Saturday, July 03, 2010

Tawaran sambil-sambil

Salam.

Sempena berada dimelaka, aku nak buat visit + fotografi session selama sehari dari pagi buta sampai suam-suam malam.

Melaka yang digelar world heritage centre ni sebenarnya tak ada apa-apa sangat pun. Setakat tinggalan penjajah A' Famosa, Stadhuys, St. John Fort dan bangunan-bangunan lain. Makam-makam seperti Hang tuah dan hang-hang lain juga ada. Namun authenticity tak dapat dikenalpasti seratus peratus. Juga Perigi Hang Li Po. Museum ada sebanyak 20 lebih museum diMelaka ada yang percuma dan berbayar. Kemudian ada pantai-pantai yang tak secantik pantai dipulau perhentian. Ada tinggalan baba nyonya, kampung portugis yang sebenarnya bukannya apa sangat pun. Sekali-sekala ada tarian portugis dikampung portugis. Selalunya malam krismas baru orang datang kampung portugis untuk mabuk. Awek-awek disitu ada juga yang berhidung comel-comel namun tak semua. Melaka ada masjid yang otai seperti masjid kampung hulu dan masjid tranquerah atau nama lain tengkera yang merupakan antara masjid paling lama diMalaysia. Aku boleh bawa ke tempat-tempat ini semuanya. Pengangkutan siap serta. Dan aku boleh ambilkan gambar-gambar dengan sony a100 aku yang tak seberapa tak secantik D90. Editing boleh buat tapi basic sebasic mungkin guna iphoto je. Aku boleh bawa kau bergambar dijeti kampung portugis. Tempat tipikal anak muda melaka bergambar sambil hisap rokok bagi yang berjiwa 'kewl'. Makan percuma dirumah aku masakan mama. Aku boleh juga bawa makan ikan bakar, asam pedas, mi bodo dan sebagainya yang pada tekak aku best tapi tak tau kau suka ke tidak. Jadi semua tempat pelancongan untuk world heritage centre ini siap makanan masakan rumah oleh old timer dalam masakan beserta bergambar tanpa had selagi rajin dalam bentuk softcopy sahaja. Semua untuk Rm40 saja untuk cover duit minyak. Aku lepak Melaka hari-hari, might as well do this for fun and meeting people! =)

Kalau berminat contact email saja: reveriemalaya@gmail.com. Sebaiknya contact 2 hari sebelum tarikh nak tiba. Tawaran dibuka sehingga sampai 20 julai. Lepas tu aku pula nak pergi backpack ke utara.

Oh ya, kalau datang weekend boleh tenguk-tenguk apa yang best diJonker walk. sample untuk gambar-gambar yang nampak biasa-biasa saja ada disini . Nak tau apa ada diMelaka, sila tanya encik wiki.

*Duit masuk museum, makan diluar atau shopping2 semua tak termasuk dalam Rm40 yep.

Selamat.

5 comments:

  1. alamak... business ke skang bang? hahah

    ReplyDelete
  2. oi. kat melaka kau sekarang. malangnya aku di kuala lumpur. kalau tak boleh gak aku join. haha..

    ni lagi murah dari aku punye ni. rm40 je. bagus-bagus. buat atas keseronokan.

    dan UNESCO world heritage tu boleh jadi culture, building, area atau apebende ntah lagi satu aku tak ingat.

    Jadi melaka punya heritage ialah area, iaitu area stadhuys tu tak silap aku.

    die bukannya satu negeri punya heritage.

    dan menggunakan area tu sebagai catalyst untuk menaikkan nama kawasan bersejarah yang lain dan seterusnya untuk seluruh pembangunan negeri melaka.

    apa-apa pon, selamat bergembira mengambil gambar.

    ReplyDelete
  3. bulan: bayar double. :p

    dodu: sikit-sikit je dik. haha.

    ....: ah. soto sihat jah?

    AkuKopiKauSiapa: haha mana boleh lawan kau pun. senang2 kalau ada sini boleh la lepak sama.

    ReplyDelete

Ideas in words by