Friday, July 23, 2010

Muhasabah: Pembebasan minda

Pembebasan minda adalah penting untuk melahirkan diri dan masyarakat yang lebih sedar dengan keadaan sekeliling serta tau apa yang mau dilakukan dalam sketsa-sketsa kehidupan harian. Ini adalah ayat cliche tapi berapa ramai orang yang betul-betul tau tentang konsep pembebasan minda atau buka minda. Semua berbeza dengan pendapat masing-masing. Tapi aku mau kongsi perkara yang aku rasa penting untuk kita lebih berupaya membuka minda. Ianya mudah, simple tetapi susah untuk dilakukan jika kau sudah terlalu taksub dengan perkara ini atau jika hidup kau berlandaskan perkara ini.

Aku akan sarankan kurangkan television dan lebihkan membaca. Sebenarnya menonton tv juga merupakan aktiviti membaca. Cuma bezanya tv bersuara tetapi buku tidak. kerana tu, kita lebih senang dengan tv kerana tak perlu susah-susah berusaha untuk mendapatkan isi, semuanya akan disebut. Namun yang jeliknya tv pada hari ini sudah menjadi lebih 90 peratus hiburan. Ini gampang!

Cuba tanya dalam diri semula, bila tonton tv apa yang kau mau tengok? Rancangan apa yang favourite? Dan kenapa kau menonton. Jika menonton sekadar untuk melepaskan lelah bekerja, cukup sekadar sejam rancangan. Tapi jika terus-terusan melayan drama Indonesia 3 cerita dalam sehari selama 5 hari weekdays, maka itu gampang! Abaikan makcik-makcik dan pakcik-pakcik buat masa ini. Aku kata kepada kau, anak muda!

Seterangnya bagi aku, television itu melesukan fisikal dan minda. Kau beri anak kecil kau menonton tv dari kecil, aku pasti 2/3 peluang untuk dia rabun meningkat. Confirm! Itu fisikal, tak apa. Ada cermin mata untuk mengubati. Cacat minda, bagaimana mau mengubati? Untuk apa disajikan 90 peratus program untuk semata-mata berhibur? Jangan lupa lirik, konsert, drama swasta, talk show selebriti, dan apa saja lagi yang boleh mendatangkan duit. Paling mengharukan, benda-benda sensasi dan bodoh lebih banyak mendatangkan duit didalam budaya Malaysia Wawasan 2020. Lihat saja paper-paper, highlight tentang buang anak dan iklan membesarkan zakar semakin menjadi norma bukan?

Meninggalkan televisyen daripada medium hiburan bukan sesuatu yang mudah jika sudah sekian lama kau menghambakan diri dengan rancangan-rancangan yang disajikan. Tetapi jika difikirkan balik, apa motif kau menonton? Semua boleh dijawab sejujurnya dengan hati dan akal sendiri.

Seterusnya langkah yang lebih payah daripada meninggalkan televisyen adalah mula membanyakkan pembacaan. Tidak kira apa medium, topik dan penulis. Bacalah selagi boleh. Paling mudah dan meluas, internet. Bermacam perkara boleh dibaca diinternet saban hari tetapi membaca bukan bermaksud mempercayai. Apabila membaca, perlu dilihat dari banyak sumber. Dan seterusnya untuk perkara yang serius, perlukan research maka buatlah selagi boleh. Kerana aku percaya, orang yang tidak membaca adalah mustahil untuk dia menjadi lebih berilmu. Setakat baca teks mesej, atau iklan sales 70% TopShop tak akan kemana.

Sebenarnya hidup ini amat singkat. Tetapi yang lebih menyedihkan bila kita lebih menyingkatkan hidup dengan benda-benda yang setakat one night stand. Come and go, without benefits. Jika hari ini kau rasa kau lebih selesa untuk menonton televisyen dan sekadar membaca metro percuma, teruskan hidup kau kerana itu memang kehidupan yang kebiasaan. Namun kebiasaan untuk orang kebanyakan yang dikatakan normal kerana menyerupai antara satu sama lain. Lalu apa sebenarnya normal? Jika menyerupai orang kebanyakan yang lain itu normal, maka aku tak kisah jika tidak normal. Kerana mat rempit dan hisap gam pun sudah semakin dipandang normal dalam hidup ni walhal normal ke semua tu? Dan manusia gila pangkat dan kuasa juga dipandang normal, tetapi normal ke? Biar aku mendefinisikan normal mengikut apa yang aku setujui. Kerana semua ini adalah bullshit.

Selamat.

10 comments:

  1. suka do entry entry kau.
    aku sokong.
    semenjak dah remaja ni, aku semakin kurg tgk tv.
    sebab rancangan semua sucks.
    kalau aku tgk pun, rncgn lawak2 je.
    bagi tenangkn pikiran.
    kdg2 teman mak dgn nenek aku tgk ceramah pagi kat tv3.
    tapi aku pun cukup meluat dgn mcm mcm rncangan realiti skg.
    akhir zaman.

    ReplyDelete
  2. i'm abnormal. :)

    but actually, individuality is everything everyone has. Everyone is trying to be different nowadays. That's what I see from people around me,at least.

    Then again, it is so human to feel that they belong somewhere, so, yes, we do succumb to norms and mores of the society.

    ReplyDelete
  3. Fontonk: ceramah pun yang jenis soalan siap sedia untuk penonton pun kelakar juga. haha. Realiti tv dan konsert free makin membunuh scene indie negara.

    Luna: Most people succumb to norms but not all the we. To belong somewhere not necessarily we be like them in everything they do.

    ReplyDelete
  4. Bagus punya.

    Pembebasan minda minda dapat mengkaji, menyoal, mengkritik, mengolah... tanpa dibendung apa-apa.

    Kerana kalau fikiran pun sudah dibendung, di mana lagi ruang untuk manusia mengenal diri, dunia, konsep-konsep lain, kebenarannya, dan selainnya?

    ReplyDelete
  5. Sivakumar: yes Siva. Betul. Paling rugi bila jadi manusia yang orang lain fikir untuk kita.

    ReplyDelete
  6. dulu,pantang ada masa free,mesti buka TV.

    sekarang,dah meningkat dewasa,mungkin kematangan pun sudah bertambah.jarang buka TV.nak explore benda baru melalui pembacaan.

    iya,apabila membaca sesuatu di Internet,kena tengok dari pelbagai perspektif dan sisi.itu yang terbaik :)

    ReplyDelete
  7. stuju dgn reverie

    kebanyakkan rancangan tv majoriti adalah hiburan.kerana rancangan hiburan mendatangkan duit.

    perkara ni pernah dibangkitkan dalam parlimen satu ketika dulu.

    sekarang dah sejuk. Bila dah sejuk syarikat2 tv semakin rancak meneruskan agendanya.

    Apabila tv tak letakkan garis panduannya, maka masyarakat rosak. Pemikiran masyarakat akan mudah dibentuk dgn rancangan tv yg teruk terutama golongan kanak2 dan golongan kurang pendidikan.hasilnya,berlakulah jenayah,cerai, zina, penindasan, kemiskinan, rasuah dan lain2

    we have a sick society

    pesakit semakin ramai,ubatnya dah ada tapi doktornya kurang.

    ubatnya adalah ajaran Islam.doktornya adalah kita faiz.

    ReplyDelete
  8. squesha: nasib baik aku memang dari kecik jarang tonton tv. Teruskan membaca!

    ehsan: insyaAllah. Jika tak mampu jadi doktor, jadi pengamal pun sudah baik.

    ReplyDelete
  9. info tentang membesarkan zakar di SIHAT SELALU - Teknik Membesarkan Zakar

    ReplyDelete
  10. armouris: kah kah kah. tak cukup besar ke beb?

    -Reverie-

    ReplyDelete

Ideas in words by