Friday, July 16, 2010

Bumi rezeki - A. Samad Said

Bumi Rezeki

Tak betul billiona tergogok—
bantah kuasawan nan belolok.
Sebab, jika itulah yang benar,
mengapa dana tampaknya segar?

Sangat keruh hujah sang kuasa;
terlalu arif berpantun lidah.
Maka, yang luhur diheboh kotor;
yang bening pula ditakbur tohor.

Bumi Cik Siti nafas rezeki
minyak mengalir tanpa royalti.
Cucu Tok Janggut saja ditekan;
sesekali diberilah wang ihsan.

Iktisad bangsa sedang terluka;
pintar dihias cantik gerafnya.
Sebenar, titis peluh rahsia:
Minyak Kelantan penyeri dana.

9—16, Julai, 2010. A. SAMAD SAID

Tertarik untuk berkongsi bait-bait indah ini yang begitu memikir dan menusuk.

*Blog Pak Samad ada disini.

2 comments:

  1. terjumpa pak samad kat mid.
    nak borak tapi malu. haha.
    nak bergambar pun malu.
    pak samad kreatif.

    ReplyDelete
  2. fontonk: adeh, bergambar. rugi tak. memang kreatif. terbaik.

    ReplyDelete

Ideas in words by