Sedang roadtrip aku bertemu dengan member-member. Yang lama, yang sedang sama-sama bercuti, yang belajar di Ipoh sama-sama. Berjumpa dengan banyak kelainan-kelainan dalam diri mereka juga dengan persamaan yang tetap sama biarpun sedikit masa telah berlalu.
Aku belajar yang kita manusia dan kita mempunyai kitab sejarah sendiri yang berbeza-beza. Setiap manusia hidup dalam cerita masing-masing. Dan antara kisah yang paling selalu diceritakan secara komersial adalah cinta berlainan jantina. Di tv, novel, musik, video dan alat-alat penyebar dakyah, cerita cinta memang amat common dan selalunya kita dijamu dengan pengakhiran yang hebat-hebat, menyenangkan dan menggembirakan. Aku juga belajar dalam perjalanan yang aku tempuhi ini bahawa kisah cinta kita masing-masing adalah berbeza. Namun yang sama dalam perbezaan ini adalah satu persoalan mudah yang selalu dilupakan: adakah kita belajar daripada kisah yang berlaku?
Selalu aku dengar orang berkata yang hidup ini tak adil, tetapi yang aku percaya manusia yang tidak adil terhadap hidup sendiri. Bagaimana? Cara yang aku nampak ialah dengan terlalu ditakluki emosi. Manusia dengan emosi memang tak akan terpisah secara normalnya. Tapi yang menyedihkan apabila kita terlalu ditakluk oleh emosi. Membenarkan segalanya atas sebab emosi adalah satu ketidakadilan pada hidup kita di masa akan datang. Selalu kita berasa marah, sedih, geram, tapi emosi datang dan pergi. Perlakuan kita dikala emosilah yang menentukan perjalanan hidup kita. Tak ada masalah dengan tangisan atau jeritan diatas bukit untuk melepaskan nafsu amarah dan kesedihan. Tapi menyedihkan apabila kita terlalu dirundung kegelapan emosi maka lahir kisah-kisah terjun dari jambatan pulau pinang, merodok hati-hati lain untuk kepuasan hati sendiri. Semua ini adalah kebodohan. Ibarat persetubuhan tanpa kondom 'one night stand', kerana nafsu mau melepaskan air dikepala lalu terjebak dengan bakteria-bakteria kotor yang menghukum. Semua ini kebodohan akibat emosi.
Aku percaya bersedih itu harus bagi manusia. Kematian orang yang rapat memang menyedihkan, namun emosi itu amat bahaya bila kita gagal untuk gagah membiarkan rasionaliti memijak emosi. Bersedih itu harus, namun apa yang kita dapat daripada beremosi? Menangis, menjerit berulang-ulang adalah perbuatan membodohkan diri sendiri. Samalah dengan manusia malas yang hanya tahu menyalak menyalahkan kemiskinan atas kesengsaraan hidup. Hei, mahu makan pun perlu menyuap, apa lagi jika mau senang? Terusan menyalahkan malam kerana gelap tidak akan menerangkan jalan yang perlu kita lalu dimalam hari! Samalah dengan terusan bersedih dan menjerit kerana emosi, apa yang kita dapat selain sekadar kepuasan yang seperti embun pagi? Hilang sebaik sinaran matahari menjenguk. Biar kita menjerit hari ini, menangis saat ini, agar esoknya kita akan pastikan yang kita tidak akan kekal menangis dan menjerit, Kerana jika kekal, itu semua kebodohan bagi aku. Kebodohan kerana terlalu tertakluk pada emosi yang selalunya tidak menyamankan.
Secara officialnya aku membuat claim bahawa mereka yang membunuh, mencederakan diri sendiri atau orang lain kerana putus cinta adalah manusia bodoh yang lagi menyedihkan. Tapi biar kita belajar hari ini bahawa kebodohan itu bukan penyakit warisan turun-temurun yang tidak boleh dilentur.
Pernah dengar pepatah cliche, bunga bukan sekuntun, kumbang bukan seekor? Biar aku tambah lagi, mau pilih bunga atau kumbang, pilih yang grade A bukan grade E. Dan kebaikan itu bukan hanya dari mulusnya kulit, lenturnya lenggok atau lembutnya rambut sahaja. Kata Tuhan, yang terbaik adalah yang kekal sama dan tidak berubah kebaikannya.
*Gambar-gambar ada diambil, perjalanan direkod dalam nota-nota kecil sepanjang berjalan dari Melaka ke Perlis. Semua insyaAllah akan diupdate bila masa menyenangkan kelak. Oh ya, malam ini kau nantikan aku, Kelantan!
Selamat semua, dunia akhirat.
KL? Bila nak dating weh? Hahaha! Dengan Suehana sekali. Cis, bila korang kenal?
ReplyDeletehaha!
-Luna
btw, ni acc kawan
like...
ReplyDeleterationality supposedly lagi kuat dari emotional judgement
nice post.
ReplyDeletecepat sikit upload gambar. hehe
Luna: suehanna dulu matrix dengan aku, tu pasal kenal. KL bila-bila boleh, belakang rumah je. hehe.
ReplyDeletehellioz: Yeah, true enough.
Fontonk: haha thanks. Dah upload aku update sini.
-reverie-