membuat aku haru teringatkan mama yang tolong mengemas barang-barang aku hari tu. Terlihatkan bekal makanan, kuih raya dipacking cantik, rempah-ratus dilabel rapi.
Terlihatkan kek coklat buatan kain yang dikirim dari Bulan serta patung khas dari New Zealand.
Hmm, kadang aku selfish. Sampailah aku tersentak melihat realiti. Jikalaulah semua dicipta indah didunia, perhubungan dicipta menyayangi dan pertemuan dicipta untuk pertemuan berikutnya tanpa adanya perpisahan, tetapi dunia seperti tu dalam cerita fantasi saja.
Dengan harapan tahun depan masih ada mereka yang aku sayangi, terutama Nenek yang menjangkau pertengahan 70. Tak akan aku lupa ciuman buat dan dari nenek tatkala berhenti dirumah nenek sebelum menuju Sepang semalam.
Baru sekejap, mula merindui. Memang hati manusia selalu lemah diwaktu sunyi. Baru aku mengerti perasaan baba.
Biar hari ini aku disini cuba mengejar apa yang mampu aku capaikan. Kau berilah aku kegembiraan sebaiknya kerana memang semua milik Kau.
Selamat.