Sedikit informasi yang aku tak tau berguna atau tidak, cuma mau dikongsi untuk rakan-rakan yang bakal ikut serta ke bandar kecil Coventry hujung tahun ini nanti. Apa yang boleh dibuat dan dibawa?
1. Grads card, memberi lebihan 10kg sekiranya menaiki MAS airlines. Maka boleh bawa 20 + 10kg lagi untuk ke sana. Dengan Grads card inilah seorang member berjaya membawa naik bantal busuknya menjejaki heathrow. Buat Grads card di MAS punya ofis, aku lupa dimana tapi di dalam KL kalau tak silap. 5 daripada 5 bintang disyorkan!
2. Baju sejuk tidak perlu seperti mau ke eskimo! Dijangka waktu tiba nanti antara mau masuk autumn maka sejuknya ibarat Genting Highland saja cuma mungkin sejuk sikit. bagi yang berbadan seperti Farahin, bolehlah pertimbangkan untuk membeli jaket yang sedikit tebal. Jika Hanif, maka tidak perlu. Ini kerana, disana boleh dapat dengan harga murah semurah 50pence. Kasut tebal dan mahal tahan sejuk juga tak perlu pun!
3. ISIC Card, ibarat kad pengenalan pelajar diluar negara. Dalam promosinya terdapat banyak diskaun dan offer tapi hakikatnya aku masih gagal menggunakan barang satu diskaun pun melalui kad ini. Mau beli pisau pun jarang-jarang lepas menggunakan kad ISIC ini. Kerana pisau disana perlu over 18 ke 21 baru boleh beli. Hanya 2/5 disyorkan. Beli buat tunjuk pada member untuk suka-suka.
4. Periuk nasi yang besar perlu ada satu jika anda malas mau membelanjakan wang membeli disana. Kongsilah 3 orang satu periuk. Besar kerana nanti boleh masak banyak-banyak dan panggil kami makan bersama. =)
5. Pakaian. Hmm, disana boleh dapat dengan harga yang murah-murah juga. Jika hamba brand, maka disana banyak pakaian branded yang murah-murah belaka. Elaun pakaian Rm700 kau tu kalau convert pound sekarang dapat banyak kerana pound sudah rendah. Lebih 100 pound boleh buat beli bermacam-macam pakaian disini. Aku beli pakaian untuk 3 keluarga aku dan saudara-saudara pun 100 pound saja. Jadi bawa ala kadar pun sudah memadai. baju batik jangan lupa bawa! ;)
6. Pek makanan segera. Harus diingatkan bagi aku dan sesetengah rakan, Megi tomyam Adabi dan Megi goreng ruski tergolong dalam makanan mewah ketika disana. Pek-pek bubur instant dan segalanya yang sekadar tuang, tunggu dan makan adalah amat digalakkan. Perencah ayam seperti masak merah, masak madu dan sebagainya amat berguna dan memudahkan. Maka 5/5 disyorkan bawa banyak-banyak. Lebih penting daripada pakaian kerana sepek megi disana berharga 2 pound kalau tak silap.
7. Laptop dikira beg asing dalam MAS kalau aku tak silap, sila confirm lain. 10kg check in bawa naik atas dan 20kg untuk yang masuk cargo. dengan Grads dapat 30kg untuk yang masuk cargo. Champion setakat ini adalah Arah seberat 54 kg kalau tak silap. hahaha. Aku syak dia bawa dapur gas sekali waktu tu.
8. Stationaries bagi aku adalah lebih mahal disana berbanding Malaysia. Maka barang-barang ringan seperti pen stabilo, highlighter dan sebagainya boleh beli disini dulu siap-siap kerana bagi aku adalah lebih penting beli stationaries daripada pakaian disini untuk bawa ke sana.
9. IKEA mahal. Pergi Primark sudah nanti untuk barang-barang seperti duvet, towel, baju, alas lantai, seluar dalam dan sebagainya.
10. Bersedia untuk menjadikan kentang goreng sebagai makanan ruji anda! Dan nanti lepas buat akaun bank, kau boleh guna iphone dan blackberry dengan harga 25-40 pound sebulan, bagi yang hamba phone mahal, maka tak perlu beli phone mahal disini. Simcard untuk call Malaysia nanti, gunalah Lebara. Tapi skype call lebih murah dan boleh video call.
Tambahan: Untuk yang mau meminta wang nanti dari ibu ayah, digalakkan buat akaun HSBC disini. Kerana HSBC international sampai ke Coventry. Maybank international juga cuma sekadar diLondon. Waktu nak buat HSBC jangan kata kau student, dia tak beri kemudahan pada student untuk buat akaun lagi kalau tak silap. Cuma mungkin kena prepare banyak sikit untuk starting deposit untuk buka akaun diHSBC.
Ini saja yang aku ingat setakat ni. Apa-apa soalan, boleh bertanya kepada kami. Tak ada masalah, jangan malu jangan segan, sampai sana buatlah jamuan!
*Kalau jumpa disana nanti tegur-tegurlah ye. =)
Selamat berlepas!
Laptop kira asing~
ReplyDeleteBawak SERUNDING weyh!!! Penting!!
saya ulang.. SERUNDING!!!!!
selamat berlepas
ReplyDelete3 benda :
ReplyDelete1. aku bangga nama aku disebut..
2. dh mendarat nanti, benda pertama anda harus buat adalah daftar MSA & KELAB UMNO COVENTRY
3. untuk keterangan lanjut, sila join MSA FRESHER'S CAMP..
sekian,
VICE PRESIDENT
WARWICK MSA 2010/2011
nice one faiez! HSBC Coventry byk songeh ke? ktorg yg Leicester sume lepas buat akaun kat HSBC dgn admitkan diri student. siap dpt akaun Amanah lg. xperlu deposit pun.
ReplyDeletepergh arah 54kilo!
faiez tulis lg! mahu lg mahu lg!!
weh,brguna sngat ni bro!
ReplyDeletebleh la aku prepare ap yng ptut nk bwak nnti...
yeah...sangat,,bergune..thankss..
ReplyDeleteselaen periuk nasi,ade ape2 barang electric yg bole bwk dr sini x?or bole bli kt sane je?
ReplyDeletelagi 1,pre-departure briefing from warwick will be held dis 14th july,worth it x kalau pegi?
btw,thanks faiez.:) sgt bergune utk kitorang!
weh..berguna sangat ni..member hang yg bawak bantal busuk tu mezt hensem dan bergaya kan?pergh..bantal busuk da melancong kut..
ReplyDeleteala..barang2 xpayah risau..IKEA ada,ARGOS,korg list kan aje..semua ada..btw, for korang punya acco,better ambik liberty park..udara nyaman ditambah dengan conducive environment and guard2 yg berbudi bahasa,pasti akan membuatkan pengalaman tinggal di UK bertambah manis..ayuh tinggal di liberty park!!!
ReplyDeletegood one faiez..
ReplyDeleteto adik2,
you dont have to make ur bag super heavy. UK is more or less mcm malaysia daa.. hahahaa... brg lectric bak kta faiez bwk je periuk nasi... rice cooker ada je jual.. kalo malas sgt nk bwk.. xde hal lah...
never spend ur money dekat universal travelers tuh... x berbaloi. Primarks murah lagi... =p
-sha
Dodu: serunding daging ke ikan? haha.
ReplyDeleteshinawawa: terima kasih. selamat juga! ;)
VP: shayyyyyyy, lupa nak cakap pasal camp tu. hehe. bergurau.
Lili: bukan, HSBC Malaysia I mean. I tried to open an acc in Melaka tapi tak boleh as student. Kalau ada hsbc malaysia, parents cuma bank in deposit machine dari sini pun boleh da. Joint acc dgn ayah lagi senang.
wankrai: bagus la beb.
shahril: sama-sama beb.
erna bt ramli: pergi jangan tak pergi. berguna dan boleh jumpa ramai member lain yang sudah ada disana dan akan kesana. Boleh jumpa Hazim, si popular. haha.
anon: untuk bantal busuk yang pernah direndam dalam besen berisi air sabun. boleh la.
Anon: yeah, liberty park rocks! tapi bamba dah tak ada.
Sha: yeah, universal traveller untuk kalau nak pergi arctic je.
terima kasih ulam raja utk reverie dan senior yang bagi informasi :)
ReplyDeleteboleh claim makan ngan erna, shahril & wankrai nanti okeh. haha
p/s: LP cam best. kalo x dapat student hall plan nak stay sana juga ah :D
nako: ish claim makan dengan nako la. haha. LP dekat dengan town, maka lebih senang.
ReplyDeletethnks 4 da info....it's vry helpful..
ReplyDeletebtw, as for accommodation...hall mne yg plg worth it??
anon: boleh rujuk sini -> http://iluvwarwick.wordpress.com/category/accommodation/
ReplyDeletetapi personally aku akan pilih Tocil. Liberty park laaaaa baru best.
GRAD CARD tu aku wat kat KL sentral. dkt2 ngan maybank ke cimb klu x silap. ada pejabat MAS kat situ. klu wat kat KL sentral bleh dapat terus kad "segera" (x sure term yg betul). nt kad yg ori dia pos kemudian. kad segera ni la yg korg akan pakai tme nak fly kat epot klu kad ori blum dipos lg ke rumah. harga dlm rm20-30 klu x silap. kejap je pun dah setel klu x ramai org.
ReplyDeleteAdik sedara: iya betul! Aku ingat dah.
ReplyDeletehey! thanks. byk gunaan ni post. hahaha!
ReplyDeletemy mama risau pasal food and insist bawa byk2 takut anak dia nda cukup makan. i thought it was unnecessary. tapi tukar pikiran suda la. thanks!
btw, should i bring my guitar from msia or just beli sana?
one more thing,Grads Card tu office die kat KL sentral dah..dah pindah bukan lagi tempat lama yg dekat2 ngan area times square tu..(aku pun tatau name ape area tuh)..
ReplyDeleteCharo: makanan penting! haha. gitar boleh beli sana, you can get a good guitar dalam range 50 pounds. Unless if your guitar in Malaysia adalah gitar yang memang best, mahal dan kesayangan, if not i would suggest you buy new one there saja. ;)
ReplyDeleteAnon: thanks kamu!